Ahad, 30 November 2008

Seeruu 'Ala Barakatillah





28 November : Tarikh Pembuangan Undi

29 November : Annual General Meeting


Hari ini 30 November 2008. Telah genap sehari bergelar mantan. (mundar mandir tanpa jawatan ). Mungkin jawatan sudah tidak lagi terpikul dibahu ini. Namun tugas dan taklifat untuk menunjukkan jalan kepada adik-adki pimpinan baru masih tergalas dibahu.

28 November. Hari ini seperti biasa. Ke kelas dan iadah. pulang dari kelas, saya meninjau-ninjau pusat pembuangan undi. Masing-memperkatakan tentang calon pilihan mereka. Saya hanya tersenyum. Hujah bergilir-gilir diutarakan. Bagus. Mereka memilih pemimpin dengan hujah, bukan taqlid.


Malamnya, saya memberikan ucapan terakhir di masjid. Sedikit panjang lebar berbanding biasa. Banyak nasihat dan harapan yang saya lontarkan.


Selidikilah sebelum menuduh. Kata hati mu bukan bukti. Kami juga menjunjung Al Quran dan Sunnah. Tahu apa itu amanah. Jangan kerana kesalahan sendiri, kita palitkan pada mereka yang menjalankan amanah dengan baik. Betul, amanah itu subjektif untuk diterangkan.


Sering diminta bukti, di mana amanahnya kami..? Pelik sungguh golongan agama ini.. seolah tidak memahami syariat. Yang menuduh itu sepatutnya membawa bukti, bukan yang tertuduh.


Jagalah batasan pergaulan. Bukan untuk menindas, namun untuk memelihara khazanah yang amat berharga.


Jagalah pertalian dengan Allah. Juga dengan manusia. Namun pertalian dengan manusia itu diukur denag acuan sepertimana yang Allah kehendaki.


Jagalah akhlaq selaku pembawa Al Quran. Tidak ada maknanya menghafal Al Quran, jika amalan kita tidak selari dengan Al Quran.

Teringat impian, bilakah lafaz itu mampu ku ucapkan, " Akhlaq pelajar DQ adalah Al Quran".


29 N0vember. Annual General Meeting berlangsung. Saya selaku pengerusi memulakan dengan pujian pada Allah dan Selawat kepada Rasul.


Perbentangan aktiviti persatuan berlangsung. Kami dedahkan apa yang kami lakukan secara 'hardcopy'. Namun, perjuangan secara sebalik tabir kami menuntut hak sahabat sekalian hanya menjadi kenangan. Pengalaman pahit manis perjuangan memipin PERKEMAT DQ menjadi bayaran kepada kesedihan selama ini.


Sesi perbahasan usul bermula. Pelbagai usul diperbincangkan. Moga semuanya membawa kepada kebaikan. Bukan hnya kerana kepentingan persendirian.


Ucapan terakhir dari para pimpinan meruntun hati ikhlas untuk tunduk menyeru air jernih untuk menitis. Saya bersajak sebelum berucap. Sajak yang berusia setahun itu seakan masih segar. siapa dai'e dan siapa mad'u. Di mana tolak ansur. Di mana 'Salamatu Shadri'. Siapa penghkum dan siapa yang keras kepala untuk mentaati pemimpin.


Al Kharuj minal ikhtilaf mustahabbun. Jelas dan terang pesan baginda Rasulullah.


Ya Allah ya tuhan kami, berilah hidayah dan petunjuk kepada kaum ku, kerana sesungguhnya mereka tidak tahu apa yang kami lakukan adalah yang terbaik untuk mereka.
Simbolik peletakan jawatan megundang rasa sayu. terasa banyak tanggungjawab yang tidak tertunai.
Ya Allah, jangan jadikan kami dari golongan mereka yang terhina dan menyesal di Akhirat lantaran banyak tanggungjawab dan hak yang tak tertunai.

Pengumuman pimpinan baru diketuai oleh saudaraMuhammad Isa, sahabat baik kami yang telah dipisahkan dari kami. Semata-mata untuk menjaga ketelusan.



Alhamdulillah. Allah tahu siapa yang layak untuk memikul amanah ini.

Persaan kami lega dan redha. Harapan menggunung supaya pimpinan akan datang dapat melakukan yang lebih baik dari apa yang telah kami lakukan.

Barisan Pimpinan PERKEMAT DQ sesi 0809 dikepalai oleh Ahmad Qutaibah Bin Muhammad. Junior sekolah lama ku. MTDQ Repek. Monarki ke..? atau tak telus..?


