Isnin, 29 Oktober 2007

Surat Dari Ikhwah Untuk Ikhwan

Surat ini saya ketemui dari salah satu blog, lalu menarik perhatian saya untuk di paparkan disini sebagai muhasabah bersama.

bismillahirrahmanirrahim...---
Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW sinyalirkan sebagai pembawa fitnah terbesar.---Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.

---“Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap lancang, saya berniat berta’aruf dengan anti.”---

Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladz im. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke mana ghaddhul bashar-mu?

---Akhifillah,Alhamdulillah Allah mengurniakan dzahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini jesteru menimpa orang-orang yang kuhormati sebagai pengemban risalah da’wah? Siapakah yang salah di antara kita?---####“Adakah saya kurang menjaga hijab, ukh?” tanyaku kepada Aida, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng
.---“Atau baju saya? Sikap saya?”---
“Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.---
“Memang ada perubahan sikap di kampus ini.”
---“Termasuk diri saya?”---
“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?”
---Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.---
“Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara baru kan ? Maksud saya dalam meng-cam akhwat di kampus.”
Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing… .
---“Apa yang diungkapkan dalam surat itu?”---
“Ia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang menjemur pakaian di depan rumah! Masya Allah…. dia melihat sedetail itu.”---
“Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi.”---“Ukhti…,” sanggahku, “Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pasti untuk tujuan syar’ie?”---“InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain.”---Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keridhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?---####Akhifillah, Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum belum hadir sosok putera impian yang hadir dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah ta’ala semata.---Akhi,Tentunya antum pernah mendengar hadits yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.---Kalaulah ada yang mendapat keempat-empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita shalihah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kesialan? Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma setakat fizik belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya? Tempoh di luar rumah yang tinggi?---Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta’ala dan bila masanya saya berbuat kerana riya’. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Saya yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.---Akhifillah,Tanyakan pada setiap akhawat kalau antum mampu. Yang tercantik sekalipun, maukah ia diperisterikan seseorang kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang lelaki menikah wanita kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Faham?---Akhifillah,Tubuh ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.---Akhifillah,Kalau antum ingin mencari akhawat yang cantik, antum juga seharusnya menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. (Alhamdulillah, tercapai maksudnya untuk keluar rumah tanpa menimbulkan perhatian orang). Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai. Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk da’wah di luar. Ia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat shalatnya. Ia begitu khusyu’. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata. Dibaca Qur’an dengan terisak. Ia begitu tawadhu’ dan zuhud. Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, ia mengenal Rabbnya lebih dari saya. Dalam ketenangannya, ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak memperisterikannya… (saya tidak perlu menyebut namanya.)---####Malam semakin beranjak. Kantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum usai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.---Aida sedang diam dalam kekhusyu’kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.---“Ukhti, tidak solat malam? “ tanyanya lembut seusai melirik mata.---“Ya, sekejap,” kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. “Dzikrul maut lagi?”---“Khusnudzan anti terlalu tinggi.”---Aku tersenyum. Sikap tawadhu’mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan shalat. Ia kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.---“Saya malu kepada Allah,” ujarnya lirih.---“Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan diri-Nya?”---“Apa keinginan anti, Aida?”---Aida menghela nafas panjang.---“Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi,” lanjutnya seolah tidak menghiraukan. “Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati tersendiri. Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hasan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati: Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?”---Aku tertunduk dalam-dalam.---“Anti tahu,” sambungnya lagi, “Saya ingin sekiranya boleh mendampingin orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…”---Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal iti tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?---“Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?” desisku.---Aida meramas tanganku. “Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan yang buruk untuk yang buruk juga?”---“Anti tak tahu,” air mata mengalir tiba-tiba. “Anti tak tahu apa-apa tentang mereka.”---“Mereka?”---“Ya, mereka,” ujarku dengan kemarahan terpendam. “Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta’aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang qowiy seperti mereka takluk di bawah fitnah wanita.”---“Ukhti!”---“Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif da’wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rsulnya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.”---“Ukhti, jangan su’udzan dulu. Setiap manusia punya kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan shalihah?”---“Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?”---“Ya, memang…”---“Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?”---“Anti berprasangka terlalu jauh.”---“Tidak,” aku menggelengkan kepala. “Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizik belaka..”---“Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan.”---Ia orang yang aktif berda’wah di kampus ini, ukh.”---Aida memejamkan mata. Bisa kulihat ujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap,---“Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan bocah-bocah Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?”---Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti Aida: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma punyai. Anak-anak seperti Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Tapi seperti kata Aida; Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam.---####Akhifillah,Mungkin antum tertawa membaca surat ini. Ah akhawat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani. Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diridhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya’, ada su’udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka? –‘Afwan.---Akhifillah,Surat ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu, silakan. Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahir telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya. Jesteru, kini saya merasa iri pada saudari saya. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.---Akhifillah,‘Afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. Insya Allah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan saya yang riya’ maupun tidak ikhlas. Wallahua’lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan Allah. Penuhilah impian ratusan akhawat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain. Penuhilah harapan Islam yang ingin generasi tangguh seperti Imaad Aql. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.---Akhifillah,Malam bertambah-dan bertambah larut. Mari kita shalat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.---Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, saya persembahkan bingkisan indah sebuah syair karya pujangga besar Muhammad Iqbal. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.

---IDEALNYA SEORANG PEMUDA---
Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas, Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu
Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi, rendah hati
Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari, asri
Ia juga penumbang segala belantara
Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gulita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan upeti
Ia manuju bintang Menggapai malaikat
Ia tentang tindak kuffar Pola aniaya di mana saja
Maka nilainya pun membumbung tingg
iHarganya semakin tak terperi
Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?

pesan -massa-
Wahai ikhwan dan akhwat..
ambillah pedoman dan iktibar...
perjuangan masih panjang
jangan sengaja memanjangkan angan-angan
jangan sengaja mencari gangguan
ketika masih dalam ketenangan
JANGAN diundang kemarahan TUHAN
walau beralasan
berpegang pada prinsip kehidupan.

Kasih Ibu, Kasih Sejati

Pagi ini ibuku berleter panjang, lantaran banyak kerja yang disuruh bertangguh dan terbiar sepi.
Saya bisukan mulut, menadah telinga, khusyuk mendengar tazkirah khusus dari seorang ibu untuk anak lelakinya yang tersayang. Leteran ibu saya jadikan muhasabah buat diri sendiri. Hebat di mata rakan rakan, tak semestinya hebat di mata ibu. Namun hebat dimata ibu mengundang redha tuhan yang menjadi ramuan kejayaan insan. Pagi itu, agak suram walupun malamnya saya bakal bertolak ke Kuala Lumpur kerana semester baru akan bermula. Saya persiapkan segala barangan yang akan dikirim kepada sahabat yang menaikki bas catar. Saya naik express, agak susah kalau nak bawa barang banyak-banyak.
Saya bawa bersama, sepupu yang paling kecil untuk memujuknya dari menangis berpanjang kerana kekurangan perhatian dari ibunya yang mabuk mengandung. Mabuk sehingga tak dapat makan kerana semuanya berbau ‘busuk’. Begitu susah seorang ibu mengandungkan seorang anak. Ibuku juga mungkin begitu. Hatiku bermonolog.
Balik dari Kota Bharu, perut terasa lapar. Seperti biasa, saya akan goreng telur mata untuk dijadikan lauk. Duduk untuk makan, saya terbau aroma yang amat diminati..sotong goreng ala paprik.
Memang sah. Ibuku menyediakan lauk kegemaranku meski dalam kemarahan kepada anak lelakinya ini.. saya terkedu sendirian. Rupanya begini kasih seorang ibu. Kenapa masih ada anak yang suka berkeras kepala terhadap ibubapanya…?
Malamnya, sebelum menaiki bas, saya kucup pipi ibu sedalam-dalamnya sambil meminta maaf memohon restu ibu untuk menghadapi semester baru yang pastinya lebih mencabar. Sejurus bas berlalu, ku lihat ibu melambaikan tangan kanannya padaku sambil tangan kirinya mengesat air mata yang tak ku tahu kenapa. Namun ku yakin, itulah air mata kasih seorang ibu. Hati berbisik sayu, maafkan aku, ibu. Teringat bait lagu yang selalu kedengaran dicorong stesen Ikim.fm..
"marah bukan kebencian, tapi tanda sayang". Memang betul pun.

