Sabtu, 21 Januari 2012

Al-Kisah Sang SAGA


Kereta Proton adalah kereta nasional yang disayangi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Saya salah seorang rakyat yang sangat menyayangi Proton. Ibu saya baru tiga tahun memiliki kereta Proton Saga BLM. Syarikat Petroleum Nasional atau nama glamournya, Petronas pula menjadi pilihan pertama saya bila tangki Proton BLM mengadu haus.

Seminggu yang lalu, saya tiba-tiba rasa tertarik untuk meneliti sedikit sebanyak berkaitan dengan kereta. Maka, ini adalah hasilnya. Sangat tidak sempurna, kerana saya bukanlah ahli yang berautoriti, cuma gatal tangan dan geram hati untuk berkongsi.


Rabu, 18 Januari 2012

AKAUN UNTUK PERSATUAN


Alhamdulillah. Setelah berhempas-pulas menggandakan usaha, akhirnya Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan telah memiliki akaunnya sendiri di Malaysia. Akaun ini ditubuhkan untuk mengurangkan birokrasi pengaliran dana dari Malaysia kepada KMKJ. Terima kasih kepada penama bersama, akaun Kesatuan Mahasiswa Kelantan Berhad yang sudi dicuri masa mereka demi memudahkan urusan ummat.

Hasil dari itu, saya menerima banyak respon bertanyakan tentang kaedah penubuhan akaun yang sebelum ini dianggap mustahil oleh kebanyakan pihak. Maka di sini, saya kongsikan kebaikan ini.

Jumaat, 6 Januari 2012

Kertas Pertama, Kertas Kedua


"Tak boleh, paling kurang, kena sewa dua hari sebab hari Ahad, 1 Januari, CUTI ", tegas pemilik pusat sewa kereta di Amman.

Saya memandang Muhammad. Ahad cuti...? Education Malaysia Jordan tak akan dibuka. Kedutaan Malaysia di Jordan tak akan beroperasi. Taki pernah terfikir dibenak saya, bahawa hari Ahad tersebut adalah 1 Januari 2012.

Rabu, 4 Januari 2012

Mengadap Kekasih Yang Maha Tinggi


Seorang demi seorang rakan, teman dan kawan meninggalkan saya. Teman sebilik. Rakan sepengajian. Kawan sepermainan. Mereka dipanggil tuhan, pada usia yang awal, saat dosa masih minima.

3 Disember 2011 lalu, kami dikejutkan dengan pemergian mendadak, arwah Ilham Ellani di Irbid. Awal hari ini, 3 Januari 2012, halilintar menghunjam hati saya. Ustaz Abdul Aziz Abdul Rahman, Presiden Himpunan Pelajar-Mahasiswa Indonesia di Jordan meninggal dunia.