Rabu, 20 Februari 2008

Kenapa ada pembangkang?

Angan-Angan Kosong Pembangkang. Taktik Kotor Pembangkang. Dan sebagainya.
Dalam fatrah kerajaan sementara masih ada pebangkang? Suatu yang perlu difikir dan dikaji. Kenapa Pas dipanggil pembangkang? Kenapa Umno dan BN masih dipanggil kerajaan. Inilah dasar politik tempang yang diajar oleh pemimpin demokrasi tempang di Malaysia. Selama ini kita mengeji dan mengkritik demokrasi di AS. Tapi mereka tidak ada istilah pembangkang dan kerajaan. Yang ada hanyalah Demokrat dan Republikan.
Itu satu hal. Media pula 100% diperalat oleh UMNO/BN untuk menyebarkan kempen dan dakyah mereka. Bahkan mereka menafikan hak Parti lain seerti PAS dan PKR dari menggunakan media elektronik mahupun cetak. Seolah-olah RTM,TV3 dan segala saluran media elektronik adalah milik BN semata-mata. Berbeza dengan apa yang berlaku di US, semua parti di benarkan untuk berkempen dan menyatakan manifesto mereka. Tidak ada parti yang dianaktirikan. Mungkin kita beralasan sistem dan gaya kita tidak sama, kita raja berperlembagaan. Tapi yang saya ingin tekankan di sini ialah dasar Malaysia dan US adalah sama, DEMOKRATIK. Kalu demokratik US yang kita panggil sebagai demokratik tempang, maka demokratik Malaysia lebih tempang kerana menafikan hak-hak yang sepatutnya dimilikki oleh parti lain sebagai lawan parti pemerintah.
Lihatlah apa yang terbukti dan menjadi bukti pada masa sekarang. Pelbagai isu yang ditimbulkan oleh Umno/BN melalui media mereka langsung tidak dapat dijawab kerana sekatan demi sekatan yang dikenakan ke atas parti lawan iaitu PAS dan PKR.
Oleh itu saya dengan ela hati ingin menggunakan peluang ini untuk menjelaskan beberapa isu yang timbul.
PASTI ada yuran. Isu ini panas diperkatakan oleh pihak UMNO/BN bagi menempelak Pimpinan PAS dan PKR yang menjadikan Negara berkebajikan sebagai manifesto mereka. Tidak menjadi perkara yang pelik bagi saya apabila PASTI mengenakan yuran. Memang patut. PASTI dikelola dan diseliakan oleh parti yang tidak mempunyai dana. Mereka hanya hidup dengan sumbangan yang diberikan oleh mereka yang berkesedaran akan jujurnya pihak PAS yang ingin memperjuangkan kebajikan. PAS tidak mempunyai hak royalti minyak, hak-hak keatas cukai dan sebagainya. Berbeza dengan UMNO/BN yang mempunyai hak royalty minyak yang berjumlah RM puluhan billion setiap tahun dan hak ke atas cukai-cukai yang dikutip dari rakyat selain dari keuntungan pelaburan dan sebagainya. Namun MASIH memeras wang dari rakyat yang ingin memenuhi keperluan wajub mereka seperti pelajaran dan sebagainya. Kemana perginya wang yang berjumlah RM puluhan billion itu..?
Kerajaan negeri Kelantan yang diakui oleh Dato' Pa, dianaktirikan selama 17 tahun. Hidup dan berdikari sendiri. Namun mash boleh membela nasib rakyat, membawa pembangunan yang sejajar dengan negeri lain. Itu di kejujuran dan keikhlasan Ulama' dan pemimpina PAS. Tak percaya, Jom ke Kelantan.
Maka jawab pemimpin UMNO/BN untuk memajukan Negara. Ya. Saya setuju. Mereka (BN) ingin meletakkan Malaysia sejajar dengan Negara maju lain seperti UK,US dan sebagainya. Namun mereka lupa satu perkara penting, Bagaimana dengan taraf keewangan RAKYAT Malaysia? Adakah setaraf dengan rakyat US dan UK yang purata pendapatan mereka berjumlah tidak kurang dari RM12 000 berbanding Malaysia yang puratanya hanya RM 3000? Bagaimana dengan skim kebajikan yang diterima oleh rakyat UK, Brunei dan jiran kita Singapore?
Persoalan saya sekali lagi. Dimana duit puluhan billion itu dicurahkan? Kepada kroni?

Jangan bercakap untuk menukuhkan ekonomi Negara sebelum menyelesaikan bagaimana untuk menigkatkan ekonomi rakyat.
Kita mungkin berbangga dengan adanya Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas. Tapi pernahkan kit a terfikir, apakah yang kita dapat dengan adanya kedua-dua bangunan tersebut? Hanya kroni dan rakan karib pemimpin tertinggi Negara sahaja yang dapat untung. Kita rakyat yang miskin makin miskin.
Sejenak sebelum Pilihanraya dan pembubaran parlimen, kerajaan UMNO/BN mengumumkan beberapa projek mega seperti koridor ekonomi, WPI di Johor, ECER di Pantai Timur, NCER di Utara dan Wilayah ekonomi Sabag yang terbaru. Rakyat mungkin tidak mengertiapakah agenda yang ada disebalik projek ini. Kita sebagai rakyat biasa mungkin membayangkan bahawa projek ini abkal membawa keuntungan kepada kita. Saya kata, tidak sama sekali tidak. Kalau di Kelantan ingin dijadika sebagai Jelapang Makanan, lalu isi makanan dan daging ternakan Kelantan akan dieksport ke lura Negara. Maka baca penjelasan saya.
Harga daging tempatan RM 14. Kos eksport + Kos perkapalan+ kos pemborong+ cukai+ keuntungan runcit, maka harga daging Kelantan yang di eksport ke Negara lur ialah RM 30 sekilo. Paling murah. Sedangkan harga daging di Swiss ialah RM 3 sekilo. Maka siapakah yang bakal membeli daing kita..? sedangkan kita sering mengimport daging Swiss yang masyhur dengan kemurahannya. Maka, siapa yang ungtung dan siapa yang rugi…?
Saudaraku sekalian, fikirlah dengan cara yang baik. Jangan terpengaruh dengan kebendaan semata-mata. Cukuplah pemimpin BN/UMNO merompak duit kita untuk kesenangan peribadi mereka. Pak lah beli jet peribadi baru yang berjumlah RM200 juta ringgit sedangkan beliau telah mempunyai 2 buah jet yang masih elok. Najib membeli kapal selam dan jet pejuang untuk Malaysia, namun dia membedal lebih RM 500 juta keuntungan sebagai keuntungan peribadi. Inikah ciri-ciri pemimpin yang ingin kita angkat dan ingin kita tumpang?

Lihat bagaimana Tuan Guru Nik Aziz membelanjakan 50% duit gaji beliau untuk kepentingan rakyat. Lihatlah perbezaan dua orang pimpinan yang mewakili Parti masing-masing. Buatlah pemilihan yang bijak. Jangan biarkan masa depan anda gelap. Akhirat anda hancur.pilihlah kemajuan yang seimbang. Buktikan dalm PRU ini. Buat perubahan yang mendekatkan diri anda kepada kejayaan hakiki. Beri Malaysia kepada mereka yang jujur.

Bila Melayu tak lepas standard

Berpagi lagi kami bersiap untuk menempuh perjalan jauh ini. Berehat 4 jam di rumah sahabat di Subang sedikit sebanyak menghilangkan lenguh sengal badan. Demem saya sedikit kebah. Destinasi pertama, Pusat Imegresen di Terminal Dua Subang. Buat Pasport Antarabangsa.

Pusat imegresen dirasakan berada di Beijing lantaran hanya kami sahaja pengunjung MELAYU. Selainnya merupakan ‘rakyat china’. Mungkin mereka ingin memperbaharui passport untuk melancong ke luar Negara sempena raya masih berbaki. Beli borang RM1, Isi borang, tandatangan, cop jari, RM 300 melayang. Fuh. Nasib baik lambaian Madinah menenangkan hati.
Selesai di Subang, kami menuju ke wilayah pusat pentadbiran Negara, Putrajaya. Isi minyak van RM50, minyak pemandu dan penumpang RM10, 100plus dan Mineral 2 botol. Menuju ke Putrajaya, menempuhi beberapa tol yang sering meminta duit. Duit lagi.

Tapi bukan isu duit yang ingin diceritakan di sini. Tapi alangkah bagusnya kalau tak perlu bayar tol. Lagi bagus kalau harga petrol kembali murah. Bagusnya kalau sedikit dari kekayaan negara dijadikan bantuan kepada rakyat. Tapi bagaimana ye...? Apa cara dia haa....?
Masakan semuanya berbayar. Dahla passport RM 300, nak ambil borang pon kena bayar gak.
Sesampai di Putrajaya yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia termasuk saya, sebabnya, saya pasti duit saya termasuk dalam kos pembinaan itu. semua mata terlopong kecuali saya. Al maklumlah kali pertama sampai. Saya kali ketiga selepas Terawih pada 2004/2005.
Nak cari KPT, Kementerian Pengajian Tinggi satu masalah. Tidak ada signboard yang menunjuk arah tersebut. Pusing punya pusing hingga ke Alamanda.

Selesai.

Van Mazda 1600 cc itu dipecut menuju ke masjid Putra untuk sembahyang jama’ taqdim walaupun saya mencadangkan jama’ ta’khir kerana bimbang pejabat tutup. Saya kenal sangat dengan sahabat-sahabat saya. Pantang dapat benda baru, pasti nak tenung, nak belek dan sebagainya.

Kebetulan bersama kami beberapa buah bas persiaran membawa pelancong dari Turki. Ramailah yang berbaris menanti giliran memakai jubah pink yang disediakan kepada mereka yang ingin melawat masjid, tapi pakaian mereka tak cukup kain. Kebanyakan yang berbaris adalah pelancong luar Negara.

Selesai sembahyang 4 rakaat untuk 2 waktu, saya keluar. Berjalan seiring saya seorang wanita yang memakai jubah pink itu. Laju langkahnya. Namun lagi laju langkah lelaki saya. Sangka saya, mungkin pelancong ini bergegas kerana bimbang ditinggal bas. Namun saya terperanjat besar apabila yang memakai jubah itu ialah perempuan melayu yang islam. Terkejut bukan kepalang. Masakan melayu islam pun kena pakai jubah untuk memasuki kawasan masjid..? saya menyoal sendiri.
Gambar Hiasan
Segalanya terjawab apabila beliau menanggalkan jubah. Pakaiannya serasakan lebih teruk dari pelancong cina. Saya yang sepetutnya tidak kena-mengena merasa malu. Umat islam tak lepas standard ditempat sendiri. Seolah-olah pegawai JPJ disaman oleh polis. Boleh bayangkan tak?

Saya teringat kepada sebuah klip video, seorang wanita memberi komen tentang tudung dan pakaian menutup aurat, “asalkan hati bersih”.

Bila saya tenung dan renung sedalamnya, rupanya inilah konflik besar yang berlaku di Malaysia. Disaman hak sendiri. Lihat bagaimana Pegawai BPR didakwa menerima rasuah. Pegawai polis didakwa melakukan jenayah. Pegawai keselamatan dah tak selamat lagi. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Mungkin bersempena PRU ini, menjadi peluang bagi saya untuk mengajak kita sama-sama menukar pagar dengan menggantikan kesemuanya dengan pagar baru. Pastikan pagar kita pada kali ini sekada pagar yang berbentuk material semata-mata, bahkan juga berbentuk spiritual. Mari kita tukar angin. Menyahut seruan bekas Menteri Pelajaran merangkap Ketua Pemuda Umno kepada rakyat Kelantan, “mari kita cuba angin baru. Cukup la 18 tahun terhimpit dan tersempit”

Saya jawab, “jom kita pakat tukar angin. Memang tak patut kita dihimpit dan kita ditipu selama 50 tahun, ambillah Kelantan kepada Umno, beri 13 negeri lain kepada BA, baru adil. Semua dapat tukar angin”.

Isnin, 18 Februari 2008

Wawasan kita…sampai bila?


Mari menuju kejayaan. Menggapai wawasan 2020. Bermakna, hanya tinggal tidak lebih 12 tahun untuk mencapai ‘kemenangan’ hakiki kerajaan Malaysia.


Masa zaman kanak-kanak, saya sering digambarkan bahawa wawasan 2020 adalah zaman ‘robot’. Semua kereta boleh terbang, bukan lagi kapal terbang. Nak belajar, tak perlu pikul beg yang berat, tak perlu kayuh basikal usang itu lagi. Buka ‘buku’ di rumah, maka sesi pembelajaran akan bermula di alam maya. Kalau nak sesuatu perkara, niat je, gerenti sampai. Nak ayam KFC, pejam mata, niat. Bila buka, ayam KFC d depan mata.

Lalu saya menghitung, mungkin pada umur belasan atau awal 20 tahun, saya bakal melihat tempias pinggiran wawasan agung tersebut. Namun, kecewa sekali bila kini, umur saya sudah mencecah 22 tahun, saya masih lagi terpaksa menaiki bas untuk kemana-mana. Kalau moden sedikit, komuter dan LRT. Harapan untuk melihat kereta ‘terbang’ sia-sia dan hampa. Lantaran saban tahun syarikat kereta Negara berdepan dengan masalah yang tidak serik melawat. Kilang motosikal pula hanya pandai menukar kostum dan stiker sahaja. Kekadang mungkin blok selindernya diluaskan sedikit untuk menambah ccnya. Kecewa.


Melintasi sebuah bangunan usang yang masih istiqamah mempamerkan "wawasan 2020" terasa gelihati bercampur sayu. Begitu sekali mudah melayu ditipu.

Rupanya wawasan 2020 hanya angan-angan semata-mata. Nyata pemimpin ku itu hanya ingin meraih sokongan, lalu dihamparkan wawasan dengan hiasan angan=angan itu, terlenalah melayu dibuai mimpi. Sedang bangsa lain sibuk mencapai wawasan yang mereka bina sendiri. Justeru melayu semakin layu, sedang bangsa lain kian maju.

Ayuh kaum ku melayu, janganlah lagi kalian digelar mudah lupa. Kini wawasan kita bukan lagi 2020. Bahkan menjangkaui dunia kehidupan, melepasi zaman kematian. Itulah saat ketika kita bertemu tuhan. Kita meniggalkan segala wawasan, hanya membawa keimanan sebagai bekalan. Saat itu,tiada lagi kroni yang bakal membantu, menantu menjadi hantu. Perdana Menteri melarikan diri, dikejar rakyat sendiri lantaran tidak menunaikan janji.

“Ayah aku hebat”..."ayah aku lagi hebat"



“Ayah aku hebat”
“Ayah aku lagi hebat”
“Mana ada, ayah aku lagi hebat”

Begitulah gelagat dua anak kecil yang baru berusia 5 tahun. Bertelagah mengatakan ayah masing-masing adalah terhebat tanpa mempedulikan apakah sebab dan punca kehebatan ayah mereka berdua. Adakah ayah mereka benar-benar hebat atau sebaliknya.

Ayah budak pertama, Hisham, seorang hartawan di kampong. Rumahnya banglo mewah tiga tingkat. Sama besarnya dengan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara di sebuah pekan. Garaj keretanya berkipas. Tandas rumahnya sama bilangannya dengan bilik tidur rumah rakannya tadi, Solah. Adik-beradiknya seramai 6 orang berpelajaran tinggi. Bergaji besar.

Kereta ayahnya 3 buah. Semuanya import. Platnya dibida dengan harga puluhan ribu ringgit. Harga lampu pintu pagar utama rumah Hisham sama harganya dengan pintu pagar rumah Solah. Hisham ke sekolah menaiki BENZ S320 Avantgrade. Solah hanya berbasikal usang.

Baju sekolah Hisham yang berjenama mahal itu bergosok setiap hari. Solah hanya memakai baju warisan dari abangnya yang terdahulu. Hisham berjalan berlagak di kalangan rakan-rakan kayanya.

Ayah Solah, seorang petani menanam padi. Ibunya menoreh getah. Rumah Soleh diubahsuai kepada rumah batu selepas ayahnya mendapat pampasan tanah yang dibayar oleh kerajaan untuk projek meluaskan jalanraya. Biaya anak-anaknya untuk belajar hanya melalui duit tani dan duit getah sahaja. Bantuan tak pernah datang bersinggah menziarahi keluarga Soleh. Hidup mereka hanya berdikari sendiri.

Duit sekolah Solah hanya sekadar RM 1.00 sehari, berbanding Hisham yang dibekalkan oleh ayahnya dengan not merah setiap hari.

Pun begitu, keluarga Solah bahagia. Abangya yang kini di menara gading sedang belajar dengan duit getah ibunya. Langsung tidak menggunakan duit PTPTN. Kakak dan abang Hisham yang belajar oversea mendapat tajaan syarikat besar atau kerajaan. Yang kaya tetap kaya, yang miskin terus merana.

Di kampung, Soleh adalah keluarga yang ber‘pendidikan’. Walaupun pada zahirnya keluarga Hisham lebih ber‘pelajaran’.

Saban petang, tika Hisham leka dengan PS3 barunya, Solah mengadap muqaddam. Malamnya, tika Hisham leka menonton movie dari saluran HBO, Solah hanya mampu mendengar radio.

