Rabu, 22 Jun 2011

My Constitution

"Ustaz, apa hukum solat?" tanya seorang penonton slot rancangan Tanyalah Ustaz.

"Wajib. Kita wajib solat 5 waktu sehari" Jawab ustaz sambil matanya digantung ke mata sang penyoal.

"Dalilnya apa ye ustaz?" tanya penonton yang lain pula.

Pak Ustaz terpinga-pinga. Ayat Al-Quran yang menyatakan solat wajib tidak pernah dihafalnya.

Situasi ini adalah situasi rekaan semata-mata. Namun, intipati dan isinya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Khamis, 16 Jun 2011

Tun Sri Lanang Menulis...


Semalam, saya berdiskusi dengan beberapa teman pulang bercuti sempena cuti sekolah yang panjang. Ternyata, ruang dan peluang ini amat bermakna. Beberapa surah diambil sebagai bahan kajian. Sasarannya adalah sikap watak yang ditonjolkan dalam kisah Al-Quran itu. Sikap Yusuf dan adik beradiknya menjadi tema utama. Syarahnya, sikap Maharaja Zulqarnain dan kaumnya pula menyusul. Akhirnya, disedut sedikit sikap raja yang zalim dalam kisah Ashab Al-Ukhdud.

Sebelum bersurai, seorang teman yangsedang meneruskan pengajian sasteranya di peringkat M.A mencelah. "Sastera Melayu ada mencatat kisih sepersis ini ".

"Ya, karya Tun Sri Lanang, Singapura dilanda Todak!", Sambung seorang lagi.

Khamis, 2 Jun 2011

Mengapa IM Mesir perlu belajar dari PAS?

Mengapa Ikhwanul Muslimin Mesir perlu belajar dari PAS?


Apa pun perkembangan terkini pasca-thawrah (revolusi) yang telah berlaku di Mesir, sesuatu yang tidak boleh disangkal ialah peranan yang bakal dimainkan oleh pertubuhan Ikhwanul Muslimin (IM) di dalam lanskap baru politik Mesir. Walaupun mereka menolak untuk bertanding di dalam pemilihan presiden dan juga menolak kemungkinan untuk mendapatkan majoriti di dalam parlimen Mesir menjelang pilihanraya umum yang akan diadakan, sesuatu yang hampir pasti, sesiapa pun yang akan memerintah Mesir nanti, IM hampir pasti menjadi sebahagian darinya. Memandangkan kebanyakan parti politik di Mesir mempunyai keterbatasan masing-masing dari segi saiz dan sokongan rakyat, tidak dapat tidak, kerajaan baru yang akan dibentuk pasti merupakan kerajaan koalisi. Apapun koalisinya, sesuatu yang pasti IM pasti akan menjadi sebahagian daripada koalisi tersebut. Ibarat perumpamaan Inggeris, IM pasti akan menjadi ‘sausage in the hotdog’ atau ‘beef in the plate’. Demi menempuh realiti yang bakal menjelang nanti, IM perlu belajar dari pengalaman gerakan Islam lain, terutamanya di dalam hal berkoalisi, mentadbir dan juga hubungan dengan non-Muslim. Meskipun sesetengah tokoh IM sibuk merujuk kepada pengalaman Turki, namun sebuah lagi gerakan Islam yang tidak kurang dinamisme dan pengalaman di dalam persada politik yang tidak patut diketepikan, iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS).