Selasa, 27 Mei 2008

Selamat Bertunang, Azuan & Siti Hajar


Selamat Bertunang

Khusus kepada Azuan Hasbi Tan dan Siti Hajar Binti Razali. Moga ikatan pada hari ini merupakan anak tangga pertama melangkah menjunjung sunnah Rasulullah. Semoga akan lahirlah zuriat-zuriat yang akan menjadi pembela kepada Islam.

Idris Yusuf, Aku ingin Sepertinya...

Semalam, 26 MEI 2008. Pembahagian usrah bagi Program Diploma sesi 2008- 2011 berjaya dijalankan dengan jayanya.


Teringat dua tahun yang lepas. Saya di situ berdebar-debar menunggu, bilakah namaku bakal dipanggil oleh Timb. Yang Dipertua waktu itu, Saudara Idris. Dan, apabila tiba saat beliau mengumumkan usrah yang bakal beliau jaga, "Inilah usrah yang paling malang, kerana ana yang menjadi naqib". Ayat yang melunucr pada waktu itu merupakan provokasi sulung yang saya terima dari Naqib yang amat disegani itu.


Saat tangan memegang kertas putih yang tertaip nama-nama pelajar baru, kenangan itu menjelma lalu mengukirkan senyuman dibibir, menutupi riak kesakitan menahan derita perut yang 'meragam'.


Kalau dulu, saya hanya sebagai pendengar, maka pada hari ini, saya sebagai pengumumnya. Dan, langkah pertama saya untuk menjadi 'hero' pada hari ini adalah melalui usrah. Begitu banyak perubahan yang berlaku pada diri saya. Walaupun hanya sekadar enam bulan bersama naqib, tapi pengajaran dan tarbiyyah yang diberi mampu saya jadikan bekalan sehingga hari ini.

Sebut sahaja Usrah Gegar, boleh dikatakan semua warga DQ mengenali. Mereka tahu kekuatan ukhuwwah kami. Mereka tahu semangat juang kami.


Sesampai di kumpulan terakhir, "Inilah usrah yang paling malang, kerana ana yang menjadi naqib". Ayat azimat itu saya tuturkan. Moga-moga kegemilangan GEGAR akan dapat diteruskan pada generasi ini.


"Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan untuk menjaga dan mentarbiyyah adik-adikku ini".


Mencuri masa lebih kurang 10 minit, saya mulakan usrah pertama. Taaruf ringkas, sedikit perancangan, sedikit 'pukauan'. Tasbih kaffar dan Surah Al-Asr. Maka Usrah kami BERMULA.

Khamis, 22 Mei 2008

Minggu2 yang betul2 Menyibuk..

Bermula dari hari Rabu, 6 Mei 2008, 3.43 petang, Saya meletakkan kaki kembali di bumi Malaysia, kesibukan seolah terus membelenggu.
Berada di rumah sehari, terus kembali ke medan perjuangan. Menyambut kedatangan pelajar baru Diploma Tahfiz sesi 2008-2011. Terlibat secara langsung dengan Program Haluan Siswa selama seminggu. Merancang program Mafatihul Mahabbah, merancang pembahagian usrah, cari modal untuk tasmik, betul-betul menyibukkan saya. Sedangkan, saya seperti kawan-kawan yang lain, hanya mempunyai 24 jam setiap hari.
Namun, keyakinan dengan janji pertolongan dari Rabbul Izzati kepada orang yang menolongnya, saya teruskan langkah. Memang meletihkan.
Habis Haluan Siswa, Mafatihul Mahabbah seliaan Perasatuan menyusul. Selaku Unit Disiplin dan Ibadah yang tradisinya GARANG, saya MENGGARANG sepanjang hari. Tiga hari berprogram amat memenatkan. Namun, ALHAMDULILLAH, segalanya berjalan lancar.
Kepada adik-adik baru, binalah ukhuwah sebagai bekalan untuk meneruskan perjuangan di DQ.
Ingatlah, proses tarbiyyah tak akan putus. Ia ibarat roda, kekadang kita di atas dan ada masanya kita di bawah.
Penghargaan kepada Mantan Pimpinan yang sudi melontarkan idea, sahabat dan adik beradik yang menyumbangkan usaha dan keringat. HEP, terutama ayahanda Ust Tahir, Ust Dasuki dan Ust Yusri. jazakumullahu Khairan jazaa'...

Nakhbah Palestin, Hari yang wajib diingati..




Negara Palestin sering dikaitkan dengan wilayah-wilayah yang masyhur seperti Baitulmaqdis (Jerusalem), Gaza dan Baitullahm yang merupakan tempat terpenting dan melakar sejarah tersendiri kerana pelbagai peristiwa, kisah, agenda tertentu melandanya. -->-->
Apatah lagi wujud Masjid al-Aqsa dalam jajahan Baitulmaqdis yang disebut oleh al-Quran berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke arah Masjidilharam.



Kerana pentingnya Masjid al-Aqsa, maka Panglima Salahuddin al-Ayubi rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk membebaskannya daripada cengkaman dan penaklukan tentera Salib yang diketuai 'Raja Richard the Lion Heart' dari England bersama tentera-tentera Eropah lain seperti Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol.




Teruskan membaca dengan meng'klik' link di bawah..




Selasa, 13 Mei 2008

Ahlan Wa Sahlan

Ahlan Wa Sahlan Kepada Adik-adik Baru, Pelajar Diploma Darul Quran Sesi 2008-2011. Kedatangan kalian ke bumi barakah DQ ini membawa sejuta rahmat kepada kami. Semoga terus istiqamah sehingga selesai tugas dan taklifat serta tercapainya cita-cita.

Catatan Haramain : Madinah

Rehlah Nabawi

Perjalanan kami dari Malaysia-Karachi-Jeddah memakan masa hampir 12 jam. Bertolak dari Malaysia 2.00 petang, tiba di Madinah waktu subuh, 4.30 pagi.

Sesampai di madinah pada waktu subuh yang agak suam itu, saya terus bergegas mandi sunat, bersiap untuk pergi sembahyang subuh berjemaah dengan melupakan keltihan akibat 'jetleg'. Berlari anak ke masjid, namun solat subuh yang hanya 2 rakaat itu telah selesai. Maka saya dengan automatiknya menjadi imam solat subuh di masjid nabawi !! Makmumnya hanya dua orang. Tak bangga ke?

Seusai solat subuh, saya menyusur ke bahagian hadapan masjid, menuruti naluri mencari taman syurga yang bernama Raudhah. Berpandukan kepada tiang-tiang berjalur emas yang sedikit berbeza dari tiang-tiang lain, saya yakin, itulah raudhah. Kata Nabi, “Raudhah itu diantara rumah dan minbarku”. Kesesakan manusia di situ seolah memustahilkan saya mencelah untuk bersolat. Namun gelora hati membuak untuk sujud di situ. Hati berdoa dengan sedikit kumat-kamit yang dizahirkan pada bibir agar diberi peluang bersujud di situ. Tidak sampai 2 minit, tiba-tiba pakcik arab bangkit dari zikirnya memanggil saya untuk menggantikan tempatnya. Alhamdulillah. Spontan air mata mengalir. Terharu, memang betul Allah maha pendengar.

Solat dua rakaat itu agak panjang meski sudah diringkaskan. Segala hajat yang terkandung dalam bungkusan kecil hati dipamerkan di situ. Terasa diri betul-betul berada di hadapanNya.



Mihrab nabi, salah satu tempat di Raudhah

Bersalam dengan Rasulullah
Petangnya, pada waktu yang agak tenang, saya pergi menjenguk Rasulullah. Melalui Bab As Salam, melangkah lurus ke hadapan melepasi minbar dan mihrab, terus menuju ke hadapan baginda. Manusia yang agak lengang memberi, tidak sesibuk pagi tadi, memberi ruang yang agak lama dan selesa untuk saya bertegur sapa dengan baginda. Sesampai di pintu tembaga kuning itu, dada saya sebak mendadak. Air mata mengalir laju. Selawat yang ingin dibaca hanya tersekat di kerongkong.