Dibuai hayunan lembut bas Ekspres Mutiara double decker yang berchasis dan berenjin SCANIA 360 HP itu, hatiku bermonolog sendirian, kenapa masih ada anak yang sanggup menderhakai ibu bapa..? Mengapa masih ada anak yang sanggup mengecewai dan melukai hati mereka..? malah ada yang sanggup melupakan kasih sayang dan jasa ibubapa mereka. Sehingga ada yang sanggup menempatkan ibu tua itu di rumah ‘kenangan’… Apakah sezalim itu manusia zaman millennium yang mengamalkan prinsip murni islam hadhari…? Apakah tak sama ibuku dan ibu mereka…?
Perintah tuhan bukan untuk mentaati dan membalas budi ibubapa, bahkan untuk berbuat bakti yang terbaik kepada mereka.. Merakalah asbab kita bernafas didunia. Hebat kita tak kemana andai tanpa kehadiran mereka. Teringat kisah Jiran Nabi Musa A.S di syurga. Kebaikkannya kepada ibubapa dicurahkan meski ibubapanya sudah berupa BABI. Siapa diantara kita yang ibubapanya BABI….? Hinakah ibumu yang tiada Degree…? Hinakah ibumu yang tinggal dirumah papan yang penah menjadi syurgamu dulu…? Hinakah ibumu hanya kerana bajunya tidak trendy…? Memang dasar manusia tak tahu bersyukur, bila kehilangan, baru terasa ingin membalas budi. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian.. “syurga itu dibawah telapak kaki ibu”