Tika cuti, keluarga Hisham sibuk berbekal untuk berkelah di pusat peranginan. Solah berbekal untuk turun bersama ayahnya di pusat peranginan, sawah padi yang luas terbentang. Tika Hisham seronok menyelam di swimming pool, baju Solah basah terpalit lumpur, memikul anak semaian padi muda, menggalas baja dan sebagainya.

18 tahun berlalu.

Hisham kini berada di Syarikat besar di sebuah Bandar. Pejabat indahnya itu diwarisi dari ayahnya setalah ayahnya kembali ke Rahmatullah. Ibunya kini berada di sebuah pusat jagaan warga emas lantaran tiada siapa yang sanggup menjaganya.

Solah kini sebagai Pengusaha Daging halal. Kerja sembilannya sebagai penceramah dan pendakwah. Di samping itu dia mempunyai sebuah pusat asuhan kanak-kanak dan tadika serta sebuah kedai runcit. Kehidupannya sederhana di desa. Ibubapanya bergilir dijaga oleh adik-beradiknya.

Nilailah wahai teman ku sekalian. Siapakah yang hebat sebenarnya. Material tidak mampu mendidik manusia. Hanya iman yang kental dalam jiwa yang mampu mengtur kehidupan seorang hamba.

Solah mampu hidup berdikari mencapai kesenangan dalam hidupnya. Tanpa mengabaikan tuntutan agama.
Hisham hanya pandai menghabiskan harta keluarga. Menerima kesenangan melalui warisan sahaja. Tanpa mampu meningkatkan taraf hidupnya, masakan untuk membinanya sendiri.

Bila ustaz menghancurkan jamaah...



Ustaz, istilah yang digunakan untuk memanggil seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Panggilan yang semahal ini menjadi murah pada hari ini bila ianya digunakan untuk memanggil mereka yang masih belum layak digelar ustaz.

Al-maklum, bila disebut ustaz, seolahnya semua perkara hukum dalam dadanya. Walhal si ustaz ini baru sahaja tamat sijil menengah, belum lagi mengenal kitab hakiki. Apa yang dipelajarinya selama ini hanyalah ‘kitab’ yang diceduk oleh penyusun melalui silibus yang dirangka.

Maka, apabila digelar ustaz, maka mancunglah hidung kawan itu. Segala soalan yang diaju cuba dijawabnya walau belum pernah mendengar tentang perkara berikut, apatah lagi nak mendalaminya. Justeru jawapan itu sudah tentu jauh dari ketetapan hukum asal. Berpeganglah si penanya tadi.

Itu satu hal yang berlaku.

Satu perkara lagi. Ustaz yang sememangnya mahir dalam bidang hukum, namun tak pernah sekalipun menjerumuskan diri dalam bermasyarakat dan berpersatuan. Lalu bila pulang ke kampung halaman, diangkat menjadi ketua. Maka mengetuailah oleh ustaz itu akan satu organisasi dalam masyarakat. Oleh kerana tugasnya sebagai ketua, maka ustaz pun mengatur strategi untuk menggerakkan persatuannya itu. Pelbagai pembaharuan yang di bawanya. Teguran dan nasihat dari orang bawah yang agak berpengalaman tidak diendahnya, maklumla anak buahnya itu agak jahil dalam beragama.

Maka akhirnya pertubuhan itu semakin tidak disukai ramai. Perpecahan berlaku dan akhirnya, punahlah segala yang terbina sekian lama. Hanya kerana ustaz yang memimpin.

Bukan niat saya untuk merendahkan martabat ustaz, bahkan untuk mengembalikan ustaz ke tahapnya yang sebenar. Panggilan semahal ustaz tidak semudah itu untuk digelarkan pada yang bukan ahlinya. Perhatikan kes pertama, lantaran gelaran ustaz diberikan pada yang bukan ustaz, padah jawabnya.

Moral yang kedua. Meski kita seorang ustaz yang agak alim dalam hukum beragama, belum tentu kita mahir dalam bermasyarakat. Rasulullah pernah menyerahkan urusan ‘mengahwinkan’ debunga tamar kepada para sahabatnya yang ternyata lebih arif dalam hal itu. Justeru, pesanan saya kepada rakan-rakan ‘ustaz’ yang berada di luar sana, fahamilah mad’u kalian sebelum kalian menjalankan gerak kerja dakwah. Sememangnya sifat islam itu, waqi’iyyah. Kena dengan realiti setempat.

Mungkin tulisan ini telah memanaskan telinga dan hati para ustaz dan ustazah kalian. Namun itulah hakikat yang berlaku. Dan hakikat itulah yang terpaksa kami hadapi untuk terjun dalam masyarakat kelak.
Itu masih belum disentuh tentang 'ustaz' yang merogol merompak dan sebagainya. Memang kita boleh katakan, "itu bukan ustaz". Tapi nilaian mata masyakat, itu adalah ustaz. Maka bagaimanakah tugas kita untuk mengembalikan maruah ustaz.

Zaman ini secara priority tidak lagi memerlukan ustaz yang hanya mahir dalam bidang agama semata-mata, bahkan mahir dalam bidang sosial, politik, ekonomi, teknologi dan pelbagai ilmu profesional yang lain. Semuanya berpunca dari mad’u mereka yang bersifat sedemikian. Pada awal tahun lepas, saya terbaca artikel tulisan seorang penulis muda yang amat kritis dan membuka minda bertajuk “ayam dai’e, itik mad’u”. Satu ulasan yang amat menarik perhatian saya.

“berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut”

Fikir-fikrkanlah.

Rabu, 13 Februari 2008

Parlimen Malaysia BUBAR

Parlimen Bubar..bubar Parlimen?