Penyerahan tugas dilakukan dengan simbolik yang sungguh shahdu. Turun tak terhina, naik dengan mulia.

" Wahai adik-adik ku para pimpinan.. jalankan tugas dan amanah serta taklifat yang terpikul di bahu dan pundak kalian dengan itqan. Bukan sambil lewa. Kekuatan yang ada jangan disiakan. Kami selaku mantan-mantan akan sentiasa memberi jalan dan tunjuk ajar jika diperlukan.






Seeru 'ala barakatillah...

Khamis, 20 November 2008

Salam Juang untuk sekian kalinya..

Seminggu lagi, AGM bakal berlangsung. Saya bakal bebas dari 'jawatan berat' itu. Perasaan saya 'sepatutnya' tenang. Namun sebaliknya yang berlaku.
Selepas 'Isya, saya berdiri memberi sedikit tazkirah kepada rakyat jelata. Topik perhubungan dengan konsep Hablun minllah dengan Hablun minannas menjadi pilihan.
Hari ini percakapan saya tidak laju seperti biasa. Sepatah demi sepatah perkatan keluar dari mulut saya. Hasrat terpenting, untuk memahamkan semua amilin tentang apa yang saya nampak.
Ya Allah, nampakkanlah kepada kamuku ini apa yang aku nampak.. tunjukkanlah kami jalan hidayah-Mu..
Dua tahun lepas, saya baru menjejakkan kaki ke Bumi Barakah Darul Quran. Indah dan damai. Namun tidak pada hari ini. Kedamaian itu sedikit sebanyak dicabut dan diragut oleh pelbagai ideologi secara halus. Materealisasi menjadi isi, emansipasi sudah bertakhta di hati. Bilakah ianya akan disedari..?
Begitulah lebih kurangnya isi ucapan saya.
Seterusnya, saya mewakili penasihat PERKEMAT DQ, dan KPP HEP mengumumkan pengerusi Penyelaras Pemilihan Calon 2008.
Semalamnya, mesyuarat terakhir pimpinan 07-08 berlangsung. Pelabagai masalah yang timbul sepanjang setahun ini. Tak cukup tangan untuk menanganinya. Rasa cukup bersalah untuk mewariskan masalah ini kepada adik-adik bakal pimpinan akan datang.
Secara spontan, bait-bait sajak terbit dari bibir saya.
Kita bakal meletakkan jawatan,
kita tahu, kita banyak kelemahan dan kesalahan,
kelak nanti bakal kita wariskan,
pundak mereka pasti terbeban,
justeru menjadi kewajipan,
untuk terus memberi jalan,
juga bantuan..
Setahun cukup cepat berlalu.
Adik-adikku sekalian. Binalah kekuatan untk menggalas jawatan dan taklifat yang berat ini. Aku hanya mampu memberi jalan.

Jundullah In The Making

Malam ini, usrah sekali lagi berlangsung dalam bilik saya. Sembang-sembang dakwah, makan-makan ukhuwah dengan sedikit cerita-cerita dari penglipulara.

Saya cuba berkongsi pengalaman membeli laptop baru dengan skim baru, bayar jarang-jarang. Namun ata budi bicara sahabat baik, semuanya berjalan lancar. Akhirnya laptop BENQ yang paling sejuk ini menjadi milik saya.

