Jumaat, 28 Mac 2008

Sebelum ini aku tak tahu..

Peristiwa pertama.

Sebelum terjun ke dalam dunia ‘penjaga Al Quran’ saya tersa begitu hina memandangkan bakal bergaul dengan para malaikat yang maksum dari semua kesalahan. Masakan saya pula adalah budak paling nakal di kampung.

Namun, bila menjejak kaki masuk ke dalam dulang HUFFAZ, barulah saya mengerti keadaan sebenar. Ramai juga ‘syaitan’ yang pura-pura ikhlas menghafal Al Quran.

Peristiwa kedua.

Sebelum melangkah kaki masuk ke bumi barakah Darul Quran, saya membayangkan bahawa bebudak yang mendapat tajaaan dari kerajaan adalah pak turut yang setia. Manakala mereka semua adalah juga makhluk yang maksum, terhindar dari sebarang Fahsyaa’ dan munkar.

Tapi, bila saya menjejak kaki ke sini, hakikatnya berbeza 360 darjah dari apa yang saya bayangkan.

Peristiwa Ketiga.

Ketika masih belum memegang apa-apa jawatan, aku adalah pengkritik hebat, pencadang yang dinamis serta kreatif. Berbagai cadangan, saranan dan kritikan yang saya beri. Siap dengan hujjah yan tersusun rapi lengkap berdalil dari Nas dan sejarah. HEBAT.

Tapi, setelah memegang jawatan dan taklifat, barulah aku sedari, cadangan dan kritikan aku selama ini hanyalah cadangan dan kritikan kosong. Langsung tdak mampu membina. Aku hanya syok sendiri.

Kesimpulannya, kerana aku BUKAN AHLINYA dalam hal tersebut itu. Apa yang aku bayangkan tidak tepat. Kerana aku BELUM MENGALAMINYA.

Memori itu datang kembali....

Jumaat 28 Mac 2008

Mendapat jemputan dari koordinator Annual General Meeting IQ rac pada pukul 2.30 petang nanti seolah tidak ada apa yang istimewa.

Seusai mengetuai solat Jumaat, saya segera menyalin pakaian yang sesuai untuk majlis tersebut. Jubah kelabu berkolar keras menjadi pilihan. Mengayuh basikal mantan YDP, laju ke arah tempat majlis berlangsung.

Segalanya berubah apabila kaki kananku melangkah masuk ke Audi yang mampu menampung seramai 400 orang itu, emosiku tiba-tiba mudah tesentuh melihat barisan perwakilan Iqrac kemas berada di kerusi masing –masing. Seorang demi seorang memberi laporan tugas yang telah dilaksanakan.

Sesi ucapan lebih meruntun hati. Permohonan ampun dari segala tanggungjawab yang tidak terlaksana dan nasihat kepada bakal pimpinan, ku dengari begitu syahdu. Pengumuman perwakilam baru yang sememangnya mendapat persetujuan khusus dari ku sendiri sebagai Penaung dirasakan seolah satu surperise.

Simbolik pelatakan jawatan begitu sayu, lebih sayau bila acara penyerahan tugas melalui simbolik ‘nametag’. Tiba-tiba air jernih mengalir… sahabat ditepi terkejut dengan reaksi ku, namun segera memahami keadaan.

Melihat pimpinan baru berikrar mengangkat sumpah sebagai pimpinan baru, berjanji dan berikrar dengan lafaz mulia, kenangan 30 November 2007 menjengah ku kembali..

Memori itu datang kembali..

Ya Allah, bantulah hamba mu ini untuk meneruskan perjuangan menegakkan agama mu..

Knock Out @ Offside ?

Ramai yang mengatakan BN dan UMNO yang mewakili kerajaan Malaysia terkena pukulan ‘knock-out’ dari parti barisan rakyat apabila lima negeri termasuk Kelantan di perintah oleh BA.

Namun bagi saya, sedikit tidak bersetuju dengan istilah tersebut memandangkan ianya telah memakan diri apabila digunakan untuk meraikan kemenangan besar pada tahun 1999. ‘knock-out’ menyebabkan pejuang islam dan petugas parti berehat dari terus berusaha meningkatkan daya saing jentera parti kerana mereka beranggapan bahawa musuh mereka telah ‘out’.

Itulah hujjah saya untuk menukarkan istilah KO kepada Offside. Offside memberi erti bahawa BN dan Umno masih belum terkeluar dari gelanggang perlawanan bahkan mereka sedang meneliti kesilapan yang berllaku dan bakal menerima arahan strategi baru dari ‘jurulatih’ mereka yang setia memerhati sepanjang masa.

Berkisar tentang menghayati nikmat kemenangan, saya amat bersyukur, namun syarat bagi pemenang hendaklah dipenuhi supaya ianya dapat menarik perhatian ‘rahmat’ Allah agar bertandang dan menjadi tetamu setia tatkala kita meminta.

Isnin, 24 Mac 2008

Program Lagi...

"Program lagi..." terdengar rungutan dari seorang junior apabila dia terlihat poster yang terpampang di papan kenyataan asrama.
Sebenarnya, perkataan itu juga yang terdetik di hati saya bila menatap Planner berkulit keras 2 minggu yang lalu. Mungkin pada junior, mereka rasa terkongkong dengan program yang persatuan laksanakan. Bagi kami, program yan kami laksanakan ini juga telah mengongkong pergerakan kami, menjerut jadual harian kami. Namun, atas dasar kesedaran untuk mentarbiyyah dan ditarbiyyah serta memberi pengalaman berharga kepada bakal pendakwah yang akan terjun memperjuangkan Agama Allah.
Terus menjadi persoalan, mana mungin INTERFAME yang asasnya 'permainan' boleh menjadi wasilah tarbiyah. Bagi saya, memang. Namun, bagi mereka yang menafikan, maka saya berpesan agar merenung kembali, bagaimana niat mereka menyertai program? Cuba renung dengan jujur, apakah diri sendiri tak tertarbiyah dengan modul-modul yang telah terlaksana?
Menjawab kepada isu 'paksa' masuk program.
Memang lumrah seorang hamba, kita dipaksa sepanjang masa. Siapa yang minta untuk hidup? Namun kita dipaksa hidup. Dipaksa taat pada hukum Allah, ikut syariatNya, beribadat dan sebagainya. Tapi, perlu diingat, paksaan bukan setakat itu sahaja, Kita juga dipaksa dengan 'TAKLIFAT' yang banyak. Khalifah, Pendakwah, Muballigh, 'Abid. Justeru, program dan taklifat yang diberi memang paksaan dari PERSATUAN supaya ia menjadi satu wasilah tarbiyyah kepada diri dan individu yang ingin ditarbiyah.
Sahabat sekalian, apa yang saya rancang melalui program dan sebagainya pasri mempunya asas dan kebaikan. Kita semua bakal mendepani berbagai paksaan lagi. Semstinya paksaan yang lebih berat. Kalaulah dengan taklifat yang sekecil ini kita sudah memberontak, maka bagaimana dengan paksaaan yang lebih besar dalam dunia yang sebenar.
Memang pihak persatuan tidak dapat lari dari kekurangan. Tidak dapat memenuhi hasrat semua ahli. Namun, pihak kami telah mencuba sedaya yang mampu untuk menjalankan tanggungjawab mengikut kepentingan dan keperluan semasa.
Apapun, segala teguran dan nasihat serta pandangan dari rakan-rakan amat kami sanjungi.
Unite For Islam.

Rabu, 19 Mac 2008

DEMO dah halal...?



