Isnin, 31 Disember 2007

Ahlan wa Sahlan, adik persijilan DQ-UIAM 08/09

Selamat Datang diucapkan kepada adik-adik persijilan DQ-UIAM sesi 2008/2009. Antum semua adalah golongan yang terbaik antara yang terbaik. Buktikan antum adalah Huffaz profesional. Dibahum antum semua terpikul tanggungjawab terhadap ibubapa, diri sendiri dan paling penting, kepada agama.

Siiruu 'ala barakatillah.

Tahniah PLKN, tapi..?



Tahniah diucapkan kepada Program Latihan Khidmat Negara kerana berjaya melatih anak-anak muda untuk menjadi anak muda cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun persoalan yang harus dijawab oleh mereka yang terlibat, Khidmat Negara sudah ada, mana Khidmat Agama..? sedangkan tema kita, berkhidmat untuk agama, nusa dan bangsa. Tiba-tiba, tanpa Khidmat Agama, Khidmat Negara mendahului. Mungkin mereka beralasan bahawa mudi-mudi sekarang kehilangan semangat patriotik, kita jawab, anak muda lebih dahagakan kesedaran beragama. Ini kerana kesedaran beragama dan pegangan serta pemahaman yang jelas kepada agama akan melahirkan golongan muda-mudi yang cintakan Negara. Setiap agama akan mengajar penganutnya utnuk menyayangi agama.

Menjadi suatu yang amat pelik, apabila orang yang cerdik pandai tidak melakukan perkara yang untung, minum air sambil menyelam dalam perkara ini. Sepatutnya mereka mengadakan Khidmat Agama yang pasti akan melahirkan muda-mudi yang ‘khidmat negara’. Seperti yang mereka lakukan dalam hal-hal lain.

Kepada adik-adik yang bakal mengikuti program Khidmat Negara, jangan lupa berkhidmat kepada diri sendiri dengan memenuhi kewajipan dan menjauhi perkara yang bakal merosakkan anda. Sayangilah diri sendiri. Anda sedang melakukan kerja yang mulia, berkhidmat untuk Negara, jangan cemari kerja mulia itu dengan dosa dan nista. Penuhilah kehendak agama dan Negara serentak. Jadilah pemuda dan pemudi agung.

Rabu, 26 Disember 2007

Kenapa nak hafal quran?

Kenapa nak hafal Quran…? Soalan yang mesti dijawab oleh mereka yang mengahafal Al-Quran, terutamanya di Maahad Tahfiz ataupun Kolej Tahfiz. Apakah matlamat yang menjerumuskan mereka ke dalam bidang Huffaz…? Lalu banyaklah jawapan yang diterima. Semuanya mempunyai matlamat yang berbeza, tapi agak sama. Ingin menjadi golongan yang boleh mensyafaatkan ibu-bapa. Tu kira eloklah.

Ditanya kepada ibu bapa, kenapa mendaftarkan anak-anak mereka ke Maahad Tahfiz..? juga banyak jawapannya.. tapi masih tidak berbeza. Mereka ingin menumpang tuah syurga anak-anak mereka kelak. Mereka ingin dipakaikan mahkota di akhirat kelak.

Ditanya kepada pengasas dan pengarah Maahad Tahfiz, apakah tujuan utama menubuhkan Maahad Tahfiz, jawapannya juga sama, nak lahirkan generasi yang dapat menjaga Al-Quran, masyi dan cair dalam hafalan mereka. Tidak kurang yang berorientasikan keuntungan kerana institusi Tahfiz agak memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Namun secara jujurnya, kesemua jawapan yang saya terima amat menyedihkan. Mereka meletakkan generasi Hufffaz dibawah tempurung kejumudan dengan memisahkan mereka dari kehidupan dunia. Memenjarakan mereka dari dunia yang amat memerlukan khidmat mereka.

Realiti dunia pada hari ini, golongan huffaz dipandang sepi dan dianggap jumud serta ketinggalan. Mereka digambarkan hanya mengadap kitab-kitab dan membaca Al-Quran sepanjang masa. Tugas mereka hanya untuk menjaga tiang-tiang masjid.

Golongan huffaz seolah diharamkan dari bidang profesional, dipisahkan dari arus massa, dibuang jauh dari arus teknologi. Dihijabkan dari melihat hakikat dunia luar. Sedangkan dunia sekarang amat memerlukan golongan huffaz profesional untuk mengislahkan keadaan kepada apa yang diajarkan oleh Al-Quran.

Huffaz reformis yang mampu mencetus arus reformasi dalam masyarakat supaya menjadi masyarakat yang unggul.

Huffaz yang boleh ‘mensyafa’atkan’ bukan sekadar sepuluh orang, bahkan beribu-ribu dan berjuta-juta melalui kefahaman yang mendalam kepada isi kandungan AL-Quran dan berkemahiran tinggi dalam mengaplikasikan teknologi sebagai alat bantu dalam medium dakwah mereka. Huffaz yang mampu mengeksploitasi dan menterjemahkan pelbagai bidang professional sebagai medan dakwah mereka.

Apalah sangat ertinya menghafaz Al-Quran kerana nak menjaganya. Manusia tak perlu manjaga Al-Quran. Allah telah berjanji menjaganya hingga hari Qiamat. "sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-quran dan kamilah yang akan menjaganya." Al-Hijr : 9.

Tugas manusia adalah untuk mempraktikkan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Menerapkan ajaran Al-Quran dalam masyarakat. Mengajak masyarakat untuk mendalami apa yang diajar oleh Al-Quran, mempraktikkan method yang dibawa Al-Quran dalam seluruh kehidupan kerana memang ianya sesuai dengan kehidupan manusia dari awal penurunannya hingaa hari Qiamat. Pendekatan yang dibawa oleh Al-Quran tidak akan ketinggalan zaman.

Jangan harap untuk mensyafaatkan sepuluh orang andai hanya mengahafaz Al-Quran seperti burung kakak tua. Masyi tanpa mengerti apa tuntutan Al-Quran. Hebat ingatannya tanpa mampu menurut ajaran Al-Quran. Lebih-lebih lagi sekiranya masyi dan dalam masa yang sama, melanggar ajaran dan saranan Al-Quran. Tambahan pula, tidak ada hadis yang warid menyatakan bahawa –al-hafiz- dapat mensyafaatkan ahli keluarganya.

Pengertian syafaat yang sebenar adalah apabila si huffaz itu mampu untuk menerapkan apa yang dibaca dan dihafal dari Al-Quran, seterusnya mempraktikkan ajaran Al-Quran kedalam diri mereka dan kepada golongan sekelilingnya sehingga mereka betul-betul menuruti apa yang dikehendaki Allah. Inilah ‘syafaat’ hakiki. Menyelamatkan ummat dari terjerumus ke dalam neraka. Lisanul hal adalah lisan yang paling berkesan. Yang penting, menerapkan intipati Al-Quran dalam diri sendiri sebelum menerapkannya ke dalam diri orang sekelilling dan masyarakat.

Kata seorang pemimpin gerakan islam, “tegakkanlah islam dalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak dalam wilayah kamu”

Apa ertinya mahir qiraat pada zaman gelombang pancaroba yang di bawa oleh pelbgai pemahaman sesat yang telah menelan umat ini.

Kita perlu pandai membezakan antara yang penting dan yang paling penting.

Satu kata-kata yang amat baik nilainya, dari Ibnu Taimiyyah, “ bukanlah orang cerdik kalau dia hanya tahu yang baik dari yang buruk, bahkan orang yang sebenar cerdik ialah orang yang mengetahui yang terbaik dari yang baik dan yang terburuk dari yang buruk”.

Ilmu Qiraat bukan tidak penting, tetapi ada ilmu yang lebih penting. Ilmu qiraat dan tarannum boleh diklasifikasikan sebagai tahsinaat sedangkan ilmu kepakaran dalam bidang-bidang lain seperti usul agama dan bidang prifesional lain adalah ilmu hajiyyat bahkan Dharuriyyat.

Bukan untuk menafikan kepentingan masyi quran, mahir tarannum dan qiraat, tetapi ada agenda yang lebih penting untuk dilaksanakan.

Pengertian hadith "sebaik-baik kamu ialah yang belajar al-quran dan mengajarkannya", janganlah disempitkan dalam pengertian yang beku.

Maksud yang dibawa melalui hadith itu lebih luas. Bukan sekadar untuk belajar membaca Al-Quran dan hukum yang berkaitan seperti tajwid, qiraat dan tarannum. Bahkan ilmu-ilmu lain yang terkandung dalam al-quran seperti sains, geografi, biologi, kimia, psikologi dan ilmu kejadian alam. Bahkan banyak lagi. Menjadi satu perkara yang amat merugikan sekiranya penghafal Al-Quran tidak merebutkan peluang yang sudah berada di depan mata.

Buka mata, tanya hati. Fikir-fikirkan.

Baca Juga :

Kenapa Nak Hafal Quran (Aulawiyyat)
Kenapa Nak Hafal Quran (Forum)

Bila Ustaz Merokok

Ustaz merokok? Biasa la. Saya pernah tengok ustaz kat kampong isap rokok daun. Tok guru kampong pn ikut hisap sekali. Tapi bila melihat ustaz professional yang bertaraf pensyarah kolej, HAFIZ QURAN, berpendidikan tinggi merokok, saya menjadi hilang kepercayaan kepada mereka. Thiqah untuk wala’ hilang seratus peratus. Dalam kuliah, dia berdegar-degar menekankan tetang disiplin dan adab-adab seorang hamalatul quran.
Dalam islam mengajar konsep dakwah bil hal. Kata pepatah inggeris, Action speak louder than speech, : perbuatan lebih lantang bersuara dari kata-kata kita. Mana hilangnya konsep itu pada pendakwah ini?
Kalau ustaz tua di kampung, saya masih boleh memaafkan mereka. Mereka tak tahu akan kebahayaan kretek, mereka tak hisap ciggarret, mereka tak tolong yahudi. Tapi, bila ustaz muda yang berpendidikan tinggi, pandai dalm banyak bidang, petah berkata-kata dan menghalang orang lain merokok, menentang kejahatan yahudi dan US, saya terus menjadi marah. Tambahan pula dia merupakan golongan kaum kerabat saya, Al-Hafiz. Hafaz Al-Quran 30 juz. Mana dia nak letak maruah seorang hamalatul quran.
Firman Allah, “adakah patut kamu menyuruh orang lain membuat kebaikan sedangkan kamu melupakan diri sendiri dan kamu merupakan pembaca kitab(Al-Quran), bukankah kamu orang yang berakal? Ayat ini menjadi ancaman kepada pembaca dan penghafal AL-Quran bermakna mereka yang tahu halal-haram satu perkara dan tahu akan kewajipan seorang manusia serta tahu kewajipan mereka di dunia terhadap Allah, Rasul dan KitabNya. Namun golongan inilah yang banyak menconteng arang kepada islam. Walaupun segelintir, kesannya amat berat.
Di sebuah kolej, seorang pensyarah yang memegang fortfolio dalam disiplin merokok. Saya memang hilang thiqah bila tahu kadaaan sedemikian. Apabila pelajar merokok, berbagai hujjah yang dia gunakan untuk mendakwah plajar tersebut. Namun langsung tidak berkesan. Sehingga kami sebagai pimpinan menjadi pening. Pelbagai usaha telah dibuat, namun jumlah yang merokok makin bertambah.
Teringat satu hadith Nabi Muhammad’ “al-mar’u ‘ala diini mulukihi.” Individu itu mengikut perangai pemimpinnya. Saya bermuhasabah sendirian, adakah perokok dalam saff kepimpinan yang saya pegang sekarang. Tiada. Sahlah, bahawa yang menjadi punca adalah pemimpin yang lebih tinggi. HEP. Bila pegawai HEP merokok, walau bukan dalam kawasan kolej, tetap memberi kesan kepada Akhlak rakan-rakan kami. Allah itu maha melihat. Haram suatu perkara tidak bergantung kepada tempat dan sempadan. Tambahan pula tanggapan masyarakat awam kepada pembawa Al-Quran yang digammbarkan oleh Sayyid Qutb sebagai generasi Al-Quran yang unik.
Apabila pimpinan merokok, jangan takut sekiranya anak buah menagih dadah. Seperti pepatah kata, “guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari”. Bagaimana nak membendung orang bawahan dari merokok, sedangkan orang atasan yang menjadi contoh masih merokok. Bagaimana nak menahan mereka dari merokok, bila mereka beralasan, “HEP PON MEROKOK”.
Ambillah iktibar dari kisah ini. Bukan tujuannya untuk menghina mana-mana pihak, tapi untuk kebaikan bersama. Moga umat ini masih mendapat kekuatan untuk menerima teguran, meski dari hamba Habsyi yang hitam legam.