Jundullah dalam pembinaan.
“ As’ad, minat nta apa?”
“ Eleh Abg Ihsan buat-buat tanya, macam tak tahu pulak..”
“ Ok, cita-cita nta apa..”
“ Ana ingat nak jadi pakar dalam bidang ICT. Kalau boleh, ana nak mahir dari sebesar-besar hardware sehing kepada sekecil-kecil software” , Jelas A’sad panjang tentang minatnya yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat.
“ Nanti kita buat kerjasama, nta jadi manager, ana jadi pereka grafik..tu memang minat ana kan Abg Ihsan..?”Amirul pula mencelah menyatakan minatnya sejak kecil. Bidang lukisan.
“ Lepas tu kita buat kerjasama, kita buka syarikat garfik tau...” gurau As’ad lagi.
Jauh imaginasi mereka. Biarpun jauh, ianya imaginasi yang cemerlang. Perangkaan awal yang bakal menjurus ke arah itu tanpa sedar. Insyaallah, aku akn menjadi pemangkinnya.
“ Alang-alang tubuh syarikat, biar terus jadi syarikat yang besar, buatlah ghuraba’ corp-( nama usrah).” Saya cuba memprovokasi.
Semuanya tergelak.
“ nta Marwan..?”
“ Ana macam Abg Ihsan tengok la.. tapi ana nak ikut ikon ana, Us Zaharuddin dan Tok Guru..” jelas Marwan. Minatnya mendalam dalam bidang syariah dan usul fiqh, juga ekonomi.
“ Wah, ni dah boleh jadi penasihat syariah Ghuraba’ Corp ni..” gurau As’ad lagi.
Sekali lagi tawa berderai.
“ Fakhri!”. “ Nta nak jadi apa..?”
Fakhri yang sedikit pemalu itu agak tersipu untuk menjawab persoalan saya.
“ Ana nak jadi orang biasa jah..ermm, nak jadi peguam syar’ie” tak jadi untuk waqaf di perkataan ‘biasa’ bila membulatkan mata tanda ‘provokasi’ lagi.
“ Haa, yang ni pulak bakal menjadi penasihat undang-undang Ghuraba’ Corp.” Ramai-ramai menyambung.
“ Habis tu, ana nak pegang apa..? saya bertanya.
“ Abang pegang ketua Guard... macam pak guard DQ..” As’ad berseloroh.
Sekali lagi tawa berderai.
Saya tersenyum puas. Biarpun hanya dikurniakan pangkat pak guard kepada Wisma Ghuraba’ nanti.Mereka ada matlamat hidup yang jelas. Saya hanya perlu membentuk dan menggilap karekter mereka. Bukan membunuh karekter atas alasan dakwah.
Insyaallah, Jundullah Thaqafatan W Akhlaqan bakal menggegar dunia.

Rabu, 12 November 2008

Menipu dalam Tarbiyyah

Menipu dalam tarbiyah. Mungkin pada awalnya kedengaran kasar. Namun, itulah hakikat yang harus ditelan oleh para murabbi sekarang.

Dalam mentarbiyah, lapangan dan platform yang sinonim ialah usrah. Samada di sekolah, kampus, kolej mahupun di dalam jabatan kerajaan yang besar.

Namun, saya lebih suka untuk menumpukan perhatian pada golongan remaja dan pemuda. Mungkin di tahap sekolah menengah atau kolej dan university. Mungkin entity yang sesuai ialah mahasiswa. Mereka yang terlibat dengan usrah pasti sentiasa didedahkan dengan silibus atau modul yang wajib dihabiskan. Asas tarbiyah katanya. Ilmu dan fikrah menjadi tajuk utama. Pengisian yang diterima ialah bagaimana untuk menjadi muslim hakiki.

SIAPA MUSLIM ?

Inilah tajuk, objektif, misi dan visi yang selalu disalahtafsirkan oleh murabbi atau lebih dikenali dengan naqib. Bagaimana untuk membentuk anak usrahnya menjadi muslim hakiki. Kejayaan diukur melalui penghijrahan ‘fikrah’ anak usrah. Mungkin pada awalnya, si anak usrah berfikrah pembangkang, maka kini anak usrahnya telah menjadi pnyokong malah mendokong. Maka itulah kejayaan besar yang diraikan oleh para nuqaba’.

Setahun berlalu, si anak usrah yang telah graduate dari institusi usrah tadi bertukar menjadi naqib dan terus menjalankan prosedur yang sama untuk mentarbiyah. Lalu akhirnya, lahirlah sebuah generasi yang rosak fikrah, lemah dan tidak mampu menjadi momentum untuk memacu kemenangan islam. Tidak ada produk usrah yang mampu dibanggakan. Mereka hanya pandai menyalin cetak pengalaman di’tarbiyah’ oleh naqibnya dahulu. Idea kreatif dan kritis idak mampu dicernakan dengan baik.

TARBIYAH ITU APA DAN BAGAIMANA ?

Tidak ada contoh lain yang perlu kita ikut, melainkan apa yang dibawa oleh Rasulullah.

Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata. (al jumu’ah- 2)

Dua elemen penting yang disebut dalam ayat di atas.

Ilmu (fikrah) dan sikap. Membaca dan mengajar ayat-ayat allah boleh dikatakan ilmu yang merupakan sumber fikrah. Manakala proses pembersihan dan menanam Hikmah merupakan proses pemurnian sikap dan pembinaan karekter. Itulah yang diajar oleh Rasulullah yang telah berjaya melahirkan sekian ramai produk untuk menjulang islam.

Dua proses yang saling check and balace antara satu sama lain. Proses tadabbur dan mengajar ayat Allah disekalikan dengan proses tazkiyyah (pembersihan) dan penerapan hikmah.

BUNUH KARAKTER

Hari ini kita sibuk untuk mentarbiyyah. Ya, itu satu kerja yang amat bagus dan mulia. Namun tanpa kita sedari, kiat sedang menipu dalam mentarbiyyah. Kita menyangkakan bahawa kita sedang mentarbiyyah, namun ada yang sedang membunuh karakter fitrah anak-anak usrah kita.