Akhirnya, Parlimen Malaysia dibubarkan pada hari ini setelah pelbagai 'dalih' dan 'helah' dibuat oleh PM. Bila parlimen dibubar, PM sudah tiada. Kuasa hanya di tangan rakyat. Pilihanraya bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Kewajipan setiap individu untuk turun mengundi dan memilih calon yang mempunyai wawasan yang jauh, berintegriti, dikenali ramai, muda dan gagah perkasa untuk menggendong amanah. Namun, yang paling penting, calon yang hendak dipilih itu mestilah mempunyai sifat AMANAH. Dengan kata lain, tidak mengambil rasuah, tipu rakyat, atur hakim, bersubahat untuk membunuh dan sebagainya.

Jom kita tengok, siapa yang patut kita pilih.

Kata MB Terengganu, Muda, Akhlak @ Akademik dan sebagainya.

Muda, Kelantan adalah yang termuda, baru lepas umur sweet17. 18 tahun katakan. Namun telah banyak pembaharuan yang dibuat dan akhirnya diikuti oleh kerajaan monopaus yang berusia 50 tahun. Ulasan lanjut, baca tajuk -tok-guru-cucu-tok-guru-.

Akademik, rakyat Kelantan mempunyai nilai akademik paling tinggi. Bermula dari golongan muda remaja hingga golongan tua. Mereka berduyun-duyun meninggalkan kerja masing-masing pada setiap pagi jumaat untuk mengikuti majlis ilmu. Mana da pada negeri BN?

Akhlak: Akhlak rakyat Kelantan hasil didikan Tok Guru adalah Akhlak terbaik. Berada di tangga ketiga jenayah paling rendah aadalah buktinya. Sebenarnya berada di tangga paling atas kerana Perlis dan Sabah tak masuk tajuk.
Wawasan yang jauh: Wawasan PM dan kerajaan BN hanya setakat 2020, tapi wawasan Kerajaan pimpinan Tok Guru mempunyai wawasan hingga zaman selepas kematian. Maksudnya, jaminan 'projek' bukan sekadar di dunia, bahkan juga diakhirat. Bagaimana dengan 'projek' dosa pahala dan sebagainya. Koridor Mahsyar, jambatan Sirat Mustaqim. Dan tempat menanam bekal ialah di dunia.

Ramai kenalan: Disebut dalam Hadith sahih, "sesungguhnya Allah S.W.T berbangga dengan orang yang berusaha mencari ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain denan menyebut-nyebutnya di kalangan malaikatNya. Jumalah malikat sudah tentu lebih ramai dari manusia. Atau ajaran Islam hadari tidak mempercayai malaikat? malaikat sebagai CCTV Allah.

AMANAH: Siapa yang amanah telah diketahui ramai. Kerajaan amankah yang tidak terlibat dengan rasuah, pecah amanah, korupsi dan sebagainya. Hanya kerajaan Kelantan yang bebas dari segala yang tersebut itu.

Tanya Orang Muda BN, apayang ada pada 18 tahun PAS ?

Jom kita pakat jawab ramai-ramai- REKOD TANPA RASUAH. REKOD HUTANG PALING RENDAH.

Kita tanya balik, "apa yang ada pada 50 tahun BN?"

Patah belum tumbuh, hilang belum berganti



Tanggal 12 Februari menyaksikan dunia kehilangan seorang pejuang yang telah banyak memberi sumbangan bukan sahaja terhadap kaum muslim, bahkan terhadap dunia seluruhnya dan membuka mata dunia tetang kejahatan yahudi serta memberi kesedaran tetang kewajipan membela rakyat tertindas, Palestin. Itulah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Tokoh gerakan islam yang mempelopori gerakan islam seluruh dunia, Ikhwan Muslimin. Tokoh muda yang mempunyai jiwa reformis, mempunyai kesedaran dan bakat besar dalam usia yang amat muda. Bayangkan, pada usia seawal 20 tahun, beliau telah menubuhkan jemaah bersama rakan-rakan seperjuangannya.

Reformis muda ini sedar akan kepentingan kesatuan umat islam selepas kejatuhan Khilafah Islam setelah tumbangnya Empayar Islam, Turki Uthmaniyyah ke tangan mustafa Kamal Atartuk, bapa Sekularisme dunia.

Beliau telah mengorbankan sepenuh hidupnya untuk membela islam, termasuk dalam agendanya, membela umat islam di Palestin. usaha hampir berjaya untuk menumbangkan yahudi di Palestin. Begitu juga agendanya untuk 'menakluki' Mesir dari tangan thaghut dan setterusnya mengembalikan islam ke tempat tertniggi melalui satu manhaj yang disusunnya. Usrah.

Usrah merupakan platform untuk melahirkan individu muslim, seterusnya Bait muslim, mujtama' muslim, daulah muslim hingga akhirnya , Khilafah islamiyyah. Itulah pendekatan dan tajdid yang dibuat oleh Imam Hasan Al-Banna sehingga beliau dianggap sebagai mujaddid abad tersebut.


Ayat masyhur dari beliau apabila ditanya tentang apakah kitab yang telah beliau karang. Jawabnya, "kami tidak menyusun kitab,bahkan kami menyusun pemuda".


Ingin sekali saya menjejaki jalan perjuangan Mujahid ini.


