Isnin, 31 Oktober 2011

Dari KAMI Untuk KITA

"Ustaz, laptop ana 'mati' lagi. Boleh ustaz tengok-tengokkan?" Mesej seorang akhawat melalui peti masuk Facebook saya.

Permintaan sebegini bertamu hampir setiap bulan. Ia memaksa saya melakukan sesuatu. Cukuplah apa yang telah menimpa saya dan beberapa rakan lain menjadi iktibar. Kerugian yang amat besar dan menyedihkan apabila laptop yang bernilai hampir RM3000 tidur dengan nyenyak secara tiba-tiba. Enggan terjaga bila dikejutkan semula. Mother Board-nya terbakar.

"Saufi, jom makan Quick Burger Syimali." Hamdi mengajak kawannya mengisi perut di selang masa kosong antara dua kuliah pengajian.

Isnin, 24 Oktober 2011

Update : Laporan Ketua Audit Negara 2010 : Kajian Ringkas



Sengal tulang dan bengkak urat serta otot akibat terjun tiruk bersama KIA Sedona masih belum hilang. Tapi, badan menjadi gagah tiba-tiba setelah mendapat sepucuk SMS dari seorang teman di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara dah keluar. Itu isi mesejnya.

Saya bangkit dari pembaringan, menekan suis laptop dan melayari internet. Web Jabatan Audit diakses dan terus memuat turun fail. Berbekalkan segelas susu dan beberapa keping biskut Ulker, saya meneliti audit tersebut. Beberapa  bahagian penting dicetak keluar untuk simpanan anak cucu.

Ringkasan audit 2010 :

Sabtu, 15 Oktober 2011

Thaif 2011


Borang permohonan zakat Majlis Agama Islam Kelantan dan borang permohonan pinjaman Yayasan Negeri Kelantan telah dikumpul. Borang-borang ini mesti disahkan di Education Malaysia Jordan sebelum ianya diterbangkan ke Malaysia. Tarikh terakhir untuk dikirim ke Malaysia adalah 14 Oktober 2011.

Saya termenung. Kuliah, duit, peperiksaan dan tanggungjawab. Itu pertimbangan yang timbul dibenak kepala saya. Akhirnya, saya nekad untuk ke Amman selepas kuliah hari Rabu, pulang malamnya untuk rehat sebelum kuliah bermula semula jam 9.00 pagi Khamis.

Khamis, 6 Oktober 2011

Cerita Untuk Datuk Seri


Saya tak pandai menulis surat. Saya hanya pandai bercerita. Blog saya juga adalah blog cerita. Ini cerita baru, ini pula cerita lama kalau sudi untuk dibaca. Cerita ini untuk Datuk Seri Memanda Perdana Menteri Malaysia, tanah air saya. Juga untuk mereka yang sudi menadah telinga dan mata untuk membaca lantas menyebarkannya. Demi agama, bangsa dan negara.

Jumaat akan datang, tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pada hari itu, Kabinet akan bersidang, Memanda Perdana Menteri akan membentangkan bajet kewangan bagi tahun 2012. Bajet yang sedia ditunggu oleh seluruh lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. 1.3 juta penjawat awam semestinya menjadi orang paling awal tersenyum sambil mendengar bajet diumumkan untuk mereka. Tapi kami...?