Seorang Ibu..tiada duanya..

Seorang ibu tunggal muda, punyai dua cahaya mata, tunggal keduanya, sulung lelaki, bongsu perempuan. Harapan menggunung ingin melihat kedua cahaya matanya Berjaya, hebat dimata dunia, hebat di pandangan Pencipta. Mendidik anak bukan kerja mudah. Tambahan anak lelakinya yang sentiasa liar memberontak. Tidak mahu dididik. Terasa terkongkong andai bersama keluarga.
Namun hasrat si ibu masih menggunung ingin melihat anaknya menjadi anak soleh. Berbagai pengorbanan dilakukan. Pelbagai teknik dan cara telah dipraktik, dari selembut bicara hingga sekeras rotan kayu ara. Si anak tetap berdegil. Ingin hidup dalam dunia sendiri.
Akhirnya, bila tamat persekolahan di peringkat rendah, si ibu merancang untuk menghantar anak kesayangannya di taman syurga, Maahad Tahfiz. Si anak yang mulanya memberontak, akur setelah menerima pujukan dan rayuan dari kaum kerabat.
Namun dunia kepuraan tidak tahan lama. Walaupun saat awal terpisah, airmata membuak-buak. Si anak tetap memberontak meski dalam diri sendiri. Berada di Maahad Tahfiz, si anak semakin liar dek kerana gerak-gerinya terlindung dari mata bonda. Peraturan dilanggar sesuka hati. Amanat untuk belajar dipandang sepi. Asyik sendiri dalam dunia remajanya.
Saban minggu, si ibu pasti datang bersama kereta buruknya membawa makanan kegemaran anak lelaki kesayanganya. Menatap wajah anak, kekadang airmata kasihnya tertumpah. Perasaan kasih terhadap anaknya membuak. Inginnya suatu masa melihat jantung hatinya menjadi insan berguna. Namun si anak masih berdegil. Duit poket diselupkan ke dalam poket baju si anak setiap kali mahu pulang. Dahi si anak dikucup sedalam-dalamnya.
..............................

Dalam dakapan malam pada satu dinihari, tika sejuk mengigit badan, kepala bagai ditekan-tekan si anak teringat si ibu tercinta. Di gapai tangan rakan sebiliknya. Demam menjadi-jadi. Si ibu dipanggil saat tengah malam. Tanpa sebarang alasan, si ibu tiba sejam kemudian. Di hantar ke klinik. Kasihnya ibu tanpa sempadan.

PERANCANGAN TUHAN

Dalam satu cuti panjang sempena Pilihanraya ke-9, si anak terjumpa satu buku catatan kelas kafa. Buku buruk itu menarik perhatiannya. Tidak tahu kenapa. Mungkin naluri kuniaan ilahi. Catatan tangan berdakwat jingga menarik perhatiannya.

..............................

15 Januari 1999.
Hari ni aku check gaji fardhu ‘ain, tak masuk lagi. Lepas ni nak pergi melawat anak kesayangn aku. Tapi duit yang tinggal hanya untuk bayar duit bas adik. Berhutang duit kutu RM50. Beli milo dan biskut, minyak kereta, duit poket. Habis.
Gajiku setiap bulan hanya RM250.
Yuran Maahad Tahfiz - RM 130
Minyak kerata - RM 40
Duit poket - RM 40
Makanan tambahan - RM 30
Baki untukku hanya RM 10. Semuanya kucurahkan untuk anak lelaki ku tercinta. Pernah aku ditegur oleh kawan-kawan,

"kenapa terlalu kerap menjenguk anak…?"
"Kalau tak boleh terpisah, bawak balik sekolah kat rumah, lagipon sekolah pondok, nak kerja apa bila besar..?"
"macammana nak tanggung ibubapa dan anak bini…?"
Mungkin mereka tidak tahu keadaanku, ini anak lelaki kesayanganku. Harapan terbesarku bukan hanya untuk menumpang kesenangan dunia, bahkan akhirat kelak. Aku melawatnya setiap minggu bukan untuk memenuhi tuntutan rinduku. Tapi aku takut anakku akan merindukanku sehingga tumpuannya untuk belajar terganggu. Aku rela berabis duit untuk pelaburan demi kebahagiaan anak-anakku.”


Tanpa disedari, air mata si anak tumpah laju. Terkenang sikapnya terhada bondanya. Disaat itu, dia memasang tekad untuk tidak lagi mengecewakan ibunya tercinta. Kejayaan demi kejayaan di gapainya. Hingga dia mencapai gelaran Al-Hafiz dua tahun kemudian. Pelajar terbaik SMU 2004, pelajar terbaik SPM pusat DC 304 2005. Dia Berjaya membuatkan ibunya menitis airmata kegembiraan. Ibunya tidak lagi hina di mata masyarakat. Bahkan menjadi sanjungan, Berjaya mendidik anak menjadi insan soleh. Terima kasih ibu. Jasamu akan ku ingat hingga hujung nyawa. Itulah ibuku. Ibu contoh yang menjadi inspirasi hidup.

Sahabat dan rakan yang dikasihi, sayangilah ibumu..dia amat menyayangimu.
Hebat kita di mata rakan tidak semestinya kita hebat di mata TUHAN. Namun hebat kita di mata ibu, mengundang redha tuhan yang menjadi resipi utama kejayaan insan.

Pulanglah di Hari Raya. Ibumu menanti nun di desa.

ISO: idea susahkan orang..?

“Khairunnaas, anfa’uhum linnaas”. Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia. “Addiinu yusrun”, bermaksud : agama itu mudah. Dua hadith ini memberi satu penekanan kepada manusia sebagai khalifah dan ‘abid di muka bumi ini untuk mengikuti dua syarat ISO dari Allah dalam menjalankan setiap gerak kerja yang dilakukan untuk mentadbir dunia ini. Segala yang disarankan oleh agama adalah untuk manfaat dan kesenangan manusia.
Setelah hampir setengah bulan, saya memerhati apakah kesan dari MS:ISO kolej saya, adakah bertepatan dengan prasyarat dari pencipta alam, ALLAH S.W.T. Ianya menjadi kayu ukur yang penting bagi saya kerana kolej kami adalah kolej yang bidang hardcorenya ialah Al-Quran dan majoriti pegawai dan ahli eksekutifnya ialah golongan agama yang berjanji setia lima kali sehari untuk menjadikan segala amalan hariannya kerana Allah semata-mata. Inna solati wanusuki wamahyaaya wa mamati lillahi rabbil alamin.

.............................


Saya memulakan langkah pertama dari rumah dengan hati yang penuh dengan pengharapan baru bahawa ISO yang dilancarkan bakal memberi kemudahan dan kesenangan kepada semua pihak. Dalam perjalan menaiki bas catar Ekspres Transnasional yang kapasiti enjin berjenama MAN buatan Jerman itu tidak kurang dari 12000 cc, saya berbual-bual dengan beberapa kawan, mengharapkan masa depan kami di kolej lebih selesa dan tenang tenteram.

Segalanya hancur, harapan musnah apabila bas kami tiba di pintu pagar besar kolej. Arahan Pak Guard supaya bas yang kami naik hanya berhenti di perkarangan masjid meresahkan banyak pihak. Sedangkan perjanjian dengan pihak terlibat sebelum balik bercuti adalah untuk membenarkan bas masuk hingga ke kawasan asrama. Saya menjadi terkejut dan agak kebingungan mengingatkan perjanjian tersebut. Siapa pula yang mengubah kebenaran bertulis itu? Tambahan lagi, seperti kebiasaan, apabila balik bercuti, kami akan berbekal dengan pelbagai keperluan dan makan dari kampung untuk dikongsi bersama dengan sahabat di kolej. Paling kurang, satu beg besar. Setelah berunding dan menghubungi pihak terbabit, bas kami dibenarkan masuk. Saya menarik nafas lega.
Namun, seorang sahabat memberitahu bahawa bas kedua, (sebelum bas kami) hanya berhenti di masjid kerana dihalang oleh pihak keselamatan disebabkan arahan atasan. Rakan-rakan yang keletihan menempuh perjalanan selama 12 jam itu terpaksa memikul bebanan termasuk sahabiah dari muslimat yang rata-rata membawa komputer untuk persediaan menyiapkan tesis. Kesian muslimat. Ada seorang rakan saya dari Pasir Mas yang bertubuh kecil molek terpaksa memikul 3 kotak barang disamping dua beg besar dari masjid ke asrama yang jaraknya hamper 300 meter dalam keletihan. Bayangkan, mungkin ISO kami sememangnya Idea Susahkan Orang. Saya menyuarakan kepada pihak keselamatan. Namun mereka mendakwa menerima arahan untuk berbuat demikian dari pihak atasan. Mungkin pihak pentadbiran yang bertanggungjawab keatas ISO.
Lebih memeranjatkan lagi apabila diberitakan bahawa pada sebelah petang tersebut, deretan ibubapa beratur di pintu utama kerana dihalang masuk. Saya bukan mahu mempertikaikan undang-undang, tapi saya mementingkan nilai perikemanusiaan. Deretan ibubapa ditahan kerana mahu menghantar anak-anak mereka di ‘taman syurga’. Apalah mudharatnya sekira ibubapa dibenarkan. Bayangkan kalau perkara ini berlaku kepada anda wahai ibu dan bapa mithali…
Suatu ketika, semasa masalah Prebet dan Ibubapa dihalang masuk, saya pernah berjumpa dengan pihak terlibat. Mereka beralasan bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku. Satu alasan yang tidak konkrit dan tidak sepatutnya diberikan oleh mereka authority dan berkaliber.
Arahan dan larangan yang dikeluarkan secara mengejut itu menyusahkan banyak pihak. Ibubapa merungut, para siswa/wi gelisah dan pihak keselamtan tersepit antara tugas dan perikemanusiaan. Tambahan pula, ketiadaan alasan yang konkrit itu menyebabkan kami sangsi dengan arahan yang diberi. Beberapa kali meminta penjelasaan, jawapan tetap sama.
Sepatutnya, sebagai golongan yang faham Al-Quran mengambil pengajaran dari method Al-Quran dalam menetapkan satu arahan dan keputusan. Pengharaman Arak didalam Al-Quran dibuat dengan secara berperingkat dan ansur-ansur disamping memberi alasan kukuh terhadap pengaharaman itu. Mudharat melebihi manfaat yang ada.
Saya terfikir, apakah mudharat yang bakal menimpa sekiranya ibubapa dan bas dibenarkan masuk kekawasan asrama? Apakah kesan buruk yang bakal diterima sekiranya prebet dibenarkan masuk kekawasan kolej.
Selain itu, pengharaman sesuatu perkara menurut Al-Quran juga diberi inisiatif lain seperti pengharaman riba digantikan dengan halalnya jual beli. Mana inisiatif pengangkutan kami sekiranya prebet diharamkan? Melihat sahabat memikul beban berat dari pintu pagar utama untuk ke asrama, hati terasa pilu… tambahan pula melihat sahabiah yang berada dalam keadaan demikian.

Fikir-fikirkanlah. Saya yakin semua pihak tahu baik buruk sesuatu perkara. Jadi, gunakanlah timbang-tara yang baik dalam memutuskan sesuatu perkara. Janganlah sehingga untuk memudahkan setengah pihak yang minority, golongan majority tertindas.