Namun, fitrah pejuang kebenaran, pasti ada yang memusuhi. Pada tanggal 12 Februari 1949, beliau telah ditembak oleh ejen rahsia. Cerita pilu tidak terhenti di situ. Beliau tidak dibenarkan untuk dirawat ketika sampai di hospital. Dibiarkan dalam kesksaan yang teramat dahsyat sehingga beliau menghembuskan anfas terakhir. Janazah beliau hanya diuruskan oleh bapanya yang sudah uzur dari awal hingga ke proses pengkebumian.
Biodata ringkas Asy Syahid Imam Hassan Al-Banna:
Tarikh lahir: 14 oktober 1906
Tempat lahir: Mahmudiyah- sebuah Bandar kecil di daerah Bukhaira- 150km dari Barat Laut Bandar Kaherah.
Nama isteri: Fatimah( anak seorang tokoh yg dihormati di Ismailiyah- Al-Haj Hussain A-l Sali.
Bilangan cahaya mata: 6orang ( Perempuan :Sana, Wafa’, Raja’, Hajir dan Istisyad . Lelaki: Saiful Islam
Adik beradik: Anak pertama daripada 7orang adik beradik( dengan isteri ayah yang pertama) .Seorang lagi daripada isteri ayahnya yang kedua.
Nama bapa: Syeikh Ahmad Abdul Rahman Al-Banna (lepasan Al-Azhar, seangkatan dengan Syeikh Muhammadf ‘Abduh).
10 wasiat Imam Hassan Al-Banna:
Segera tunaikan solat
Sentiasa membaca al-quran
Berusaha bercakap dalam Bahasa Arab fushah
Jangan banyak berdebat sesama sendiri
Jangan banyak ketawa
Jangan banyak bergurau
Jangan mengangkat suara lebih daripada yang diperlukan oleh pendengar
Jangan mengumpat
Gigih berkenalan dengan orang yang ditemui
Sentiasa ingat bahawa kewajiban lebih banyak daripada waktu.

Sabtu, 9 Februari 2008

Seronoknya beraya Bersama



Tentu ramai yang tertanya-tanya, kenapa saya menulis tajuk hari raya pada musim Pilihanraya yang langsung tidak ada kaitan dengan sambutan hari raya. Cuba baca..


Hari Raya pasti meriah. Melihat siaran sambutan Tahun Baru Cina mengingatkan saya kepada 'Aidaini. Dua Hari Agnung Islam. Melihat berbilang kaum turut meraikan bersama, hati terasa begitu manis. Alangkah seronoknya beraya bersama.

Hari raya menjelma. Pasti seronok. Anak kecil menari riang bersama teman-teman. Muda remaja berhilai tawa bersam keluarga. Seronoknya beraya bersama. Tapi itu baru satu keluarga yang kecil. Bagaimana kalau satu keluarga besar yang bilangan ahli keluarganya mencecah seratus orang, beraya bersama, pasti bertambah meriahnya. Seronoknya terbayang sedemikian.
Tahun ini di Malaysia, semua negeri merayakan hari raya pada tarikh yang sama. Anak-pinak dan saudara-mara yang berada jauh di kota pulang ke desa. Beraya bersama. Cuba bayangkan sekiranya tarih hari raya tak sama.

Begitulah juga halnya dunia islam. Kita masih lagi dipagari dengan tembok langit yang sebenarnya tidak pernah wujud dalam kamus tauhid. Kita umat islam adalah sama. Tidak ada perbezaan. Pasti lagi meriah dan lebih gembira jika seluruh dunia islam merayakan hari raya pada tarikh yang sama. Kalau satu Negara Malaysia merayakan hari raya bersama sudah dirasakan meriah, pasti lagi meriah jika seluruh dunia merayakan hari raya pada tarikh yang sama.



Namun ini semua hanya tinggal harapan dan angan-angan kosong seandainya dunia islam masih berpecah. Pipisahkan dengan sempadan yang sengaja dibina. Uammat islam tidak bersatu di bawah satu pemerintahan. Tidak wujud daulah islam. Umt islam tidak berada di bawah sistem khilafah. Tengoklah pada zaman Rasulullah, umat islam berada di bawah satu kahlifah yang memimpin. Umat islam terjamin. Pada hampir seratus tahun yang lalu, umat islam masih lagi berada dibawah sistem khalifah. Umat islam masih terbela. Namun kini, Sistem khalifah terakhir umat islam di Turki di hancurkan oleh Mustafa Kamal Atartuk sehingga menyabakan dunia islam berpecah. Umat islam lebih suka mengamalkan nasionalisme dari kesatuan aqidah. Lebih suka membela bangsa dari membela agama.



Menjadi kewajipan kita, golongan yang inginkan kebahagiaan untuk mengembalikan islam dibawah Pemerintahan Khilafah. Ayuh berjuang menegakkan kebenaran, menetang kemungkaran, menuju kebahagiaan. Tegakkan Khilafah, moga kita akan beraya bersama dalam satu keluarga Aqidah yang amat besar di bawah payungan Khilafah Islamiyyah. Takbir.

Bila Sudah Kaya...yang mana satu pilihan kalbu?


Bila pemimpin sudah kaya-raya, dari mana duit mereka? Dari mana kekayaan mereka? Gaji setakat RM 25 000 dapat membina rumah RM 1.6 j setelah kerja baru 4 tahun. Ada saham dalam syarikat besar? Ada perniagaan lain? Masakan perniagaan masih maju dan masih ada masa untuk menyelia sebuah syarikat sedangkan mereka pemimpin sebuah Negara. Sepatutnya mereka memerah 100% daya pemikiran mereka untuk mentadbir Negara supaya dapat mencapai sebagai sebuah Negara yang baik dan mendapat keampunan Allah.



Lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar yang berhenti berkerja dan hanya menerima gaji dari baitulmal semta-mata untuk menumpukan perhatian kepada pemerintahan Negara islam Madinah yang hanya seluas tapak Masjid Nabawi hari ini.



Bila duit yang mereka perolehi dari punca yang haram, dengan menindas golongan lemah, merasuah, menyeleweng duit bantuan, merompak duit rakyat dengan cukai-cukai, mereka akan takut untuk berdepan dengan rakyat. Lalu terbinalah protokol, terjadilah prosedur yang menyusahkan rakyat bawahan untuk berjumpa dengan pemimpin ini. Tidak ada tujuan lain mereka meletakkan prosedur, syarat dan protokol melainkan untuk menyorokkan kesalahan mereka. Membisukan suara rakyat supaya tidak mendedahkan kesalahan mereka.



Dalam islam, tidak ada protokol dan prosedur yang meyusahkan. Agama itu senang. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat dapat berjumpa terus secara bersemuka dengan Rasulullah. Rakyat jelata dapat terus berurusan dengan khulafa’ ar Rasyidin. Tamadun sejati kemanusiaan sudah hilang. Semuanya disebabkan kerana pemimpin yang gilakan kekayaan dunia. Pemimpin yang gilakan harta kekayaan. Seperti kata Ibnu Khaldun dalam kitabnya MUQADDIMAH.



Berbeza dengan pemimpin zaman kegemilangan islam. Pucuk pimpinan adalah orang yang paling miskin. Lihatlah dari sejarah, bagaimana Rasulullah sendiri pernah berbuka puasa dengan sesuku buah tamar kerana ketiadaan makanan. Bukan kerana semenanjung arab miskin, tapi kerana keadilan baginda dalam memerintah. Baginda tidak pernah memakan walupun setengah biji zarah harta rakyat. Lihat bagaimana seorang gabenor yang diutus oleh khalifah ke sebuah negeri. Lalu bila tiba musim zakat, nama gabenor itu berada di kedudukan paling atas senarai penerima zakat.



Khalifah zuhud, Umar Ibn Abdul Aziz. Bagaimana corak kepimpinannya sehingga pada zaman beliau, kemiskinan dapat dihapuskan semuanya. Tidak ada seorang pun dari rakyatnya yang layak menerima zakat. Baginda betul-betul amanah dalam menjalankan kerja pentadbiran. Harta kerajaan bukanlah untuk kepentingan sendiri. Pernah beliau memadamkan lilin dalam pejabatnya untuk menyahut panggilan dan menjawab pertanyaan anaknya.



Sangat jauh perbezaan dengan pemimpin pada zaman sekarang. Pemimpin Negara adalah orang paling kaya dalam Negara tersebut. Kalau tidak pun, ahli keluarganya menjadi kaya-raya. Menjadi tradisi, pemimpin akan menjadi kaya, dari serendah ADUN sehingga puncak pimpinan Negara. Hak kerajaan yang diberi untuk memudahkan kerja pentadbiran menjadi ‘milik’ peribadi mereka. Harta rakyat menjadi hak mereka. Mengumpul kekayaan semahunya dalam zaman pemerintahan, bimbang tidak berkesempatan pada penggal yang akan datang.

Pilihan Raya semakin hampir. Bahangnya sudah hangat terasa. Pilihlah yang betul-betul berwiabawa. Mampu membawa kebaikan kepada semua.


Ingat, undi anda bakal disoal diakhirat kelak. Jika undi itu tepat, pahala jawabnya, jika tidak, tentu anda tahu apa akibatnya. Tepuk dada, tanya iman..Pangkah BULAN> bulan purnama @ bulan sabit.

Rindu Itu tiba-tiba...




Sedang asyik membelek-belek laptop jenama Compaq keluaran tahun 2004 yang kehilangan nyawa, “NTLDR IS MISSING”, saya mendapat mesej dari akh seperjuangan, “petang ni akan bermula kelas tafaqquh, talaqqi dengan Us Wan, pakai kitab Waraqat, Imam Al-Haramain Al-Juwaini, Syarah oleh Imam Jalaluddin Al-Mahalli. Sebuah kitab yang dianggap terbaik untuk mereka yang baru memulakan pengajian Usul Fiqh.

Yang menarik perhatian saya adalah perkataan yang sudah agak lama tidak saya dengari, tafaqquh dan talaqqi. Hampir 3 tahun perkataan itu tidak singgah di telinga saya, sejak masuk ke alam kolej, yang pengajiannya berteraskan diploma melalui sistem pembelajaran secara muqarrar, sukatan.

Teringat suasana semasa berada di ‘pondok’ Repek. Sistem pembelajaran talaqqi dan tafaqquh fulltime. Bayangkan kami belajar untuk sukatan pelajaran Sijil Peperiksaan Malaysia, SPM dengan cara tersebut. Setiap mukasurat diteliti habis-habisan. Kalau subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah tak kisah la. Tapi subjek sains dan sejarah serta perdagangan pun turut sama kena tempias Tafaqquh dan Talaqqi. Itu belum diceritakan pengajian dalam bab kitab-kitab kuning yang kekadang untuk menghabiskan satu muka surat mengambil masa sebulan seperti kitab Hikam , Ibn ‘Atha’illah.

Namun cara begitu mampu memberikan kejayaan kepada kami yang belajar untuk SPM hanya selama 10 bulan setelah meninggalakan matapelajaran akademik (Sains, Mate, Sejarah, B.Melayu dan B.Inggeris) sejak dari Tingkatan Satu.

Kebetulan semasa cuti hari tahun baru cina, saya sempat bersinggah melepaskan rindu di MTDQ Repek. Berjumpa dengan Ustaz-ustaz dan adik-adik, beramah mesra dan bertanyakan khabar, sedikit sebanyak menghilangkan kekusutan fikiran berada di luar. Melihat pelajar berjubah putih berarak dari asrama ke bangunan pengajian dengan membimbit kitab masing-masing. Hati teringat ketika dulu.
........................................
“kitab yang mana satu kita belajar hari ini? Hijau ke kuning?”
Itulah soalan yang selalu keluar dari mulut saya dan kawan-kawan bila bertanya tentang kitab yang bakal dipelajari pada hari tersebut. Jarang yang menggunakan nama kitab. Lucu betul.

