Mereka ingat kami gerun.... |
Kuala Lumpur baru reda dari hiruk piruk yang dicetuskan polis. Pelancong yang datang dari seluruh pelosok negara dirodok kasar. Ada yang terjatuh, tersungkur diepak dan diterajang. Kedai dan gedung diarah tutup. Jalan utama juga dipagari. Ratusan ribu terkurung dirumah sendiri. Jutaan pula dihalang dari memasuki. Lidah Utusan pula menohmah, Kuala Lumpur dilanda darurat.
Sejak 8 Julai, tangkapan sudah mula dilancarkan secara besar-besaran. Lorong gelap di Chow Kit menjadi lorong paling selamat dek kerana ramainya polis yang berjaga. Di jalan masuk utama pula, ribuan kenderaan terkandas, sekatan dibuat kononnya untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.
Dua hari sebelum itu, senjata parang dan bom petrol dirancang untuk ditemui. Cadangannya, fitnah itu akan menggoncang hati mereka yang ingin melancong ke Kuala Lumpur. Tapi, ternyata rakyat tidak sebodoh itu. Dari 91 nama, lebih separuh telah berlegar sekitar Kuala Lumpur. Paginya pula, puluhan ribu membanjiri. Rapid KL pastinya untung besar.
Seawal jam 8 pagi, beberapa teman sudah diculik polis. Sentral Kuala Lumpur menjadi tempat muktamar polis, samada bersut lengkap mahupun preman. Bag digeledah, baju diselak dan akhirnya ditarik ke trak. Sehingga petang, angka tangkapan mencecah lebih 1600 orang. Kenduri besar diadakan di PULAPOL. Mereka dijamu selepas disepak terajang dan disebur serta ditembak.
Seperti biasa, lensa saya diacukan sentiasa kepada gerak geri sang penguasa tirani. Mata anda pula pastinya telah meihat potret dan juga video-video itu. Pakcik yang uzur diseret kasar, adegan polis menyepak dan menerajang. Tembakan arah depan. Itulah hasil usaha kami yang tidak seberapa.
Dan di sini, saya cuba membawa satu pandangan baru. Saat seorang pakcik berbaju renang yang membaca doa dengan pembesar suara yang dipegang oleh seorang 'cina' terkupur kesakitan, tidak ada ambulan yang datang. Tangan yang bergari gagal dibuka oleh polis. Sedang selepas Water Cannon kosong perutnya, kurang 5 minit, jentera bomba datang membantu. Adegan ngeri apakah ini...? Dengan adegan ini, tidak sulit untuk saya susun puzzle bagaimana Allahyarham Baharudin Ahmad meninggal dunia.
Apa yang penting? Kerjasama... Jentera BOMBA sedang mengisi air kepada trak Water Cannon |
Masih teringat di kotak memori saya, bagaimana rakyat ditipu polis. YB Sivarasa dan YB Nge diajak untuk berbincang beberapa kali. Akhirnya, mereka ditangkap dan rakyat disembur dan ditembak gas pemedih mata dalam keadaan mereka sedang duduk, tenang menunggu keputusan 'perbincangan'.
Tembakan seharusnya dihalakan ke atas. Tapi, abang polis ni tembak ke mana ye..? Tapi, tuan IGP akan nafikan. Jangan bimbang. Mereka tak tembak hospital. Tak tembak DS Anwar Ibrahim. Tak sepak orang.
Tapi, Allah itu maha kaya. Seluruh makhluk di muka bumi ini adalah tenteranya. Usai peluru pemedih mata ditembak, arah angin berubah, kembali meniupkan asap pedih ke batalion FRU. Beberapa kali kejadian ini berlaku. Di perkarangan Pasar Seni mahupun di hadapan menara Maybank. Sejurus pula, hujan lebat turun, nescaya air dan gas tidak berguna lagi.
Trully 1Malaysia. Say No to Racist!! |
Angin itu tentera Allah |
Air juga tenteraNya |
kurang 10 saat selepas ditembak, peluru pulang ke kelosongnya. |
Pakcik ini ada jiwa muda. Tapi, ada muda yang terlalu tua. Pengecut!!! |
Pidatonya menggerunkan polis. hebat Victoria! |
Akhirnya, tontonilah video ini. Hasil usaha tangan-tangan yang banyak berdosa. Moga menjadi manfaat untuk nusa bangsa dan agama. Tanpa minit yang di'highlight'kan kerana setiap saat rakaman ini memberi erti.
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]