Rabu, 18 Januari 2012

AKAUN UNTUK PERSATUAN


Alhamdulillah. Setelah berhempas-pulas menggandakan usaha, akhirnya Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan telah memiliki akaunnya sendiri di Malaysia. Akaun ini ditubuhkan untuk mengurangkan birokrasi pengaliran dana dari Malaysia kepada KMKJ. Terima kasih kepada penama bersama, akaun Kesatuan Mahasiswa Kelantan Berhad yang sudi dicuri masa mereka demi memudahkan urusan ummat.

Hasil dari itu, saya menerima banyak respon bertanyakan tentang kaedah penubuhan akaun yang sebelum ini dianggap mustahil oleh kebanyakan pihak. Maka di sini, saya kongsikan kebaikan ini.

Akaun yang dicadangkan adalah akaun SIMPANAN (saving), bukan akaun SEMASA (current). Bank yang dicadangkan adalah Bank Islam Berhad.

Sebagai contoh, saya telah membukan akaun simpanan jenis Wadi'ah untuk Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan.

Prosedurnya adalah seperti berikut :

1- Ahli Majlis Tertinggi perlu bermesyuarat untuk :

  • 1.1- Membuat resolusi menubuhkan untuk akaun dengan menyatakan cawangan bank yang dipersetujui.
  • 1.2- Menentukan nama akaun.
  • 1.3- Memilih, seterusnya menentukan tiga orang atau lebih sebagai penama amanah kepada akaun tersebut. 
  • 1.4- Menentukan alamat yang akan didaftarkan untuk akaun. Alamat akaun adalah alamat penama pertama akaun.
  • 1.5- Menetapkan jumlah tandatangan yang diperlukan untuk mengeluarkan duit dari akaun.
2- Penama pertama akaun perlu menulis surat kepada pengurus cawangan bank untuk menyatakan persetujuannya membenarkan alamat digunakan untuk tujuan akaun persatuan.


3- Presiden/YDP menulis surat kepada pengurus cawangan bank untuk menyatakan hasrat ingin membuka akaun persatuan anda di cawangan bank terlibat, dengan menyatakan :

  • 3.1- Cawangan Bank
  • 3.2- Nama akaun
  • 3.3- Jenis akaun
  • 3.4- Senarai Penama
  • 3.5- Alamat Akaun

4- Semua penama perlu mengisi borang untuk membuka akaun dan borang contoh tandatangan. Semua borang boleh didapati di setiap cawangan bank.

5- Semua penama perlu hadir bersama ke cawangan bank untuk menyerahkan borang-borang yang telah diisi, sejumlah wang dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Perkara yang diperlukan ialah :


  • 5.1- Borang-borang yang diisi (No.4)
  • 5.2- Salinan Minit Mesyuarat (No.1)
  • 5.3- Surat Buka Akaun (No.3)
  • 5.6- Surat kebenaran guna alamat (No.2)
  • 5.7- Undang-undang kecil persatuan (perlembagaan)
  • 5.8- Salinan IC setiap penama
  • 5.9- Sejumlah wang (dicadangkan RM500)

6. Serahkan perkara No.5 kepada pegawai yang terlibat. 

Selamat mencuba. Semoga berjaya. Majulah mahasiswa untuk agama, bangsa dan negara.

p/s : Ini adalah prosedur berdasarkan pengalaman saya membuka akaun untuk Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan. Untuk lebih lanjut, anda perlu mengetahui jenis bank yang dipersetujui oleh Pegawai Kewangan Negeri dan penaja masing-masing demi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

8 ulasan:

  1. boleh tak bagi link undang2 kecil persatuan (perlembagaan)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena cek di akaun e-roses yang telah didaftarkan dlu zarin

      Padam
  2. Zarin..boleh rujuk dkt lmnweb ROS.

    BalasPadam
  3. maaf tuan saya nak bertanya...perlu ke kelab mendaftar dengan ROS

    BalasPadam
  4. assalamualaikum admin, say tertarik dgn tulisan anda, sgt berguna, maaf bertanya. tahu x mandat? ada tak contoh mandat?

    BalasPadam
  5. assalamualaikum. kaedah ni boleh guna untuk semua jenis bank ke?

    BalasPadam
  6. alamat digunakan alamat di Jordan atau Malaysia

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]