Marilah sama-sama kembali kepada ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

SAYA SOKONG PEMUDA UMNO

Bila mendengar berita dari corong media elektronik melalui stesyen swasta, bahawa pemuda umno melalui pimpinannya, mendesak pihak polis dan KPN untuk memberi penjelasan tentang kedudukan kes adik Nurin Jazlin, saya amat bersetuju. Mereka juga turut mendesak supaya pihak polis lebih menumpukan perhatian kepada masalah jenayah yang semakin meruncing sekarang.
Memang betul pun, dalam menuju 200 tahun perkhidmatan polis di Malaysia, pihak polis sekarang seolah-olah kehilangan matlamat dalam meneruskan misi menjaga keselamatan Negara. Mereka menjadi ‘bingung’ dalam nak menentukan priority kerja mereka. Masalah dan jenayah dalam Negara meruncing. Rasuah pemimpin Negara, Babi tak berlesen, rogol, kemalangan maut, bunuh, penderaan seksual, pegawai-pegawai terlibat kes bunuh, perhimpunan aman, perhimpunan tak aman, demontrasi rakyat dan sebagainya.
Semakin banyak masalah yang timbul, semakin menyepi KPN dalam pejabatnya. Kes Nurin tergantung tanpa penyelesaian. Kes tembak rakyat menjelma. Kes BABI tergendala, rakyat bangkit bersuara. Polis menjadi daging burger yang terhimpit di antara dua roti, roti negarawan dan roti Negara-wang. Mereka tersepit antara kebenaran dan kebathilan, antara kebenaran hak rakyat dan kepentingan individu, antara tugas bergaji dan keadilan yang pahit.
Memang berat memikul tugas sebagai seorang anggota keselamatan. Tugas 24 jam, gaji yang rendah, masa terhad untuk bersama keluarga, banyak peraturan yang mengikat kehidupan mereka. Semuanya menekan mereka untuk patuh dan taat. Mereka terhimpit sehingga terpaksa mencari duit ‘luar’. Kesian.
Saya amat bersimpati dengan pegawai keselamatan. Semua pihak menuding jari ke arah mereka. Tauke Babi marah kerana ‘disergah’ polis, rakyat marah polis kerana tak ambil tindakan. BERSIH mengutuk polis menzalimi rakyat, menjadi barua kerajaan menindas rakyat. Ayah Nurin masih tertunggu-tunggu, bila pembunuh anaknya ditemui dan dihukum.
Polis kehilangan wira mereka. Tiada lagi Kulaisingam ke-2 setelah mendiang Kulaisingam meniggal dunia sebulan lepas. Mereka tercari-cari wira baru untuk mengembalikan wajah bersih polis. Mengembalikan keperwiraan mereka untuk menarik kembali kepercayaan rakyat yang semakin luntur setelah marua polis dicalar dengan pelabagai peristiwa.
Beribu-ribu kes yang tiba, ribuan yang selesai, ribuan tergantung tanpa penyelesaian, ribuan lagi kes berulang. Hukuman dan denda yang dikenakan tidak memberi kesan. Masakan mereka mampu untuk menjaga dan menyelia manusia, sedangkan mannual operating dari pencipta manusia untuk mentadbir manusia diabaikan. Mereka mengenepikan Al-Quran dalam tugasan mereka seharian. Samalah kejadiannya apabila manual operating Perodua digunakan untuk Proton atau Manual kapal digunakan untuk meneliti struktur sebuah motosikal.
Fikr-fikirkanlah.

Sabtu, 22 Disember 2007

Rutin Hidup Saya Berubah..?

Cuti kali ini tak seperti biasa, segalanya berubah. Rutin harian saya tidak seperti dulu. Kini saya terpaksa memenuhi jadual dengan memenuhi jemputan dan undangan di samping menjaga empat ekor lembu. Teringat masa kecil, saya pernah memelihara seekor beruk. Beruk betina yang dibelai oleh arwah datuk secara kebetulan dari seorang tukang urut. Beruk itu memang jinak. Setiap hari kena jaga beruk. Mandikan, bagi makanan. Sekali sekala, bawa ke sungai untuk berenang, katanya untuk merenggangkan tulang dan menghilangkan lenguh memanjat kelapa.





Setiap petang atau hujung minggu, saya akan ambil upah memanjat kelapa. Upah sekadar 5 sen sebiji. Agak menyeronokkan. Tapi beruk tu kena bagi makan secukupnya untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya. Bawa bekal dan makanan yang secukupnya. Paling penting, bawa tali panjang. Naik kelapa bunyinya mudah, tapi tak semua pokok kelapa bolh dinaikki. Kalau yang ada kerengga, memang beruk tu tak nak naik. Walau dicucuh ‘karak’ sekalipun.


Pernah sekali, pada satu petang sewaktu balik dari ambil upah, saya mengheret beruk dengan -tali panjang. Tiba-tiba ada lori datang dengan lajunya. Dek kerana terkejut, beruk tu melompat dan mendakap badan saya. Saya yang juga terkejut beruk takut kena gigit lekas-lekas menolak kepala beruk tu.. tup-tup jari masuk dalam mulut dia, apalagi, memang kena gigit la... sampai sekarang, kelingking kiri saya masih bengkok dan masih terdapat kesan gigitan taring beruk tu. Pedih-pedih.
Ada juga cerita beruk terlepas. Entah macam mana petang tu, bila nak bagi makan, tengok-tngok beruk dah hilang... sudah!! Mana nak cari. Tiba-tiba dapat panggilan talifon, beruk dok makan roti di dapur jiran. Habis kecoh satu kampung. Saya gak kenamarah sebab tak reti jaga beruk.
Hai, memang malang nasib diri. Jaga itik, itik masuk dalam petak padi semaian orang, kena marah. Jaga kambing, kambing terlepas, makan pokok terung jiran, kena marah. Pantau lembu, kena tanduk kat pinggul sampai biru, sakit. Kopek kelapa, tertusuk kat leher, sampai sekarang masih berparut. Semuanya berlaku semasa saya masih kecil. Terimbau kenangan itu ketika memberi lembu-lembu makan. Tak lama lagi 3 ekor kena sembelih. Tinggal la sekor. Ringan sikit beban ayah naka jaga lembu.
Bila terkenang kisah lama, teringat arwah datuk dan nenek. Terbayang wajah arwah ayah tercinta. Rawan hati, sebak dalam jiwa. Mereka telah lama pergi. Dan kita? Pasti bakal menyusul. Apakah bekal yang kita ada untuk hidup disana. Tidak ada matawang lain untuk berurusan di barzakh dan mahsyar, kecuali matawang yang bernama pahala. Pahala hany boleh diperolehi jika kita menjunjung perintah ALLAH dan meinggalkan larangannya. Perintah, suruhan dan larangan Allah hanya terdapat dala Al-Quran dan Hadith. Oleh itu, berpeganglah kepada keduanya, jangan sedikitpun amalan kita yang tersasar dari keduanya.
Rutin saya rupanya masih seperti dulu, hamba Allah selaku Khalifah di muka buminya. Cuma kerja yang saya perlu lakukan agak berbeza. Sesuai dengan berbezanya saiz badan dan umur saya. Paling penting, sesuai dengan tanggungjawab yang saya pikul sekarang. Tiada lagi hobi yang memenuhi ruang masa kosong. Semuanya dipenuhi kewajipan dan tugas yang tak habis-habis. Selagi jasad memikul roh kurniaan Ilahi.

Malaysia Berdarah lagi, saya gembira...

Malaysia berdarah lagi. Seluruh muslimin merayakan hari pengorabanan terbesar. Hari ini juga di Tanah Haram, umta islam berhimpun secara aman berdemontrasi memerangi kejahatan syaitan. Mereka melontar batu beramai-ramai ke pusat Jamrah. Menelusuri kisah Nabi Ibrahim merejam Syaitan.
Seperti biasa, setiap kali perayaan, pasti malamnya kami sekeluarga tidak tidur. Berjaga untuk menyediakan makanan dan persiapan sepatutnya untuk menerima tetamu pada keesokan hari. Masing-masing mempunyai portfolio sendiri. Saya membersih dewan solat Surau As-Syakirin, menghias rumah dan istimewa di ‘Idul Adha, mengasah pisau-pisau untuk digunakan keesokannya. Sebelum tidur, semak teks khutbah dan meng’editnya’ ikut keperluan semasa.
Solat sunat berlangsung tepat 8.15 pagi, khutbah hari ini agak panas dengan isu perhimpunan ‘bersih’, analogi yang saya bawakan dari ibadah haji di Tanah Suci. Masing-masing terlopong mendengar kenyataan saya, “demontrasi, rukun islam ke-5”. Namun, dengan hujjah-hujah dan contoh yang saya bawa, kerut dahi mereka semakin hilang. Baru terbuka mata.
Seusai sahaja khutbah, para jemaah akan sama-sama menyantap sedikit makanan di rumah saya. Tradisi yang berlangsung hampir 20 tahun. Makanan sama sejak 5 tahun lepas, lontong. Mungkin bukan makanan tradisi, tapi ia membuat orang yang memakannya tersenyum puas.

………

Lembu-lembu yang tertambat masih mangunyah rumput perlahan-lahan. Tenang seolah-olah tiada apa yang bakal berlaku. Orang ramai kian membanjiri tempat sembelihan dan mengangkat jual beli bersama ayah baruku. Sedikit adat mencelahi.
Saya seperti biasa, menjadi pembantu setia, menjerat lembu dan kekadang turut ‘mengorbankan’ mereka dengan pisau khas yang di tempa sejak berada di Repek lagi. Melihat kesatuan orang-orang kampong bergotong-royong melapah dan mengupas lembu sembelihan, hati terasa tenang. Masih ada nilai perpaduan dalam masyarakatku. Tiada perbezaan pendapat. Kekadang diselangi deraian ketawa riang dek lawak spontan hadirin.







Dalam keriuhan melapah belulang lembu ke-2, hanphone Nokia 6233 bergetar. Adik bongsu Gegar ditalian, Azan.
“salam. Se dok mano tu..?
“dok dighumoh la”
“ze dok depe ghumoh se ni…, tapi kheto takdok..”
“ada”
Saya berlari pantas ke bahagian depa rumah. Azan memang disitu. Terfikir dihati, kenapa dia datang pada pagi hari raya ini..?
“ mari mano..?
“alah nok gi ghumoh tok di Pasir Mas, tapi bila lalu kok ni, rasa bersalah pulok kalau tak singgah di rumoh abang ze sorey ni…”
Saya tenung mata ‘adik bongsu’ku itu dalam-dalam. Jawapan yang diberi tadi sedikit sebanyak meruntun hati ini.. perasaan kasih sayang islam yang diikat dengan tali tauhid. Kukuhnya ibarat Uhud yang masih utuh walau dilanda perang gergasi. Berjalan ke kereta, berjumpa mata dengan ibu, ayah dan abang-abangnya. Sekali lagi hati tersentuh mendengar kata-kata mereka..
“Sayang sangat Azan kat kawan dia, bersungguh-sungguh mintak nak singgah..” kata ibunya..
“bukan kawan la mama, Abang…” balas Azan.
Dalam kereta, Im yang saya kenal terlopong.
“haa abang, lupa pulak” Balas ibunya lagi.
Andai saya dapat membuatkan semua orang terasa seperti yang saya rasakan sekarang, sudah tentu dunia ini aman. Tidak ada lagi perselisihan faham. Semuanya boleh bertolak ansur. Indah sungguh Ukhuwah fillah. Sukar untuk menjelaskan atomnya, payah untuk menfsirkan nukleusnya. Yang pasti, sel-sel tauhid yang mengikat kami. Semuanya kerana DIA.

………

Kembali ke tapak sembelihan bersama adik beradik tiri, hilai tawa berderai apabila ada mulut yang spontan memberi respon, menafsirkan kejadian secara selamber. Riang di mata bersama mereka, namun hati ini masih teringat ukhuwah kukuh GEGAR, seorang demi seorang wajah ahli GEGAR dan sahabat seperjuangan meniti melintasi ruang fikiran. Indanhya jika semua bersamaku tika ini.

DEMONTRASI: rukun Islam ke-5

Demontrasi, kalimah yang amat menggerunkan. Terutama bagi mereka yang mempunyai kesalahan dan kepantingan serta kekuasaan. Namun itulah yang diajar oleh islam. Sehinggakan islam menjadi penganjur demontrasi yang paling besar di dunia, ibadah haji di Makkah.
Setiap tahun, pada tanggal 10 zulhijjah, berpusu-pusu umat islam akan menuju ke Tanah haram untuk ber‘demonstrasi’ (berhaji) dengan kemuncaknya mengadakan satu perhimpunan raksasa yang langsung tidak memerlukan permit dan keizinan dan tidak mendatangkan apa-apa kerosakan kepada bumi AL-Haram itu.
Rukun islam yang ke-5, adalah contoh tunjuk perasaan yang diajar oleh islam. Demo untuk menentang kebathilan, menentang tahghut, berkorban demi agama, menuntut hak yang menjaminkan pahala yang amat besar sehingga ada riwayat mengatakan, “tidak ada ganjaran bagi haji mabrur melainkan syurga”.
Namun, di negara kita, perkataan demontrasi, tunjuk perasaan dan perhimpunan awam merupakan istilah yang amat dibenci oleh ramai pihak. Mereka memandangnya sebagai salah satu cabang keganasan. Demo digambarkan sebagai ekstremis. Adakah islam menganjurkan umatnya untuk berlaku ganas..? Adakah islam mengajar umatnya menjadi golongan pelampau..? Sekiranya kita tidak bersetuju dengan kenyataan Amerika yang mengatakan islam sebagai agama terrorist., mengapa kita boleh mengatakan demonstrasi sebagai pengganas? Pelampau? Mengapa kita boleh bersetuju dengan orang yang mengatakan mereka ‘beruk-beruk’ jalanan…? Sedangkan mereka menuntut hak mereka yang sepatutnya menjadi milik mereka, mereka menentang kemungkara dan ketidakadilan yang berlaku.
Melalui sejarah islam dan intipati dari sejarah ibadah haji, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ibadat haji yang dikerjakan saban tahun adalah demonstrasi agung yang paling besar. Himpunan agung yang mengumpulkan semua manusia dari segenap pelosok alam tanpa ada perbezaan kasta dan pangkat, tiada perbezaan bangsa dan warna kulit untuk berhimpun menuntut hak keredhaan dari Allah, menentnag kemungkaran syaitan, menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat semata kepada Allah.
Bagaimana sa’ei sempena mengingati kisah Siti Hajar mencari air untuk anaknya mengajar kita berkorban. Mengajar pemimpin untuk bersusah payah demi kesenangan rakyat jelata. Bukannya bersenang-lenang denga harta kekayaan yang di’rompak’ dari duit rakya.
Wuquf di Arafah yang panas membara menggambarkan suasana Mahsyar, mengajar kita bersatu hati, meninggalkan pangkat, kekayaan, protokol dan kepentingan untuk sama-sama berada dalam satu perhimpunan agung tanpa membawa apa-apa kepentingan duniawi dengan pakaian seragam putih tak berjahit. Raja menanggalkan mahkota kedaulatan dan keagungannya, Presiden memecat kot mahalnya, PM meninggalkan istana mewah dan kereta canitk, Panglima meniggalkan bintang-bintangnya penghormatanya berwuquf bersama faqir miskin tanpa sebarang hijab. Perjuangan hak asasi manusia.
Melontar Jamrah mengingatkan kepada kisah Nabi Ibrahim melontar batu mengahalau syaitan, memberi pengajaran kepada umat islam supaya menentang syaitan dan thaghut yang menjadi penghalang baginda dari menunaikan sururhan Allah, mendirikan syariat islam secara syumul. Namun perlu ditegaskan bahawa syaitan itu dari dua jenis, ada yang berasal dari jin dan ada yang berupa manusia.
Tawaf mengajar semua manusia berkiblatkan satu matlamat, seperti sembahyang. Bermatlamatkan keredhaan ALLAH semata-mata. Tidak menjadi masalah dalam perbezaan cara dan strategi. Mengenepikan beneffit yang bakal diperolehi semata-mata kerana menjunjung kalimah Allah.
Inilah ajaran islam, mengajar umatnya ‘menunjuk perasaan’. Namun ada prasyarat yang dikemukakan. Seperti mana para penunai haji dilarang dari melakukan kekasaran dan kekerasan. Meskipun dengan hanya mencabut anak pokok yang kecil atau hanya mematahkan dedahannya. Betapa tulus dan adilnya islam. Melengkapi dari segenap penjuru kehidupan manusia dari sebesar-besar agenda pemerintahan sehingga sekecil-kecil adab masuk tandas. Perfect dan lengkap dari segenap segi.
Namun masih ada yang menentang islam semata-mata kepentingan agenda peribadi. Lebih sayangkan perut sendiri dari menyumbangkan kudrat dan tenaga kepada rakyat. Berbeza dengan cara pemimpin ulung dunia yang diiktiraf sebagai pemimpin yang paling hebat dan berpengaruh, Nabi Muhammad S.A.W.
>merupakan juga isi khutbah Masjid As-Syakirinn.puri.

Pesanan Untuk HAJI DAN HAJJAH

Melihat siaran langsung ibadah wukuf di Padang Arafah dari saluran TV yang agak islamik, TV9 dekat dihati. Teruja melihat betapa utuh dan gahnya umat islam. Memakai seragam putih BERSIH berhimpun dalam perhimpunan agung terbesar di dunia. Lautan putih itu melambangkan betapa raminya unmat islam yang mempunyai kesedaran untuk ‘kembali’ kepada penciptanya. Seperti mana gambaran Padang Mahsyar. Mendengar lalungan talbiyyah, “labbaikallaahumma labbaiik,labbaika la syarika labbaik, inal hamd, wanni’mata laka walmulk, la syarika lak” Gemaan itu di sahut pula dengan laungan takbir yang bergema, Allahuakbar kabiira, wal hamdu lillahi kathira, wa subhaanallahi bukaratan wa asiila, la ilaaha illallahu wahdah, sodaqo wa’dah, wa nasoro ‘abadah, wa ‘azza junadahu wahazamal ahzaaba wahdah"
Meremang bulu roma saya mendengar betapa semangatnya ‘haji-haji’ dan ‘hajjah-hajjah’ melaungkan lafaz ikrar dan janji di Tanah Haram. Janji dan ikrar itu menjadi zikir harian mereka sepanjang berada di sana. Sedarkah mereka bahawa lafaz yang merea laungkan itu bererti,
“kami menyahut seruanmu ya allah, seruan untuk tidak menyekutukan mu, segala pujian dan nikmat bagimu. Dan juga kerajaan (langit dan bumi) adalah milikmu, tiada sekutu bagimu”.
“Allah, tuhan yang maha besar,pujian sebanyaknya untuk Allah, maha suci Allah pdai pagi dan petang, tiada tuhan selain Allah, tuhan yang esa, tuhan yang benar janjiNya, tuhan yang menolong hambaNya, tuhan yang meng’izzah’kan tenteraNya, tuhan yang mengahpuskan AHZAB, (parti komponen) secara berseorangan, tiada tuhan selain Allah dan kami tidak mengabdikan diri selain kepadaNya, tulus suci kerana agama (deen), meski dibenci oleh orang kafir, walau dibenci oleh sang munafiq, walau di benci oleh musyrikin”.
Janji mereka untuk taat setia beragamakan Deen Islam dan mengikuti perintah Allah tanpa mengira waktu dan tempat, beriltizam dengan berpegang kepada Al-Quran dan Hadith sebagai panduan kehidupan.
Saya yakin dan pasti, semua pengunjung Tanah Suci terutamanya dari Malaysia pasti melafazkan ikrar tersebut. Mereka menghafalnya semenjak berbulan lamanya melalui kursus dan bengkel bakal haji. Namun masih ada yang sekembalinya ke tanah air masing-masing, mereka juga kembali kepada perangai lama. Menentang ajaran Al-Quran dan ajakan Hadith, melanggar hukum yang ditetapkan Allah. Sedangkan janji mereka untuk hanya berabdi kepada tuhan yang Esa, tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu itu masih panas. Butiran pasir Arafah yang melekat di tapak kaki masih belum tertanggal. Aroma padang pasir masih semerbak. Tanda-tanda HAJI masih jelas. Kepala yang di botakkan setelah selesai tahallul, masih belum ditumbuhi rambut. Namun memang melayu mudah lupa. Janjinya untuk taat setia pada islam sebaga cara hidup juga dilupainya.
Mereka membazirkan duit puluhan ribu untuk pergi menipu, berlakon di Tanah Suci Makkah. Menipu di Tanah yang paling ‘dekat’ dengan Allah. Tiada perasaan bersalah. Mereka tidak berjaya untuk mengambil pengajaran dari pengalaman mereka mengerjakan haji. Pasti haji mereka tidak diterima, jauh sekali untuk mendapat haji mabrur.
Menjadi satu perkara yang pelik, mereka bersusah payah mengumpul duit, berhabis harta sehingga ada yang bergadai semata-mata untuk mengerjakan ibadah yang hanya sekali di wajibkan seumur hidup. Tapi mereka tidak merasa rugi walaupun tidak dapat menyempurnakan tuntutan ibadah ‘mahal’ mereka. Seolah-olah ibadah mereka hanya untuk mendapat title HAJI untuk dibanggakan di kalangan kawan sekerja.
Namun, bila difikirkan kembali, memang mereka seudah lali dalam hal berbohong dan melanggar janji, barangkali. Mereka juga berjanji setia untuk melakukan segalanya aktiviti dalam hidup mereka kerana Allah dalam Iftitah solat mereka.
Oleh itu, saya berpesan kepada mereka yang sentiasa bersolat lima waktu sehari dan secara khususnya kepada pak haji dan mak haji yang akan kembali ke tanah air masing-masing,

“Tunaikanlah janji-janji anda kepada Allah. Jangan lagi menjadi pak haji dan mak haji yang penipu. Jadikanlah Islam sebagai cara hidup anda, ikutilah perintah Allah dan Rasulnya serta jauhilah larangan keduanya. Ingatlah, janji anda adalah kepada Allah, bukan kepada makhluk. Tepuk dada, Tanya iman, jangan Tanya selera, kerana selera itu nafsu, nafsu sentiasa condong kepada kesalahan. Titipkanlah niat murni untuk bertuhankan Allah yang Esa, berpandukan Al-Quran dan Hadith. Ingtlah matawang yang hanya akan laku di DUNIA AKHIRAT adalah PAHALA. Pahala yang di perolehi dari mengkut suruhan dan meninggalkan laranganNya”.

SEKIAN NASIHAT DARI INSAN DHAIF UNTUK SAUDARA SEAGAMANYA.

Sabtu, 15 Disember 2007

MS ISO 9001:2000 Darul Quran, Antara Harapan dan Realiti




Ayat ke-2 surah Al-Mulk, "dialah tuhan yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu semua, siapakah yang paling baik amalannya". Ini mungkin indicator ISO dari ALLAH SWT untuk hambanya. Paling baik amalnya. Mungkin berorientasikan ayat inilah, pihak pentadbiran Darul Quran melancarkan gerak kerja ke arah Pensijilan MS ISO 9001:2000.



Tanggal 14 Disember 2007. Hari ini mungkin amat bersejarah bagi warga Darul Quran. Apa tidaknya, kolej kesayangan kami bakal dianugerahkan sijil MS ISO 9001:2000. Namun mungkin tidak semua yang mempunyai perasaan yang sama. Majlis pelancaran ke arah pensijilan MS ISO 9000:2001 berlangsung dengan begitu meriah. Kehadiran vvip disambut dengan penghormatan dari seluruh sidang dewan. Inilah hari yang amat bersejarah di sepanjang beberapa dekad penubuhan Darul Quran.
Mendengar ucapan dari Pengarah dan Timb.Pengarah (JAKIM) menyebabkan ramai bertepuk tangan. Di dalam hati saya terbayang, apa yang akan berlaku apabila rancangan ini berjalan kelak...? Apakah kehendak pelangan akan betul-betul diambil perhatian, atau sekadar untuk mencantikkan draf cadangan dengan janji-janji dan ayat manis. Sejauh manakah kesan dari perancangan yang dibuat. Apakah matlamat yang digarap selari dengan kehendak agama dan keperluan zaman?
Terbayangkan kejadian-kejadian sebelum ini, rakan-rakan pimpinan diherdik bila bertanya tentang tarikh kemasukan elaun yang tertunggak selama 2 bulan. Terbayang muka bengis dan angkuh pegawai-pegawai yang bertugas di salah satu bahagian pengurusan penting. Terlintas tentang result peperiksaan yang dikeluarkan secara 'paksa' beberapa kali tersilap dan mengundang kontroversi setelah beberapa kali disemak. Terbayang pula makanan dewan makan yang sentiasa tidak mencukupi walupun pada hari cuti.
Sebagai pucuk pimpinan mahasiswa Darul Quran, saya tidak ingin bergembira terlalu awal. Bimbang nanti, kecewa akan menghantui apabila pengharapan tidak tercapai.
Membaca dan meneliti draf ringkas manifestasi MS ISO 9001:2000, tertera beberapa dokumen dan syarat-syarat yang perlu diikuti. Namun, bagi saya ia bukanlah sepenuhnya berorientasikan kesenangan dan kemudahan kepada pelanggan bahkan sebaliknya. Pelbagai prosedur pasti akan mengikat aktiviti-aktiviti siswa dan siswi. Pelbagai syarat mungkin akan dikenakan untuk menambat idea-idea kreatif dan inovatif dari seorang mahasiswa Al-Quran.
Saya bimbang apa yang saya nampak di sebalik MS ISO tersebut. Visi dan misi Darul Quran yang akan diperkukuhkan melalui MS ISO9001:2000 agak tidak menepati kehendak syariat dan keperluan zaman ni. Hasrat melahirkan golongan yang mahir dalam ilmu Qiraat dan ‘masyi’ dalam penghafalan Al-Quran tidak salah. Namun itu hasrat pada awal penubuhannya. Ia seharusnya diubah dan disesuaikan dengan kehendak zaman. Hasrat untuk menjana generasi qari dan qariah yang mahir bertarannum itu bagus. Akan tetapi, harus diingat akan kepentingan dan keperluan zaman ini kepada golongan huffaz. Ada agenda yang lebih penting untuk dilaksanakan.
Abad ini tidak lagi memerlukan golongan Huffaz untuk menjaga tiang masjid-masjid besar. Huffaz yang mampu melagukan kesemua jenis lagu tarannum. Tetapi zaman ini memerlukan huffaz yang mahir dan professional dalam banyak bidang. Profesional Huffaz yang mampu mangubah zaman. Mampu terjun dalam kemahiran dan lapangan yang berbeza. Huffaz yang mampu berlari selari dengan massa, tidak jumud ditelan gelombang perkembangan zaman yang sentiasa maju ke depan dan tidak hanyut dibawa arus kemodenan.
Huffaz yang boleh ‘mensyafaatkan’ bukan sekadar sepuluh orang, bahkan beribu-ribu dan berjuta-juta manusia melalui kefahaman yang mendalam kepada isi kandungan AL-Quran dan berkemahiran tinggi dalam mengaplikasikan teknologi sebagai alat bantu dalam medium dakwah mereka. Huffaz yang mampu mengeksploitasi dan menterjemahkan pelbagai bidang professional sebagai medium kepada gerak kerja di medan dakwah mereka. Teringat kata-kata akhir mantan Pengarah Darul Quran yang berpandangan jauh kepada masa depan Huffaz semasa majlis perpisahannya, “ saya mahu melihat suatu hari nanti, siswa Darul Quran akan ke angkasa lepas”.

Manakala Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran juga telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Perancangan Masa depan Program Akademik Darul Quran” di dalam Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22 Februari 2000. Beliau juga turut mencadangkan agar Darul Quran memainkan peranan bukan sahaja melahirkan Hafiz dan Hafizah yang berketrampilan dalam bidang agama, malah layak menjadi ahli sains dan professional yang berwibawa.
Satu kata-kata yang mencabar kami, golongan yang terpisah dari teknologi semasa. Namun tidak mustahil bakal berlaku sekiranya pihak terlibat mempunyai kesedaran tentang kepentingan tersebut. Moga-moga MS ISO 9001:2000 ini adalah langkah awalnya.
Namun begitu, saya amat yakin dan optimis bahawa apa yang dilakukan oleh pihak pentabiran pasti ada mungkin mempunyai banyak kebaikkan dan kemaslahatan yang terlindung dari kami yang tidak berada di tempat tersebut. Moga-moga apa yang diusahakn bakal membawa kebaikkan kepada semua pihak terutama kepada golongan ‘hardcore’ di Darul Quran, pelanggan utama, siswa dan siswi Huffaz.
Apa yang menjadi harapan saya dan kami semua, MS ISO 9001:2000 ini bakal menjadikan kami siswa dan siswi Al-Quran yang beramal dengan isi kandungannya dan mampu memberi sumbangan kepada Agama, Negara dan bangsa. Semoga gerak kerja kami dan kewajipan yang terpikul di bahu kami akan dapat dijalankan dengan mudah dan berkesan. Apa yang menjadi hak kami dapat ditunaikan dengan cepat dan tepat. Semoga suara-suara 'pelanggan' akan didengari tanpa sebarang hijab dan tembok yang menghalang, walau ianya bernama 'protokol'. Moga-moga natijah yang bakali kita terima adalah keredhaan Allah. Semoga MS ISO 9001:2000 ini mematuhi ISO ALLAH, ahsanu 'amala. Dalam erti kata lain, paling ikhlas dan paling bertepatan dengan syariat -NYA.
Ameen.

Isnin, 10 Disember 2007

Khalil dalam lipatan kenangan Gegar.


Khalil dalam usrah Gegar bersama Abg Idris...

Entah kenapa, tiba-tiba jari ini riang melompat untuk menulis kisah seoang ahli Gegar yang kini telah meninggalkan kami. Mungkin ia menzahirkan kerinduan yang telah lama terpendam. Setahun tidak bertentang mata. Rakan seperjuangan, teman tika susah dan senang.

Menatap gambar kenangan usrah, hati ini sayu tiba-tiba. Rindu menerpa mendadak. Kini hampir setahun Khalil pergi. Kehilangan yang begitu memberi kesan. Kehilangan yang pasti tak berganti. Bersama adik-beradik gegar yang lain, bercerita bergembira, gelak ketawa. Namun jauh di hatiku, alangkah baik kalau Khalil masih bersama.


Banyak kenangan suka-duka bersama. Jatuh bangun sejak dari MTDQ Repek sehingga ke arena perjuangan di Darul Quran. Fuh, mungkin kenangan sebegini takkan menjengah kali kedua. Terfikir beban yang terpikul, terasa berat. Mungkin berat lagi hati ini melepaskan beliau pergi. Renungan terakhir yang syahdu meningalkan sejarah hitam kepada GEGAR. Kenangan memujuk beliau kembali masih terngiang di depan mata. tTekadnya, kami hormati.



Tiada lagi dendangan nasyid ‘on stage’ versi percuma. Ikhwan kehilangan ahli, Gegar hilang adik-beradik.

Malam 3 Ogos 2007, modul menyambut birthday Abg. Idris, Naqib Gegar. Ketika bersama-sama nak potong kek, tiba-tiba Abg Idris mencelah, "Mana Khalil...? tak ajak dia ke..? panggil Kahlil, kalau tak, jangan potong kek tu.." gurauan itu mencuit hati kami. Suasana suram tiba-tiba. Betul-betul terasa kehilangan 'adik-beradik'. Masing-masing menahan sebak.



Teman ku yang di kasihi,
Walau jauh di sana, semangatmu masih bersama kami,


Bersama dalam perjuangan ini..


Dilema MODAL INSAN

Modal insan, kalimah yang pasti meniti di bibir setiap mereka yang bercakap tentang masa depan Negara. Malah ia juga masyhur di kedai-kedai kopi. Namun sejauh mana kefahaman kita terhadap apa yang terkandung dalam dua kalimah ‘modal insan’ itu.
Apa yang di digembar-gembur , modali insan ialah golongan ‘ummal’, pekerja proudktif yang menjadi harapan untuk mewarisi Negara dan meneruskan agenda ke arah Negara maju dan membangun.
Tapi, dalam masa kita sedang berdegar-degar melaungkan modal insan, berpusu-pusu PATI memasuki Negara untuk merebut peluang pekerjaan. Malah kalau dibandingkan pada musim perayaan, hampir 2/3 penghuni ibukota ialah mat indon dan bangle yang datang mencari kerja sambil menyebarkan penyakit fizikal dan mental. Sedangkan rakyat Malaysia lulusan universit menganggur mencecah ratusan ribu. Itu belum dikira lulusan universerenti.
Merujuk balik kepada kepada prasyarat sebenar, apakah sesorang itu mempunyai kelayakan untuk diambil sebagai modal insan, ada baiknya kita sebagai ummat islam merujuk kepada sumber asal. Al-Quran dan Sunnah. Surah Al-Qasas dalam kisah Nabi Musa A.S.
Sesungguhnya, orang yang paling baik unntuk diupah (modal insan) adalah orang yang kuat dan amanah.
Berpandukan kepada kisah dan ayat tersebut, dapat kita simpulkan bahawa, kuat dan amanah menjadi prasyarat terpenting dalam memilih modal insan. Jangan bercakap tentang modal insan kalau sembahyang ditinggalkan. Jangan bercakap tentang modal insan kalau rasuah dan monopoli masih melata.
Kuat mempunyai beberapa pengertian, namun dalam konteks ayat diatas, ianya lebih merujuk kepada kekuatan jasmani. Namun tidak salah untuk ditafsirkan kepada kekuatan spiritual dan keimanan kerana prasyarat kedua, amanah memerlukan kekuatan tersebut. Hadith ada menyebut, "tidak sempurna iman bagi sesiapa yang tidak amanah". Modal insan yang lemah masakan mampu menghasilkan produk atau gerak kerja yang cemerlang. Kalau pun ada, mungkin sekadar melepaskan batuk ditangga.
Amanah pula, dalam erti kata sebenar ialah ikatan keyakinan yang kuat dengan Sang Pencipta sehingga individu tersebut akan melakukan setiap perkara dengan tekun supaya ia dapat menyelesaikan tugasa (amanah) dengan baik. Pekerja (modal insan) yang tidak mempunyai sifat amanah bakal menghancurkan syarikat atau Negara. Golongan yang tidak amanah tidak teragak-agak untuk mengambil rasuah, menggelap duit syarikat dan sebagainya.
Inilah prasyarat dan ciri-ciri yang perlu dititik beratkan. Bagaimana kita mahu melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang kalau seandainya ciri-ciri penting ini diabaikan. Mungkin minda logik kita memandang perkara tersebut sebagai nilaian sampingan, namun minda aqidah kukuh islam tidak begitu. Perancangan kita bakal berdepan dengan perancangan tuhan yang pastinya lebih sempurna. Jadi, setiap gerak kerja kita hendak memnuhi syarat dan etika serta ISO yang ditetapkan dalam perlembagaanNYA, Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan dalam segenap aspek kehidupan kita.

Isnin, 3 Disember 2007

Trio GEGAR, Menggegarkan...


Syaukani, saya dan Azan... produk usrah GEGAR yang akan berkhidmat sebagai pimpinan baru, PERKEMAT DQ 07/07.. Doakan kami supaya dapat memimpin dengan betul dan jayanya...
to Naqib, Abg Idris dan Abdg Izwan.. Thanks so Much.




Pimpinan Baru PERKEMAT DQ 07/08

Akan datang...

Ahad, 2 Disember 2007

Annual General Meeting PERKEMAT DQ 07

Annual General Meeting PERKEMAT DQ ke-23. 1 Disember 2007. Berlangsung di Dewan Muktamar Darul Quran.
Kalau pada tahun lepas, saya hanya sebagai pemerhati dan pengkritik, maka pada tahun ini adalah sebaliknya. Saya bertukar posisi sebagai yang diperhati dan yang dikritik. Apa tidaknya, saya telah dilantik sebagai Yang Di pertua PERKEMAT DQ 07-08. Jawatan besar ini terpikul setelah menang tanpa bertanding dalam pilihanraya kampus yang berlangsung semalam. Tidak pernah telintas bahawa saya akan memikul beban seberat ini.
Berdebar hati semasa keputusan calon diumumkan, bukan kerana takut kalah, tapi bimbang melihat jawatan-jawatan di bawah yang akan berada semeja dengan saya nanti. Apakah mereka sudi bekerja dengan saya. Melihat keputusan yang dipaparkan, air mata syukur menitis. Alhamdulillah, tuhan amat tahu, siapa yang layak untuk berkhidmat kepada agamanya.
Seterusnya upacara simbolik penyerahan tugas. Walupun simple, amat terkesan dihati. Penuh syahdu berlatarbelakangkan lagu ‘selamat berjuang’ Brothers. Hati rawan tiba-tiba. Air mata menitis. Terkenang beban yang bakal terpikul amat berat. Menjaga kebajikan lebih 1000 siswa Darul Quran bukan tugas yang senang. Menggalas harapan bonda tercinta bukan kerja sambil lewa. Memikul janji setia terhadap agama bukan tugas mudah untuk dilaksanakan. Ia bakal dihujani pelbagai kejian dan hinaan. Namun hati ini terubat dengan janji pertolongan dari DIA. Namun, kami perlu diuji dan dicuba dengan ‘belaian’ kasih sayangNYA.
Berada di meja hadapan mengganti pimpinan lepas yang telah selesai menjalankan tanggungjawab, terasa besar dan berat beban yang dipikul. Ribuan rakan-rakan mengharapkan kebajikan mereka terjaga di bawah pimpinan kami.
Terasa amat penting setiap pengalaman-pengalaman lepas. Ia guru yang setia . Ia bakal mengajar kita, bagaimana berdepan dengan situasi yang tak terduga. Emosi memang tidak boleh terganggu. Menerima pelbagai kerenah dan perangai pencadang. Kalau kacaulah emosi pemimpin, lai kacaulah emosi yang dipimpin.
Malamnya, majlis perasmian penutup AGM 07. Saya sebagai ‘VIP’ akan berada sebarisan dengan pengarah dan kpp serta VIP lain. Tersa mata-mata yang memandang memerhati gelagat ‘pemimpin baru’ mereka. Cukup merimaskan. Tapi kata mantan YDP, alah bisa, tegal biasa. Betul juga.
Selepas ucapan mantan, saya berdiri untuk sedikit ucapan yang mungkin merupakan ucaptama. Terasa tenang dan tenteram. Tiada lagi gemuruh yang dahsyat. Memang betul. Pengalaman itu mengajar. Belajarlah dari pengalaman, sebelum pengalaman mengajar.
Akhirnya, terima kasih kepada murabbi yang di kasihi, naqib tercinta, Abd Idris dan Abg Izwan. Kerana kalianlah ana berdiri disini. Kerana kalianlah ana menjadi manusia yang mampu untuk berkhidmat kepada agama. Terima kasih tidak terhingga. Hanya tuhan yang mampu membalas jasamu berdua. Mendidik dan mengajarku mengenal dunia. Bertatih cuba berjuang demi agama. Hingga kini ana mampu berdiri, berjuang bersama. Namun masih membutuhkan tunjuk ajar dari murabbi tercinta. Janganlah tinggalkan ana terkapai-kapai setelah memberi dayung dan sampan, ana masih belum tahu, laut itu bergelora.
Kepada adikberadik GEGAR, tolong dan bantulah abangmu ini. Dia amat memerlukan sokongan dari kalian. Untuk GEGAR junior, belajarlah untuk memimpin, jasa kalian diperlukan untuk Islam tercinta
Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang setia disisi, memberi sokongan dorongan, cadangan dan kritikan yang membina. Sekalung ucapan tahiah dan takziah kepada seluruh Saff Pimpinan PERKEMAT 07/08. Ingatlah, wahai adik-beradikku sekalian, hari ini gendang perang akan dipalu,tonjolkan syiar kekuatan, bukan untuk riak, tetapi satu syiar untuk sahabat-sahabat yakin dengan kepimpinan kita. Sekalung Penghargaan buat abang-abang dan kakak-kakak di peringkat pimpinan PERKEMAT 06/07, kami sentiasa memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dari kalian semua. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, berilah kami dorongan dan sokongan yang sepenuhnya, agar kita semua sama-sama mendapat manfaatnya.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan tugas yang telah kau pikulkan di pundak-pundak kami.. sejurus air mata menitis lagi.

HARI BERSEJARAH YANG MENGGERUNKAN

Hari ini, Khamis 29 November 2007. Malam Ramah Mesra berlangsung sempena Pilihan Raya Kampus Darul Quran, Jakim. Saya selaku calon YDP PERKEMAT DQ akan berucap buat pertama kalinya dalam diari hidup. berbagai azimat dibaca, persediaan yang dibuat seakan mahu berpidato di hadapan himpunan 100 000 rakyat.
Detupan hati memang menggegarkan dada. Tubuh menjadi seram sejuk. Tambahan pula bila melihat pidato hebat dari rakan-rakan calon yang lain..isy, gerunnya.
Tiba gilinran saya, calon paling last. Berada di depan penonton, segala persediaan hilang. Apa yang terkeluar dari mulut saya bukan lagi seperti yang dirancangkan. namun, nasib baik masih mempunyai isi yang bermanfaat. Mendapat sorakan dan laungan takbir dari rakan-rakan membuat saya makin besemangat.
7 minit masa yang diberi tak terasa, bahkan melangkaui 7 minit. Saya berhenti. seram sejuk hilang. memang betul, tak patut takuyt sebelum mencuba. Setiap orang ada kemahiran yang tersendiri. Takut sebelum mencuba bererti kalah sebelum bertarung. saya cuba memotivasi diri sendiri yang bakal memikul beban berat memimpin hampir seribu siswa DQ. Tidak ada maknanya saya bermegah dengan kejayaan yang dimilikki oleh orang lain.
"Bukanlah pemuda, yang berkata, inilah kejayaan ayah ku dan ini saudara ku, tetapi dia berkata, inilah kejayaanku".
Insya'Allah.

Jumaat, 23 November 2007

IKTIBAR PERANG BADAR KEPADA DA'IE

Perancangan manusia berdepan dengan perancangan tuhan.

- Perancangan awal Rasulullah adalah untuk menyekat kumpulan perniagaan Abu Sufyan bin Harb yang dalam perjalanan balik ke Makkah dari Syam untuk merampas harta mereka sebagai ganti kepada harta kaum muslimin Makkah yang dirampas oleh musyrikin setelah penghijrahan muslimin ke Madinah.

Tidak semua perancangan yangkita rancangkan dapat dipraktikkan meskipaun perancangan itu sempurna disisi kita. Ini kerana Allah maha mengetahui akan segalanya dan perancangannya adlah perancangan terbaik. Tapi kita sebagai petuga-petugas Allah tidak boleh hanya menunggu ketentuan Allah tanpa merancangkan apa-apa gerak kerja kearah meninggikan SyariatNya.

Syura dalam setiap gerak
- Nabi S.A.W telah meminta pandangan dari kaum MUhajirin serta kaum Ansar. Sehingga mendapat persetujuan dari kedua pihak, maka Nabi S.A.W meneruskan ag kerjaenda baru mereka, Jihad menentang tentera Musyrikin Makkah pimpinan Abu Jahal bin Hisham.

Minda Aqidah melangkaui logik akal.

- Logik akal sekali-kali tidak akan mengakui bahawa 313 orang tentera muslimin mampu menewaskan musuh dari kuffar Quraisy yang jumlah 1000 orang. Samalah keadaanya di Negara kita yang mana kalau hendak di bandingkan dengan tentera ‘musuh’, amat mustahil tentera muslimin mampu mencapai kemenangan.
Tapi ini telah terbukti melalui peristiwa bersejarah di zaman Rasulullah di mana tentera Muslimin yang kebanyakkannya bersenjatakan pelepah tamar berjaya menewaskan Tentera kuffar yang lengkap bersenjata perang malah menerima bantuan dari kerajaan Makkah pimpinan Abu Jahal Ibn Hisyam.
Manakala di zaman kita, kemenangan tanpa diduga parti Hamas ke atas Parti Fattah yang mendapat tajaan dari Amerika. Begitu juga dalam masa terdekat baru-baru ini di mana parti AKP pimpinan Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menterinya, Recep Tayyib Erdogan memenangi majoriti besar ke atas parti sekular dalam pilihanraya Turki seterusnya mendapat mandat untuk memerintah beradsarkan Al-Quran dan Sunnah. Manakala di Negara jiran, Indonesia, Parti PKS juga telah mendapat Nusratullah itu. Masyarakat Negara kita tidak perlu takut untuk berhadapan dengan kerajaan yang menjadi PEMBANGKANG syariat Allah. Janji Allah untuk memenangkan pejuangnya pasti datang akhirnya. Tugas kita sebagai Muharrikin hanya perlu istiqamah memperjuangkan kebenaran.

Pensucian dosa: persiapan wajib setiap jundi.

- Sebelum mara ke medan Badar, Rasulullah memohon maaf dari semua sahabat sehinggakan Baginda meminta kepada sesiapa yang tidak berpuas hati kepada baginda untuk membalas perbuatannya disitu juga. Lalu bangun sorang sahabat yang penah dipukul baginda menuju kearahnya. Baginda lantas menyelak perut dan bersedia dengan balasan yang akn diberi oleh sahabat tersebut. Namum apa yang terjadi ialah, sahabat itu meluru lantas mencium perut baginda Rasulullah.
Peristiwa sama berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar R.A. Ketika mana beliau ingin mengutuskan beberapa orang sahabat untuk berperang, beliau berpesan dalam khutbahnya yang berbunyai, “ sesungguhnya aku lebih takut akan dosa yang kamu lakukan dari kekuatan musuh”. Ini membayangkan kepada kita bahwa ‘tazkiyyatul nafsi’ amatlah penting kerana dengan ketiadaannya akan menyebabkan kerja-kerja dakwah bakal tergendalan dan jauh dari rahmat Allah yang menjadi faktor utama kejayaan kepada gerakan dakwah islamiyyah seluruh dunia.

Strategi dalam setiap gerak kerja.

- Al-Habbab ibn Al-Munzir mencadangkan kepada Rasulullah supaya di carikan tempat yang mempunyai sumber air di lokasi yang terdekat dengan kawasan pertahanan tentera musuh sebagai tempat pertahanan kaum muslimin. Ini supaya musuh akan mengalami kekurangan air semasa peperangan kerana semua sumber air berada di pihak Islam.

Ini seharusnya dipandang berat oleh para pejuang islam yang leka berjuang sehingga melupakan langkah dan strategi yang patut dipraktikkan demi memudahkan perjalanan gerak kerja jamaah dan dakwah. Seperti mana kisah yang boleh diambil iktibar dari cerita si penebang pokok yang jumlah pokok yang ditebangnya semakin berkurangan saban hari disebabkan beliau terlupa untuk mengasah kapaknya. Pejuang islam sepatutnya tidak sebodoh itu. Mereka sewajibnya mempunyai perancangan rapi dan strategi yang ampuh untuk berdepan dengan musuh islam yang sanggup mengadaptasikan apa sahaja perkara asalkan kemenangan menjadi milik mereka.

Ketenangan kunci kejayaan.

- Malam sebelum peperangan, semua tentera islam tidur nyenyak dalam keadaan yang penuh ketenangan sehingga bermimpi basah. Manakala selepas itu hujan turun sehingga membolehkan para sahabat mandi. Kata Nabi S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud, “ terkejar-kejar dan gopoh-gapah itu dari Syaitan manakala ketenangan dan beransur-ansur itu dari (gerak-geri) tuhan Ar-Rahman”.

Dalam mempraktikkan gerak kerja dakwah, kita tidak boleh bergopoh dan ingin cepat mendapat hasil. Ianya perlu melalui tahap-tahap tertentu untuk mematangkan keadaan. Bekerja dalam jamaah semestinya memerlukan jiwa yang tenang kerana ketenangan itu akan menerbitkan idea-idea bernas yang diperlukan setiap masa di dalam jamaah. Contoh mudahnya kita ambil, andainya seseorang itu dalam keadaan tergopoh-gopoh bersiap untuk perjalanan yang jauh, ia sudah tentu akan tertinggal sesuatu yang sepatutnya dibawa.

Doa senjata mu’min.

- Baginda nabi bermunajat berdoa kepada Allah sebelum mara ke medan Badar, “ya Allah, seandainya engkau hancurkan tentera ini, nescaya kau tidak akan di sembah selamanya.

Sebagai seorang Muharrikin, doa sepatutnya menjadi ulam wajib sebagai satu sumber makanan rohani yang mampu mencetuskan satu perasaan pergantungan yang tinggi kepada Sang Pencipta. Pergantungan ini pula haruslah disertai dengan keyakinan bahawa pertolongan itu pasti mendatangi kita. Keadaan ini akan member satu motivasi unggul kepada seluruh para mujahidin yang berjuang dijalan Allah.

Isnin, 19 November 2007

Kerja dan kerja

Terasa hilang beban yang terpikul selama ini bila menlabuhkan punggung di kerusi empuk unutk bergambar setelah selesai majlis perasmian penutup tiga program serentak.
Otak mengimbau.
Bulan ini dianggap sebagai bulan paling sibuk bagi saya. Maklumlah, tiga program berjalan serentak. Pada awalnya, saya memegang dalam setiap program, tapi setelah mendapat persetujuan dari pimpinan melalui sebab tertentu, taklifat saya di kurangi hanya kepada stu tugas sahaja. Programmer Sihat DQ. Saya yang belum pernah berpengalam menjadi programmer ditugaskan untuk memprogramkan sebuah program yang belum pernah bijalankan di DQ.
Terasa diri tidak berkelayakan untuk menjawat taklifat tersebut. Namun ,memang fitrah taklifat, membebankan. Saya akhirnya akur untuk meneruskan tugasan. Pun begitu hati masih meronta untuk menggalas beban itu.
Motivasi diri merudum. Saya bagai seorang yang tidak terurus. Beberapa kali mesyuarat tidak saya hadiri walaupun sekadar sedikit alasan yang tidak sepatutnya.
Dalam kepala, fikiran beramain, berlari kesana dan kemari. Mencari jalan keluar yang memang tidak ada dalam kotak pengalaman. Namun setelah mendapat nasihat dan tunjuk ajar yang diberi oleh senior ( sepatutnya diminta), saya mengatur langkah untuk maju menggalas taklifat tersebut. Diri tiba-tiba menjadi yakin. Tambahan nasihat dan dorongan dari sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak jemu memberi semangat. Terima kasih semua.
Program bermula. Segala yang dirancang berjalan seperti sepatutnya. Saya bersyukur dalam ketakutan menanti hari kemuncak program dan merupakan hari penutup ketiga-tiga program terbesar dan terakhir PERKEMAT DQ. Ianya bakal meninggalkan imej dan kesan samada baik atau buruk, bergantung kepada bagaimana kami-kami mengurusnya.
Malam kejadian, saya tidak dapat tidur. Paginya, awal-awal lagi kami bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh YDP, Zool Amali. Perancangan prog kena mantap.
Selesai mesyuarat, saya menjadi seram sejuk. Bagaimana sambutan terhadap ekspo kami nanti. Tapi rahmat tuhan menetukan segalanya. Terasa penat lelah yang dialami hilang melihat kian ramai tetamu yang berbondon-bondon mengunjungi Dewan Muktamar. Segala perancangan berjalan selancarnya. Alhamdulillah.
Namun kesedihan menjenguk hati bila mendapat tahu masalah yang dihadapi oleh prog sahabat. Melihat kesuraman hati adik-beradik tercinta, hati menjadi sayu. Terasa diri ini mahu memikul segala kesedihan mereka. Namun apakan daya. Sekadar doa yang mampu ku pohonkan. “Ya ALLAH, permudahkan urusan mereka.
Menjelang tengah hari, sambutan makin rancak. Kegembiran bertambah bila prog sahabat juga telah berjaya dijalankan. Sujudku semasa solat Zohor di Surau pentadiran agak panjang. Terasa manis nikmat pertolongan Rabbi. Hanya itu tanda syukurku.
Seharian keletihan tak terasa.
Akhirnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dan berpenat lelah membanting tulan untuk menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa memberi semangat, nasihat serta dorongan kepada saya. Maaf dipohon sekiranya terdapat kelemahan di sepanjang saya menguruskan kalian. Jasa kalian akan saya ingati selamanya.....khusus untuk naqib, A.Idris, A.Wan dan adik beradik usrah gegar dan gegar junior.Tidak lupa kepada A.solihin dan pimpinan lain yang turut membantu.


Unite for islam.

IKTIBAR KEHIDUPAN 2 - Alam Menengah

Untuk memenuhi nazar yang dilafazkan, aku dirancang untuk dihantar ke pusat pengajian tahfiz di MTAQ Pulai Chondong. Namum disebabkan result UPSR ku hanya sekadar 3A 2b sahaja, permohonanku ditolak. Lantas tempat ku bertapak adalah di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas.

Tanggal 6 November 1998, aku denga rasminya bergelar budak pondok. Di sinilah setan macam aku diprogramkan untuk menjadi insan yang berguna dan di sini juga aku dipaksa menelan Al-Quran. Masakan niatku asalnya untuk ke MRSM memandangkan aku amat meminati bidang sains dan teknikal. Namun, atas dasar taat, ku turut jua perintah ibu tercinta.

Berada di sini, aku terpaksa menerima apa jua jenis tindakan atau balasan. Rotan dan sebatan menjadi juadah harian. Kekadang hati meronta dan memberontak. Namun percayalah, tiada murabbi yang menginginkan anak didiknya rosak, punah jahanam. Bahkan semuanya kerana inginkan kebaikan. Pernah aku dirotan 10 sebatan atas kesalahan membaca ayat tak cukup ‘semuka’ dalam sembahyang. Namun aku redha menerimanya. Inilah jalan tarbiyyah yang berjaya mengubah setan sepertiku menjadi seorang manusia akhirnya.

ROKOK, ARAK DAN DADAH.. MANA BEZANYA?

Pernah satu malam, sambil menanti masuknya waktu ‘isya’, saya berbual-bual dengan seorang pakcik yang umurnya sudah mencecah 60-an. Ayat pertamanya kepada saya, “tengok tak berita semalam?


“Kenapa? Balas saya.


“Nik Aziz buat kempen haram rokok. Pelik sungguh, rokok yang makruh dikata haram. Tu dah kira mengubah hukum Allah? Tok ayah Sin (tok guru pondok Pasir Tumbuh) pon kata makruh, lagipun tidak ada dalil yang mengatakan rokok itu haram.” hujjahnya.


Saya tersenyum sinis. Kerana mahu menjaga keegoan, pakcik ini memburukkan nama seorang ulama’. Apa bezanya arak, dadah dan rokok. Semuanya haram. Semuanya memudharatkan. Kenapa arak dan dadah dia boleh terima, dan kenapa rokok nak dipertahankan pendapat makruh oleh ulama’ 500 tahun dahulu. Yang pada ketika itu, masih belum ada kajian tentang kandungan kimia rokok. Sekarang ini, saintis telah membuktikan rokok mengandungi tidak kurang dari 70 jenis kimia dan racun yang memudahratkan kesihatan.

Allah berfirman, “tanyalah kepada pakar, seandainya kamu tidak mengetahui”. Pakar kepada rokok adalah saintis, bukan tok guru pondok. Bukan untuk merendahkan martabat ulama’, tapi hakikatnya demikian. Sedangkan Nabi S.A.W menyerahkan urusan mengetuk debunga tamar kepada para sahabat kerana para sahabat pakar dalam bidang tersebut walaupun pada awalnya baginda melarang perbuatan tersebut.

Hujjahnya mengatkan bahawa Tok Guru mengubah hukum Allah. Memang pun. Ini bukan hukum Qat’ie. Boleh berubah ikut keadaan. Samalah macam haramnya makan gula bagi pesakit kencing manis kerana ia boleh membawa kemudharatan kepadanya pada masa itu. Akan tetapi, kalau sewaktu sihat, lain pula hukumnya. Kalau dulu rokok dihukum makruh kerana aromanya, bukan kerana kemudharatan yang ada padanya. tapi sekarang inikajin telah mendapati bahawa pada rokok itu terdapat bahaya. Kerana kemudharatan yang ada pada rokok itulah, ulama’ bersepakat menghukumnya haram. Firman Allah. “janganlah kamu mencampakkan diri kamu dengan tanganmu kedalam kebinasaan.” Kemudharatan yang ada pada rokok lebih banyak dari kebaikkan yang ada padanya. Kalau setakat nak hilang loya, hilang mengantuk, kebaikkan ini masih belum dapat menimbus kesan buruk rokok seperti kanser dan sebagainya.


Saya terbayang beginilah sikap masyarakat yang menolak kebenaran semata-mata ingin menjaga kepentingan dan menjaga kepentingan sendiri. Kerana nafsu, kebenaran dibuang sejauhnya. Kerana berbeza pandangan politik, anjuran, pandangan dan saranan yang baik dari pihak lawan dipandang sepi walaupun ianya amat bernas dan tepat dengan keadaan dan masanya. Kerana nafsu, keburukkan ditutup dengan kebaikkan yang direka-reka. Banyak lagi perkara yang dapat dikaitkan dengan peristiwa diatas.

Contohnya, pelaburan internet yang dipersetujui oleh ulama’ sedunia akan keharamannya, masih lagi dipertikaikan. Pinjaman riba PTPTN yang disepakati haram juga ditelan hidup-hidup. Yang terbaru di Malaysia, filem Evan Almighty yang mengisahkan cerita Nabi Nuh dalam versi jenaka dan menonjolkan rupa paras baginda serta menonjolakn Allah sebagai manusia biasa. Beberapa orang mufti yang lantang menyatakan kebenaran telah memfatwakan filem tersebut sebagai haram dan bakal merosakkan akidah rakyat Malaysia yang sememangnya sudah rapuh. Namun LPF yang bertanggung jawab masih lagi meluluskan filem tersebut untuk ditayangkan di Malaysia.

Peristiwa seperti ini juga berlaku beberapa tahun sudah di mana filem yang hampir serupa- Bruce Almighty- dibawa masuk untuk ditayangkan meski mendapat tentangan hebat dari mufti-mufti. Realiti masyarakat Islam di Malaysia, suara Mufti dan Ulama’ dijadikan bahan gelak ketawa. Bahkan pendapat artis yang entah dari mana itulah yang dipuja-puja dan dijadikan panduan. Budaya hedonisme menjadi raja dalam masyarakat. Untuk berseronok, mereka mengenepikan persoalan lain, termasuk soal Aqidah dan tauhid. Malah, jika ada yang melarang dari yang demikian, golongan ini dianggap sebagai ekstremis, pengacau, mengganggu ketenteraman awam. Bahkan ada penguatkuasa yang didakwa kerana menyerbu kelab-kelab malam.

Inilah apa yang dijanjikan oleh sebuah NEGARA ISLAM. Hak-hak islam ternafi. Kerja dan amal islam dipinggirkan, disekat dan paling kurang, dianaktirikan. Hukum-hakam islam dibuang jauh kerana dianggap tidak sesuai dengan zaman moden. Tapi yang pelik, bila gejala rogol berleluasa dan enakmen yang sedia ada tidak mampu membendung gejala tersebut. Lalu dicadangkan digubal enakmen baru yang memperuntukkan hukuman mati kepada perogol. Heh, lucu betul, islam telah mencadangkannya 1400 tahun lepas. Fikir-fikirkanlah

Rabu, 14 November 2007

Puisi: Aku,Kau dan Kita

Aku kau dan kita,
Satu ikatan agung,
Terjalinnya dengan tulus hati,
Tiada kepentingan mencelahi,
Diikat dengan akidah Ilahi,
Memorinya, tentangnya..
Lena dan jagaku dilawati,
Saat itu,
Aku, kau dan kita,
Dibawah lembayung sayap tetamu Ibrahim..
Kita mencalar kitab kuning,
Menghadap naskhah ulung,
Menutur kalimah agung.
Detik yang maha indah..
Saati aku, kau dan kita masih bersama,
Hilai ketawa, tangis, suka dan hiba..
Segalanya bersama..
Namun ku takuti satu hakikat,
Yang pastinya kan bertandang jua menziarahi kita..
Aku, kau dan kita pasti terpisah jua,
Walau sehebat mana akrabnya,
Walau sekukuh mana eratnya,
Waktu, matlamat dan cita-cita,
Pastinya memisahkan kita,
Melontar jauh kehujung dunia,
Tapi,
Ingatlah duhai sahabatku,
Kita masih teman yang setia, rakan yang tulus,
Bak Muhammad dan Abu Bakar..
Itulah harapku..
Kita punyai talian kukuh,
Melangkaui hubungan darah..
Terpatrinya kita dengan akidah,
Kita syabab jundullah,
Walau terpisah, aku kau dan kita tetap di hati,
Jangan di hapuskan pertalian ini,
Indahnya mengasyikkan,
Tawa riangnya penawar, lukanya semangat..
Itulah,
Memori Aku, Kau dan Kita.

Nukilan khusus untuk sahabat sepejuangan.