Anak usrah boleh dikatakan sebagai ‘fitrah’ dan menyerahkan diri kepada naqib untuk dibentuk. Lalu, naqib yang membentuknya tidak mengikut acuan yang betul berdasarkan latarbelakang dan karakter anak usrah itu. Lalu sistem tarbiyyah yang tidak tepat dimasukkan ke dalam fikrah anak usrah. Mungkin perubahan akan kita lihat namun kesannya mungkin sementara atau terus hilang selepas beberapa ketika. Puncanya, karekternya telah terbunuh.

Seorang anak usrah yang suka menulis dan amat tidak meminati bidang ceramah. Lalu diasuh untuk memberi ceramah dan akhirnya pandai dan mampu berceramah. Tapi, ceramahnya tetap tidak berkualiti kerana karekter dan minatnya telah dibunuh.

Adalah lebih baik untuk para murabbi untuk membina karekter yang kadang-kadang disebut sikap dari membunh karekter merka dan memasukkan karekter baru ikut kehendak kita. Mobilasi ikut kapasiti, kondisi dan POTENSI.

Tarbiyyah bukan hanya sekadar pembinaan fikrah untuk menyokong perjuangan islam, tapi bagaimana untuk mereka menggunakan potensi yang ada untuk menjulang islam.

Kata-kata yang amat baik untuk kita perhatikan,

You give a man a fish and you feed him for a day – or - you teach a man fish an you feed him for a lifetime.

Amat malang bagi naqib yang berjaya mengubah fikrah anak usrahnya, namun tak mampu menjernihkan sikap dan karekter anak usrah. Mereka yang dahulunya sunyi rohani tetap sunyi walapun mereka telah berhijrah fikrah. Natijahnya, mereka tidak mampu menjadi pendokong, mungkin hanya penyokong dan tidak mustahil sebagai pengongkong. Mereka yang dahulunya mampu untuk menyumbang kini telah diubah kepada mereka yang men’sumbang’.

Mungkin satu penilaian perlu dibuat ke atas silibus dan modul yang sedia ada. Adakah mungkin tarbiyyah yang sedang kita jalankan mampu melahirkan Qaradhawi kedua dan Obama kedua yang lebih islamik? Apakah tarbiyyah kita mampu melahirkan pakar ekonomi yang mampu mengubah ekenomi dunia? Atau tarbiyah kita mempu melahirkan seorang pakar IT menggantikan Bill Gates yang memonopli? Atau hanya sekadar mereka yang disebutkan dalam pepatah, “bagai anjing menyalak bukit”. Biarlah ayat ini kasar sedikit supaya ianya cepat disedari.

Rabu, 5 November 2008

Kerja kita : Bina Ummat Mulia

Tepat jam 5.00 petang, suasana menjadi hingar bingar. Masing-masing mengemaskan buku dan quran untuk pulang. Sebahagiannya sudah bersila dihadapan saya, sebahagian yang lainberada dekat pintu, siap sedia menerpa keluar dari madrasah bila amiin terakhir diucapkan. Saya tersenyum dan diam. Mereka agak terpinga-pinga. Seorang remaja cepat faham, mengajak rakan-rakannya bersama mengaminkan doa.
Senyap. Tenang dan bening seketika.

“Dah sedia semua..? “, soal saya memulakan bicara.

“daah ustaz..”

“lain kali, bila habis kelas, jangan bising. Tambah pulak bila nak berdoa. Masa nak berdoa kita kena beradab dengan Allah. Tuhan tak dengar doa orang yang bising-bising.” Saya cuba menerangkan adab dengan bahas mudah.

“ aik, betul ke Allah tak dengar doa bila kita bising” soal seorang budak bernama Syaharudin.

“ betul la”, saya cepat menjawab sebelum menduga apa yang cuba dipersoalkan.

“bukan ke Allah tu maha mendengar…? Hari tu ustaz cerita Allah dengar doa Nabi Nuh yang kena telan oleh ikan Nun…”, soalnya lagi.

Ya Allah. Mencabar sungguh budak-budak zaman sekarang. Saya terfikir seketika, bagaimana harus saya terangkan apakah itu adab.

SITUASI HARI INI

Hari ini, kanak-kanak mula menggunakan minda aktif mereka untuk memahami apa yang berlaku disekelilin mereka. Digabungkan pula dengan faka-fakta yang mereka terima dari ibubapa dan masyarakat disekeliling mereka.

