Isnin, 15 Oktober 2012

Laporan Ketua Audit Negara 2011 : Kajian Ringkas


Semalam, berita tentang Laporan Ketua Audit Negara bakal dikeluarkan tersebar. Mood saya untuk menghadapi peperiksaan pada Selasa agak terganggu. Laporan yang dilewatkan dari tarikh sebenar ini pastinya ada inti yang tersembunyi. Ada gajah di sebalik megi.

Petang ini, bertemankan beberapa helaian kertas dari LKAN 2011 dan salinan lembut (softcopy) dari laman web Audit Negara, saya menulis hasil selidikan ringkas saya.


Khamis, 27 September 2012

Kenyataan Media MPMMJ Sempena Belanjawan 2013




Assalamualaikum, dan salam sejahtera. 

Kami mulakan dengan mengucap syukur kepada Tuhan, kala ini Malaysia kian bertambah maju dan membangun pesat, selepas 55 tahun kemerdekaan. Inilah hasil sinergi, antara pihak kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Razak, dengan seluruh rakyat Malaysia. Berpadu dan bersatu, demi kemajuan dan kejayaan Malaysia tercinta. Kami rakamkan juga penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas usaha gigih beliau, dengan gagasan ideanya; yang merangkumi idea 1Malaysia, serta program–program transformasi. Tahniah kami ucapkan. 

Rabu, 26 September 2012

Cerita Untuk Datuk Seri Najib


Saya tak pandai menulis surat. Saya hanya pandai bercerita. Blog saya juga adalah blog cerita. Ini cerita baru, ini pula cerita lama kalau sudi untuk dibaca. Cerita ini untuk Yang Amat Berhormat Datuk Seri Memanda Perdana Menteri Malaysia, tanah air saya. Juga untuk mereka yang sudi menadah telinga dan mata untuk membaca lantas menyebarkannya. Demi agama, bangsa dan negara.

Rabu, 5 September 2012

Pencuri Pisang


"Pencuri! Pencuri! Tangkap Pencuri!" Jerit seekor monyet yang merupakan pegawai PBT Kampung Apes dari tingkap banglow 3 tingkatnya. Menurut laporan berita perdana, rumah itu dibina hasil tabungannya sejak kecil. Pelik, tapi benar. Gajinya hanya cukai pisang dan buah-buahan dari titik peluh rakyat monyet Kampung Apes, tapi mampu memiliki rumah sebesar itu.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Tips Memandu



Tips memandu jarak jauh

Saban tahun, statistik kemalangan menghantui kita. Malah ada yang trauma untuk memandu di musim perayaan. Saya ada beberapa tips berdasarkan pengalaman memandu dan pembacaan cetek saya.

Ahad, 29 Julai 2012

Rumi Mengajar Kehidupan


Kepenatan masih membungkus diri selepas membelah semenanjung dari pesisir laut Selat Melaka di Klang ke Kota Bharu untuk kali ketiga dalam minggu yang sama dengan duduk di kerusi pemandu sepanjang jalan.

Tiba di Nilam Puri adalah sebuah rehat yang besar untuk saya. REHAT.

Barangan dari bonet dipunggah keluar. Beg pakaian dilambakkan sahaja di tepi katil. Belum leluasa untuk mengemasnya. Selepas sedikit penyegaran dengan beberapa timba air perigi, lambung kanan saya akhirnya berjaya dirapatkan ke tikar mengkuang bertemankan hembusan angin dari kipas usang.

Assalamu'alaykum.... 

Isnin, 7 Mei 2012

Respon Fatwa BERSIH 3.0



Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi, senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.

Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.

Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab ('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam. 

Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.

Sabtu, 3 Mac 2012

Beri Percaya Sebelum Minta Berjaya




"Saya bimbang untuk meletak jawatan. Legasi yang saya bina ini cukup besar, transformasi juga telah banyak dilakukan. Saya rasakan seperti tiada yang mampu untuk memikulnya." Kata seorang Presiden Persatuan Pelajar. Zamannya gemilang dan terbilang malah sifir temberang.

"Ini sahajakah calon yang tinggal untuk gantikan enta? Isk, ana tak yakin dia boleh jadi sebaik enta untuk jaga persatuan kita nanti." Seorang ahli bertaraf 'antik' sebuah persatuan memberi komen.

