Selasa, 18 Januari 2011

Mendepani 2011, Bersediakah Kita…?


Saat artikel ini ditulis, 2010 berbaki kurang sepurnama. 2010 bakal melabuhkan tirai dengan seribu suka duka yang telah dipotretkan dalam helaian memori hidup kita. 2011 pula bakal menyelak tabir baru kepada penduduk dunia. Hidangannya pasti lebih mengejutkan berbanding dengan apa yang telah dihidangkan pada 2010. Menu baru yang punyai pelbagai rencah dan rasa.

Pada asasnya, beberapa kebimbangan timbul hasil penyelidikan dan analisa ringkas yang saya buat sepanjang tempoh 2010. Kebimbangan yang ditimbulkan ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan kita. Bahkan supaya kita lebih sedar dan bersedia untuk mengambil sikap yang tepat selaku mahasiswa yang mempunyai minda kelas pertama.


Sabtu, 1 Januari 2011

Sinopsis Sebuah Kehilangan

Kredit Untuk Ustaz Annamir

"Abang masuk kelas ye..cikgu dah masuk. Jangan takut, ayah ada kat sini je. Kalau takut, tengok je kat luar tingkap, ayah ada kat tepi tingkap ni ye..Ok, masuk kelas dulu." Pujuk Pak Cik Hashim. Tangannya mengesat air mata anak sulungnya yang sejak tadi menangis.

"Ayah, tunggu di sini ye..ayah jangan balik tau.Amin melangkah masuk ke bilik darjah. Tangan ayahnya  malas-malas dilepaskan dari genggaman yang erat. Air matanya diseka dengan tangan kirinya. Tangan kanan pula asyik melambai-lambai ayahnya yang hanya berjarak kurang satu meter.

Saya tersenyum memerhatikan gelagat mereka. Sayu rupanya perasaan saya. Tidak pernah ada memori sebegitu dalam cakera ingatan saya.