Teringat peristiwa seorang kanak-kanak yang turut ‘naik angin’ untuk sama-sama menari tarian Yaban di Pulau Perhentian tempoh hari. Apa yang dia tahu apa itu ‘Yaban’ sehingga begitu bersemangat untuk turut serta menari.

“kalau abang rasa semangat, kena ikut sama, kalau tak akan jadi masalah..” pesan seorang remaja bila melihat saya asyik melihat aksi tarian yaban.

Pesanan, ugutan dan maklumat yang kita salurkan kepada kanak-kanak sewaktu kecil akan terpahat padu di fikran mereka dan bakal memberi kesan bila mereka dewasa kelak.

Seorang sepupu yang berumur 15 yahun masih berteman untuk ke tandas di tepi bilik ibunya bila terjaga di waktu malam kerana selalu diusik dengan hantu oleh ibunya suatu ketika dahulu.

Teringat pula artikel yang ditulis oleh saudara bungsu saya, Azan Safar tentang ‘kengerian’ kanak-kanak dan remaja dari menghadiri masjid. Masjid perlu mesra kanak-kanak.

Ramai yang sibuk membicarakan, bagaimana mahu mengebalikan generasi muda ke jalan yang benar. Tapi tak ramai yang beraksi untuk mencetus reaksi. Majoritinya hanya menunggu untuk menyaksi sahaja.

REALITI YANG BERLAKU

Kuliah Fiqh Perempuan.
Pengajian Tasauf dan Penyucian Jiwa
Tajwid Dewasa.
Pengajian Tauhid.

Semua menu yang tersedia di papan kenyataan masjid hanyalah untuk santapan mereka yang sudah pencen. Mana sajian utnuk menarik perhatain remaja dan kanak-kanak.
Yang kebanyakan terpampang ialah " KANAK-KANAK DI BARISAN PALING BELAKANG".
Maka, yang terpahat di minda kanak-kanak ialah, mereka terabai bila mengunjungi masjid, suara dan sebagainya. Lalu bila meninkat remaja, masjid menjadi tempat yang fobia untuk dikunjungi.


PERANAN SIAPA

Usah dituding jari kepada siapa yang harus dipikulkan masalah ini. Mssing-masing tahu apakah peranan sendiri. Siapa yang tidak ada anak? Siapa yang tidak ada tanggungjawab? Maka yang ada anak dan yang bergelar pemimpin, dialah yang bertanggungjawab.

Hadith Nabi S.A.W : Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan tentang tanggungjawab kepimpinan kamu."

Jelas dan terang apa yang disabdakan oleh Baginda. Tiunggal algi, apakah kita masih ego dan keras kepala untuk beraksi..?

Selasa, 4 November 2008

Kenangan Bersama Ayah..



"Abang bernazar, kalau kita dapat anak lelaki, abang nak hantarkan dia belajar tahfiz..biar dia hafal quran", kata ayah sewaktu makan malam bersama ibu yang sedang sarat mengandung. 

"Erm bagus tu bang, ayah pun bercadang begitu jugak..” balas ibu yang nasinya masih banyak berbaki. 

Harga sebuah kenangan

Saya mendapat durian runtuh. Dihadiahkan atas kedukaan itu sebiji handphone baru. Lalu HP Nokia lama saya rehatkan seketika untuk memberi laluan akaun pahala hamba allah yang menghadiahkan itu "berfungsi". Kekok juga untuk menggnakan HP yang agak ganjil. Berbeza sistem dengan yang sebeblum ini. Komunikasi dan Hiburan.

Seorang sahabat berseloroh, "jualkan HP tu kat aku..RM 300...".
Memang menggugat jiwa. HP yang itu patutnya hanya bernilai RM 200 paling mahal. Saya termenung seketika. Antara merelakan 'kenangan pahit manis' itu terjual dengan harga RM 300 atau kekalkan ia sebagai bekalan memori indah. Bait-bait mesej dari sahabat-sahabat terasa begitu berharga untuk di delete begitu sahaja.
Mesej ringkas " ana sayang nta kerana allah" terasa begitu berharga. Kenangan bersama usrah Gegar terpahat padu. Mesej semangat dari adik beradik Gegar begitu bermakna.

Seharian beliau memujuk supaya dijualkan sahaja HP itu..Namun, keputusan saya diluar dugaan. Biarlah HP itu teteap menjadi kenangan dalam hidup. Mungkin akan saya bingkaikan pada suatu hari nanti.
Mungkin juga akan saya tunjukkan pada anak-anak masa akan datang, "inilah kenangan perjuangan ayah...".

Tapi, itulah harga sebuah kenangan.