Memang betul, bukan mimpi, bukan khayalan, di hadapan aku ketika ini adalah Muhammad Bin Abdullah. Rasul penutup segala Rasul. Subhanallah. Setelah agak lama, akhirnya ucapan salam terkeluar, “Assalamualaika ya Rasulullah, aku datang untuk berjumpa dengan mu…” Air mata semakin melebat. Hati betul-betul lunak. Serasakan pada waktu itu aku betul-betul sedang berhadapan dengan jasad mulia itu. Sedang menerima watikah sebagai salah seorang yang akan berjuang meneruskan risalah yang dibawanya. Terimalah aku sebagai ummat mu. Syafaatkanlah aku pada hari mahsyar. Ya Rasulullah. Setelah menyampaikan kiriman salam dari sahabat di Malaysia untuk baginda, saya meluahkan isi hati terhadap kekasih agung itu.



Makan Nabi Muhammad s.a.w


Terasa kasih sayang terhadap baginda tidak berbelah bagi lagi. Teringat kisah baginda ketika hampir wafat, nama saya terpancul dari bibir baginda, berpesan supaya menjaga solat, “ ummati, solah..” Aku adalah ummat baginda.


Melangkah sedikit kedepan. “Assalamualaika wahai sahabat nabi di dalam gua, wahai As Siddiq”. Terkenang peristiwa selepas Isra’ dan Mi’raj. “ Benarlah engkau wahai Rasulullah”. Bersahabat dengan Muhammad dari hidup sehingga mati. Mem'backup’ baginda setiap masa. Mengiyakan apa yang dituturkan sepanjang waktu. Alangkah baiknya jika saya juga begitu. Mentasdikkan baginda, tanpa terpengaruh dengan sebarang provokasi.

Tiga langkah lagi saya maju, kini Umar berada di hadapan ku. Terasa aura ketegasan itu. Air mata yang mengalir sedari tadi tiba-tiba berhenti. Aura semangat tiba-tiba memabakar. Mungkin terkena tempiasnya aura Umar. Umar Al Khattab akhirnya di pilih, sedangkan Umar bin Hisyam terus dicerca dan dilaknat. Melupakan zaman gelapnya ketika jahiliyyah, bangkit dengan kesedaran berbekalkan keimanan yang begitu utuh membela Rasulullah dan memartabatkan islam. Teringat kata-katanya yang amat memberi makna kepada saya. Lafaz yang beliau ucapkan ketika dalam perjalan untuk berhijrah itu berbunyi, " Barangsiapa yang ingin isterinya bergelar janda, anaknya menjadi yatim, tunggulah Umar di pintu keluar Makkah"... Begitulah lebih kurang bunyinya. Hebat dan bergaya.

Tiang Malaysia


Tiang Malaysia

Malam kedua di Madinah, kami di bawa untuk bertamu di salah satu tiang di dalam Masjid Nabawi yang dinamakan tiang Malaysia oleh rakyat Malaysia disini. Ia menjadi tempat pertemuan dan mesyuarat bagi rakyat Malaysia yang merantau di Madinah. Bertaaruf dengan 2 orang Professor yang bertugas di salah sebuah universiti di Madinah, pelajar MTQN Pahang yang mendahului kami bermuqabalah di Jami'ah Islam.

Seterusnya, Masjid Quba.. dan air mata di Uhud.

Jumaat, 9 Mei 2008

Cerita itu menarik bagi saya..Cuba Baca..


Bulan ini, sudah lima tahun saya berumahtangga, bergelar suami kepada seorang isteri. Sungguh pantas masa berlalu. Sudah separuh dekad, saya dan isteri menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai teladan dan sempadan....

..........................

“Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?”, tanya seorang rakan saya.


Baca lagi...? Klik link di bawah.


http://saifulislam.com/?p=75

Rehlah Haramain




Episod yang menceritakan pengalaman penulis yang berpeluang mengerjakan umrah di tanah suci. Berbagai peristiwa yang menyentuh hati bakal dikongsi. Nantikan kedatangannya...Insya'Allah.