Nukilan khusus untuk peringatan diri sendiri
-massa-

MeLAYU Semakin LAYU

Suatu petang semasa cuti semester, saya mengambil sedikit masa mengganti ibu mengajar kelas pengajian Al-Quran kepada kanak-kanak yang datang belajar di madrasah As-Syakirin. Jumlahnya tidak kurang dari 20 orang. Langkah pertama turun dari tangga rumah, saya terbayang suasana pengajian Al-Quran pada zaman masih kanak-kanak. Kami semua tekun membaca mahupun mengeja. Kalau ada yang nakal sekalipun, pasti tak berani untuk menakal di hadapan tok guru yang merangkap datuk dan nenekku tika itu. Kalau ada suara sumbang yang bukan dari suara bacaan ayat suci, maki hamun melebat hinggap ditelinga. Tak kurang juga yang didenda. Rotan kasih sayang dan cubitan ramah mesra menjadi rutin kami.
Selepas mengaji, biasanya kami mengutip kayu api untuk memenuhi ruang simpanan kayu di dapur tok guru. Khidmat kerana membalas jasanya mengajar dan mendidik kami. Khidmat mulia yang telah hilang di zaman Hadhari.
Inilah suasana pengajian zaman 80 dan 90-an. Tapi jangkaan saya meleset apabila hinggap di telinga saya bingit suara hilai ketawa dari tingkat atas madrasah dua tingkat yang menempatkan kelas itu. Sangka saya, mungkin ketiadaan guru menyebabkan mereka sedikit bebas. Sekali lagi jangkaan saya meleset, rupanya makcik saya sudah lama disana. Budak-budak berlari ke sana ke mari. Dengan sedikit herdikan yang tidak seberapa, mereka terdiam seketika. Mungkin wajah asing saya mengejutkan mereka.
Saya duduk dan memanggil beberapa orang dari mereka untuk diajar. Salah seorang memberi alasan “tok baco lagi” pekat dalam loghat kelantan. Alasan begini tidak pernah diterima pada zaman kami. Bahkan kalau ada, mahunya dihalau balik kerumah. Dasar pemalas menjadi gelaran. Saya bertolak ansur. Sedang asyik mengeja-eja beberapa kalimah, bising kembali membingit di telinga. Herdikkan saya bukan lagi herdikan biasa, agak lantang. Lantaran mereka bergurau dan bermain-main sewaktu ‘guru’ ada di hadapan mereka.
Akan tetapi apa yang tidak dijangkan berlaku, remaja awal belasan tahun di depan saya berhenti mengaji dan bergurau dengan rakan disebelahnya. Marah saya bukan kepalang. Keduanya didenda berdiri.
Esoknya ibu memanggil saya, bertanyakan khabar peristiwa semalam. Saya memberitahu keadaan sebenar. Ibu menasihati saya agar berlemah lembut dengan budak zaman sekarang. Saya kepelikkan. Bukankah dengan cara ini kami dididik dahulu. Rupanya bapa remaja yang saya denda itu datang memarahi ibu saya lantaran anaknya didenda. Memalukan katanya. Anaknya dihantar untuk belajar, bukan untuk didenda.
Mengajar dan mendenda dipisahkan jauh dari proses mendidik. Patutlah makin ramai cerdik pandai, makin jauh masyarakat dari nilai-nilai islam. Sedangkan Nabi mengajar untuk merotan anak yang tidak sembahyang bila mencecah umur 1o tahun. Remaja yang saya denda itu sudah belasan tahun.
Rupanya zaman telah berubah. Tiada lagi istilah mendidik. Guru-guru hanya diupah untuk mengajar sahaja. Bukan mendidik untuk menjadi manusia berguna. Tidak ada istilah nasihat, yang tinggal hanya MOTIVASI. Tidak ada lagi ungkapan denda yang kini diambil alih sebagai dera. Guru-guru semakin hilang wibawa, bisu, kaku dan lesu akibat tekanan maha besar dari mereka yang tidak mengenal nilaian sebenar didikan dalam islam.
Patutlah kerajaan Malaysia menukar nama JPN dari Jabatan Pendidikan Negeri kepada Jabatan Pelajaran. BESAR kesannya kepada masyarakat melayu, terutama masyarakat kampung dan desa yang dahulunya mengamalkan sikap kesatuan. Tidak ada istilah anak sendiri. Yang ada sikap tolong menolong dalam perkara kebaikkan, termasuk dalam soal mendidik anak. Kalau dahulu, ibu berterima kasih jika ada orang lain yang memarahi saya, lantaran kenakalan saya. Tapi kini nilai murni sebegini tidak dapat diamalkan lagi. Perasaan sombong dan pentingkan diri sendiri menebal dalam masyarakat termasuk di desa.
Masyarakat desa sudah semakin jauh dari nilai murni yang diajarkan oleh islam. Apatah lagi yang berada jauh dalam kesibukan bandar. Patutlah bohsia dan bohjan makin ramai, mat rempit semakin mengganas, mata gian makin menggila, gejala maksiat merata, rogol bermaharjalela. Ibubapa hanya boleh menjaga dan mendidik anak sendiri. Anak sendiri hanya boleh dididik oleh ibubapa sahaja.anak orang lain, aku tak perlu kesah, anak aku, kau jangan kacau. Tahulah aku menjaganya. Itulah hakikat suara masyarakat apabila jauh dari nilai islam.
Inilah kesan apabila pekerjaan yang dilakukan tidak berlandaskan apa yang diajar oleh islam.


-massa-ibnuabi-ketayap merah-
SABTU 27 Okt 2007 14 Syawal 1428.

UNTUK INSAN YANG SELALU TERLEKA

Nisbah masa Dunia

1 minit = 60 saat.
1 jam = 60 minit, 3600 saat.
1 hari = 24 jam, 1440 minit, 86 400 saat. 12000 helaan nafas normal.

Pernahkah kita bersyukur sebanyak 12000 kali sehari lantaran daripada nikmat hayat yang dikurniakan tuhan kepad kita..?

1 minggu = 7 hari, 168 jam, 10080 minit, 604 800 saat.
1 bulan = 4 minggu, 30 hari, 720 jam, 43200 minit, 2 592 000 saat.
1 tahun = 12 bulan, 52 minggu, 365 hari, 8460 jam, 518 400 minit, 31 104 000 saat.


Nisbah masa Akhirat

1000 tahun Dunia = 24 jam @ satu hari Akhirat.
100 tahun Dunia = 2.4 jam, (2 jam 24 minit) 144 minit
10 tahun Dunia = 14 minit 24 saat, 864 saat
1 tahun Dunia = 86.4 saat, 1 minit setengah.
1 bulan Dunia = 7.2 saat
1 minggu Dunia = 1.8 saat
1 hari Dunia = 0.257 saat

Umur kebiasaan umat Nabi Muhammad ialah 63 tahun
63 tahun Dunia = 5443.2 saat, 90.72 minit, 1 jam setengah.

Apakah yang kita mampu lakukan dalam masa satu setengah jam (nisbah masa 63 tahun dunia di akhirat) untuk mencari bekalan hidup selama-lamanya di Akhirat. Fikir-fikirkanlah.

Khamis, 25 Oktober 2007

Mujahid Muda Bermata Hazel

TUNGGUKAN KEDATANGANNYA...

IKTIBAR KEHIDUPAN (1)

Tiada pena yang menari riang, mencalar helaian putih, teknologi mengambil tempat. Jemariku kini melompat-lompat di atas bebutang putih..Keyboard yang dikhabarkan mampu bertahan sehingga 10 juta klik. Memang sesuai dengan orang yang gila menulis sepertiku, walau malas membaca. Entah apa yang bakal ditulisnya nanti.

Tapi aku setuju pada kata-kata Us Hasrizal, “Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan... kembara insan mencari Tuhan.

Betul tak…? Sedetik demi sedetik bebutang itu ku ketuk, diikuti huruf-huruf hitam yang timbul di layar putih di depan mataku.. yang menjadi coretan adalah kisah kehidupan sorang insan dalam memeperjuangkan saki-baki hidup usia yang di milikinya..

Bermulalah sebuah sayembara yang tak kesudahan selagi usia dimilik badan.

PUISI : Keramat Ukhuwwah

Keramatnya ukhuwwah,
melangkaui hubungan darah,
kasih sayang hanya kerana ALLAH,
tonggak kekuatan dalam jamaah,
digubah dengan acuan aqidah,
tak seorang dibiar gundah,
Namun,
andai ditakdir rebah,
seribu membahu gagah,
sahabat dan sahabiah,
berbanggalah.. kitalah jundi-jundi ALLAH.

-massa- 21 julai 2007

Rabu, 24 Oktober 2007

Puisi : Hakikat Seorang Pejuang

Syabab Jundullah,
langkahnya bervisi,
maranya berani,
undurnya strategi,
sendanya ukhuwwah,
bicaranya dakwah,
fokusnya tarbiyyah,
mindanya bebas belenggu logika,
dadanya melaut ilmu,
jiwanya terpatri kukuh aqidah,
jasadnya tepu dan ampuh dugaan,
beratapkan tarbiyyah,
berlapikkan ukhuwah,
berlandaskan syariah,
melangkah megah kemedan dakwah,
hidup matinya hanya kerana ALLAH,
andai ditakdir rebah..
syahidlah menjadi penyudah..

-MASSA- 1 okt 2007

Puisi : Jundi Insaf

Berdepan denganmu, bicaraku retorika,
bertopeng hipokrit,
berbalut selendang dusta,
berpayungkan helah,
beralas tipudaya..
Ku melangkah kepura-puraan,
ku taburkan segala kemewahan,
ku pamerkan kemegahan,
seolah ku mampu sendirian,
tanpa insan bernama TEMAN.

KINI..
Ku menzahirkan kebathilan,
membedah kedustaan,
menelanjangkan kepalsuan,
melontar jauh keegoan,
mengakhiri pasca kejahilan,
ku kutip puing-puing keikhlasan,
meng'itiraf kekerdilan insan,
tunduk pasa hakikat,
aku bukan insan hebat,
tak mampu sendirian,
menempuh perjuangan,
tanpa bantuanmu, TEMAN.
ku nyatakan kebenaran,
menutup kepalsuan,

ku menyayangimu TEMAN
ku mencintaimu TEMAN.

-MASSA-19 okt 2007

Tentang AQRAB....


Haa.yang ni pulak logo Sem ana, AQRAB nama dia, singkatan dari 'Alamiyyatul Qurra' Ra'iatun Abadiyyah...gempakkan..? makna kalau tak faham, cari sendiri atau tanya Ust Asri...
Sedikit latarbelakang logo ni..ianya hasil kreativi tiga jejaka tak hensem sem kami.. ana, zaki n kani...bingkai merah tu zaki yang lukis, yang hijau kt dalam tu ambek dari logo Maahad Darul 'Ulum Al-Basriyah, Sek lama Kani...last sekali, ana yang design pakai scheme colour MTDQ Repek pulak..Sek lama ana, maka terhasillah logo rasmi AQRAB..
Masa tu ana hanya sekadar ahli biasaa je..xde jawatan pon dalam OG sem kami..tapi masuk tahun kedua, (sem 3) tup-tup, terpilih jadi Timbalan Pengerusi la pulak..untuk sesi 07/08 bergandingan bahu bersama Firdaus selaku pengerusi, Azan (Setiausaha) dan Syukran (Bendahari ) forever.....
Orang kata, jawatan ni taklifat, bukan tasyrifat..memang betul pon..eh, faham tak istilah2 tu...?buat2 faham ek..
Apa pon, terima kasih bebanyak kepada sahabat seperjuangan yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan semangat untuk ana teruskan perjalanan hidup yang tak pernah sepi dari mehnah dan tribulasi ini..syukran jazilan.. unite for islam. semoga ukhuwwah yang terbina ini semakin erat di bawah naungan rahmatNYA.

Perkemat DQ


Perkemat DQ, singkatan bagi Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran, Satu2nya pertubuhan NGO yang menaungi serta menjaga kebajikan kami (termasuk ana) sepanjang berada di DQ... banyak jugak kenangan pahit manis bersama pimpinan perkemat ni...Mafatihul mahabbah, Interfam, Konvensyen Usrah...korang ingat tak...? Masa tu kita masih belum ada apa kepentingan, kita hanya siswa sem satu..perpaduan kita masih kukuh...betul tak..?

Gegar !!!


Cmne...? hebat x usrah kami..? siap b'daftar jd Corp lg..jgn dengki tau.. ni lah usrah ana..Gegar tu trademark, nama sebenarnya Ar-Rouhul Jadid.. usrah ana dipimpin oleh dua orang senior Abg Idris dan Abg Izwan..Abg Idris tu, TYDP Perkemat sessi 05-06. Ana pulak ditaklifkan sebagai ketua usrah. Memang dapat pengalaman baru la bila berusrah kat DQ ni..so sweet l katakan..ana ni jenis susah nak bergaul sket, tp bila berada dalam usrah, perasaan tu makin hilang.. apa pon usrah kami memang hebat..enam dari lapan ahli usrah kami telah di taklifkan untuk menjadi MT lajnah-lajnah Perkemat Sessi 06-07...fuhh. Mantapkan..?

AKAUN BANK



Maybank I-Islamic : 156012155212



BIMB Mudharabah : 08068020481658
BIMB Wadi'ah : 03027020279900



BSN I-GIRO : 1011641000015536
BSN GIRO : 0310029000686947

Segala sumbangan saya ucapkan Ribuan terima kasih.