Banyak perkara aneh berlaku di Malaysia pasca pilihanraya umum yang ke-12. Kalau semasa perhimpunan agung UMNO tahun lepas, Presiden, Ketua Pemuda, Naib Ketua pemudanya menfatwakan setiap perhimpunan di tempat awam tanpa permit adalah HARAM. Namun selepas PRU ke-12, ia nampak seperti halal apabila UMNO Pulau Pinang telah berhimpun dan membuat tunjuk perasaan di hadapan pusat membeli-belah KOMTAR.
Banyak percanggahan pendapat, fakta dan kenyataan yang menggambarkan haru-birunya parti setelah kalah secara mengejut kepada parti yang diperlekeh selama ini.
Kenyataan mendesak Lim Kit Siang mohon ampun kerana tidak sehaluan dengan Sultan Perak telah diuangi perbuatanya oleh Perdana Menteri apabila pendapatnya bercanggah dengan Yang Amat Mulia Sultan Perlis. Pak Lah memberi watikah kepada Shahidan, sedangkan Sultan perkenankan Md Isa. Kenapa Pak Lah tak buat pernyataan mohon ampun kepada Sultan.
Terengganu masih sepi tanpa MB meski menjadi negeri yang awal memenagi pilihanraya dengan majoriti besar 2/3. Menjadi persoalan. Kalau pada 2004, penangguhan itu hanya sekadar 1 minggu, namun pada kali ini lebih lama. Mungkin kita boleh terima pakai kenyataan Presiden Pas yang mengatakan bahawa antara asbab tidak mendapat perkenan Sultan adalah ‘derhaka’. Pandangan kritis saya amat setuju dengan pendapat itu.
BN yang selama ini berbangga dengan parti komponen yang mewakili bangsa dan kaum itu telah meragui prinsip dan pegangan jumud mereka, walaupun pada saya, politik BN itu sebenarnya telah menjadi batu penghalang besar kepada pembinaan negara bangsa. Kalau beberapa tahun dahulu, BN menuduh lawan HIJAUnya mengamalkan politik jumud dan perkauman, maka kini kenyataan itu kembali ke atas kepala UMNO. Ini terbukti apbila majoriti cina dan india telah terang-terang menyokong ISLAM, parti hijau. Maka terang lagi bersuluh, prinsip icslam itu lebih universal, lebih baik ke arah membina negara bangsa.
Sedikit pandangan peribadi yang mungkin salah, PRU kali ini nampaknya seolah bersih kerana parti lawan, (saya tidak menyukai istilah pembangkang) telah berjaya memenangi beberapa negeri. Tidak bagi saya, PRU masih kotor. Janji dakwat telah terbatal. Tepat ramalan Bekas TPM. No. siri masih terpampang. Kekalahan BN adalah kerana mereka tersilap strategi dan terlampau angkuh.
Mereka terlampau menumpukan perhatian untuk merampas negeri yang telah sempurna pembinaanya secara syumul melalui prinsip Islam yang Ori, atas alasan mahu merawat. Membandingkan kemajuan jirannya yang mempunyai telaga minyak dan mendapat peruntukan POLITIK. Kelekaan inginkan Kelantan menyebabkan mereka lupa untuk menjaga negeri masing-masing. Sehingga membawa kekalahan kepada ‘seluruh’ wakil BN kecuali wakil yang mendapat undi tentera yang amat banyak. Tahukan?
Keterlampauan media arus perdan juga memberi impak negatif. Mereka terlalu mendiskriminasikan parti lawan, sehingga da yang simpati.
Lalu kekalahan ini telah diletakkan keseluruhannya kepada Pak Lah. Maka ramailah yang mendesaknya supaya mengikuti jejak langkah Samy Vellu, berundur. Namun, bagi saya yang berpandangan jauh, biarkan sahaja Pak Lah menzahirkan kelemahan, supaya senang Islam mengorak langkah ke atas untuk memeri kebajikan dan keadilan terhadap semua. Bukan hanya kepada kroni.

Terima Kasih DQ

Sekalung perhargaan bersama jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran Darul terutama kepada Ayahanda Tuan Pengarah, kerana telah memberi peluang kepada kami untuk merasa menu baru di kafeteria Darul Quran setelah 2 tahun menikmati menu yang sama.
Kami kini selesa dengan harga makanan yang murah dan mempunyai banyak pilihan.
Semoga suara pelanggan seperti kami sentiasa di ambil berat.
"ke arah pembentukan generasi al-quran yang unik"

Kerana Satu Undi...

Tanggal 7 Mac merupakan saat paling mendebarkan, apakan tidak, keesokannya adalah hari penentu arah kepimpinan Negara Malaysia. Di wilayah saya, sejak seminggu berlalu, solat hajat dan doa dipanjatkan agar tampuk kepimpinan dianugerahkan kepada yang sepatutnya.
Saya merancang bersama beberapa sahabat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya bakal menyumbang undi buat pertama kali dalam PRU ke-12. Sedikit kesedaran menyebabkan saya bertekad untuk pulang mengundi meski berada dalam ‘kemarau’ panjang.

Kelantan. Dinihari, lautan manusia yang menyedari kudrat yang terbatas berpusu-pusu membanjiri stadium Sultan Muhammad ke-4, bermunajat memohon pertolongan Yang Maha Kuasa. Lelehan air mata raja’ mereka bakal memadamkan api neraka. Sendu tangis bakal dihisab di mahsyar yang tidak apa parti kerajaan.

Selangor. Mengimami solat jumaat di Masjid mega dua tingkat itu, saya bawakan ayat-ayat politik yang menjadi panduan dan pegangan sejak kecil. Di akhir sembahyang, tangan dijulang tinggi, munajat memanjat doa memohon pertolongan kepada mereka yang berjuang di jalan yang betul. Qunut nazilah saya bacakan dengan telus dan tulus. Penuh khudu’ dan khusyu’ dengan nada merayu yang sedikit mendayu. Sahutan ta’min dari makmum bergema besar. Tiba-tiba, air jernih menerjah pipi tanpa permit sah. Terasa kekerdilan makhluk berdepan dengan zat tunggal. Selesai. Khatib memeluk erat sambil mengesat saki-baki air mata. Beberapa penyarah dan pegawai melemparkan pujian. Sahabat-sahabat memeluk, menyatakan sokongan terhadap apa yang saya lakukan.
Memulakan langkah kanan dengan memacu Produa Kancil EX660, mendaki Bukit Fraser sebagai jalan terdekat menuju negeri serambi Mekah. Kibaran kain hijauyang dipasang pada pintu belakang kereta meremangkan bulu roma.
Di tengah perjalanan, deretan kereta menayangkan logo masing-masing. Kekadang disambut takbir. Yang kerap, hilau ketawa dari makcik-maksik yang berpakaian sendat.
Menaikkan semangat saya apabila jarang-jarang kain hijau itu dikibar oleh kereta-kereta mewah berkaca gelap. Itu tandanya Islam telah didokong oleh golongan Korporat.
Melintasi sempadan negeri, diselekoh panjang, kami disambut dengan laungan takbir. Deretan jundi menyambut kepulangan anak muda didikan generasi pertama PASTI pulang untuk mempertahankan negerinya dari serangan musuh.
Sesampai dirumah, tika dinihari, saya berwuduk, bersolat 2 rakaat.
Berpagi, saya bersama ibunda ke pusat penentu. Melihat sahabat-sahabat nakal lama saya sedang berkhidmat tanpa gaji dibawah sinaran planet putih, saya sedikit terkedu. Hidayah lebih mudah menjenguk mutadh’afin.
Kertas-kertas yang telah saya pangkah disumbat perlahan ke dalam kotak lutsinar itu. Sempat memohon supaya islam berada di tempatnya. Tidak ada dakwat yang menjadi penanda di kuku. Nombor siri masih menjadi saksi pejuang yang istiqamah, mengundi bukan kerana gaji dan pangkat.
Terima kasih kepada ketua pemeriksa SPM, Ustaz dan Ustazah KAFA, mantan Timbalan Pengarah MSN, Pegawai kanan kerajaan, ketua jabatan, kerana mengundi untuk Islam.
2 CCTV kiri dan kanan menjadi saksi undi pertama yang saya yakin telah memberi sumbangan kepada kebangkitan semula Islam.

Khamis, 13 Mac 2008

Memenuhi syarat kemenangan...

"apabila datang pertolongan Allah dan pembukaan, dan kamu melihat manusia berpusu-pusu memasuki agama Allah berpuak-puak. Maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan beristighfarlah, sesungguhnya Dia amat penerima taubat" Surah Al-Asr.
Itulah syarat kemenangan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada tenteranya. Subahanllah, Alhamdulillah, Astaghfirullah.
Tidak dapat lari dari fitrah, manusia pasti akan merasa sedikit 'puas hati' sehingga merasakan bahawa segala usahanya telah 'berkesan' sehingga sedikit-sebanyak telah menghakis 'iman' mukmin. Menjadi fitrah pertandingan, ada kalah menangya. Fitrah perjuangan Islam, ada turun naiknya. Senario yang sama berulang sejak dari zaman dahulu. Perasaan selesa akan membuatkan muharrikin futur. Getir tak akan melusuhkan semangat, kerana begitu mereka dilatih, namun kesenangan yang senantiasa menjadi jalan mudah hancurnya jalan perjuangan.
Lihatlah pola perjuangan sejak 1965 sehingga sekarang. Kemenangan akan menyebabkan pemenang-pemenang terlalu asyik menikmati kemanisan kemenangan. sehingga terlupa untuk melunaskan janji-janji yang ditabur.
Persediaan pertempuran memang memeritkan. Namun di dalam politik, fatrah selepas kemenangan lebih berat untuk dipikul dan dilaksanakan.
Namun itulah fitrah KHALIFAH ALLAH di dunia.
Pun begitu, sebagai pemenang, kita masih memerlukan sokongan dan pertolongan. justeru di disi, saya ingin menyebut beberapa syarat yang mampu 'menyeru' bantuan dan pertolongan dari sebaik-baik penolong.
" dan Allah pasti akan menolong sesiapa yang menolong Nya, sesungguhnya Allah itu amat kuat dan perkasa. (iaitu) mereka yang apabila diberi kekuasaan memerintah, mereka akan mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menyuruh kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran...."

