Khamis, 31 Januari 2008

Perginya seorang Pejuang

Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan sekarang ini menjadi pendakwah bebas. Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar , berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manung, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak.

Pendidikan Awal

Dato Haji Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

PERJUANGANNYA

Pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan Pertandingan ratu cantik hingga menyababkan beliau terpecat jawatan sebagai Mufti kerajaan. juga pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan BOTOX. Seorang yang amat berani mengatakan yang hak. Berpendirian tegas.

Akhir hayatnya

Pada 30 Januari 2008, Dato' Haji Ishak, 80 tahun, telah meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada jam 2.50 ptg di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pagi semalam selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah.

Moga-moga pemergian beliau adalah pemergian yang dirahmati dan perjuangan suci beliau disediakan pengganti oleh ALLAH S.W.T. Ameen.

Bila Ibu tersedu, Ayah menangis

Minggu ini mungkin minggu yang paling sibuk, tiga program besar berjalan serentak,: Minggu Bahasa, Majlis Khatam dan Malam Tautan Mahabbah. Setiap majlis, ada nama saya tertulis di senarai nama ajk penggerak. Namun itu bukan point utama saya menulis kali ini.

Saya ada beberapa perkara yang penting dan menarik untuk dikongsi. Pertama, perubahan kedudukan saya. Perubahan mendadak yang berlaku dalam setahun. Kalau pada tahun lepas, lebih kurang pada tarikh yang sama, saya hanya sebagai ajk ‘parking’ yang tercegat kepanasan di tengah jalan, mengawal lalulintas kenderaan yang masuk dari pintu pagar utama kolej, maka pada tahun ini, saya sebagai vip yang berjalan sebaris dengan pensyarah mengiringi vvip lain termasuk KP JAKIM, Ayahanda Dato’ Wan. Saya yakin, perubahan drastic saya bertitik tolak dari tarbiyyah yang saya terima dari usrah. Berusrah.
Perkara kedua.

Bila melangkah masuk ke Dewan Muktamar yang dipenuhi dengan ibubapa yang hadir semata-mata untuk melihat simbolik kejayaan anak masing-masing dalam menghafal Al-Quran hati terasa sayu. Teringat bonda di kampong. Rindukan ayahnda nun jauh. Majlis khatam diteruskan, sijil dianugerahkan, rata-rata, mata-mata ibubapa yang hadir bergenang dengan air mata. Melihat permata hatinya ‘berjaya’. Tiba masa wakil pelajar berucap, tatkala beliau melangkah naik ke pentas utama membuka bicara, ku lihat wajah bangga seorang ayah, wajah gembira seorang ibu. Anaknya mampu menjaga diri sendiri malah orang lain.


Teringat kisah pada tahun lepas di majlis yang sama. Seorang ayah yang tiba-tiba bangun berdiri dalam keadaan air matanya yang berjujuran merembes pipi tatkala melihat yang berdiri megah menyampaikan amanat dan ucapan yang begitu hebat bagai seorang pemidato di hapan ribuan hadirin dan VVIP adalah anak lelakinya yang sering dimarahinya sejak kecil. Anak lelaki itulah yang sering dimarahnya bila tersilap melakukan kerja bersamanya di bendang. Anak itu yang ditarik telinganya ketika salah mengeja ayat muqaddam. Anak itulah yang sering dirotannya bila nakal di sekolah. Air mata itu yang menjadi saksi kejayaan ‘silibus’ pendidikan seorang ayah dan seorang ibu. Bahkan ucapan itu meraih air mata ramai ibu-ibu dan bapa yang hadir. Itulah naqib dan murabbiku, saudara Mohd Idris bin Mohd Yusof.

Kisah ketiga.

Tatkala majlis diteruskan dengan ucapan dari KP Jakim, sebagai amanat dan perasmian, saya mendengar dengan penuh teliti. Seorang demi seorang nama vvip dan vip disebut. Senarai itu sedikit sebanyak saya hafal semasa berlatih dengan Ust Zamri ‘mari mengaji’. Tiba-tiba terluncur dari mulut beliau satu nama yang saya tak pernah baca, dengar dan nampak dalam senarai vip. Ust Idris. Rupanya Ust Idris adalah VVVIP dalam senarai Dato’ KP. Ust Idris adalah guru beliau. Sedangkan Ust Idris hadir atas kapasiti seorang ayah kepada pelajar. Seusai majlis berakhir, VVIP dan dif jemputan dijemput ke dewan makan. Dato’ KP mendahului turun dari pentas, pantas mendapatkan gurunya meninggalkan sahabat vip lain dan bersalam, bertanya khabar serta beramah mesra dengan penuh sopan santun. Hati saya tersentuh. Patutlah keperibadian beliau dipuji ramai orang.

Alangkah baiknya jika semua orang berpangkat mempunyai akhlak sebegitu.


Keempat.

Seramai 294 pelajar telah diiktiraf sebaga Al-Hafiz, manusia yang menjunjung kitab suci. Mereka hebat, dalam jiwa remaja mampu menahan segala godaan untuk mendekam di bumi huffaz, menghafal Al-Quran. Namun kehebatan itu hendaklah dibuktikan dengan ingatnya dan masyiinya hafalan. Tetapi hebat itu masih lagi belum lengkap kalau sekadar cair dan masyi. Apa gunanya masyi kalau tak faham apa kandungan suruhan dan larangan Al-Quran. Tak tahu tuntutannya. Faham pula hendaklah dipakejkan dengan amalan menunaikan apa yang dikehendaki oleh Allah melalui KalamNya, