Isnin, 31 Disember 2007

Ahlan wa Sahlan, adik persijilan DQ-UIAM 08/09

Selamat Datang diucapkan kepada adik-adik persijilan DQ-UIAM sesi 2008/2009. Antum semua adalah golongan yang terbaik antara yang terbaik. Buktikan antum adalah Huffaz profesional. Dibahum antum semua terpikul tanggungjawab terhadap ibubapa, diri sendiri dan paling penting, kepada agama.

Siiruu 'ala barakatillah.

Tahniah PLKN, tapi..?



Tahniah diucapkan kepada Program Latihan Khidmat Negara kerana berjaya melatih anak-anak muda untuk menjadi anak muda cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun persoalan yang harus dijawab oleh mereka yang terlibat, Khidmat Negara sudah ada, mana Khidmat Agama..? sedangkan tema kita, berkhidmat untuk agama, nusa dan bangsa. Tiba-tiba, tanpa Khidmat Agama, Khidmat Negara mendahului. Mungkin mereka beralasan bahawa mudi-mudi sekarang kehilangan semangat patriotik, kita jawab, anak muda lebih dahagakan kesedaran beragama. Ini kerana kesedaran beragama dan pegangan serta pemahaman yang jelas kepada agama akan melahirkan golongan muda-mudi yang cintakan Negara. Setiap agama akan mengajar penganutnya utnuk menyayangi agama.

Menjadi suatu yang amat pelik, apabila orang yang cerdik pandai tidak melakukan perkara yang untung, minum air sambil menyelam dalam perkara ini. Sepatutnya mereka mengadakan Khidmat Agama yang pasti akan melahirkan muda-mudi yang ‘khidmat negara’. Seperti yang mereka lakukan dalam hal-hal lain.

Kepada adik-adik yang bakal mengikuti program Khidmat Negara, jangan lupa berkhidmat kepada diri sendiri dengan memenuhi kewajipan dan menjauhi perkara yang bakal merosakkan anda. Sayangilah diri sendiri. Anda sedang melakukan kerja yang mulia, berkhidmat untuk Negara, jangan cemari kerja mulia itu dengan dosa dan nista. Penuhilah kehendak agama dan Negara serentak. Jadilah pemuda dan pemudi agung.

Rabu, 26 Disember 2007

Kenapa nak hafal quran?

Kenapa nak hafal Quran…? Soalan yang mesti dijawab oleh mereka yang mengahafal Al-Quran, terutamanya di Maahad Tahfiz ataupun Kolej Tahfiz. Apakah matlamat yang menjerumuskan mereka ke dalam bidang Huffaz…? Lalu banyaklah jawapan yang diterima. Semuanya mempunyai matlamat yang berbeza, tapi agak sama. Ingin menjadi golongan yang boleh mensyafaatkan ibu-bapa. Tu kira eloklah.

Ditanya kepada ibu bapa, kenapa mendaftarkan anak-anak mereka ke Maahad Tahfiz..? juga banyak jawapannya.. tapi masih tidak berbeza. Mereka ingin menumpang tuah syurga anak-anak mereka kelak. Mereka ingin dipakaikan mahkota di akhirat kelak.

Ditanya kepada pengasas dan pengarah Maahad Tahfiz, apakah tujuan utama menubuhkan Maahad Tahfiz, jawapannya juga sama, nak lahirkan generasi yang dapat menjaga Al-Quran, masyi dan cair dalam hafalan mereka. Tidak kurang yang berorientasikan keuntungan kerana institusi Tahfiz agak memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Namun secara jujurnya, kesemua jawapan yang saya terima amat menyedihkan. Mereka meletakkan generasi Hufffaz dibawah tempurung kejumudan dengan memisahkan mereka dari kehidupan dunia. Memenjarakan mereka dari dunia yang amat memerlukan khidmat mereka.

Realiti dunia pada hari ini, golongan huffaz dipandang sepi dan dianggap jumud serta ketinggalan. Mereka digambarkan hanya mengadap kitab-kitab dan membaca Al-Quran sepanjang masa. Tugas mereka hanya untuk menjaga tiang-tiang masjid.

Golongan huffaz seolah diharamkan dari bidang profesional, dipisahkan dari arus massa, dibuang jauh dari arus teknologi. Dihijabkan dari melihat hakikat dunia luar. Sedangkan dunia sekarang amat memerlukan golongan huffaz profesional untuk mengislahkan keadaan kepada apa yang diajarkan oleh Al-Quran.

Huffaz reformis yang mampu mencetus arus reformasi dalam masyarakat supaya menjadi masyarakat yang unggul.

Huffaz yang boleh ‘mensyafa’atkan’ bukan sekadar sepuluh orang, bahkan beribu-ribu dan berjuta-juta melalui kefahaman yang mendalam kepada isi kandungan AL-Quran dan berkemahiran tinggi dalam mengaplikasikan teknologi sebagai alat bantu dalam medium dakwah mereka. Huffaz yang mampu mengeksploitasi dan menterjemahkan pelbagai bidang professional sebagai medan dakwah mereka.

Apalah sangat ertinya menghafaz Al-Quran kerana nak menjaganya. Manusia tak perlu manjaga Al-Quran. Allah telah berjanji menjaganya hingga hari Qiamat. "sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-quran dan kamilah yang akan menjaganya." Al-Hijr : 9.

Tugas manusia adalah untuk mempraktikkan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Menerapkan ajaran Al-Quran dalam masyarakat. Mengajak masyarakat untuk mendalami apa yang diajar oleh Al-Quran, mempraktikkan method yang dibawa Al-Quran dalam seluruh kehidupan kerana memang ianya sesuai dengan kehidupan manusia dari awal penurunannya hingaa hari Qiamat. Pendekatan yang dibawa oleh Al-Quran tidak akan ketinggalan zaman.

Jangan harap untuk mensyafaatkan sepuluh orang andai hanya mengahafaz Al-Quran seperti burung kakak tua. Masyi tanpa mengerti apa tuntutan Al-Quran. Hebat ingatannya tanpa mampu menurut ajaran Al-Quran. Lebih-lebih lagi sekiranya masyi dan dalam masa yang sama, melanggar ajaran dan saranan Al-Quran. Tambahan pula, tidak ada hadis yang warid menyatakan bahawa –al-hafiz- dapat mensyafaatkan ahli keluarganya.

Pengertian syafaat yang sebenar adalah apabila si huffaz itu mampu untuk menerapkan apa yang dibaca dan dihafal dari Al-Quran, seterusnya mempraktikkan ajaran Al-Quran kedalam diri mereka dan kepada golongan sekelilingnya sehingga mereka betul-betul menuruti apa yang dikehendaki Allah. Inilah ‘syafaat’ hakiki. Menyelamatkan ummat dari terjerumus ke dalam neraka. Lisanul hal adalah lisan yang paling berkesan. Yang penting, menerapkan intipati Al-Quran dalam diri sendiri sebelum menerapkannya ke dalam diri orang sekelilling dan masyarakat.

Kata seorang pemimpin gerakan islam, “tegakkanlah islam dalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak dalam wilayah kamu”

Apa ertinya mahir qiraat pada zaman gelombang pancaroba yang di bawa oleh pelbgai pemahaman sesat yang telah menelan umat ini.

Kita perlu pandai membezakan antara yang penting dan yang paling penting.

Satu kata-kata yang amat baik nilainya, dari Ibnu Taimiyyah, “ bukanlah orang cerdik kalau dia hanya tahu yang baik dari yang buruk, bahkan orang yang sebenar cerdik ialah orang yang mengetahui yang terbaik dari yang baik dan yang terburuk dari yang buruk”.

Ilmu Qiraat bukan tidak penting, tetapi ada ilmu yang lebih penting. Ilmu qiraat dan tarannum boleh diklasifikasikan sebagai tahsinaat sedangkan ilmu kepakaran dalam bidang-bidang lain seperti usul agama dan bidang prifesional lain adalah ilmu hajiyyat bahkan Dharuriyyat.

Bukan untuk menafikan kepentingan masyi quran, mahir tarannum dan qiraat, tetapi ada agenda yang lebih penting untuk dilaksanakan.

Pengertian hadith "sebaik-baik kamu ialah yang belajar al-quran dan mengajarkannya", janganlah disempitkan dalam pengertian yang beku.

Maksud yang dibawa melalui hadith itu lebih luas. Bukan sekadar untuk belajar membaca Al-Quran dan hukum yang berkaitan seperti tajwid, qiraat dan tarannum. Bahkan ilmu-ilmu lain yang terkandung dalam al-quran seperti sains, geografi, biologi, kimia, psikologi dan ilmu kejadian alam. Bahkan banyak lagi. Menjadi satu perkara yang amat merugikan sekiranya penghafal Al-Quran tidak merebutkan peluang yang sudah berada di depan mata.

Buka mata, tanya hati. Fikir-fikirkan.

Baca Juga :

Kenapa Nak Hafal Quran (Aulawiyyat)
Kenapa Nak Hafal Quran (Forum)

Bila Ustaz Merokok

Ustaz merokok? Biasa la. Saya pernah tengok ustaz kat kampong isap rokok daun. Tok guru kampong pn ikut hisap sekali. Tapi bila melihat ustaz professional yang bertaraf pensyarah kolej, HAFIZ QURAN, berpendidikan tinggi merokok, saya menjadi hilang kepercayaan kepada mereka. Thiqah untuk wala’ hilang seratus peratus. Dalam kuliah, dia berdegar-degar menekankan tetang disiplin dan adab-adab seorang hamalatul quran.
Dalam islam mengajar konsep dakwah bil hal. Kata pepatah inggeris, Action speak louder than speech, : perbuatan lebih lantang bersuara dari kata-kata kita. Mana hilangnya konsep itu pada pendakwah ini?
Kalau ustaz tua di kampung, saya masih boleh memaafkan mereka. Mereka tak tahu akan kebahayaan kretek, mereka tak hisap ciggarret, mereka tak tolong yahudi. Tapi, bila ustaz muda yang berpendidikan tinggi, pandai dalm banyak bidang, petah berkata-kata dan menghalang orang lain merokok, menentang kejahatan yahudi dan US, saya terus menjadi marah. Tambahan pula dia merupakan golongan kaum kerabat saya, Al-Hafiz. Hafaz Al-Quran 30 juz. Mana dia nak letak maruah seorang hamalatul quran.
Firman Allah, “adakah patut kamu menyuruh orang lain membuat kebaikan sedangkan kamu melupakan diri sendiri dan kamu merupakan pembaca kitab(Al-Quran), bukankah kamu orang yang berakal? Ayat ini menjadi ancaman kepada pembaca dan penghafal AL-Quran bermakna mereka yang tahu halal-haram satu perkara dan tahu akan kewajipan seorang manusia serta tahu kewajipan mereka di dunia terhadap Allah, Rasul dan KitabNya. Namun golongan inilah yang banyak menconteng arang kepada islam. Walaupun segelintir, kesannya amat berat.
Di sebuah kolej, seorang pensyarah yang memegang fortfolio dalam disiplin merokok. Saya memang hilang thiqah bila tahu kadaaan sedemikian. Apabila pelajar merokok, berbagai hujjah yang dia gunakan untuk mendakwah plajar tersebut. Namun langsung tidak berkesan. Sehingga kami sebagai pimpinan menjadi pening. Pelbagai usaha telah dibuat, namun jumlah yang merokok makin bertambah.
Teringat satu hadith Nabi Muhammad’ “al-mar’u ‘ala diini mulukihi.” Individu itu mengikut perangai pemimpinnya. Saya bermuhasabah sendirian, adakah perokok dalam saff kepimpinan yang saya pegang sekarang. Tiada. Sahlah, bahawa yang menjadi punca adalah pemimpin yang lebih tinggi. HEP. Bila pegawai HEP merokok, walau bukan dalam kawasan kolej, tetap memberi kesan kepada Akhlak rakan-rakan kami. Allah itu maha melihat. Haram suatu perkara tidak bergantung kepada tempat dan sempadan. Tambahan pula tanggapan masyarakat awam kepada pembawa Al-Quran yang digammbarkan oleh Sayyid Qutb sebagai generasi Al-Quran yang unik.
Apabila pimpinan merokok, jangan takut sekiranya anak buah menagih dadah. Seperti pepatah kata, “guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari”. Bagaimana nak membendung orang bawahan dari merokok, sedangkan orang atasan yang menjadi contoh masih merokok. Bagaimana nak menahan mereka dari merokok, bila mereka beralasan, “HEP PON MEROKOK”.
Ambillah iktibar dari kisah ini. Bukan tujuannya untuk menghina mana-mana pihak, tapi untuk kebaikan bersama. Moga umat ini masih mendapat kekuatan untuk menerima teguran, meski dari hamba Habsyi yang hitam legam.

Seorang Ibu..tiada duanya..

Seorang ibu tunggal muda, punyai dua cahaya mata, tunggal keduanya, sulung lelaki, bongsu perempuan. Harapan menggunung ingin melihat kedua cahaya matanya Berjaya, hebat dimata dunia, hebat di pandangan Pencipta. Mendidik anak bukan kerja mudah. Tambahan anak lelakinya yang sentiasa liar memberontak. Tidak mahu dididik. Terasa terkongkong andai bersama keluarga.
Namun hasrat si ibu masih menggunung ingin melihat anaknya menjadi anak soleh. Berbagai pengorbanan dilakukan. Pelbagai teknik dan cara telah dipraktik, dari selembut bicara hingga sekeras rotan kayu ara. Si anak tetap berdegil. Ingin hidup dalam dunia sendiri.
Akhirnya, bila tamat persekolahan di peringkat rendah, si ibu merancang untuk menghantar anak kesayangannya di taman syurga, Maahad Tahfiz. Si anak yang mulanya memberontak, akur setelah menerima pujukan dan rayuan dari kaum kerabat.
Namun dunia kepuraan tidak tahan lama. Walaupun saat awal terpisah, airmata membuak-buak. Si anak tetap memberontak meski dalam diri sendiri. Berada di Maahad Tahfiz, si anak semakin liar dek kerana gerak-gerinya terlindung dari mata bonda. Peraturan dilanggar sesuka hati. Amanat untuk belajar dipandang sepi. Asyik sendiri dalam dunia remajanya.
Saban minggu, si ibu pasti datang bersama kereta buruknya membawa makanan kegemaran anak lelaki kesayanganya. Menatap wajah anak, kekadang airmata kasihnya tertumpah. Perasaan kasih terhadap anaknya membuak. Inginnya suatu masa melihat jantung hatinya menjadi insan berguna. Namun si anak masih berdegil. Duit poket diselupkan ke dalam poket baju si anak setiap kali mahu pulang. Dahi si anak dikucup sedalam-dalamnya.
..............................

Dalam dakapan malam pada satu dinihari, tika sejuk mengigit badan, kepala bagai ditekan-tekan si anak teringat si ibu tercinta. Di gapai tangan rakan sebiliknya. Demam menjadi-jadi. Si ibu dipanggil saat tengah malam. Tanpa sebarang alasan, si ibu tiba sejam kemudian. Di hantar ke klinik. Kasihnya ibu tanpa sempadan.

PERANCANGAN TUHAN

Dalam satu cuti panjang sempena Pilihanraya ke-9, si anak terjumpa satu buku catatan kelas kafa. Buku buruk itu menarik perhatiannya. Tidak tahu kenapa. Mungkin naluri kuniaan ilahi. Catatan tangan berdakwat jingga menarik perhatiannya.

..............................

15 Januari 1999.
Hari ni aku check gaji fardhu ‘ain, tak masuk lagi. Lepas ni nak pergi melawat anak kesayangn aku. Tapi duit yang tinggal hanya untuk bayar duit bas adik. Berhutang duit kutu RM50. Beli milo dan biskut, minyak kereta, duit poket. Habis.
Gajiku setiap bulan hanya RM250.
Yuran Maahad Tahfiz - RM 130
Minyak kerata - RM 40
Duit poket - RM 40
Makanan tambahan - RM 30
Baki untukku hanya RM 10. Semuanya kucurahkan untuk anak lelaki ku tercinta. Pernah aku ditegur oleh kawan-kawan,

"kenapa terlalu kerap menjenguk anak…?"
"Kalau tak boleh terpisah, bawak balik sekolah kat rumah, lagipon sekolah pondok, nak kerja apa bila besar..?"
"macammana nak tanggung ibubapa dan anak bini…?"
Mungkin mereka tidak tahu keadaanku, ini anak lelaki kesayanganku. Harapan terbesarku bukan hanya untuk menumpang kesenangan dunia, bahkan akhirat kelak. Aku melawatnya setiap minggu bukan untuk memenuhi tuntutan rinduku. Tapi aku takut anakku akan merindukanku sehingga tumpuannya untuk belajar terganggu. Aku rela berabis duit untuk pelaburan demi kebahagiaan anak-anakku.”


