Isnin, 29 Jun 2009

Tamrin SMS

Minggu ini mungkin minggu yang paling kosong. Entah apa yang telah saya sumbangkan, samada pada diri sendiri ataupun pada makhluq sekeliling saya.

Bacaan buku tergendala.

Jadual menulis masih banyak untuk diqada'.

Laman blog makin terbengkalai.

Tabungan fulus makin kemarau.

Kuliah dan tazkirah, jauh sekali.

Hanya memencil beruzlah di teratak yang menyimpan jutaan kenangan. Menebar roti canai untuk meneruskan sisa hidup. Proton SAGA DBH 1141 yang menjadi gera jualan roti canai saya pastinya menjadi tumpuan saat sore hampir dijemput malam.

Dua hari lepas, adik mengirim sms, minta dihantarkan duit untuk membeli sebuah hp untuk memudahkan proses komunikasinya di sana.

Dua pengertian di situ.

Duitnya sudah kurang. Rindunya dan sepinya makin bertambah.

Tanpa banyak beralasan, saya terus ke Nilai. Hp dan sedikit motivasi untuk adik perempuan yang satu itu.

Saya tahu, pastinya sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan serba baru di dunia baru dan marhalah hidup yang baru.

Cara pembelajaran baru.

Kawan-kawan baru.

Bahasa baru.

Angin baru. Dan segalanya baru.

Megundang tidak selesa dan rimas. Lantas mengundang rindu pada keluarga dan akhirnya membuahkan air mata.

Namun, saya yakin yang adik saya seorang yang tabah. Masakan mampu ia hidup tanpa kasih sayang seoran ayah selama ini. Pastinya dia mudah untuk survive di dunia tanpa ibu pula.

Saya bagaimana?

Tarikh untuk terbang membelah laut semakin hampir.

Lambaian dari Saydina Jaafar Al Tayyar makin jelas di telinga. Dataran Syam kian dekat di hati. Say pula pastinya akan menempuhi dunia baru.

Dunia serba baru.

"apa yang nta baca tu hanya sekelumit dari pengalaman ana di Mu'tah..ana tak tahu macam mana nak positifkan apa yang ana alamai di sana, sebab itulah tulisan ana tentang Dataran Syam sedikit, sedangkan ana tinggal di sana lebih lama dari ana tinggal di Eropah", kata Us Hasrizal tempoh hari masih terngiang-ngiang.

Seorang senior pula berpesan, " Bahasa adalah kunci pertama untuk menguasai ilmu", dan bahasa utama di Jordan adalah Bahasa Arab.

Namun jauh di sudut hati saya untuk menguasai Bahasa Inggeris. Bahasa yang dari bangsa yang telah banyak mencuri hikmah dari bangsa saya, Muslim. Bangsa Muslim.

Tamrin Bahasa SMS

Kalau pada minggu lepas, Naqib saya, Us Idris menganjurkan usrah melalui internet, maka kini saya menganjurkan tamrin melalui SMS.

" Mulai hari ini, sy akan send BI n awk akn rply in arabic...Moga ada benefit fo ourself.."

Begitu tertulis ayat perasmian tamrin SMS dari adik usrah GEGAR, Syaukani.

Ya.

Saya akan menggunakan Bahasa Arab, dan saya akan menerima Bahasa Inggeris.

Moga ada manfaatnya yang akan dikira oelh Sang Pencipta.

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]

Jumaat, 26 Jun 2009

Islam dan Tenaga yang Terbiar



Islam dan Tenaga yang Terbiar

Pandangan kritis Syeikh Muhammad Al Ghazali terhadap MUSLIM yang sepatutnya mendokong ISLAM.

" kamu tak perlu baca buku ni, nanti lemah semangat untuk menghafal", kata seorang Ustaz setelah melihat saya cukup berminat dengan 'buku ' oren usang itu.

Pedulikan.

Antara tiga wasiat ayah, buku ini salah satunya. Almarhum ayah berpesan, andai saya bergelar hafiz dan mahu ke luar negara, maka buku ini wajib dikhatamkan. Maka hari ini saya menlaahnya bersungguh-sungguh.

Ummat yang bertelagah.

Huffaz yang terbiar.

Pemuda yang tua.

Pemudi yang keterlaluan.

Ustaz yang mencari makan.


Nantikan huraiannya insyaallah....

Minda Itu Bagaimana...?

Ketika kekalutan UG yang menggentarkan jiwa peribumi Malaysia, mereka hanya bersahaj membincangkan bisnes 'masa depan'. Menghadiri kuliah dan pulang tanpa cerita. Sekali imbas, hinanya mereka, selepas kaya dengan wang berjuta, beramal mencari syurga tanpa menoleh ke belakang, melihat dan menghulurkan tangan kepada yang meminta.

Di rumah, bancuh teh herba, dengan sedikit gula, menonton berita. Usai, mengadap sekejap dihadapan komputer dan menjawab panggilan. Makan minum dan tidur.

Aduh. Inikah minda mereka yang pernah berjasa kepada Malaysia suatu ketika dahulu...?

Namun, apa disebaliknya?