Yang dikendong keciciran, yang dikejar melepas..

Itulah ibarat terbaik yang saya boleh gambarkan kepada apa yang terjadi pada pakatan parti pemerintah BN apabila hasrat mereka untuk merampas kerajaan Islam Kelantan tidak kesampaian, malah 4 negeri lain pula telah jatuh ke tangan pembangkang, termasuklah negeri kebanggan BN, Selangor Darul Ehsan.
Harus dijadikan satu pengajaran kepada cucu tok guru, inilah ulang tayang apa yang berlaku dalam sejarah Rasulullah melalui perang Ahzab. Pakatan Kuffar telah dihancurkan oleh Allah sedangkan tentera islam tidak mempunyai kelengkapan yang secukupnya. Kejatuhan Kedah ke tangan pemerintahan Islam adalah tanda Nusratullah yang semakin kerap menziarahi pejuang -[ejuang yang ikhlas memperjuangkan hak. Golongan Mustadh'afiin bakal diangkat untuk memimpin agama suci ini.
Namun, walaupun saya menggunakan misal Ahzab, janganlah pula menganggap saya sebagai golongan ekstermis atau golongan takfiz Al-Ahbash.

Tahniah Pelajar terbaik SPM....

Tahniah kepada adik dari SMKA Yan kedah yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM Malaysia selepas mendapat 21A pada SPM 2007. Anda memang betul-betul cemerlang. Namun saya terkilan, kenapa pada tahun lepas tidak ada pelajar terbaik..? apakah kerana segalnya menjadi politik dan dipolitikkan..?
Wahai kerajaan yang saya sayangi, politik bukan wang kehidupan. Tidak semua perkara perlu dibincang di meja politik. Lebih-lebih lagi perbincangan dalam bidang akademik yang menjadi teras pembangunan setiap negara, teras penting sebuah tamadun. pemerhatian dan sedikit penyelidikan yang saya jalankan dengan pembacaan dan 'perbualan', saya dapat melihat sedikit perubahan yang berlaku dalam dunia akademik di Malaysia. Bermula dengan pelantikan NC dan TNC di IPT di seluruh Malaysia, segalanya berbau politik. Lebih menyedihkan saya apabila pada pagi ini, diumumkan 'pelajar terbaik' SPM 2007, sedangkan jabatan dan kementerian yang sama pada tahun lepas tidak mahu mengumumkan dan tidak mengi'tiraf pelajar terbaik SPM 2006. Alasanya bermacam-macam, namun pada saya, apa yang menjadi halangan ialah, POLITIK. Siti Fatimah adalah pelajar Maahaad Muhammadi Lil Banat yang merupakan sebuah sekolah agama kelolaan Yayasan Islam kelantan.
Saya lebih sukakan 'sekularisme' dalam menentukan ahli akademik supaya ianya tidak lagi bergerak atas agenda politik yang bakal membantut serta menrendahkan taraf sebenar yang mampu dicapai oelh institusi kerana melantik yang 'bukan ahli'. Serahkan urusan akademik kepada orang akademik, serahkan urusan politik kepada orang politik.
Ambillah iktibar dari kejatuhan 'ranking' universiti di Malaysia yang sudah lagi tidak tersenarai dalam 200 universiti terbaik. Juga ambillah iktibar dari pelantikan Syeikhul Azhar yang sudah dinodai oleh ahli politik menyebabkan Azhar tercalar maruah Tamadun Ilmunya.
Fikir-fikirkanlah...