‘Menadah’ di hadapan tok guru memerlukan adab dan sopan yang tinggi. Tak boleh nak lentang lentok, garu sana, garu sini. Nanti tak pasal-pasal pen atau rotan dan sebagainya melayang tinggi. Semua diam membisu, samada fokus kepada pengajian atau tengelam dihanyut mimpi.
Bersila adalah kedudukan wajib. Tak boleh nak duduk cara lain. Apatah lagi nak main-main atau nak menggeliat. Kalau ada yang nak keluar ke tandas, mesti semua mata tertumpu kepada orang tersebut. Mana tidak, kebiasaannya, sebelum masuk kelas pengajian, kami akan persiap diri sepenuhnya. Pastikan tidak ada gangguan lain. Masuk tandas kalau perlu.

Pernah sekali semasa Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Marbu Al-Banjari Al-Makki bersinggah mengadakan sedikit sesi pengajian, ada seorang hamba Allah yang agak degil tidak men’silent’kan telefon bimbitnya setelah diberi taklimat oleh anak murid Syeikh, Ust Zaki Zam-Zam tentang adab-adab pengajian bersama Syeikh. Akibatnya sesi pengajian pada pagi itu dibatalkan. Semua hadirin tercengang.

Begitulah disiplin pengajian kitab turath yang berorientasikan talaqqi. Kesannya terbukti sehingga kini. Anak murid kelahiran sistem talaqqi adalah anak murid yang berkualiti. Ilmu di dada mereka tahan lama. Tidak seperti lulusan universiti yang 100% bersistemkan semester dengan pembelajaran secara sukatan atau muqarrar. Saya tidak menghukum semua graduan universiti sedemikian, masih ada dari mereka gundal-gundal yang hebat, namun yang sedemikian tadi terlalu ramai. Mungkin sistem pengajian kita perlu dikaji.
.....................................

Duduk dikerusi hadapan Us Wan, bulu roma tegak. Masakan kenangan bertalaqqi begitu manis, tersemat jauh di lubuk hati. Hari pertama pengajian hanya sempat disentuh tentang ta’rif dan faedah belajar usul Fiqh. Sebelumnya, diceritakan bagaimana indahnya dunia belajar di Syria. Suasana ilmu betul-betul hidup mekar. Syuyukh melata bersedia untuk mencurahkan ilmu kepada sesiapa yang mahu. Tidak memerlukan apa-apa ganjaran.
Masa sejam setengah bagaikan 10 minit. Segala lontaran kata-kata yang hinggap di teling adalah ilmu. Betullah, talaqqi itu adalah konduktor terbaik bagi ilmu pengetahuan.
Moga-moga usaha kami untuk mengembangkan pengajian talaqqi di bumi barakah ini berjaya dan mendapat ganjaran setimpal dari ALLAH S.W.T. Ameen.

Rabu, 6 Februari 2008

Terima Kasih Barisan Nasional


Cuti untuk hari raya cina bermula. Saya kini berada dalam perut bas Express Transnasional yang melenggang malas, dijana oleh enjin diesel 6 silinder berjenama Scania model 360 hp menuju kembali ke kampong halaman untuk meneruskan perjuangan. Menjadi kebiasaan bagi saya bila bermusafir atau dalam perjalanan, saya tidak berminat untuk berbual dan berborak seperti kawan-kawan yang lain. Bahkan saya lebih suka memerhati keadaan sekeliling sepanjang perjalanan.
Melalui jalan berbukit dengan pemandangan yang menghijau memang menenangkan mata si pemandang. Menyejukan hati. Bukit-bukau yang masih belum ditarah dan digondol.
Memasuki lebuhraya, mata saya mula kuyu. Terasa bagai ditarik kelopak mata supaya dipejam rapat. Tambahan pula, kawasan sekeliling yang berdebu dek pembangunan kawasan baru. Melihat salah satu dari papan tanda yang besar berderet di tepi jalan tersebut, mata saya tiba-tiba menyegar. Tulisan itu betul-betul menaraiik perhatian saya.
“PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL”
Saya ingatkan, itulah satu-satunya papan tanda tertulis begitu, tapi meleset. Berpuluh papan tanda sedemikian. Bagus betul kerajaan Barisan Nasional. Mempeloperi projek-projek mega untuk kebahagiaan rakyat. Jarang-jarang terlihat slogan JKR, “jasa kepada rakyat”.
Saya pelik , termenung kehairanan. Sayup-sayup kedengaran deruman enjin meerah kuasa untuk mendaki sambil memotong kenderaan perlahan yang berada di sebelah kiri. Banyak betul jasa kerajaan BN, melebihi kerajaan Malaysia. Maknanya, banyak betul duit BN sampai boleh membiayai projek mega itu. Lagipun ini waktu untuk PRU. Banyak lagi duit yang perlu dilaburkan untuk jentera pilihanraya. Atau itu sekadar nama? Atau bagaimana?
Kalau itu betul-betul projek BN, memang banyak duit BN. Persoalannya, kenapa dana BN begitu kukuh dan banyak?
Kalau itu projek kerajaan Malaysia, kenapa dinamakan “Projek Barisan Nasional”. Dah la projek lebuhraya yang belum habis tempoh konsesinya. Kenapa zalim sangat. Duit kami rakyat biasa pun ada dalam kos pembinaan itu. Duit mamak yang tak mengundi pun ada. Duit Tok Guru pun ada. Duit ahli PAS, PKR pun ada. Kenapa BN sahaja yang dapat nama? Mana nama kami yang saban hari mambayar cukai dan tol-tol di lebuhraya. Atau projek tu langsung tidak menggunakan duit cukai dan duit tol kami? Maknanya guna duit kerajaan. Kenapa BN juga yang dapat nama? BN hanya parti pemerintah. Bukan kerajaan. Dalam projek kerajaan, duit yang digunakan adalah duit rakyat. Rakyat Malaysia bukan hanya pandai memangkah BN. Mereka ada pegangan da fahaman amsing-masing. Hormatlah sikit. Jangan jadikan projek sebagai agenda politik. Kalau di tulis projek KERAJAAN NEGARA MALAYSIA saya tak kisah.