Walaupun hanya setengah jam cuma saya bersama mereka, sewaktu memohon sponsor tempoh hari, pengalaman itu cukup baik dan berharga. Mungkin lebih berharga dari sebuah Tamrin 3 hari.

Hidup yang simple itu menggambarkan bahawa segala yang berlaku adalah ditangan mereka. Segalanya dalam perancangan, dalam kawalan.

Bagaikan pemain wayang kulit yang mencaturkan wayang politik di Malaysia.

Budak Baju merah, Tok Ayah...semuanya yang saya 'tak kenal'. Namun tahu akan posisinya. Bukan konspirasi atau fantasi.

Namun baiknya. Mereka mahukan islam menapak di Bumi ini..! Tak dapat saya bayangkan andai mereka masih sekularis yang totok....

Bagaimana andai mereka masih menyokong KeRAJAan...tak dapat saya bayangkan, dengan senta apakah (secara sunnatullah ) ISLAM akan emnghadapi mereka.

Bayangkan andai seorang tua yang berada di Pondok menadah kitab, tapi dialah yang mencetuskan konspirasi yang meruntuhkan THAGHUT...

Aduh, minda apa sebegini...?

Dan saya masih waras ketika memetik keyboard saat ini.

Mungkin benar, andai mahukan kader yang mahir siyasi..pedulikan tamrin, asuhkan mereka bersama warga tua yang pencen dari jawatan tinggi kerajaan...Jangan yang lama, yang baru..mungkin 2 atau 3 tahun kebelakangan..meraka ada MINDA ITU.

Minda ITU BAGAIMANA...?

Komen Anda Alah Buah Tangan Terbaik [Hasanhusaini]

Ahad, 21 Jun 2009

Dakwah Roti Canai

Sejak seminggu kebelakangan, saya jarang menulis. Jarang juga membaca. Mujur ada tugasan yang diminta untuk diselesaikan, akhirnya saya menjamah semula laptop BENQ S41 yang sudah semakin usang dimamah usia.

Kalau 7 bulan yang lalu, laptop saya berada ditangga teratas ranking laptop terpower, kini ia mungkin hanya di tangga ke sepuluh, malah mungkin lebih.

Cepat sungguh perubahan di dunia digital. Saya tidak lagi mampu mengingati senarai harga dan siri laptop atau komponen komputer yang dikeluarkan.

Saban hari, senarai harga bertukar, begitu juga senarai produk baru! Seiring dengan itu, perkembangan IT, teknologi maklumat juga berkembang pesat. Selaju angin bertiup, tanpa terasa, teknologi itu sudah jauh ke depan menjangkau produk baru P1, sedang saya masih dengan daily broadband 384kbps. Malah yang selalunya, saya menumpang wifi percuma di mana yang boleh.

Justeru, perkembangan ini meminta kita supaya memberi respon yang betul terhadap cabaran yang timbul. Silap memberi respon yang bertepatan bermakna kita ( dakwah kita ) akan ketinggalan di belakang.

Siapa sangka bahawa internet kini menjadi media yang cukup ampuh untuk menybarkan maklumat. Siapa sangka ini akan berlaku 10 tahun yang lalu.

Jika ada yang menjawab, YA, saya dengan ini menucapkan tahniah keranan anda mempunyai daya intuisi yang cukup tajam. Yang tinggal. Adakah tindakan anda setajam intuisi tersebut.

ROTI CANAI

Makanan inilah yang sedikit mengikat saya kebelakangan ini. Malam menguli dan mengadun tepung, pagi menebar dan membakar, petangnya pula menjual.

Penuh jadual harian dengan roti canai.




Asasnya Cuma gandum dan air, namun ia diminati ramai. Tepung gandum yang dicampur air setelah dibakar mampu mencecah harga RM 1.00 sekeping.

RESIPI ROTI CANAI

2 kg Gandum (berkualiti) 750 ml air – dibubuh sedikit garam dan gula.
2 sudu minyak sapi
Sebiji telur
-kesemua bahan di atas digaul rata dan tinggalkan selama 5-10 minit dan digaul semula selama 2 minit. ( ulang beberapa kali sehingga lembut dan gebu)
Setelah gebu, adunan tadi di uli kecil, sebesar bola ping pong atau lebih dan dibalut dengan majerin untuk diperap semalaman sebelum dibakar.
Siaplah asas bagi sekeping roti canai. FUNDAMENTALIS.

ROTI CANAI KONTEMPORARI

Sepuluh tahun yang lepas, saya hanya mengenali roti kosong dan roti telur.

Bagaimana sekarang?

“Abang, roti boom satu..”

“Mamak, roti telur bawang satu, sardin bawang satu”

“Roti Pisang siap”

“Roti banjir ni di meja mana?”

“Saya nak roti tisu dua”

“Roti planta satu, roti double dua”

“Roti cotek separuh masak satu”

Aduh. Beraneka ragam, nama dan rasa. Roti canai kini tak seperti dulu. Pelbagai aksesori dikenakan.

Sardin, planta, telor, bawang, ayam, kari malah PISANG. Boleh ke?

Ya, boleh selagi ROTI CANAI yang fundamentalis tidak berubah. Airnya cukup, garamnya ada dan masih menggunakan gandum, bukan tepung beras atau tepung pulut.

