Jumaat, 26 April 2013

Memoir Saya, Politik dan Kehidupan



Sejak sebelum lahir, semua ahli keluarga saya adalah pendokong PAS. Ayah saya ketua pemuda, nenek saya ketua muslimat. Ada sebuah surau di tepi rumah saya yang diwaqafkan untuk Islam (PAS), sebahagiannya dijadikan PASTI dan pejabat markaz cawangan. Surau 2 tingkat itu pasti akan meriah setiap pagi Jumaat dengan kuliah mingguan oleh datuk dan ayah yang bergilir-gilir menyampaikan tazkirah. PASTI pula meriah setiap hari dengan gelagat pelajar-pelajar PASTI yang comel-comel. Saya hanya akan masuk 'kelas' ketika waktu makan. Gula-gula susu dan donat adalah kegemaran saya ber-PASTI.

Selasa, 23 April 2013

PRU13 Dan Fath Makkah


PRU 13. Saya melihatnya dengan kaca mata peristiwa agung Islam, Pembukaan Kota Makkah pada Ramadhan tahun ke 8 Hijrah. 20 tahun selepas nabi diutuskan oleh Allah untuk melaksanakan islah dan dakwah.

Sejak selepas berakhirnya zaman syariat Ibrahim dan Ismail A.S, Makkah diduduki oleh musyrikin yang menyembah berhala. Era ini bukanlah satu era yang pendek. Ia menghampiri ribuan tahun. Namun, itu tidak bermakna bahawa kerosakan syirik itu tidak boleh dirawat. Allah mengutuskan Muhammad S.A.W untuk merawat lembah kontang itu dan akhirnya menjadi mercu tamadun agung dunia.

Selasa, 9 April 2013

Pesan-Pesan Minda



Manusia adalah makhluk akal dan makhluk pilih. Dalam bahasa syariat, disebut mukallaf. Setiap mukallaf akan disoal terhadap apa yang dilakukan di dunia. Justeru, kenapa perlu diswastakan akal anda kepada orang lain untuk menentukan pilihan yang perlu anda buat?

Manusia yang tidak sempurna akal, tidak berhak membuat keputusan. Lihatlah orang gila, kanak-kanak. Ibu bapa dan penjaga yang bertanggungjawab membuat pilihan dan keputusan ke atas mereka. Malah, kalau mereka membuat keputusan tanpa izin penjaga, keputusan itu boleh dibatalkan di sisi ulama'.