Sabtu, 12 Februari 2011

Jika Al-Banna Masih Ada


Hari ini 11 02 2011

Lembaran sejarah dunia bertambah lagi. Semakin hari, semakin banyak sejarah tercipta.

Hari ini, di Dataran Merdeka, bandaraya Kaherah, 2 juta penduduk Mesir menunaikan solat Jumaat dengan satu imam.

Hari ini, Presiden ke-3 Republik Arab Mesir, Mohamed Hosni Sayyid Mubarak berundur, akur dengan kehendak rakyatnya. 3 dekad regimnya berkuasa, namun hari ini rakyat bersuara.

Hari ini, impian rakyat Mesir menjadi nyata. Suram Gaza kembali bercahaya.

Rabu, 9 Februari 2011

Menipu Rasulullah



Pesanan dari Dr. Syuwesh Mahamid paling terkesan di hati saya.

Perbuatan meliarkan manusia dari agama dengan alasan agama adalah perbuatan terkutuk. Terpesong jauh dari maqasid syariah Islam. Lantikan Allah kepada manusia sebagai pendakwah dan Khalifah adalah untuk menguruskan manusia dengan syariat Allah. Sebagai penyelesai masalah. Bukan penimbul dan pereka masalah.
Sambutan Maulidurrasul diadakan setiap tahun. Alhamdulillah. Kita sudi untuk mengingati Rasulullah, ikon manusia paling sempurna di dunia ini. Namun, sambutan itu seakan cacat dan tidak sempurna. Bukan disebabkan ada yang menuduhnya bidaah. Bukan juga kerana sambutannya tidak meriah. Tapi, samputan itu miskin kesan dan faedah.


Ahad, 6 Februari 2011

Mehnah Zaman Fitnah



Zaman ini tak bersempadan lagi. Segalanya telus, terus menerus tanpa hijab. Andai dulu, untuk berhubung dengan rakan yang berada ribuan kilometer, kita hanya mampu mengirim surat yang akan berbalas sebulan kemudian. Maka kini kita sudah mampu melihat dan bercakap dengannya melalui YM dan sidang video.

Alhamdulillah. Segalanya mudah kepada kita.

Begitulah ibu saya diyakinkan tentang dekatnya anak lelakinya untuk disantuni, meski jasad saya telah berada ribuan kilometer di tanah arab.

Pakai pula topi hitam untuk melihat keburukanya pula. Jangan hanya dipandang pada sudut positif sahaja, kita akan tenggelam dalam arus ketidakpedulian terhadap ancaman yang juga datang berpakej dengan manfaat tadi.

Jumaat, 4 Februari 2011

Izinkan Saya Khilaf Wahai Syeikh


Hari menjadi sejarah lagi. Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumu'ah mengambil langkah untuk menyekat kebangkitan dan memberi kepercayaan sekali lagi kepada penipu besar, Hosni Mubarak. [link] Akal saya tidak mampu menerima janji dari sang penjanji yang telah meleset janjinya sejak saya belum lahir. Syeikh, saya kenal Hosni sebagai penipu sejak saya masih janin dan saya kenal Al-Banna sebagai orang yang baik dan soleh.

Al-Fadhil Syeikh Ali Jumu'ah yang hormati, izinkan saya untuk tidak sependapat dengan tuan pada hari ini. Saya ingin menghulurkan tangan saya bersama dengan rakyat Mesir dan Palestin juga penduduk bumi ini yang cintakan kedamaian dan bencikan kezaliman.


Selasa, 1 Februari 2011

Madah Untuk Kinanah

Dingin Mu'tah mengajak saya berinterpretasi. Menulis dan berimaginasi. Simpati dan empati. Untuk kalian, anak Kinanah yang saya sayangi. Dedikasi khusus untuk Anak Kinanah dan istimewa untuk adinda Yusri.