Selagi yang fundamentalis itu tidak berubah, maka fikrah dan aqidah roti canai tetap utuh dan kukuh.

Saya tersenyum mengenangkan itu sewaktu menebar roti canai. Lenguh di kaki lantaran menebar lebih seratus keping roti berseorangan hilang.

Perkembangan ini juga turut terasa di ceruk kampung malah di desa terpencil dan felda. Warung-warung yang diusahakan oleh pakcik dan makcik untuk mengisi kekosongan hidup telah menwarkan menu yang lebih mengancam. Bukan hanya setakat kosong dan telur.

Tanpa menafikan ada segelintir yang masih berdegil enggan merosakkan ‘nilai sebenar’ roti canai. Masih utuh prinsipnya untuk mepertahankan yang tradisi itu.

“ Pak cik tak akan ubah resipi roti ni...cara ni sudah turun temurun diwarisi sejak nenek monyang lagi.” Seorang pak cik mempertahankan prinsip yang telah menjumudkannya.

Hasilnya, warung beliau hanya dikunjungi warga pencen sekitar bangsal jualannya. Mungkin mereka yang tidak mampu mengayuh jauh sahaja yang singgah menyantap menu tradisi itu.

Sedang anak-anak muda dan generasi baru sudah mecuba resipi yang jauh lebih istimenwa pada sekeping roti canai.

Lebih malang, cucu cicit pak cik itu berselera menyantap roti canai sardin di restoran mamak, sedang pak cik malang masih dengan menu tradisinya di warung usang.

ROTI CANAI.COM

Era ini lebih maju meninggalkan mereka yang enggan berubah dan mencuba jalan baru yang lebih baik.

Roti canai di dalam internet? Ya, ia melangkah lebih maju, bukan hanya diwarung, restoran dan hotel, tapi di udara dlam gelombang teknologi maklumat.

Ini baru sebenarnya cybercafe...roti canai dijual di sini.

Bagaimana kaitannya dengan dakwah?

Mari sama-sama kita fikir-fikirkan wahai teman-temanku..

Pautan yang berkaitan yang menarik : Marwan Bukhari

Komen anda adalah bauh tangan terbaik : [hasanhusaini]

Ashabul Ukhdud : MANA RAHIB?


Ashabul Ukhdud di IKBN

Sabtu Pagi.

Saya bersiap dengan persiapan yang terbaik untuk menyumbang manfaat kepada teman sebaya saya, para penuntut Intitut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu Bharu.

Jiran yang jarang-jarang berjumpa, apatah lagi untuk berbicara.

Tajuknya : Ashabul Ukhdud.

Kisah yang menjadi motivasi kepada para pemuda yang menelusuri jalan dakwah.

Kesimpulan yang biasa kita dengar dari kisah tersebut, bahawa dakwah amat merindukan sentuhan pemuda.

Bahawa dakwah mengandungi mehnah dan tribulasi. Kebiasaan masalahnya berpunca dari penguasa yang digambarkan dalam hadith ini sebagai ‘Malik’ yang mencabar kuasa RABB. Bahawa MALIK ( dibaca penguasa ) itu kebiasaannya bermasalah dengan MALIK yang HAQ.

Bahawa mereka kebiasaanya mempunyai ahli sihir ( penasihat @ pemikir ) yang menjadi penunjuk jalan.

Bahawa ramai pemuda dakwah lahir dari rahim Musyrikin seperti yang berlaku di alam realiti, ramai para pejuang dakwah lahir dari rahim Ireland, Jepun dan UK, tidak lagi di Azhar atau bumi Syam.

Bahawa pemuda itu, sifatnya ingin TAHU, sentiasa MAHU dan kebanyakkannya MAMPU untuk melakukan segalanya kerana fizikalnya yang kuat dan mentalnya yang segar.

Maka, saya susun sebaiknya plot yang disabdakan Nabi dalam Hadith yang dirakamkan bernombor 3005 di dalam Sahih Muslim.

Bermula dengan kebimbangan Ahli Sihir tentang generasi pelapisnya, dan Ghulam pula terpilih untuk dilatih untuk menguasai sihir dan ilmu yang berkaitan dengannya, supaya nanti, Ghulam tersebut bakal dinobatkan sebagai Ahli Sihir Diraja.

Perumitan bermula apabila Ghulam tertarik dengan ajaran Rahib yang mengajak kepada pembukaan MINDA.

Minda yang jumud tak akan tertarik untuk menyembah sesama manusia.

Perumitan naik ke tingkat seterusnya apabila Pihak Istana dan Ibubapa Guhlam sering memarahi beliau lantaran sentiasa lewat samapai ke kelas pengajian sihir dan lewat pulang ke rumah, kerana sentiasa duduk dalam halaqah bersama Rahib.

Lantas Ghulam MENGADU kepada Rahib tentang masalah yang dihadapi.

Rahib terpilih menjadi alternatif terbaik kepada Ghulam untuk menyampaikan isi hatinya.

Dipendekkan, akhirnya Ghulam diuji dengan beberapa ujian yang kahirnya menjadi bukti bahawa ajaran Rahib adalah ajaran yang benar.

Haiwan yang menghalang jalan berjaya dibunuh.

Penyakit yang disembuhkan dengan rahmat Allah.

Konspirasi untuk membunuh Ghulam di laut dan puncak gunung tergendala. Gunung bergegar membunuh pegawai Istana yang ditugaskan. Laut pula menelan mereka dengan rakus tanpa belas kasihan.

Plot berada di kemuncak apabila Ghulam digantung pada tiang untuk dibunuh dengan nama TUHAN GHULAM. Lantas Ghulam meninggal dunia asbab panahan dari raja dan Izin Tuhan GHULAM.

Masyarat yang menyaksikan kejadian itu beriman dengan Allah, meninggalkan tuhan palsu mereka, MALIK. Akhirnya, MALIK yang susah untuk sedar diri terus mengamuk dan membunuh rakyatnya dengan menghumbankan mereka ke dalam parit api ( Ukhdud ).

Dengan mengubah sedikit pendekatan, penceritaan sejarah itu mendapat sambutan yang membanggakan saya. Para pelajar IKBN Peretak khusyuk meneliti setiap butir yang saya tuturkan tanpa menafikan ada juga yang lentok dan tertidur.

Usai sesi UKHDUD THE MOVIE, saya membuka sesi dua hala.


Ust, mana Rahib utk kami?

SIAPA RAHIB

Seorang pelajar bangun bertanya :
“Ustaz, saya cukup terkesan dengan ceramah ustaz, saya juga dapat mengambil iktibar dari ‘tabiat’ raja, tabiat pemuda, tabiat Rahib, ibubapa, pihak pengajar, semuanya kena dengan dunia realiti kita, tapi satu saja yang saya musykil, siapa yang akan memegang peranan sebagai rahib yang sudi untuk mendengar rintihan pemuda? ”

Aduh.

Sesuatu yang cukup berat untuk dijawab. Di mana rahib pada zaman ini?

Rajanya masih berperangai sama.

Ibubapa juga begitu.

Pihak sekolah dan warga pendidik pun sama.

Pemuda pun masih tak berubah.

Namun kita miskin RAHIB. Miskin mereka yang FAHAM AGAMA yang sudi menjadi pendengar setia dan pembuka jalan alternatif kepada pemuda.

Kerana rialiti hari ini yang pahit untuk ditelan, AGAMAWAN tak sudi untuk mencemar duli bersama pemuda.

Maka, saya harus membuka satu lagi kertas kajian dalam masa terdekat.

Bagaimana menyeru rahib untuk bersama pemuda.

Siapa yang sanggup menyahut seruan ini?

Ahad, 14 Jun 2009

Kenapa Ku Tulis Lagi?


Hj Subki Latiff- Mentor dan Ikon

Sejak kecil, saya suka untuk menggambarkan sesuatu yang berada dalam fikiran saya ke atas kertas. Banyak lukisan saya membawa emosi dan perasaan.

Selepas dimarahi ibu, Son Goku akan bersedih.

Selepas mendapat kepuasan, Zonan pasti tersenyum ceria. Itu saat saya belum tahu haibahnya QALAM.

QALAM medium Ilmu.

Paradigma berganjak. Saya kini berubah kepada penulisan. Subjek Bahasa Melayu II (Penulisan ) saya tak pernah dimarkahkan kurang dari 85%.

Saya menulis dalam pertandingan, di sekolah, di akhbar, di majalah. Meski tidak menggondol apa-apa hadiah. Ke'comot'an tulisan saya menjadi penghalang markah lebih dalam pertandingan.

Masa beralih lagi, saya mengumpul majalah RODA-RODA. Minat mendalam dalam dunia dua roda mengheret saya menulis untuk majalah itu.

Kaitan antara Mesin dua roda dengan ayat Al-Quran. TAK LAKU.

Terasa PUTUS ASA.


Majalah Roda-Roda

BENQ S53

Memperolehi laptop pertama, saya cuba untuk membakar semula semangat menulis. Masalah tulisan comot tak akan timbul lagi. Beberapa artikel disiapkan.

Teknologi sebagai 'mukjzat' pendakwah mendapat perhatian seorang sahabat. Selepas menatapi, beberapa komentar diberi.

Jalan dicerahkan tuhan. Api QALAM kini membara. Terima kasih sahabatku.

BLOGGER

Persoalan kenapa saya menulis telah saya selesaikan. Sejak sebelum saya mencipta akaun di Google untuk memulakan dunia Blogger.

Kenapa saya menulis?

Dua hari lepas, di pondok buruk, daerah Gua Musang, tempat terletaknya tanah yang masih belum bergeran, ibu bertanya setelah melihat saya menulis pada pukul 3 pagi.

Tak pelik untuk melihat saya menulis lewat malam. Namun malam ini berbeza sedikit. Saya masih menulis meski pada siang tadi bertungkus lumus membersihkan kebun seluas 10 hektar dengan lebih 10 tong semburan racun.

" kuatnya menulis, nak buat apa tu..?" Ibu bertanya sambil menenyeh matanya yang masih mengantuk.

" menulis untuk menjadi anak yang soleh ma..." saya memberi jawapan kenapa saya menulis dalam konteks seorang anak.

Maka saya menulis bagaimana kasih sayang seorang ibu. terutama ibu tunggal yang memegang dua portfolio sekali gus, Ibu dan Ayah dalam masa yang sama.

Setahun yang lepas, adik bongsu saya bertanya, : " kenapa angah buat blog?"

Jawapan saya dalam konteks seorang sahabat dan teman sejati, " Untuk menjadi seorang teman terbaik untuk usu".

Saya menulis soal usrah dan kemanisannya. Mengajak manusia untuk turut kemanisan yang saya rasai.

Seorang pensyarah saya pernah bertanya pada suatu hari selepas sesi tasmi' berlangsung, " nta buat blog untuk apa?"

Saya lantas memberi jawapan dalam kerangka seorang pelajar' " untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya, ust...".

Lalu saya menulis tentang minda HUFFAZ. Kenapa nak hafal Quran.

Suatu hari, anak murid di Sek Teknik bertanya setelah saban hari melihat saya istiqamah mem'blog', " Minat betul Ustaz menulis, kenapa ye..?"

" Saya menulis untuk menjadi seorang guru yang cemerlang". Tersenyum pelajar tersebut.

Saya sedang menulis tentang Sejarah Islam di Tanah Melayu dan Kaitannya dengan Turki Uthmaniyyah. 10 muka surat untuk nota. Cukup pendek untuk sejarah Khilafah yang berusia 600 tahun itu.

Prof. Dr. Najmuddin Erbakan berfalsafah : Mereka yang buta hari semalamnya akan buta hari esoknya.

Juga sebagai NOTA. Hasilnya saya gunakan untuk ceramah dan forum.

Ya. Jawapan saya mempunyai retorikanya tersendiri. Seni retorika dalam DAKWAH.

Berbeza mengikut situasi dan bersifat refleksi, moga membentuk HIKMAH.

Namun ianya masih terikat dalam kerangka untuk menjadi "insan yang paling bermanfaat".

Bermanfaat kepada ibu dengan menjadi anak yang soleh.

Bermanfaat kepada sahabat dengan menjadi sahabat yang setia.

Bermanfaat kepada murid dengan menjadi guru yang cemerlang.

Segalanya terikat dengan kata kunci - MANFAAT.

Sabda Nabi Muhammad : "Sebaik-baik manusia adalah orang yang lebih banyak manfaatnya kepada manusia."

Dalam Surah Al-Mulk, Allah mempertaruhkan dua sempadan hidup manusia, Hidup dan Mati untuk menguji siapa yang LEBIH BAIK amal perbuatan mereka.

" Dialah tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah dari kalangan akmu yang lebih baik amalnya". Al-Mulk : 2.

Dan, saya cuba menulis dalam kerangka tersebut.

Melalui persekitaran dan tahap yang berbeza, tulisan saya tampil dengan pelbagai warna. Pun begitu, masih tidak lari dari realiti kehidupan seorang manusia.

Terkadang tulisan berperasaan.

Jarang-jarang ber-kod dan fakta.

Banyaknya bercerita. Tentang kehidupan manusia. Tentang diri saya.

Masih dalam kerangka untuk memberi manfaat. Meski hanya untuk menguntukman bibir pembaca dengan seulas senyuman cuma.

TULISLAH

Saya yatim pada usia awal 4 tahun. Wajah ayah tetap muda dalam potret yang tergantung di rumah. Meski usianya telah pencen 3 tahun.

Namun saya miskin cerita tentang ayah. Ayah pergi pada waktu saya masih belum menafsirkan apa-apa kecuali kalimah AYAH.

Bagaimana pemikirannya sehingga disanjung oleh bekas Ketua Dewan Ulama'?

Bagaimana Ilmunya yang pernah membentangkan kertas kerja di hadapan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abd Hadi?

Bagaimana integritinya sebagai Ketua Pemuda Nilam Puri dahulu?

Bagaimana amanahnya sehingga disanjungi oleh rakan-rakannya di Sek Men (A) Tarbiyyah Mardhiyah, Panchor?

Hanya yang tinggal, tulisan khatnya yang kini terabadi dalam buku Insya' dan Mutala'ah yang pernah menjadi buku teks Yayasan Islam Kelantan.

Kalaupun ada, cuma cerita dari ibu. Pedih sungguh mengenangkan yang satu itu. Saya buntu dalam usaha menggali sejarah ayah sendiri.

Maka, hari ini saya menulis lagi tentang DIRI, demi GENERASI.

Tulis lagi untuk meningkatkan kualiti.

Menyalin PERISTIWA untuk BANGSA.

Memahat NOTA mengisi MINDA.

BOOSTER MENULIS

Untuk menulis, saya pasti akan membaca. Mengingati peristiwa. Memahami sejarah. Mengenali manusia. Lantas cuba mengKAJInya.

Kesempatan sejenak bersama Hj Subki Latif, mentor penulisan saya.

" Kamu nak menulis, kena ada MINDA. Minda yang merakam peristiwa, minda yang membaca manusia", pesan beliau selepas bergambar. Suaranya tak merdu didengari, namun tulisannya amat syhahdu bila ditekuni.

Pengalaman berharga sebagai guru sejarah membuka minda saya. Bahawa sejarah penting untuk generasi.

Bahawa sejarah Malaysia perlu dibaiki.

Bahawa peristiwa hakiki perlu diabadi.

Dan SUBJEKNYA adalah MANUSIA.

Seorang lagi mentor pernah berpesan:
" Nta patut jadikan pengalaman berharga nta sebagai guru sejarah untuk MEMBERI...dan dalam pengKAJIan sejarah, jadikan MANUSIA sebagai subjek untuk diKAJI dalam setiap PERISTIWA," pesan Us Hasrizal ketika dalam perjalanan ke rumahnya selepas memberi ceramah.


Bersama Abu Saif di Ampang

Justeru saya terus menulis dan menulis.

Semoga Allah mempermudahkan haluan saya untuk menjadi insan bermanfaat...Untuk Ummat.

Terima Kasih, Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik : [hasanhusaini]

Naqibku Ke Barzakh



Dunia menangisi pemergian Naqibku tercinta. Sumbangannya tidak dapat dinafikan teman mahupun musuh.

Kini hanya tinggal untaian surat-surat tanda cintanya padaku.

Saya yakin tulisan itu ditulis dengan penuh tekun dan itqan supaya saya mengkajinya dengan teliti demi kehidupan saya yang lebih mencabar.

Maka untuk menyahut seruan itu, saya membacanya saban minggu, mendiskuinya selalu...melalui jalan dakwah yang sama-sama kita rintiskan.

Usrah, tunjang kehidupanku...usrah.

Naqibku, Ust Fathi Yakan, aku menyayangimu.

Hasanhusaini : Terima Kasih, Komen anda adalah buah tangan terbaik untuk saya.

Rabu, 10 Jun 2009

Kenapa Nak Hafal Al Quran - Versi Aulawiyat.

Saya terus menulis lagi. Kenapa nak hafal Al-Quran.

Bukan kerana dengkikan mereka yang telah berjaya khatamkan hafalan Al-Quran.

Bukan juga kerana ingin menjadi bintang dalam masyarakat.

Bukan juga untuk meraih pujian dari para pembaca.

Namun, matlamat saya maha besar untuk memperbetulkan hasrat murni untuk menghafal Al-Quran dengan meletakkan visi dan misi untuk mengamalkan Al Quran itu kelak.

Susah payah berhempas pulas menghafal selama beberapa tahun, hanya dengan hasrat untuk mensyafaatkan ibu dan ayah…sungguh rugi.

Sedang jutaan ummat sedang menantikan Syafaat para huffaz yang akan memimpin umat yang sedang semakin jauh dari suluhan wahyu ini ke arah pencerahan kalam Allah ini.


TUGAS PARA NABI

Mutakhir ini, saya dapati majoriti menganggap tindakan menghafal Al-Quran lebih penting dibandingkan dengan usaha untuk memahaminya.

Buktinya, para penghafal lebih dihormati dan lebih diperhatikan dibandingkan para faqih (ahli agama)

Kecenderungan seperti inilah yang mendorong Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi untuk mengkritik hebat kelakuan tersebut dalam kitabnya yang mashur - Fi Fiqh al Awlawiyaat.

Al-Quran mendefinisikan tugas Nabi Muhammad Saw sebagai : “mengajarkan Al Quran dan Hikmah”, dalam empat ayat Al Quran.

Dan tentunya yang dimaksudkan dengan “mengajarkan” ini bukan “mengajar menghafal”, dengan dalil perintah itu diiringi dengan tugas membacakan ayat-ayat Al Quran kepada mereka.

“Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al Hikmah.” (Ali Imran: 164).

Maka mengajar lebih khusus dari membaca.

Belajar dan mengajar inilah yang diungkapkan oleh sebagian hadith sebagai “tadaarus”.

Dalam sahih Muslim dari Abi Hurairah r.a. bahwa Nabi Saw bersabda:

“Setiap sekelompok orang berkumpul di suatu rumah Allah, membaca kitab Allah, dan mentadaruskan Al Quran di antara mereka, maka ketenangan akan diturunkan kepada mereka, dan mereka akan dipenuhi oleh rahmat Allah, dikelilingi para Malaikat, dan Allah SWT akan mengingat dan menyebut mereka yang hadir di majlis itu”.
Hadith diriwayatkan oleh Muslim dalam Adz Dzikr (2699).

“Al-Tadarus” adalah wazan tafaa`ul dari al-dars, membawa makna: salah satu pihak atau beberapa pihak mengajukan pertanyaan, dan pihak lainnya menjawab pertanyaan itu, pihak ketiga mengkaji lebih lanjut, dan pihak selanjutnya berusaha mengkoreksi atau melengkapinya.

Inilah yang dimaksud dengan tadarus.

Ibnu Mas`ud pernah mengecam orang-orang yang hanya MENGHAFAL dan mempelajari Al-Quran sedangkan Al Quran diturunkan kepada mereka agar mereka MENGAMALKAN isinya, namun ia hanya menjadikan kegiatan mempelajari Al Quran itu sebagai amalnya!

