Sabtu, 31 Januari 2009

Majlis Khatam DQ 2009

Majlis Khatam. Cukup bermakna. Cukup memberi erti. Tapi, hanya kepada mereka yang mahu mengambil pengertian, bukan untuk bergelak ketawa dan bersukaria.


Berpagi saya menjemput ibu dan ayah dari Batang Kali. Sampai di DQ, sessi pengambaran sedang berlangsung. Saya masih sempat di situ. Sempat dan semput. Semput di dada dengan perangai dan akhlaq HUFFAZ yang sudah khatam Al Quran. Biarkan di situ.


Masuk ke dewan selepas perarakan. Berada di atas pentas sedikit padat. Kaki saya kebas sekebasnya. Wah, rasa macam tak berkaki lagi.


Turun kembali ke kerusi biasa. Pengerusi Aqrab, Radhi berucap dengan ucapan yang sarat dengan mesej tersirat dan tersurat. Namun siapa yang akan mengambil pengajaran itu. siapa yang akan menukar pioritinya untuk beramal dengan Al Quran setelah selesai mengkhatamkannya...?


Lebih 300 Huffaz yang lahir pada hari ini. Berapa keratkah yang akan memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya agama..


"ayanqus al diin, wa ana hayyun"


Majlis berakhir. Saya meninjau sahabat-sahabat. Pelbagai reaksi. Ada yang ibunya menangis-nangis mengenangkan anaknya yang kini sudah 'menempah tiket' ke syurga. Bagitu mungkin fikiran mereka.


Ketemui rakan-rakan dan adik-beradik. Bergambar disitu, memahat kenangan abadi.


Mereka bergembira dengan ayah ibu masing-masing. Namun saya segera menjejak sahabat-sahabat yang tidak berkeluarga. memujuk hati mereka sebelum terluka. Sudah tentu sayu rasanya bila yang tersayang ( ibu dan ayah ) tidak bersama pada hari bahagia (khatam).


Membaca pesanan ringkas dari rakan-rakan dalam BUKU MAJLIS KHATAM membuatkan saya menitis air mata. Kat-kata itu benar-benar menggambarkan pribadi. Tafsirkanlah.


Sesungguhnya wahai sahabat ku..terasakan bahawa inilah wahyu terakhir yang menandakan bahawa inilah saatnya dalil yang kita akan terpisah selepas ini. Terasa cukup sayu. Cuku-cukup sayu.


Sebelum bertolak meneruskan perjuangan bersama keluarga ke Klang, saya memeluk erat 'adik beradik' seperjuangan itu...Inni uhibukum fillah..


Moga ketemu di Firdausi..

Isnin, 26 Januari 2009

Usah Bersedih Untuk Ghaza

Jangan bersedih untuk Ghaza. Ya, kita tak perlu bersedih untuk Ghaza. Mereka walau dibom terus berjuang. Berbanggalah wahai Saudara seagama kepada pemuda Ghaza yang kental, kanak-kanak yang mapan, wanita yang cekal.

Tak perlu kita tangisi jika mereka dibunuh. Tak perlu ditangisi jika batang tubuh mereka hancur. Mereka tetap akan disitu. Tak akan undur sama sekali. Jemaah mereka utuh. HAMAS tetap akan membela rakyatnya. Meski rakyat itu bernama FATAH yang selalu membelot. FATAH yang pernah menindas HAMAS suatu ketika dahulu.

KEKUATAN YAHUDI?

Apakah Yahudi kuat? Apakah mereka kukuh? Sekali-kali tidak.

"Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti. "

Ya, yahudi tak pernah kuat. Tapi kitalah yang lemah.

Lemah membiarkan yahudi terus memperkosa Kiblat pertama itu.

Bagaimana Yahudi boleh meyakini bahawa Nagara Islam akan tetap membisu meski apa cara sekalipun yang mereka gunakan untuk menghancurkan Palestin. Buktinya sudah kukuh. Teramat kukuh.

Jawapannya juga BAGAIMANA.

Bagaimana Pemimpin negara islam akan membela ‘rakyat orang lain’ sedangkan mereka sendiri sedang menindas rakyat mereka sendiri.

Lihatlah di negara kita sendiri. Pemimpin yang ISLAM sendiri menindas rakyatnya yang islam. Masakan mereka boleh cakan dan mengambil berat terhadap rakyat luar.

Pemimpin sebegini lebih mementingkan perut dan dapur sendiri bersama kroni-kroni mereka.

Sungguh mustahil Pengerusi OIC itu akan bertindak dengan efektif untuk membela rakyat Palestin.

Lihatlah Saudi dan Mesir yang lebih meraja-rajakan US. Mereka membina berhala baru untuk disembah. Kalau ada pun tindakan yang mereka lakukan, itu hanyalah sekadar untuk melepaskan batuk ditangga selepas mendapat tekanan dari pelbagai pihak.

Ya, Mustahil Israel dan yahudi berani bertindak ke atas Ghaza sekiranya Pemimpin umat islam cakna walaupun kepada rakyat mereka sendiri.

MEREKA MULIA, KITA HINA.

Yahudi melancarkan perang jasad dengan Palestin. Mereka mengebom rumah-rumah dan masjid di Palestin.

Rakyat Palestin syahid. Mereka mati mulia.

Pemuda-pemudi mereka syahid membela kalimah tauhid, agama dan negara. Mereka mulia.

Kanak-kanak mereka syahid sebelum baligh, sudah pastinya syurga. Mereka mati mulia.

Tapi, bagaimana dengan kita? Rakyat kita? Pemuda kita?

Yahudi menyerang kita dengan serangan pemikiran.

Yahudi menaja jarum ‘kebangsaan’ di negara kita.

Yahudi menaja sekulaisme dan isme-isme yang bertentangan dengan islam.

Yahudi menaja hedonisme yang meleluasa di negara kita.

Yahudi menaja emansipasi, memperjuangkan hak samarat antara lelaki dan wanita. Huffaz juga terpedaya.

Pemuda kita mati dijalan raya. Petua kita mati di ribaan pelacur di kelab berdansa.

Ahli politik kita mati dengan perjuangan bangsa menindas bangsa.

Ahli ekonomi kita mati dengan sistem kapitalisme. Menindas bangsa sendiri dengan monopoli dan riba.

Yahudi berjaya membunuh akhlaq dan aqidah kita. Maka kita mati hina.

Akhirnya, segala manusia Malaysia akhirnya mabuk tanpa menghiraukan apa yang berlaku pada saudara mereka.

AYUH KITA BANGKIT

Ayuh kita bangkit. Bangkit kembali kepada islam. Bangkit menyemai prinsip islam dalam diri. Bangkit membebaskan diri dengan mengikatkan diri dengan islam.

Wahai Pendakwah yang ingin mengajak ke jalan Allah, (terutamanya Huffaz),

TERBUKAlLAH, TAPI JANGAN HANYUT, BERRINSIPLAH, TAPI JANGAN JUMUD.

Jumaat, 23 Januari 2009

Sepuluh hari...

Sepuluh hari tidak menulis.

Entah apa balanya. Entah apa belenggunya.

Pelbagai isu sudah terlepas dari kajian. Pelbagai peristiwa saya 'ketinggalan'.

PRK di Kuala Terengganu, Kepala Babi di UM, Kemenangan PRO M untuk isu-isu besar.

Di kampus saya juga digempar dengan beberapa isu. Ikhtilat dan sebagainya.

Semuanya saya tertinggal dibelakang.

Seminggu yang lepas saya di rumah. menjenguk ibu dan ayah. Sejurus, saya kembali ke medan, meneruskan perjuangan. Tidak sampai dua hari di sini, saya keracunan makanan. bahana makan di luar.

Tiga hari terjelepuk. Longlai dan lembik. Ubat dari HKKB tak cukup mujarab untuk merawat. Aduh, bisa sungguh.

Adik-adik datang meminta pandangan tentang isu-isu yang sedang panas. Saya terpaksa memejam mata keran tidak mampu untuk mengorek punca dan asasnya. Bimbang nanti, pandangan yang diberi berat sebelah atau tidak menepati yang sebenarnya.

Namun, jauh disudut hati saya tersenyum, masih ada lagi mereka yang sensitif dengan biah solehah. masih ada yang ingin mengambil berat tentang ikhtilat. Mungkin masih jauh untuk kiamat.

-------------------------------------

Ketika saya menulis, segala yang berlaku sudah selesai.

Tapi saya masih sedikit pening lalat. Ubat-ubat yang dibekalkan semuanya tertera ' awas: Ubat ini boleh menyebabkan mengantuk' .

Penangan itulah yang menyebabkan saya betul-betul mengantuk dua hari kebelakangan ini.

Selasa, 13 Januari 2009

Terlupa jalan pulang

Kembali dari UKM selepas sehari suntuk melawat sahabat seperjuangan dan sama-sama merasai bahang PRK, berperang dengan pihak yang ingin menyekat kemaraan tentera muslim untuk menyebarluaskan kalimah Allah dimuka bumi.

Selepas solat Maghrib dan 'Isya' secara Jama' Qasr, saya terus memacu Kuda perang (bukan perang) berjenama Honda itu membelah lebuhraya ke pusat bandaraya. Sejam perjalanan menyampaikan saya ke tengah 'lumpur itu.

Meninjau-ninjau tanpa tahu, kemanakah tempat yang harus saya tuju untuk menjejaki da'ie yang tersesat itu.

Hajat saya, ingin memimpin tangannya kembali ke pangkal jalan yang benar.

Hajatku untuk memimpin kembali tangan yang sudah bergelang itu. Telinga yang sudah bersubang... lehernya yang sudah tergantung tauliah Syaitan..

Setahun yang lalu, dia menghulurkan tangan kepada saya untuk sama-sama bergiat di jalan perjuangan ini.

Kini, entah ombak apa yang melanda, dia tersesat di medan juang, terlupa jalan pulang.

Langkah pertama, saya menjejak di hostel kos rendah dan hotel-hotel murah, hampa tanpa kelibat bayang, janganakn untuk menjenguk wajah.

Tekad masih kukuh. Saya mencuba nasib di hotel berbintang. Mungkin sahaja beliau di situ. Tak mustahil, pasti poketnya masih tebal.

Bermula langkah di hotel sekitar Pekeliling, Sinar Kota dan akhirnya di Jalan Bukit Bintang.

Saa pakirkan motor di bahu jalan. Walaupun salah. Saya masih sayangkan jentera itu dari RM100 kompaun, kerana tempat khusus untuk parkir motosikal adalh dibelakang lorong gelap yang menjadi sarang penyamun. 'Simpan' motor di situ seolah mengamanahkan mesin itu kepada penyamun.

Kunci. Tawakkal.

Saya mundar mandir di hadapan Hotel Melia. Mencari kedai Halal untuk membeli air, memandangkan disitu hanya terdapat Starbuck dan SevenEleven. Bokiot.

Sedang terkial-kial menjenguk kedai halal, kelibat lelaki 20-an berjaket hitam melintas dibelakangku. Dalam jarak 10 meter. Ya Allah.

Saya cepat-cepat berlari menuruni tangga stesen Monorail Imbi. Bayangnnya sudah hilang.

Cuba meninjau di sekitar KTV. Hampa. Cuba lagi dan lagi. Pukul 4.30 pagi, saya terpaksa akur dengan potensi diri. Hari ini saya hanya melelapkan mata suku jam sebelum terkejut kerana azan Zuhur.

Perah throttle ke surau KTM Putra. Lena di situ menmbah bekal untuk kembali ke DQ. Ada rehlah yang saya janjikan bersama anak-anak usrah pada pukul 7.30 pagi.

Namun mata saya cukup liar untuk diajak beradu. Terbayang, bagaimana seorang dai'e yang hafiz lagi masyi boleh tergelincir sejauh itu...

Tak tersangka, hipotesis saya sebulan lalu menjadi kenyataan.. Berakhirnya Sebuah Tarbiyyah

Bagaimana saya akan memahamkan ummat tentang hal ini...

Ya Allah, bantulah aku....

Ya Allah, bantulah 'sahabat'ku...

Jumaat, 9 Januari 2009

Mahasiswa Bersuara : Untukmu Palestin.



Pagi ini, Jumaat 9 Januari 2009, saya selamat tiba di perkarangan Masjid As Syakirin, KLCC. Tak perlu ditanya, sihir apa yang saya guna untuk tiba ke sini selepas kembali ke Kelantan kurang 24 jam yang lalu.

Selepas solat Jumaat, perhimpunan dimulakan. Sepanduk-sepanduk dijulang. Kain hijau hasil titik peluh 'kami' terlilit dikepala anak-anak muda yang sedar akan penyiksaan yang membelenggu saudara mereka di Gazza.

Beberapa pemuda arab berlari-lari melaungkan kalimah semangat,

"Terima kasih Gazzah, kamu telah mengajarku untuk hidup dengan lebih Izzah"
Gemaan takbir memenuhi ruang angkasa sekitar KLCC. Buruh asing ditingkat sepuluh berhenti rehat menyaksikan perarakan raksasa mahasiswa bersejarah pada hari ini.
Perarakan bermula dengan langkah kanan. Menuju ke Kedutaan Mesir, negara arab yang berdarah sejuk. Lemah dan tepu. Mahasiswa akan mengejutkan tidur mereka.
Perjalanan sejauh lebih 3KM itu ditempuh dengan penuh semangat. Laungan doa wehdah dan doa laknat kepada yahudi silih berganti dengan gemaan takbir.
Di kedutaan Mesir, FRU tegak tegap dengan senjata. Mahasiswa terus mara, semangat mereka tetap membara. Kompromi dan toleransi yang baik mendapat pujian dari Presiden GAMIS.
Lima pimpinan front Mahasiswa masuk ke dalam bangunan kedutaan bersama DR Lo' Lo', ahli parlimen yang komited dengan tugas dan perjuangan. Sebelum itu, beliau dengan penuh semangat, membakar bendera Israel diiringi laungan takbir dari demonstrans.
Sebelum perhimpunan berakhir, ucapan dari para pimpinan menegangkan roma mujahidin menanti di Malaysia.
" kami akan hantar mujahidin jika keadaan mendesak..." Takbir...!!
Nun dihadapan kedutaan US, Para pimpinan PAS bersama ribuan lagi mereka yang berkesedaran berhimpun mendesak US menunjukan pendirian mereka dalam isu Palestin dan Israel. Mereka menuntut rakyat supaya menyedari bahawa isu palestin bukanlah isu umat islam, tapi isu kemanusian sejagat. Isu keamanan, isu yang menjadi tema utama US. Di mana Rumah Putih di waktu Palestin teraniaya...?
Isu Palestin, Isu Umat Islam, Isu keadilan, Isu Keamanan, Isu kemanusiaan... Siapa yang sedar..?
Tudinglah jari anda ketika rakyat palestin sedang dituding dengan Barrel M16.
Tudinglah jari anda ketika Israel membidik peluru berpandunya ke pondok usang Palestin.
Kemudian, tidurlah anda sedang saudaramu sedang lena dalam shahid.

[SOLD] CANON EOS 1000D FOR SALE

CANON EOS 1000D FOR SALE (KIT, TELE LENS AND SPEEDLITE) with Best Price

Canon EOS 1000D  (EISA AWARD - Best Product 2008-2009 - Consumer Camera)

Specifications (click)
Reviews :
(Click)
(Highly Recommended)
(Full Power)
Sample Pictures (click)

It was just Like New !!
3000 Shutter clicks Only !!
Bought on 15 Jan 2009 (In warranty -until 15 Jan 2010)

PACKAGE INCLUDED WITH :


Kit Lens : Canon Ef-S 18-55mm Image Stabiliser with UV filter

Tele Zoom Lens : AF70-300mm F/4-5.6 Di LD Macro with Hood and UV filter - In Warranty !!


Speedlite : Nissin Di622 (Most powerful like Canon 580 EXII and can be used as slave (CLS): zoom 24-105mm ) Case and stand are Included : In warranty !! 
Reviews : Gee Please.com

Memory : Panasonic High Speed 4GB SD HC (High Capacity) Made In Japan

Canon BG-E5 Battery Grip (with 2 magazine for 2pcs LP-E5 batt and 6pcs AA batt) In warranty !!

Remote Controller : Canon RS60-E3 (Absolutely NEW!!)

Battery : 2pcs LP-E5 battery (7.4v 1080mAh -Li-ion)

Charger : Battery Charger : Canon LC-E5 Battery Charger

Canon Original black/red Strap

Video Out Cable and USB Cable

EOS Digital Solution Disk and Manual Disc

Free Shipping (terms and conditions apply)

The most important thing is :  All body, lenses and accessories are still in good condition. InsyaAllah.


Interested? The Price is not fixed...We can talk about it...

Contac me :
Email : hasanhusaini@yahoo.com
YM : hasanhusaini (yahoo)

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Khamis, 8 Januari 2009

Ujian Itu Tarbiyyah Langsung dariNya.

Hari ini, 7 Januari 2009, Selasa.

Paling awal saya ke kelas. Pukul 7 sudah terangguk-angguk murajaah. sebulan lagi Imtihan akhir Diploma Tahfiz Wal Qiraat. Muqarrar 30 juz mesti cair.

Bizz...bizz.

Salam, Jmpa ana pkul 2 ptg, bgthu Syaukani skali. Mesej dari penyelia tesis, Us Syahrul.

Seawal pukul 9 30, saya sudah berada di bilik. Kesan mujarab pil kuning yang saya ambil sambil bersahur. Mata hampir tidak dapat dibuka.

Lelap seketika sebelum ke kelas Dhobt Us Hafiz.

Pukul 1.30, seorang pensyarah memujuk saya keluar 'makan' bersama. Setengah jam larut di situ.

Pukul dua, sepatutnya menghadiri sesi taklimat akademik, tapi saya terpaksa ke pekan sekali lagi.

Salam, jmput iftar dblk ana ptg ni.. mesej dari Khairi, anak usrah Ghuraba'.

Pukul 715 malam, solat Maghrib berjemaah masbuq.

Ambil idea di tepi tasik untuk mengarang tesis. Jeti buruk itu betul-betul berguna untuk ber'uzlah seketika. Tenang dan damai.

Solat Isya'. Melawat rakan-rakan dan anak usrah.

Salam, blok ? bilik ? bau rokok..mnta dtg cepat. Naha Almunkar menjemput saya untuk bergegas ke sana. Hampa.

Tepat 10 30, mesej dari adik hinggap, @#$%^ meninggal dunia...

Innalillah wa inna ilayhi raaji'uun...

Enam kepiluan menimpa bumbung yang sama dalam tempoh enam bulan.

Ya Allah, berat sungguh ujian yang menimpaku.

Tegak dan tegap. Pasti ada hikmah dan kebaikannya.

Kemas baju, minta kunci kenderaan perjuangan KY. Call Us Tahir, lulus. Segera lolos tepat jam 1130 ke Rawang. jemput Irfan yang baru selesai tugasnya di McDonald Rawang.

Duit dalam poketku hanya berjumlah RM 15. Sampaikah aku ke Kg Perol pada pukul 7 pagi esok untuk memberi manfaat.

Sihir apa pula yang akan saya pakai untuk terbang ke KKB sebelum pukul 1030 pagi Jumaat untuk tidak menghampakan harapan sahabat-sahabat dan adik-adik usrah Ghuraba'.

Save Palestin di hadapan Kedutaan US selepas Solat Jumaat. Mahasiswa akn bangkit disitu. Saya sudah tentu ingin menjadi salah seorang darinya.

Dan, saya kini sedang menghilangkan kaku mata di Hentian Benta. Terima kasih Warung K.Wan yang menyediakan WIFI secara percuma.

Ya Allah, aku sanggup menerima tarbiyah dari tamrin Mu ini...

Tirai tahun baruku diselak dengan ujian demi ujian...Moga lulus dengan cemerlang...