Tanpa disedari, air mata si anak tumpah laju. Terkenang sikapnya terhada bondanya. Disaat itu, dia memasang tekad untuk tidak lagi mengecewakan ibunya tercinta. Kejayaan demi kejayaan di gapainya. Hingga dia mencapai gelaran Al-Hafiz dua tahun kemudian. Pelajar terbaik SMU 2004, pelajar terbaik SPM pusat DC 304 2005. Dia Berjaya membuatkan ibunya menitis airmata kegembiraan. Ibunya tidak lagi hina di mata masyarakat. Bahkan menjadi sanjungan, Berjaya mendidik anak menjadi insan soleh. Terima kasih ibu. Jasamu akan ku ingat hingga hujung nyawa. Itulah ibuku. Ibu contoh yang menjadi inspirasi hidup.

Sahabat dan rakan yang dikasihi, sayangilah ibumu..dia amat menyayangimu.
Hebat kita di mata rakan tidak semestinya kita hebat di mata TUHAN. Namun hebat kita di mata ibu, mengundang redha tuhan yang menjadi resipi utama kejayaan insan.

Pulanglah di Hari Raya. Ibumu menanti nun di desa.

ISO: idea susahkan orang..?

“Khairunnaas, anfa’uhum linnaas”. Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia. “Addiinu yusrun”, bermaksud : agama itu mudah. Dua hadith ini memberi satu penekanan kepada manusia sebagai khalifah dan ‘abid di muka bumi ini untuk mengikuti dua syarat ISO dari Allah dalam menjalankan setiap gerak kerja yang dilakukan untuk mentadbir dunia ini. Segala yang disarankan oleh agama adalah untuk manfaat dan kesenangan manusia.
Setelah hampir setengah bulan, saya memerhati apakah kesan dari MS:ISO kolej saya, adakah bertepatan dengan prasyarat dari pencipta alam, ALLAH S.W.T. Ianya menjadi kayu ukur yang penting bagi saya kerana kolej kami adalah kolej yang bidang hardcorenya ialah Al-Quran dan majoriti pegawai dan ahli eksekutifnya ialah golongan agama yang berjanji setia lima kali sehari untuk menjadikan segala amalan hariannya kerana Allah semata-mata. Inna solati wanusuki wamahyaaya wa mamati lillahi rabbil alamin.

.............................


Saya memulakan langkah pertama dari rumah dengan hati yang penuh dengan pengharapan baru bahawa ISO yang dilancarkan bakal memberi kemudahan dan kesenangan kepada semua pihak. Dalam perjalan menaiki bas catar Ekspres Transnasional yang kapasiti enjin berjenama MAN buatan Jerman itu tidak kurang dari 12000 cc, saya berbual-bual dengan beberapa kawan, mengharapkan masa depan kami di kolej lebih selesa dan tenang tenteram.

Segalanya hancur, harapan musnah apabila bas kami tiba di pintu pagar besar kolej. Arahan Pak Guard supaya bas yang kami naik hanya berhenti di perkarangan masjid meresahkan banyak pihak. Sedangkan perjanjian dengan pihak terlibat sebelum balik bercuti adalah untuk membenarkan bas masuk hingga ke kawasan asrama. Saya menjadi terkejut dan agak kebingungan mengingatkan perjanjian tersebut. Siapa pula yang mengubah kebenaran bertulis itu? Tambahan lagi, seperti kebiasaan, apabila balik bercuti, kami akan berbekal dengan pelbagai keperluan dan makan dari kampung untuk dikongsi bersama dengan sahabat di kolej. Paling kurang, satu beg besar. Setelah berunding dan menghubungi pihak terbabit, bas kami dibenarkan masuk. Saya menarik nafas lega.
Namun, seorang sahabat memberitahu bahawa bas kedua, (sebelum bas kami) hanya berhenti di masjid kerana dihalang oleh pihak keselamatan disebabkan arahan atasan. Rakan-rakan yang keletihan menempuh perjalanan selama 12 jam itu terpaksa memikul bebanan termasuk sahabiah dari muslimat yang rata-rata membawa komputer untuk persediaan menyiapkan tesis. Kesian muslimat. Ada seorang rakan saya dari Pasir Mas yang bertubuh kecil molek terpaksa memikul 3 kotak barang disamping dua beg besar dari masjid ke asrama yang jaraknya hamper 300 meter dalam keletihan. Bayangkan, mungkin ISO kami sememangnya Idea Susahkan Orang. Saya menyuarakan kepada pihak keselamatan. Namun mereka mendakwa menerima arahan untuk berbuat demikian dari pihak atasan. Mungkin pihak pentadbiran yang bertanggungjawab keatas ISO.
Lebih memeranjatkan lagi apabila diberitakan bahawa pada sebelah petang tersebut, deretan ibubapa beratur di pintu utama kerana dihalang masuk. Saya bukan mahu mempertikaikan undang-undang, tapi saya mementingkan nilai perikemanusiaan. Deretan ibubapa ditahan kerana mahu menghantar anak-anak mereka di ‘taman syurga’. Apalah mudharatnya sekira ibubapa dibenarkan. Bayangkan kalau perkara ini berlaku kepada anda wahai ibu dan bapa mithali…
Suatu ketika, semasa masalah Prebet dan Ibubapa dihalang masuk, saya pernah berjumpa dengan pihak terlibat. Mereka beralasan bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku. Satu alasan yang tidak konkrit dan tidak sepatutnya diberikan oleh mereka authority dan berkaliber.
Arahan dan larangan yang dikeluarkan secara mengejut itu menyusahkan banyak pihak. Ibubapa merungut, para siswa/wi gelisah dan pihak keselamtan tersepit antara tugas dan perikemanusiaan. Tambahan pula, ketiadaan alasan yang konkrit itu menyebabkan kami sangsi dengan arahan yang diberi. Beberapa kali meminta penjelasaan, jawapan tetap sama.
Sepatutnya, sebagai golongan yang faham Al-Quran mengambil pengajaran dari method Al-Quran dalam menetapkan satu arahan dan keputusan. Pengharaman Arak didalam Al-Quran dibuat dengan secara berperingkat dan ansur-ansur disamping memberi alasan kukuh terhadap pengaharaman itu. Mudharat melebihi manfaat yang ada.
Saya terfikir, apakah mudharat yang bakal menimpa sekiranya ibubapa dan bas dibenarkan masuk kekawasan asrama? Apakah kesan buruk yang bakal diterima sekiranya prebet dibenarkan masuk kekawasan kolej.
Selain itu, pengharaman sesuatu perkara menurut Al-Quran juga diberi inisiatif lain seperti pengharaman riba digantikan dengan halalnya jual beli. Mana inisiatif pengangkutan kami sekiranya prebet diharamkan? Melihat sahabat memikul beban berat dari pintu pagar utama untuk ke asrama, hati terasa pilu… tambahan pula melihat sahabiah yang berada dalam keadaan demikian.

Fikir-fikirkanlah. Saya yakin semua pihak tahu baik buruk sesuatu perkara. Jadi, gunakanlah timbang-tara yang baik dalam memutuskan sesuatu perkara. Janganlah sehingga untuk memudahkan setengah pihak yang minority, golongan majority tertindas.

Marilah sama-sama kembali kepada ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

SAYA SOKONG PEMUDA UMNO

Bila mendengar berita dari corong media elektronik melalui stesyen swasta, bahawa pemuda umno melalui pimpinannya, mendesak pihak polis dan KPN untuk memberi penjelasan tentang kedudukan kes adik Nurin Jazlin, saya amat bersetuju. Mereka juga turut mendesak supaya pihak polis lebih menumpukan perhatian kepada masalah jenayah yang semakin meruncing sekarang.
Memang betul pun, dalam menuju 200 tahun perkhidmatan polis di Malaysia, pihak polis sekarang seolah-olah kehilangan matlamat dalam meneruskan misi menjaga keselamatan Negara. Mereka menjadi ‘bingung’ dalam nak menentukan priority kerja mereka. Masalah dan jenayah dalam Negara meruncing. Rasuah pemimpin Negara, Babi tak berlesen, rogol, kemalangan maut, bunuh, penderaan seksual, pegawai-pegawai terlibat kes bunuh, perhimpunan aman, perhimpunan tak aman, demontrasi rakyat dan sebagainya.
Semakin banyak masalah yang timbul, semakin menyepi KPN dalam pejabatnya. Kes Nurin tergantung tanpa penyelesaian. Kes tembak rakyat menjelma. Kes BABI tergendala, rakyat bangkit bersuara. Polis menjadi daging burger yang terhimpit di antara dua roti, roti negarawan dan roti Negara-wang. Mereka tersepit antara kebenaran dan kebathilan, antara kebenaran hak rakyat dan kepentingan individu, antara tugas bergaji dan keadilan yang pahit.
Memang berat memikul tugas sebagai seorang anggota keselamatan. Tugas 24 jam, gaji yang rendah, masa terhad untuk bersama keluarga, banyak peraturan yang mengikat kehidupan mereka. Semuanya menekan mereka untuk patuh dan taat. Mereka terhimpit sehingga terpaksa mencari duit ‘luar’. Kesian.
Saya amat bersimpati dengan pegawai keselamatan. Semua pihak menuding jari ke arah mereka. Tauke Babi marah kerana ‘disergah’ polis, rakyat marah polis kerana tak ambil tindakan. BERSIH mengutuk polis menzalimi rakyat, menjadi barua kerajaan menindas rakyat. Ayah Nurin masih tertunggu-tunggu, bila pembunuh anaknya ditemui dan dihukum.
Polis kehilangan wira mereka. Tiada lagi Kulaisingam ke-2 setelah mendiang Kulaisingam meniggal dunia sebulan lepas. Mereka tercari-cari wira baru untuk mengembalikan wajah bersih polis. Mengembalikan keperwiraan mereka untuk menarik kembali kepercayaan rakyat yang semakin luntur setelah marua polis dicalar dengan pelabagai peristiwa.
Beribu-ribu kes yang tiba, ribuan yang selesai, ribuan tergantung tanpa penyelesaian, ribuan lagi kes berulang. Hukuman dan denda yang dikenakan tidak memberi kesan. Masakan mereka mampu untuk menjaga dan menyelia manusia, sedangkan mannual operating dari pencipta manusia untuk mentadbir manusia diabaikan. Mereka mengenepikan Al-Quran dalam tugasan mereka seharian. Samalah kejadiannya apabila manual operating Perodua digunakan untuk Proton atau Manual kapal digunakan untuk meneliti struktur sebuah motosikal.
Fikr-fikirkanlah.

Sabtu, 22 Disember 2007

Rutin Hidup Saya Berubah..?

Cuti kali ini tak seperti biasa, segalanya berubah. Rutin harian saya tidak seperti dulu. Kini saya terpaksa memenuhi jadual dengan memenuhi jemputan dan undangan di samping menjaga empat ekor lembu. Teringat masa kecil, saya pernah memelihara seekor beruk. Beruk betina yang dibelai oleh arwah datuk secara kebetulan dari seorang tukang urut. Beruk itu memang jinak. Setiap hari kena jaga beruk. Mandikan, bagi makanan. Sekali sekala, bawa ke sungai untuk berenang, katanya untuk merenggangkan tulang dan menghilangkan lenguh memanjat kelapa.





Setiap petang atau hujung minggu, saya akan ambil upah memanjat kelapa. Upah sekadar 5 sen sebiji. Agak menyeronokkan. Tapi beruk tu kena bagi makan secukupnya untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya. Bawa bekal dan makanan yang secukupnya. Paling penting, bawa tali panjang. Naik kelapa bunyinya mudah, tapi tak semua pokok kelapa bolh dinaikki. Kalau yang ada kerengga, memang beruk tu tak nak naik. Walau dicucuh ‘karak’ sekalipun.


Pernah sekali, pada satu petang sewaktu balik dari ambil upah, saya mengheret beruk dengan -tali panjang. Tiba-tiba ada lori datang dengan lajunya. Dek kerana terkejut, beruk tu melompat dan mendakap badan saya. Saya yang juga terkejut beruk takut kena gigit lekas-lekas menolak kepala beruk tu.. tup-tup jari masuk dalam mulut dia, apalagi, memang kena gigit la... sampai sekarang, kelingking kiri saya masih bengkok dan masih terdapat kesan gigitan taring beruk tu. Pedih-pedih.
Ada juga cerita beruk terlepas. Entah macam mana petang tu, bila nak bagi makan, tengok-tngok beruk dah hilang... sudah!! Mana nak cari. Tiba-tiba dapat panggilan talifon, beruk dok makan roti di dapur jiran. Habis kecoh satu kampung. Saya gak kenamarah sebab tak reti jaga beruk.
Hai, memang malang nasib diri. Jaga itik, itik masuk dalam petak padi semaian orang, kena marah. Jaga kambing, kambing terlepas, makan pokok terung jiran, kena marah. Pantau lembu, kena tanduk kat pinggul sampai biru, sakit. Kopek kelapa, tertusuk kat leher, sampai sekarang masih berparut. Semuanya berlaku semasa saya masih kecil. Terimbau kenangan itu ketika memberi lembu-lembu makan. Tak lama lagi 3 ekor kena sembelih. Tinggal la sekor. Ringan sikit beban ayah naka jaga lembu.
Bila terkenang kisah lama, teringat arwah datuk dan nenek. Terbayang wajah arwah ayah tercinta. Rawan hati, sebak dalam jiwa. Mereka telah lama pergi. Dan kita? Pasti bakal menyusul. Apakah bekal yang kita ada untuk hidup disana. Tidak ada matawang lain untuk berurusan di barzakh dan mahsyar, kecuali matawang yang bernama pahala. Pahala hany boleh diperolehi jika kita menjunjung perintah ALLAH dan meinggalkan larangannya. Perintah, suruhan dan larangan Allah hanya terdapat dala Al-Quran dan Hadith. Oleh itu, berpeganglah kepada keduanya, jangan sedikitpun amalan kita yang tersasar dari keduanya.
Rutin saya rupanya masih seperti dulu, hamba Allah selaku Khalifah di muka buminya. Cuma kerja yang saya perlu lakukan agak berbeza. Sesuai dengan berbezanya saiz badan dan umur saya. Paling penting, sesuai dengan tanggungjawab yang saya pikul sekarang. Tiada lagi hobi yang memenuhi ruang masa kosong. Semuanya dipenuhi kewajipan dan tugas yang tak habis-habis. Selagi jasad memikul roh kurniaan Ilahi.

Malaysia Berdarah lagi, saya gembira...

Malaysia berdarah lagi. Seluruh muslimin merayakan hari pengorabanan terbesar. Hari ini juga di Tanah Haram, umta islam berhimpun secara aman berdemontrasi memerangi kejahatan syaitan. Mereka melontar batu beramai-ramai ke pusat Jamrah. Menelusuri kisah Nabi Ibrahim merejam Syaitan.
Seperti biasa, setiap kali perayaan, pasti malamnya kami sekeluarga tidak tidur. Berjaga untuk menyediakan makanan dan persiapan sepatutnya untuk menerima tetamu pada keesokan hari. Masing-masing mempunyai portfolio sendiri. Saya membersih dewan solat Surau As-Syakirin, menghias rumah dan istimewa di ‘Idul Adha, mengasah pisau-pisau untuk digunakan keesokannya. Sebelum tidur, semak teks khutbah dan meng’editnya’ ikut keperluan semasa.
Solat sunat berlangsung tepat 8.15 pagi, khutbah hari ini agak panas dengan isu perhimpunan ‘bersih’, analogi yang saya bawakan dari ibadah haji di Tanah Suci. Masing-masing terlopong mendengar kenyataan saya, “demontrasi, rukun islam ke-5”. Namun, dengan hujjah-hujah dan contoh yang saya bawa, kerut dahi mereka semakin hilang. Baru terbuka mata.
Seusai sahaja khutbah, para jemaah akan sama-sama menyantap sedikit makanan di rumah saya. Tradisi yang berlangsung hampir 20 tahun. Makanan sama sejak 5 tahun lepas, lontong. Mungkin bukan makanan tradisi, tapi ia membuat orang yang memakannya tersenyum puas.

………

Lembu-lembu yang tertambat masih mangunyah rumput perlahan-lahan. Tenang seolah-olah tiada apa yang bakal berlaku. Orang ramai kian membanjiri tempat sembelihan dan mengangkat jual beli bersama ayah baruku. Sedikit adat mencelahi.
Saya seperti biasa, menjadi pembantu setia, menjerat lembu dan kekadang turut ‘mengorbankan’ mereka dengan pisau khas yang di tempa sejak berada di Repek lagi. Melihat kesatuan orang-orang kampong bergotong-royong melapah dan mengupas lembu sembelihan, hati terasa tenang. Masih ada nilai perpaduan dalam masyarakatku. Tiada perbezaan pendapat. Kekadang diselangi deraian ketawa riang dek lawak spontan hadirin.







Dalam keriuhan melapah belulang lembu ke-2, hanphone Nokia 6233 bergetar. Adik bongsu Gegar ditalian, Azan.
“salam. Se dok mano tu..?
“dok dighumoh la”
“ze dok depe ghumoh se ni…, tapi kheto takdok..”
“ada”
Saya berlari pantas ke bahagian depa rumah. Azan memang disitu. Terfikir dihati, kenapa dia datang pada pagi hari raya ini..?
“ mari mano..?
“alah nok gi ghumoh tok di Pasir Mas, tapi bila lalu kok ni, rasa bersalah pulok kalau tak singgah di rumoh abang ze sorey ni…”
Saya tenung mata ‘adik bongsu’ku itu dalam-dalam. Jawapan yang diberi tadi sedikit sebanyak meruntun hati ini.. perasaan kasih sayang islam yang diikat dengan tali tauhid. Kukuhnya ibarat Uhud yang masih utuh walau dilanda perang gergasi. Berjalan ke kereta, berjumpa mata dengan ibu, ayah dan abang-abangnya. Sekali lagi hati tersentuh mendengar kata-kata mereka..
“Sayang sangat Azan kat kawan dia, bersungguh-sungguh mintak nak singgah..” kata ibunya..
“bukan kawan la mama, Abang…” balas Azan.
Dalam kereta, Im yang saya kenal terlopong.
“haa abang, lupa pulak” Balas ibunya lagi.
Andai saya dapat membuatkan semua orang terasa seperti yang saya rasakan sekarang, sudah tentu dunia ini aman. Tidak ada lagi perselisihan faham. Semuanya boleh bertolak ansur. Indah sungguh Ukhuwah fillah. Sukar untuk menjelaskan atomnya, payah untuk menfsirkan nukleusnya. Yang pasti, sel-sel tauhid yang mengikat kami. Semuanya kerana DIA.

………

Kembali ke tapak sembelihan bersama adik beradik tiri, hilai tawa berderai apabila ada mulut yang spontan memberi respon, menafsirkan kejadian secara selamber. Riang di mata bersama mereka, namun hati ini masih teringat ukhuwah kukuh GEGAR, seorang demi seorang wajah ahli GEGAR dan sahabat seperjuangan meniti melintasi ruang fikiran. Indanhya jika semua bersamaku tika ini.

DEMONTRASI: rukun Islam ke-5

Demontrasi, kalimah yang amat menggerunkan. Terutama bagi mereka yang mempunyai kesalahan dan kepantingan serta kekuasaan. Namun itulah yang diajar oleh islam. Sehinggakan islam menjadi penganjur demontrasi yang paling besar di dunia, ibadah haji di Makkah.
Setiap tahun, pada tanggal 10 zulhijjah, berpusu-pusu umat islam akan menuju ke Tanah haram untuk ber‘demonstrasi’ (berhaji) dengan kemuncaknya mengadakan satu perhimpunan raksasa yang langsung tidak memerlukan permit dan keizinan dan tidak mendatangkan apa-apa kerosakan kepada bumi AL-Haram itu.
Rukun islam yang ke-5, adalah contoh tunjuk perasaan yang diajar oleh islam. Demo untuk menentang kebathilan, menentang tahghut, berkorban demi agama, menuntut hak yang menjaminkan pahala yang amat besar sehingga ada riwayat mengatakan, “tidak ada ganjaran bagi haji mabrur melainkan syurga”.
Namun, di negara kita, perkataan demontrasi, tunjuk perasaan dan perhimpunan awam merupakan istilah yang amat dibenci oleh ramai pihak. Mereka memandangnya sebagai salah satu cabang keganasan. Demo digambarkan sebagai ekstremis. Adakah islam menganjurkan umatnya untuk berlaku ganas..? Adakah islam mengajar umatnya menjadi golongan pelampau..? Sekiranya kita tidak bersetuju dengan kenyataan Amerika yang mengatakan islam sebagai agama terrorist., mengapa kita boleh mengatakan demonstrasi sebagai pengganas? Pelampau? Mengapa kita boleh bersetuju dengan orang yang mengatakan mereka ‘beruk-beruk’ jalanan…? Sedangkan mereka menuntut hak mereka yang sepatutnya menjadi milik mereka, mereka menentang kemungkara dan ketidakadilan yang berlaku.
Melalui sejarah islam dan intipati dari sejarah ibadah haji, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ibadat haji yang dikerjakan saban tahun adalah demonstrasi agung yang paling besar. Himpunan agung yang mengumpulkan semua manusia dari segenap pelosok alam tanpa ada perbezaan kasta dan pangkat, tiada perbezaan bangsa dan warna kulit untuk berhimpun menuntut hak keredhaan dari Allah, menentnag kemungkaran syaitan, menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat semata kepada Allah.
Bagaimana sa’ei sempena mengingati kisah Siti Hajar mencari air untuk anaknya mengajar kita berkorban. Mengajar pemimpin untuk bersusah payah demi kesenangan rakyat jelata. Bukannya bersenang-lenang denga harta kekayaan yang di’rompak’ dari duit rakya.
Wuquf di Arafah yang panas membara menggambarkan suasana Mahsyar, mengajar kita bersatu hati, meninggalkan pangkat, kekayaan, protokol dan kepentingan untuk sama-sama berada dalam satu perhimpunan agung tanpa membawa apa-apa kepentingan duniawi dengan pakaian seragam putih tak berjahit. Raja menanggalkan mahkota kedaulatan dan keagungannya, Presiden memecat kot mahalnya, PM meninggalkan istana mewah dan kereta canitk, Panglima meniggalkan bintang-bintangnya penghormatanya berwuquf bersama faqir miskin tanpa sebarang hijab. Perjuangan hak asasi manusia.
Melontar Jamrah mengingatkan kepada kisah Nabi Ibrahim melontar batu mengahalau syaitan, memberi pengajaran kepada umat islam supaya menentang syaitan dan thaghut yang menjadi penghalang baginda dari menunaikan sururhan Allah, mendirikan syariat islam secara syumul. Namun perlu ditegaskan bahawa syaitan itu dari dua jenis, ada yang berasal dari jin dan ada yang berupa manusia.
Tawaf mengajar semua manusia berkiblatkan satu matlamat, seperti sembahyang. Bermatlamatkan keredhaan ALLAH semata-mata. Tidak menjadi masalah dalam perbezaan cara dan strategi. Mengenepikan beneffit yang bakal diperolehi semata-mata kerana menjunjung kalimah Allah.
Inilah ajaran islam, mengajar umatnya ‘menunjuk perasaan’. Namun ada prasyarat yang dikemukakan. Seperti mana para penunai haji dilarang dari melakukan kekasaran dan kekerasan. Meskipun dengan hanya mencabut anak pokok yang kecil atau hanya mematahkan dedahannya. Betapa tulus dan adilnya islam. Melengkapi dari segenap penjuru kehidupan manusia dari sebesar-besar agenda pemerintahan sehingga sekecil-kecil adab masuk tandas. Perfect dan lengkap dari segenap segi.
Namun masih ada yang menentang islam semata-mata kepentingan agenda peribadi. Lebih sayangkan perut sendiri dari menyumbangkan kudrat dan tenaga kepada rakyat. Berbeza dengan cara pemimpin ulung dunia yang diiktiraf sebagai pemimpin yang paling hebat dan berpengaruh, Nabi Muhammad S.A.W.
>merupakan juga isi khutbah Masjid As-Syakirinn.puri.