PARA SAHABAT

Imam Abu ‘Amru Al-Dani menulis dalam kitabnya “Al-Bayan” dengan sanadnya dari Uthman r.a dan Ibnu Mas`ud serta Ubay r.a. : Rasulullah SAW membacakan kepada mereka sepuluh ayat, dan mereka tidak meninggalkan ayat itu untuk menghafal sepuluh ayat selanjutnya, hingga mereka telah belajar untuk menjalankan apa yang yang terdapat dalam sepuluh ayat itu. Mereka berkata: “kami mempelajari Al Quran dan beramal dengannya sekaligus”.

Abdul Razaq meriwayatkan dalam Mushannafnya dari Abdul Rahman Al-Sulami, ia berkata: "Kami, jika mempelajari sepuluh ayat Al Quran, tidak akan mempelajari sepuluh ayat selanjutnya, hingga kami mengetahui halal dan haramnya, serta perintah dan larangannya (terlebih dahulu).

Oleh kerana itu Ibnu Mas`ud berkata: Kami merasa kesulitan menghafal Al Quran, namun kami mudah menjalankan isinya. Sedangkan orang setelah kami merasakan mudah menghafal kalimat-kalimat Al Quran, namun mereka kesulitan untuk menjalankan isinya.

Dari Ibnu Umar ia berkata: Orang yang mulia dari sahabat Rasulullah SAW dari generasi pertama umat ini, hanya menghapal satu surah dan sejenisnya, namun mereka diberikan rezeki untuk beramal sesuai dengan Al Quran. Sementara generasi akhir dari umat ini, mereka membaca Al Quran, dari anak kecil hingga orang buta, namun mereka tidak diberikan rezeki untuk mengamalkan isinya!

Mu`adz bin Jabal berkata: “Pelajarilah apa yang kalian hendaki untuk diketahui, namun Allah SWT tidak akan memberikan pahala kepada kalian hingga kalian beramal!” - Seluruh atsar ini disebutkan oleh Al Qurthubi dalam muqaddimah tafsirnya (1/34-35).

Abdullah bin Amru berkata: tidak seharusnya seorang penghafal Al Quran ikut larut bersama orang lain saat mereka tenggelam dalam dunia, tidak turut bodoh bersama orang bodoh, namun ia memberi maaf bagi orang lain, dan menampilkan dirinya dengan lembut dan berwibawa. Hendaknya ia mempelajari hukum-hukum Al Quran dan meminta pemahaman dari Allah SWT akan keinginan-Nya dan kewajiban yang harus ia jalankan, sehingga iadapat mengambil manfaat dari apa yang ia baca, mengerjakan apa yang baca, kerana bagaimana mungkin ia mengamalkan sesuatu yang ia tidak fahami? Dan alangkah buruknya orang yang ditanyakan tentang apa yang ia baca namun ia tidak tahu. Jika demikian maka ia seperti kuda yang membawa kitab-kitab besar (namun tidak memahami sedikitpun isi kitab-kitab itu)!

Para sahabat radhiyallahu ‘anhum tidak menjadikan HAFAL sebagai misi, sebaliknya hanya sebagai WASILAH untuk memahami isi.

BERAMAL DENGAN AL QURAN = LUPAKAN AL QURAN ?

Pelik sungguh, bila saya berbicara untuk mengajak para huffaz untuk beramal dengan Al-Quran, maka banyaklah peluru yang ditembak entah dari mana mengatakan bahawa saya bakal menjadi perosak kepada generasi yang ditunggu.

Ada juga yang inginkan supaya saya menyatakan kesediaan untuk menanggung dosa lupa quran seandainya para huffaz ini lupa quran disebabkan mereka mengamalkan isinya.

Aduh. Pemikiran sebegini lahirnya dari madrasah pemikiran siapa ya..?

Aulawiyyatnya di mana?


Sudah saya katakan, bahawa hafal itu wasilah cuma, yang penting, amalkan isinya.

Hafal dan Amal = Bagus

Amal, Tak Hafal = OK

Hafal, Tak Amal = Teruk ( amat buruk ). Berdalilkan ayat Allah dalam surah Al-Jumu’ah:

5. Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya (tidak mengamalkan isinya, antara lain tidak membenarkan kedatangan Muhammad s.a.w. ) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al Jumu’ah – ayat 5)

Saya tidak sanggup untu menyamakan Huffaz dengan Keldai.

Namun, seandainya perumpamaan ini masih tidak mencukupi, maka saya cuba menyediakan sedikit lagi pemahaman dengan memetik hadith yang mengancam para huffaz.

Al-Suyuthi berpendapat bahawa melupakan hafalan Al Quran adalah dosa besar, seperti dikatakan oleh Al-Nawawi dalam kitab Al-Raudhah.

Semua pendapat ini bersandarkan kepada hadith Abi Daud: “Dosa-dosa umatku diperlihatkan kepadaku, dan aku tidak dapati dosa yang lebih besar dari dosa seseorang yang diberi nikmat hafal Al Quran atau suatu ayat, kemudian ia melupakannya”.

Abu Daud juga meriwayatkan hadith: “Siapa yang membaca (hafal) Al Quran namun kemudian melupakannya, maka ia akan bertemu Allah SWT pada hari kiamat dalam keadaan terserang penyakit sopak”.

Kedua hadith ini diriwayatkan oleh oleh Abu Daud dalam Al Shalat (1744), dengan lafaz yang sama: bab At Tasydid fi man Hafaza Al Quran tsumma nasiahu.

Sedangkan hadith Abi Daud yang pertama, diriwayatkan oleh Tirmizi, dan ia berkata: hadith itu gharib (dha`if).

Imam Bukhari pula memberi komen ketika ditunjukkan hadith itu, ia tidak mengetahuinya dan melihatnya sebagai hadith yang gharib.

Sedangkan hadith kedua dikomentarkan oleh Al Munzir : bahawa dalam sanadnya adalah Yazid bin Abi Ziyad, ia tidak dapat dijadikan hujjah, dan ia juga munqathi` . Mukhtashar Al Sunan. Hadith 1422 (juz2).

JELAS

Maka setelah pengkajian yang saya jalankan selama ini, tidaklah menjadi aneh jika para penghafal Al-Quran dari kalangan sahabat adalah mereka yang berada di saf pertama solat di Masjid, yang berada di saf paling hadapan saat jihad, dan orang yang pertama melakukan kebaikan di tengah masyarakat.

Lihat bagaimana puluhan Huffaz syahid di medan perang menetang kuffar pada zaman Rasulullah, mahupun zaman Khulafa’.

Berbeza dengan huffaz pada zaman ini yang hanya menjadikan title huffaz sebagai misi. Atau hanya penyelamat diri sebagai visi.

Mereka ketakutan untuk menjadi front mendepani isu semasa.

Kecut dari menjadi benteng umat. Kerana misi dan visi sempit mereka telah menjadi dinding dan benteng paling tebal yang memisahkan mereka dari realiti.

Mereka hanya pentingkan diri sendiri.

Buktinya, saban tahun ribuan huffaz dilahirkan.

Dimana mereka saat umat kelemasan?

Di mana mereka dalam sistem pemerintahan?

Di mana mereka dalam politik?

Di mana mereka dalam masyarakat?

Atau hanya bersandar di tiang masjid?

Masakan sebegitu sifat sebaik insan?

Maka, cuba renungkan athar ini.

Kata-kata yang menjemput untaian air mata menitis saban kali saya menatapnya.

Maka saya kongsikan pada kalian untuk dibaca dengan mata hati. Ulangi sehingga benar anda telah memahami. Maka anda akan mengetahui bahawa bimbangku berasas, kecewaku bertempat, dan nasihatku jelas.

`Alqamah meriwayatkan dari Abdullah bin Mas`ud ia berkata: “apakah yang akan kalian lakukan jika kalian ditimpa fitnah yang membuat anak kecil segera menjadi dewasa dan membuat orang tua menjadi tua bangka, dan fitnah itu dijadikan “sunnah” (tradisi) yang diikuti oleh manusia, jika fitnah itu cuba diubah, maka ada yang segera mengatakan: Apakah engkau mahu merubah sunnah?!

Seseorang bertanya: Bilakah ia akan terjadi wahai Aba Abdirrahman?

Ia menjawab: hal itu terjadi jika para qurra (pembaca dan penghafal Al Quran) kalian banyak, namun sedikit ulama sejati kalian, para pemimpin kalian banyak, namun sedikit mereka yang jujur dan amanah, engkau mencari dunia dengan amal akhirat, dan mempelajari agama bukan untuk tujuan agama.”


Ayuh huffaz, sambutlah seruanku, bebaskan diri mu dari ‘penjara Al Quran’. Turun ke medan memimpin insan.

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik : Hasanhusaini

Baca Juga :

Kenapa Nak Hafal Quran

Kenapa Nak Hafal Quran ( Forum )

Selasa, 2 Jun 2009

Tumpas Juga Akhirnya

7000KM dalam masa kurang dua minggu. Mungkin persediaan untuk safar ribuan KM merentas benua ke Dataran Syam....Mungkin...Mungkin.

Saya terbang dari Kuantan ke rumah di Kota Bharu.

Keesokannya bertolak ke Kuala Lumpur. Singgah di Bentong sebelum ke Bangi.

Ke DQ untuk berforum dan ke Batang Berjuntai.

Kembali ke Bangi.

Hantar adik untuk mendaftar sebagai pelajar Tamhidi Syariah dan Undang-Undang di USIM.

Balik ke Shah Alam untuk melawat kakak (tiri) bersalin. Ke Klang menziarahi saudara.

Kembali ke Kota Bharu.

Keesokannya ke Kuantan, singgah untuk menjemput Syaukani. Ke Kuala Kubu Bharu.

Ke Bangi, seterusnya Nilai untuk menjenguk adik demam. Kembali ke DQ dalam keadaan yang sangat naif. Selsema yang menziarahi amat teruk.

Mata berpinar.

Tiba di Teratak Jundi, saya terus terjelpuk keletihan.

Akhirnya saya tumpas juga untuk dua hari. Selsema dan demam.

Nasib baik bukan H1N1.

Begitu juga adik kandung seperjuangan, Syaukani yang kini longlai di Kamar Mantan - SMUTEM DQ.

Syafaakallah.


Komen anda adalah buah tangan yang berharga
: Hasanhusaini