Khamis, 29 September 2011

Klinikal Syariah : Bacalah. Hijrahlah.



"Acapnya kamu balik, banyak sangat ke duit kamu?"

"Eh, dah habis belajarkah?"

Dialog ini cukup susah untuk saya terangkan. Jawapannya juga cukup sulit untuk diberi. Ibu pun agak gelisah sehingga merelakan saya tidak pulang bercuti untuk tahun 2012.

Ada orang balik kerana banyak duti. Jangan dilupakan juga, ada yang terpaksa balik sebab tak ada duit. Lupakan soal duit. Saya penuntut ilmu, pencari pengalaman, bukan pencari duit, menuntut emas perak.


Isnin, 12 September 2011

Untuk Kalian Tetamu Syam


Saya tak banyak membantu untuk memudahkan musafir anak Syam sesi ini. Hanya sesekali menjenguk memberi laporan di YIK dan DQ. Beberapa sesi dialog yang diaturkan batal saat-saat akhir. Nota-nota yang perlu saya kongsikan bersama kalian masih saya simpan. Makanya, saat ini saya mencoret sedikit di laman ini sebagai pengganti sesi yang sudah basi.

Saya memilih Dataran Syam dengan bayaran duka, sedih, letih dan air mata. Meninggalkan tawaran untuk berjiran dengan Rasulullah di Jamiah Islam Madinah. Datang bertandang menjadi tetamu Jaafar Al-Tayyaar di Mu'tah dan berguru dengan Salahuddin Al-Ayyubi di Karak.