Pesanan Untuk HAJI DAN HAJJAH

Melihat siaran langsung ibadah wukuf di Padang Arafah dari saluran TV yang agak islamik, TV9 dekat dihati. Teruja melihat betapa utuh dan gahnya umat islam. Memakai seragam putih BERSIH berhimpun dalam perhimpunan agung terbesar di dunia. Lautan putih itu melambangkan betapa raminya unmat islam yang mempunyai kesedaran untuk ‘kembali’ kepada penciptanya. Seperti mana gambaran Padang Mahsyar. Mendengar lalungan talbiyyah, “labbaikallaahumma labbaiik,labbaika la syarika labbaik, inal hamd, wanni’mata laka walmulk, la syarika lak” Gemaan itu di sahut pula dengan laungan takbir yang bergema, Allahuakbar kabiira, wal hamdu lillahi kathira, wa subhaanallahi bukaratan wa asiila, la ilaaha illallahu wahdah, sodaqo wa’dah, wa nasoro ‘abadah, wa ‘azza junadahu wahazamal ahzaaba wahdah"
Meremang bulu roma saya mendengar betapa semangatnya ‘haji-haji’ dan ‘hajjah-hajjah’ melaungkan lafaz ikrar dan janji di Tanah Haram. Janji dan ikrar itu menjadi zikir harian mereka sepanjang berada di sana. Sedarkah mereka bahawa lafaz yang merea laungkan itu bererti,
“kami menyahut seruanmu ya allah, seruan untuk tidak menyekutukan mu, segala pujian dan nikmat bagimu. Dan juga kerajaan (langit dan bumi) adalah milikmu, tiada sekutu bagimu”.
“Allah, tuhan yang maha besar,pujian sebanyaknya untuk Allah, maha suci Allah pdai pagi dan petang, tiada tuhan selain Allah, tuhan yang esa, tuhan yang benar janjiNya, tuhan yang menolong hambaNya, tuhan yang meng’izzah’kan tenteraNya, tuhan yang mengahpuskan AHZAB, (parti komponen) secara berseorangan, tiada tuhan selain Allah dan kami tidak mengabdikan diri selain kepadaNya, tulus suci kerana agama (deen), meski dibenci oleh orang kafir, walau dibenci oleh sang munafiq, walau di benci oleh musyrikin”.
Janji mereka untuk taat setia beragamakan Deen Islam dan mengikuti perintah Allah tanpa mengira waktu dan tempat, beriltizam dengan berpegang kepada Al-Quran dan Hadith sebagai panduan kehidupan.
Saya yakin dan pasti, semua pengunjung Tanah Suci terutamanya dari Malaysia pasti melafazkan ikrar tersebut. Mereka menghafalnya semenjak berbulan lamanya melalui kursus dan bengkel bakal haji. Namun masih ada yang sekembalinya ke tanah air masing-masing, mereka juga kembali kepada perangai lama. Menentang ajaran Al-Quran dan ajakan Hadith, melanggar hukum yang ditetapkan Allah. Sedangkan janji mereka untuk hanya berabdi kepada tuhan yang Esa, tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu itu masih panas. Butiran pasir Arafah yang melekat di tapak kaki masih belum tertanggal. Aroma padang pasir masih semerbak. Tanda-tanda HAJI masih jelas. Kepala yang di botakkan setelah selesai tahallul, masih belum ditumbuhi rambut. Namun memang melayu mudah lupa. Janjinya untuk taat setia pada islam sebaga cara hidup juga dilupainya.
Mereka membazirkan duit puluhan ribu untuk pergi menipu, berlakon di Tanah Suci Makkah. Menipu di Tanah yang paling ‘dekat’ dengan Allah. Tiada perasaan bersalah. Mereka tidak berjaya untuk mengambil pengajaran dari pengalaman mereka mengerjakan haji. Pasti haji mereka tidak diterima, jauh sekali untuk mendapat haji mabrur.
Menjadi satu perkara yang pelik, mereka bersusah payah mengumpul duit, berhabis harta sehingga ada yang bergadai semata-mata untuk mengerjakan ibadah yang hanya sekali di wajibkan seumur hidup. Tapi mereka tidak merasa rugi walaupun tidak dapat menyempurnakan tuntutan ibadah ‘mahal’ mereka. Seolah-olah ibadah mereka hanya untuk mendapat title HAJI untuk dibanggakan di kalangan kawan sekerja.
Namun, bila difikirkan kembali, memang mereka seudah lali dalam hal berbohong dan melanggar janji, barangkali. Mereka juga berjanji setia untuk melakukan segalanya aktiviti dalam hidup mereka kerana Allah dalam Iftitah solat mereka.
Oleh itu, saya berpesan kepada mereka yang sentiasa bersolat lima waktu sehari dan secara khususnya kepada pak haji dan mak haji yang akan kembali ke tanah air masing-masing,

“Tunaikanlah janji-janji anda kepada Allah. Jangan lagi menjadi pak haji dan mak haji yang penipu. Jadikanlah Islam sebagai cara hidup anda, ikutilah perintah Allah dan Rasulnya serta jauhilah larangan keduanya. Ingatlah, janji anda adalah kepada Allah, bukan kepada makhluk. Tepuk dada, Tanya iman, jangan Tanya selera, kerana selera itu nafsu, nafsu sentiasa condong kepada kesalahan. Titipkanlah niat murni untuk bertuhankan Allah yang Esa, berpandukan Al-Quran dan Hadith. Ingtlah matawang yang hanya akan laku di DUNIA AKHIRAT adalah PAHALA. Pahala yang di perolehi dari mengkut suruhan dan meninggalkan laranganNya”.

SEKIAN NASIHAT DARI INSAN DHAIF UNTUK SAUDARA SEAGAMANYA.

Sabtu, 15 Disember 2007

MS ISO 9001:2000 Darul Quran, Antara Harapan dan Realiti




Ayat ke-2 surah Al-Mulk, "dialah tuhan yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu semua, siapakah yang paling baik amalannya". Ini mungkin indicator ISO dari ALLAH SWT untuk hambanya. Paling baik amalnya. Mungkin berorientasikan ayat inilah, pihak pentadbiran Darul Quran melancarkan gerak kerja ke arah Pensijilan MS ISO 9001:2000.



Tanggal 14 Disember 2007. Hari ini mungkin amat bersejarah bagi warga Darul Quran. Apa tidaknya, kolej kesayangan kami bakal dianugerahkan sijil MS ISO 9001:2000. Namun mungkin tidak semua yang mempunyai perasaan yang sama. Majlis pelancaran ke arah pensijilan MS ISO 9000:2001 berlangsung dengan begitu meriah. Kehadiran vvip disambut dengan penghormatan dari seluruh sidang dewan. Inilah hari yang amat bersejarah di sepanjang beberapa dekad penubuhan Darul Quran.
Mendengar ucapan dari Pengarah dan Timb.Pengarah (JAKIM) menyebabkan ramai bertepuk tangan. Di dalam hati saya terbayang, apa yang akan berlaku apabila rancangan ini berjalan kelak...? Apakah kehendak pelangan akan betul-betul diambil perhatian, atau sekadar untuk mencantikkan draf cadangan dengan janji-janji dan ayat manis. Sejauh manakah kesan dari perancangan yang dibuat. Apakah matlamat yang digarap selari dengan kehendak agama dan keperluan zaman?
Terbayangkan kejadian-kejadian sebelum ini, rakan-rakan pimpinan diherdik bila bertanya tentang tarikh kemasukan elaun yang tertunggak selama 2 bulan. Terbayang muka bengis dan angkuh pegawai-pegawai yang bertugas di salah satu bahagian pengurusan penting. Terlintas tentang result peperiksaan yang dikeluarkan secara 'paksa' beberapa kali tersilap dan mengundang kontroversi setelah beberapa kali disemak. Terbayang pula makanan dewan makan yang sentiasa tidak mencukupi walupun pada hari cuti.
Sebagai pucuk pimpinan mahasiswa Darul Quran, saya tidak ingin bergembira terlalu awal. Bimbang nanti, kecewa akan menghantui apabila pengharapan tidak tercapai.
Membaca dan meneliti draf ringkas manifestasi MS ISO 9001:2000, tertera beberapa dokumen dan syarat-syarat yang perlu diikuti. Namun, bagi saya ia bukanlah sepenuhnya berorientasikan kesenangan dan kemudahan kepada pelanggan bahkan sebaliknya. Pelbagai prosedur pasti akan mengikat aktiviti-aktiviti siswa dan siswi. Pelbagai syarat mungkin akan dikenakan untuk menambat idea-idea kreatif dan inovatif dari seorang mahasiswa Al-Quran.
Saya bimbang apa yang saya nampak di sebalik MS ISO tersebut. Visi dan misi Darul Quran yang akan diperkukuhkan melalui MS ISO9001:2000 agak tidak menepati kehendak syariat dan keperluan zaman ni. Hasrat melahirkan golongan yang mahir dalam ilmu Qiraat dan ‘masyi’ dalam penghafalan Al-Quran tidak salah. Namun itu hasrat pada awal penubuhannya. Ia seharusnya diubah dan disesuaikan dengan kehendak zaman. Hasrat untuk menjana generasi qari dan qariah yang mahir bertarannum itu bagus. Akan tetapi, harus diingat akan kepentingan dan keperluan zaman ini kepada golongan huffaz. Ada agenda yang lebih penting untuk dilaksanakan.
Abad ini tidak lagi memerlukan golongan Huffaz untuk menjaga tiang masjid-masjid besar. Huffaz yang mampu melagukan kesemua jenis lagu tarannum. Tetapi zaman ini memerlukan huffaz yang mahir dan professional dalam banyak bidang. Profesional Huffaz yang mampu mangubah zaman. Mampu terjun dalam kemahiran dan lapangan yang berbeza. Huffaz yang mampu berlari selari dengan massa, tidak jumud ditelan gelombang perkembangan zaman yang sentiasa maju ke depan dan tidak hanyut dibawa arus kemodenan.
Huffaz yang boleh ‘mensyafaatkan’ bukan sekadar sepuluh orang, bahkan beribu-ribu dan berjuta-juta manusia melalui kefahaman yang mendalam kepada isi kandungan AL-Quran dan berkemahiran tinggi dalam mengaplikasikan teknologi sebagai alat bantu dalam medium dakwah mereka. Huffaz yang mampu mengeksploitasi dan menterjemahkan pelbagai bidang professional sebagai medium kepada gerak kerja di medan dakwah mereka. Teringat kata-kata akhir mantan Pengarah Darul Quran yang berpandangan jauh kepada masa depan Huffaz semasa majlis perpisahannya, “ saya mahu melihat suatu hari nanti, siswa Darul Quran akan ke angkasa lepas”.

Manakala Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran juga telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Perancangan Masa depan Program Akademik Darul Quran” di dalam Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22 Februari 2000. Beliau juga turut mencadangkan agar Darul Quran memainkan peranan bukan sahaja melahirkan Hafiz dan Hafizah yang berketrampilan dalam bidang agama, malah layak menjadi ahli sains dan professional yang berwibawa.
Satu kata-kata yang mencabar kami, golongan yang terpisah dari teknologi semasa. Namun tidak mustahil bakal berlaku sekiranya pihak terlibat mempunyai kesedaran tentang kepentingan tersebut. Moga-moga MS ISO 9001:2000 ini adalah langkah awalnya.
Namun begitu, saya amat yakin dan optimis bahawa apa yang dilakukan oleh pihak pentabiran pasti ada mungkin mempunyai banyak kebaikkan dan kemaslahatan yang terlindung dari kami yang tidak berada di tempat tersebut. Moga-moga apa yang diusahakn bakal membawa kebaikkan kepada semua pihak terutama kepada golongan ‘hardcore’ di Darul Quran, pelanggan utama, siswa dan siswi Huffaz.
Apa yang menjadi harapan saya dan kami semua, MS ISO 9001:2000 ini bakal menjadikan kami siswa dan siswi Al-Quran yang beramal dengan isi kandungannya dan mampu memberi sumbangan kepada Agama, Negara dan bangsa. Semoga gerak kerja kami dan kewajipan yang terpikul di bahu kami akan dapat dijalankan dengan mudah dan berkesan. Apa yang menjadi hak kami dapat ditunaikan dengan cepat dan tepat. Semoga suara-suara 'pelanggan' akan didengari tanpa sebarang hijab dan tembok yang menghalang, walau ianya bernama 'protokol'. Moga-moga natijah yang bakali kita terima adalah keredhaan Allah. Semoga MS ISO 9001:2000 ini mematuhi ISO ALLAH, ahsanu 'amala. Dalam erti kata lain, paling ikhlas dan paling bertepatan dengan syariat -NYA.
Ameen.

Isnin, 10 Disember 2007

Khalil dalam lipatan kenangan Gegar.


Khalil dalam usrah Gegar bersama Abg Idris...

Entah kenapa, tiba-tiba jari ini riang melompat untuk menulis kisah seoang ahli Gegar yang kini telah meninggalkan kami. Mungkin ia menzahirkan kerinduan yang telah lama terpendam. Setahun tidak bertentang mata. Rakan seperjuangan, teman tika susah dan senang.

Menatap gambar kenangan usrah, hati ini sayu tiba-tiba. Rindu menerpa mendadak. Kini hampir setahun Khalil pergi. Kehilangan yang begitu memberi kesan. Kehilangan yang pasti tak berganti. Bersama adik-beradik gegar yang lain, bercerita bergembira, gelak ketawa. Namun jauh di hatiku, alangkah baik kalau Khalil masih bersama.


Banyak kenangan suka-duka bersama. Jatuh bangun sejak dari MTDQ Repek sehingga ke arena perjuangan di Darul Quran. Fuh, mungkin kenangan sebegini takkan menjengah kali kedua. Terfikir beban yang terpikul, terasa berat. Mungkin berat lagi hati ini melepaskan beliau pergi. Renungan terakhir yang syahdu meningalkan sejarah hitam kepada GEGAR. Kenangan memujuk beliau kembali masih terngiang di depan mata. tTekadnya, kami hormati.



Tiada lagi dendangan nasyid ‘on stage’ versi percuma. Ikhwan kehilangan ahli, Gegar hilang adik-beradik.

Malam 3 Ogos 2007, modul menyambut birthday Abg. Idris, Naqib Gegar. Ketika bersama-sama nak potong kek, tiba-tiba Abg Idris mencelah, "Mana Khalil...? tak ajak dia ke..? panggil Kahlil, kalau tak, jangan potong kek tu.." gurauan itu mencuit hati kami. Suasana suram tiba-tiba. Betul-betul terasa kehilangan 'adik-beradik'. Masing-masing menahan sebak.



Teman ku yang di kasihi,
Walau jauh di sana, semangatmu masih bersama kami,


Bersama dalam perjuangan ini..


Dilema MODAL INSAN

Modal insan, kalimah yang pasti meniti di bibir setiap mereka yang bercakap tentang masa depan Negara. Malah ia juga masyhur di kedai-kedai kopi. Namun sejauh mana kefahaman kita terhadap apa yang terkandung dalam dua kalimah ‘modal insan’ itu.
Apa yang di digembar-gembur , modali insan ialah golongan ‘ummal’, pekerja proudktif yang menjadi harapan untuk mewarisi Negara dan meneruskan agenda ke arah Negara maju dan membangun.
Tapi, dalam masa kita sedang berdegar-degar melaungkan modal insan, berpusu-pusu PATI memasuki Negara untuk merebut peluang pekerjaan. Malah kalau dibandingkan pada musim perayaan, hampir 2/3 penghuni ibukota ialah mat indon dan bangle yang datang mencari kerja sambil menyebarkan penyakit fizikal dan mental. Sedangkan rakyat Malaysia lulusan universit menganggur mencecah ratusan ribu. Itu belum dikira lulusan universerenti.
Merujuk balik kepada kepada prasyarat sebenar, apakah sesorang itu mempunyai kelayakan untuk diambil sebagai modal insan, ada baiknya kita sebagai ummat islam merujuk kepada sumber asal. Al-Quran dan Sunnah. Surah Al-Qasas dalam kisah Nabi Musa A.S.
Sesungguhnya, orang yang paling baik unntuk diupah (modal insan) adalah orang yang kuat dan amanah.
Berpandukan kepada kisah dan ayat tersebut, dapat kita simpulkan bahawa, kuat dan amanah menjadi prasyarat terpenting dalam memilih modal insan. Jangan bercakap tentang modal insan kalau sembahyang ditinggalkan. Jangan bercakap tentang modal insan kalau rasuah dan monopoli masih melata.
Kuat mempunyai beberapa pengertian, namun dalam konteks ayat diatas, ianya lebih merujuk kepada kekuatan jasmani. Namun tidak salah untuk ditafsirkan kepada kekuatan spiritual dan keimanan kerana prasyarat kedua, amanah memerlukan kekuatan tersebut. Hadith ada menyebut, "tidak sempurna iman bagi sesiapa yang tidak amanah". Modal insan yang lemah masakan mampu menghasilkan produk atau gerak kerja yang cemerlang. Kalau pun ada, mungkin sekadar melepaskan batuk ditangga.
Amanah pula, dalam erti kata sebenar ialah ikatan keyakinan yang kuat dengan Sang Pencipta sehingga individu tersebut akan melakukan setiap perkara dengan tekun supaya ia dapat menyelesaikan tugasa (amanah) dengan baik. Pekerja (modal insan) yang tidak mempunyai sifat amanah bakal menghancurkan syarikat atau Negara. Golongan yang tidak amanah tidak teragak-agak untuk mengambil rasuah, menggelap duit syarikat dan sebagainya.
Inilah prasyarat dan ciri-ciri yang perlu dititik beratkan. Bagaimana kita mahu melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang kalau seandainya ciri-ciri penting ini diabaikan. Mungkin minda logik kita memandang perkara tersebut sebagai nilaian sampingan, namun minda aqidah kukuh islam tidak begitu. Perancangan kita bakal berdepan dengan perancangan tuhan yang pastinya lebih sempurna. Jadi, setiap gerak kerja kita hendak memnuhi syarat dan etika serta ISO yang ditetapkan dalam perlembagaanNYA, Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan dalam segenap aspek kehidupan kita.

Isnin, 3 Disember 2007

Trio GEGAR, Menggegarkan...


Syaukani, saya dan Azan... produk usrah GEGAR yang akan berkhidmat sebagai pimpinan baru, PERKEMAT DQ 07/07.. Doakan kami supaya dapat memimpin dengan betul dan jayanya...
to Naqib, Abg Idris dan Abdg Izwan.. Thanks so Much.




Pimpinan Baru PERKEMAT DQ 07/08

Akan datang...

Ahad, 2 Disember 2007

Annual General Meeting PERKEMAT DQ 07

Annual General Meeting PERKEMAT DQ ke-23. 1 Disember 2007. Berlangsung di Dewan Muktamar Darul Quran.
Kalau pada tahun lepas, saya hanya sebagai pemerhati dan pengkritik, maka pada tahun ini adalah sebaliknya. Saya bertukar posisi sebagai yang diperhati dan yang dikritik. Apa tidaknya, saya telah dilantik sebagai Yang Di pertua PERKEMAT DQ 07-08. Jawatan besar ini terpikul setelah menang tanpa bertanding dalam pilihanraya kampus yang berlangsung semalam. Tidak pernah telintas bahawa saya akan memikul beban seberat ini.
Berdebar hati semasa keputusan calon diumumkan, bukan kerana takut kalah, tapi bimbang melihat jawatan-jawatan di bawah yang akan berada semeja dengan saya nanti. Apakah mereka sudi bekerja dengan saya. Melihat keputusan yang dipaparkan, air mata syukur menitis. Alhamdulillah, tuhan amat tahu, siapa yang layak untuk berkhidmat kepada agamanya.
Seterusnya upacara simbolik penyerahan tugas. Walupun simple, amat terkesan dihati. Penuh syahdu berlatarbelakangkan lagu ‘selamat berjuang’ Brothers. Hati rawan tiba-tiba. Air mata menitis. Terkenang beban yang bakal terpikul amat berat. Menjaga kebajikan lebih 1000 siswa Darul Quran bukan tugas yang senang. Menggalas harapan bonda tercinta bukan kerja sambil lewa. Memikul janji setia terhadap agama bukan tugas mudah untuk dilaksanakan. Ia bakal dihujani pelbagai kejian dan hinaan. Namun hati ini terubat dengan janji pertolongan dari DIA. Namun, kami perlu diuji dan dicuba dengan ‘belaian’ kasih sayangNYA.
Berada di meja hadapan mengganti pimpinan lepas yang telah selesai menjalankan tanggungjawab, terasa besar dan berat beban yang dipikul. Ribuan rakan-rakan mengharapkan kebajikan mereka terjaga di bawah pimpinan kami.
Terasa amat penting setiap pengalaman-pengalaman lepas. Ia guru yang setia . Ia bakal mengajar kita, bagaimana berdepan dengan situasi yang tak terduga. Emosi memang tidak boleh terganggu. Menerima pelbagai kerenah dan perangai pencadang. Kalau kacaulah emosi pemimpin, lai kacaulah emosi yang dipimpin.
Malamnya, majlis perasmian penutup AGM 07. Saya sebagai ‘VIP’ akan berada sebarisan dengan pengarah dan kpp serta VIP lain. Tersa mata-mata yang memandang memerhati gelagat ‘pemimpin baru’ mereka. Cukup merimaskan. Tapi kata mantan YDP, alah bisa, tegal biasa. Betul juga.
Selepas ucapan mantan, saya berdiri untuk sedikit ucapan yang mungkin merupakan ucaptama. Terasa tenang dan tenteram. Tiada lagi gemuruh yang dahsyat. Memang betul. Pengalaman itu mengajar. Belajarlah dari pengalaman, sebelum pengalaman mengajar.
Akhirnya, terima kasih kepada murabbi yang di kasihi, naqib tercinta, Abd Idris dan Abg Izwan. Kerana kalianlah ana berdiri disini. Kerana kalianlah ana menjadi manusia yang mampu untuk berkhidmat kepada agama. Terima kasih tidak terhingga. Hanya tuhan yang mampu membalas jasamu berdua. Mendidik dan mengajarku mengenal dunia. Bertatih cuba berjuang demi agama. Hingga kini ana mampu berdiri, berjuang bersama. Namun masih membutuhkan tunjuk ajar dari murabbi tercinta. Janganlah tinggalkan ana terkapai-kapai setelah memberi dayung dan sampan, ana masih belum tahu, laut itu bergelora.
Kepada adikberadik GEGAR, tolong dan bantulah abangmu ini. Dia amat memerlukan sokongan dari kalian. Untuk GEGAR junior, belajarlah untuk memimpin, jasa kalian diperlukan untuk Islam tercinta
Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang setia disisi, memberi sokongan dorongan, cadangan dan kritikan yang membina. Sekalung ucapan tahiah dan takziah kepada seluruh Saff Pimpinan PERKEMAT 07/08. Ingatlah, wahai adik-beradikku sekalian, hari ini gendang perang akan dipalu,tonjolkan syiar kekuatan, bukan untuk riak, tetapi satu syiar untuk sahabat-sahabat yakin dengan kepimpinan kita. Sekalung Penghargaan buat abang-abang dan kakak-kakak di peringkat pimpinan PERKEMAT 06/07, kami sentiasa memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dari kalian semua. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, berilah kami dorongan dan sokongan yang sepenuhnya, agar kita semua sama-sama mendapat manfaatnya.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan tugas yang telah kau pikulkan di pundak-pundak kami.. sejurus air mata menitis lagi.

HARI BERSEJARAH YANG MENGGERUNKAN

Hari ini, Khamis 29 November 2007. Malam Ramah Mesra berlangsung sempena Pilihan Raya Kampus Darul Quran, Jakim. Saya selaku calon YDP PERKEMAT DQ akan berucap buat pertama kalinya dalam diari hidup. berbagai azimat dibaca, persediaan yang dibuat seakan mahu berpidato di hadapan himpunan 100 000 rakyat.
Detupan hati memang menggegarkan dada. Tubuh menjadi seram sejuk. Tambahan pula bila melihat pidato hebat dari rakan-rakan calon yang lain..isy, gerunnya.
Tiba gilinran saya, calon paling last. Berada di depan penonton, segala persediaan hilang. Apa yang terkeluar dari mulut saya bukan lagi seperti yang dirancangkan. namun, nasib baik masih mempunyai isi yang bermanfaat. Mendapat sorakan dan laungan takbir dari rakan-rakan membuat saya makin besemangat.
7 minit masa yang diberi tak terasa, bahkan melangkaui 7 minit. Saya berhenti. seram sejuk hilang. memang betul, tak patut takuyt sebelum mencuba. Setiap orang ada kemahiran yang tersendiri. Takut sebelum mencuba bererti kalah sebelum bertarung. saya cuba memotivasi diri sendiri yang bakal memikul beban berat memimpin hampir seribu siswa DQ. Tidak ada maknanya saya bermegah dengan kejayaan yang dimilikki oleh orang lain.
"Bukanlah pemuda, yang berkata, inilah kejayaan ayah ku dan ini saudara ku, tetapi dia berkata, inilah kejayaanku".
Insya'Allah.