Isnin, 27 Februari 2012

Saya, Lynas dan Kuantan


Saya dan Kuantan mempunyai hubungan sentimental yang sangat istimewa. Banyak cerita yang dan warna yang saya lakarkan di bandar pesisir pantai itu. Hari ini, Kuantan dilanda sebuah gelombang bernama Lynas. Kilang memproses nadir bumi dari Australia bakal dibina di Gebeng, tidak jauh dari Kuantan.

Selasa, 21 Februari 2012

Status Terakhir



4.40 pagi, 21 Februari 2012

Penggera aturan dari telefon bimbit berbunyi. Punca bunyinya saya gapai, dengan sebelah mata yang masih disepetkan, saya menilik-nilik angka, 4.40am. Selepas mata ditenyeh-tenyeh beberapa kali untuk mengaktifkan kedua-duanya, saya bangkit ke tandas, buang air dan berwuduk.

Kembali semula ke bilik dan tunaikan solat sunat dua rakaat. Kepala mula terasa pening. Selepas solat sunat, azan subuh berkumandang. Pening semakin bertambah. Saya bangkit berdiri, bertakbir untuk solat fardhu Subuh. Rakaat pertama sempurna dalam qiyam yang tegap. Rakaat kedua, saya sudah tidak berdaya untuk bangkit, solat diteruskan dalam keadaan duduk. Rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud lagi. Saya pengsan sebelum sempat bangkit ke tasyahhud.

Sabtu, 21 Januari 2012

Al-Kisah Sang SAGA


Kereta Proton adalah kereta nasional yang disayangi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Saya salah seorang rakyat yang sangat menyayangi Proton. Ibu saya baru tiga tahun memiliki kereta Proton Saga BLM. Syarikat Petroleum Nasional atau nama glamournya, Petronas pula menjadi pilihan pertama saya bila tangki Proton BLM mengadu haus.

Seminggu yang lalu, saya tiba-tiba rasa tertarik untuk meneliti sedikit sebanyak berkaitan dengan kereta. Maka, ini adalah hasilnya. Sangat tidak sempurna, kerana saya bukanlah ahli yang berautoriti, cuma gatal tangan dan geram hati untuk berkongsi.


Rabu, 18 Januari 2012

AKAUN UNTUK PERSATUAN


Alhamdulillah. Setelah berhempas-pulas menggandakan usaha, akhirnya Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan telah memiliki akaunnya sendiri di Malaysia. Akaun ini ditubuhkan untuk mengurangkan birokrasi pengaliran dana dari Malaysia kepada KMKJ. Terima kasih kepada penama bersama, akaun Kesatuan Mahasiswa Kelantan Berhad yang sudi dicuri masa mereka demi memudahkan urusan ummat.

Hasil dari itu, saya menerima banyak respon bertanyakan tentang kaedah penubuhan akaun yang sebelum ini dianggap mustahil oleh kebanyakan pihak. Maka di sini, saya kongsikan kebaikan ini.

Jumaat, 6 Januari 2012

Kertas Pertama, Kertas Kedua


"Tak boleh, paling kurang, kena sewa dua hari sebab hari Ahad, 1 Januari, CUTI ", tegas pemilik pusat sewa kereta di Amman.

Saya memandang Muhammad. Ahad cuti...? Education Malaysia Jordan tak akan dibuka. Kedutaan Malaysia di Jordan tak akan beroperasi. Taki pernah terfikir dibenak saya, bahawa hari Ahad tersebut adalah 1 Januari 2012.

Rabu, 4 Januari 2012

Mengadap Kekasih Yang Maha Tinggi


Seorang demi seorang rakan, teman dan kawan meninggalkan saya. Teman sebilik. Rakan sepengajian. Kawan sepermainan. Mereka dipanggil tuhan, pada usia yang awal, saat dosa masih minima.

3 Disember 2011 lalu, kami dikejutkan dengan pemergian mendadak, arwah Ilham Ellani di Irbid. Awal hari ini, 3 Januari 2012, halilintar menghunjam hati saya. Ustaz Abdul Aziz Abdul Rahman, Presiden Himpunan Pelajar-Mahasiswa Indonesia di Jordan meninggal dunia.