-Massa- Ibnuabi- Ketayap Merah-
14 MAC 2006 14 SAFAR 1427

Women In Islam

Islam sees women, whether single or married, as an individual in her own right, with the right to own and dispose of her property and earnings without any guardianship over her (whether that be her father, husband, or anyone else). She has the right to buy and sell, give gifts and charity, and may spend her money as she pleases. A marriage dowry is given by the groom to the bride for her own personal use, and she keeps her own family name rather than taking her husband’s.
Islam encourage the husband to treat his wife well, as the Prophet Muhammad S.A.W said: { The best among you are those who are best to their wives.} Ibn Majah (1978) At-Tirmizi (3895). Mother in Islam are highly honored. Islam recommends treating them in the best way. A man came to the Prophet Muhammad S.A.W and said, “O Mesengger of God! who among the people is the most worthy of my good companionship?” The Prophet said: { your mother } The man said: “Then who”? The Prophet said : { Your mother } The man further asked : “Then who?” The Prophet said : {Then your mother.} The man asked again, “ Then who”? The Prophet said, {Then your father} Narrated in SaheehBukhari 5971 and Muslim 254

Selamat Menduduki SPM

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kepada seluruh sahabat sepejuangan dimana sahaja anda semua berada, semoga mendapat kejayaan yang diimpikan.
Namun harus diingati, kita sebenarnya juga menghadapi peperiksaan sepanjang hayat dengan ujian dan soalan yang bakal diajukan oleh Allah di akhiray kelak. Surah Al-Mulk, "Dialah tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapakah diantara kamu wahai manusia, siapakah paling baik amalannya..."
Apapun, saya mendoakan yang terbaik untuk kalian, teruskan berjuang sehingga akhir hayat.
bittaufiq wan Najaah.

Khamis, 1 November 2007

Hobi...




Hee..ada iras-iras tak...? ni la hobi ana kalau tak ada kerja nak buat...melukis ni, bagi ana, dapat tenangkan minda, tajamkan daya pengamatan kita...betul tak.. belajar katne...? tak pernah belajar...tiru-tiru je..dari kecik lagi memang dah miant sangat. Kalau masa kecik dulu, selalu tiru dari dalam komik Mutiara Naga, Pendekar Laut. Son Goku, Zonan dan Pendekar Laut jadi mangsa ana. Tapi sekarang ni ana dah mula minat untuk melukis yang real pulak... Apapun, setiap orang, ada hobi masing-masing... selamat berhobi...

Burung ape..? Burung ape..? Vs Evan Almighty

Pertama kali melihat iklan yang ditaja oleh Syarikat Petroleum Nasional, (Petronas), hati saya deras tersentuh hingga air mata mengalir tumpah. Mungkin ia banyak memberi kesedaran dan keinsafan kepada rakan-rakan yang berada di luar sana. Namun apa yang menjadi kesedihan ialah, ada pihak yang ingin mempertikaikan iklan yang begitu menyentuh jiwa raga masyarakat Malaysia ini. Perkara ini dibangkitkan di muka hadapan sebuah akhar tabloid tempatan. Terdapat segelintir dari kalangan rakya Malaysia sendiri yang mendakawa kononnya ia adalah hasil ciplak. Saya tak ingin untuk menyenaraikan siapa yang bertanggungjawab, cuku sekadar untuk kita membicarakn sikap segelintir yang masih lagi mementingkan keuntungan dan kelabaan tanpa memikirkan mesej kebaikkan yang menjadi agenda utama setiap iklan.
Inilah realiti yang berlaku di Malaysia. Segalanya adalah beradasarkan pangkat dan nama. Segalanya hipokrit semata-mata. Kalaulah soal keaslian, pengaruh dan populariti yang menjadi tajuk besar perbincangan, nyatalah ianya sekadar untuk mencari kemegahan dunia semata-mata. Inilah nilai dasar media yang ada di Negara kita. Soal kesan baik buruk terhadap masyarakat di ketepikan dari perbincangan asas, bahkan keuntungan yang menjadi teras.
Sepatutnya, media massa yang mempunyai peminat dan penonton paling ramai, iaitu televisyen, menjadi satu wadah terbaik dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Mereka seharusnya menjadi platform paling efektif dalam memberi pendedahan serta penghayatan ke arah budaya murni masyarakat ketimuran, lebih-lebih lagi kepada sebuah negara yang bergelar sebagai negara islam contoh.
Tapi menjadi suatu perkara yang amat malang bagi rakyat Malaysia amnya dan ummat islam khususnya apabila kebanyakkan penerbit hanya akan menerbit tayangankan cerita yang mampu membawa pulangan lumayan dari segi keduniaan meskipun terpaksa menggadaikan maruah bangsa , nilai murni norma ketimuran yang terkenal dengan sopan santun, meskipun filem-filem tersebut bakal membawa gejala negatif yang amat parah kepada masyarakat.
Ini jelas terbukti dengan sikap keras kepala pihak yang terlibat dalam meneruskan penayangan filem kontroversi di Malaysia, Evan Almighty, meski mendapat tentangan hebat dari golongan agamawan, Mufti-mufti serta ahli-ahli akademik yang mempunyai kesedaran sensitiviti terhadap kesan buruk filem tersebut. Filem ini seperti yang diketahui umum, bakal meruntuhkan aqidah pegangan umat islam di negara ini. Filem yang menonjolkan tuhan dalam bentuk berjirim dan menyerupai manusia ini bakal menyelewengkan pegangan agama yang sememangnya sudah lama rapuh, terutama di kalangan muda-mudi melayu yang hanya mengaku beragama islam.
Mengapa tidak filem ini yang menjadi tajuk perbahasan dan perdebatan hangat lantaran keburukkan yang jelas lagi nyata terpampang padanya. Atau ANDA telah menerima sogokan dari musuh islam supaya menayangkan filem ini di Malaysia dengan apa cara sekalipun…?
Inilah yang terjadi di Negara Islam contoh. Suara mufti menjadi bahan ejekan. Hedonisme menghantui masyarakat dalam segenap aspek kehidupan. Golongan pelapis yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang telah dirosak pemikiran dan daya intlektual mereka lantaran disogok dengan falsafah keseronokkan dunia yang tiada kunjung akhirnya itu secara tidak disedari.
Siapakah yang menjadi tangan pengubah kepada keadaan yang lebih baik…? Tentulah anda, wahai cerdik pandai yang berwibawa.. Anda masih belum terlambat untuk menetukan masa depan Negara kita terselamat. Dunia dan akhirat. Buktikannya.. suara rakyat, hakim Negara.

Membangun Bersama Islam.

-massa- 30 Okt 2007

Isnin, 29 Oktober 2007

Surat Dari Ikhwah Untuk Ikhwan

Surat ini saya ketemui dari salah satu blog, lalu menarik perhatian saya untuk di paparkan disini sebagai muhasabah bersama.

bismillahirrahmanirrahim...---
Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW sinyalirkan sebagai pembawa fitnah terbesar.---Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.

---“Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap lancang, saya berniat berta’aruf dengan anti.”---

Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladz im. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke mana ghaddhul bashar-mu?

---Akhifillah,Alhamdulillah Allah mengurniakan dzahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini jesteru menimpa orang-orang yang kuhormati sebagai pengemban risalah da’wah? Siapakah yang salah di antara kita?---####“Adakah saya kurang menjaga hijab, ukh?” tanyaku kepada Aida, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng
.---“Atau baju saya? Sikap saya?”---
“Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.---
“Memang ada perubahan sikap di kampus ini.”
---“Termasuk diri saya?”---
“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?”
---Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.---
“Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara baru kan ? Maksud saya dalam meng-cam akhwat di kampus.”
Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing… .
---“Apa yang diungkapkan dalam surat itu?”---
“Ia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang menjemur pakaian di depan rumah! Masya Allah…. dia melihat sedetail itu.”---
“Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi.”---“Ukhti…,” sanggahku, “Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pasti untuk tujuan syar’ie?”---“InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain.”---Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keridhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?---####Akhifillah, Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum belum hadir sosok putera impian yang hadir dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah ta’ala semata.---Akhi,Tentunya antum pernah mendengar hadits yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.---Kalaulah ada yang mendapat keempat-empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita shalihah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kesialan? Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma setakat fizik belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya? Tempoh di luar rumah yang tinggi?---Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta’ala dan bila masanya saya berbuat kerana riya’. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Saya yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.---Akhifillah,Tanyakan pada setiap akhawat kalau antum mampu. Yang tercantik sekalipun, maukah ia diperisterikan seseorang kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang lelaki menikah wanita kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Faham?---Akhifillah,Tubuh ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.---Akhifillah,Kalau antum ingin mencari akhawat yang cantik, antum juga seharusnya menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. (Alhamdulillah, tercapai maksudnya untuk keluar rumah tanpa menimbulkan perhatian orang). Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai. Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk da’wah di luar. Ia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat shalatnya. Ia begitu khusyu’. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata. Dibaca Qur’an dengan terisak. Ia begitu tawadhu’ dan zuhud. Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, ia mengenal Rabbnya lebih dari saya. Dalam ketenangannya, ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak memperisterikannya… (saya tidak perlu menyebut namanya.)---####Malam semakin beranjak. Kantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum usai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.---Aida sedang diam dalam kekhusyu’kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.---“Ukhti, tidak solat malam? “ tanyanya lembut seusai melirik mata.---“Ya, sekejap,” kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. “Dzikrul maut lagi?”---“Khusnudzan anti terlalu tinggi.”---Aku tersenyum. Sikap tawadhu’mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan shalat. Ia kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.---“Saya malu kepada Allah,” ujarnya lirih.---“Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan diri-Nya?”---“Apa keinginan anti, Aida?”---Aida menghela nafas panjang.---“Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi,” lanjutnya seolah tidak menghiraukan. “Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati tersendiri. Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hasan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati: Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?”---Aku tertunduk dalam-dalam.---“Anti tahu,” sambungnya lagi, “Saya ingin sekiranya boleh mendampingin orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…”---Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal iti tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?---“Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?” desisku.---Aida meramas tanganku. “Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan yang buruk untuk yang buruk juga?”---“Anti tak tahu,” air mata mengalir tiba-tiba. “Anti tak tahu apa-apa tentang mereka.”---“Mereka?”---“Ya, mereka,” ujarku dengan kemarahan terpendam. “Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta’aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang qowiy seperti mereka takluk di bawah fitnah wanita.”---“Ukhti!”---“Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif da’wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rsulnya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.”---“Ukhti, jangan su’udzan dulu. Setiap manusia punya kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan shalihah?”---“Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?”---“Ya, memang…”---“Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?”---“Anti berprasangka terlalu jauh.”---“Tidak,” aku menggelengkan kepala. “Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizik belaka..”---“Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan.”---Ia orang yang aktif berda’wah di kampus ini, ukh.”---Aida memejamkan mata. Bisa kulihat ujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap,---“Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan bocah-bocah Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?”---Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti Aida: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma punyai. Anak-anak seperti Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Tapi seperti kata Aida; Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam.---####Akhifillah,Mungkin antum tertawa membaca surat ini. Ah akhawat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani. Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diridhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya’, ada su’udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka? –‘Afwan.---Akhifillah,Surat ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu, silakan. Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahir telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya. Jesteru, kini saya merasa iri pada saudari saya. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.---Akhifillah,‘Afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. Insya Allah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan saya yang riya’ maupun tidak ikhlas. Wallahua’lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan Allah. Penuhilah impian ratusan akhawat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain. Penuhilah harapan Islam yang ingin generasi tangguh seperti Imaad Aql. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.---Akhifillah,Malam bertambah-dan bertambah larut. Mari kita shalat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.---Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, saya persembahkan bingkisan indah sebuah syair karya pujangga besar Muhammad Iqbal. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.

---IDEALNYA SEORANG PEMUDA---
Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas, Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu
Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi, rendah hati
Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari, asri
Ia juga penumbang segala belantara
Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gulita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan upeti
Ia manuju bintang Menggapai malaikat
Ia tentang tindak kuffar Pola aniaya di mana saja
Maka nilainya pun membumbung tingg
iHarganya semakin tak terperi
Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?

pesan -massa-
Wahai ikhwan dan akhwat..
ambillah pedoman dan iktibar...
perjuangan masih panjang
jangan sengaja memanjangkan angan-angan
jangan sengaja mencari gangguan
ketika masih dalam ketenangan
JANGAN diundang kemarahan TUHAN
walau beralasan
berpegang pada prinsip kehidupan.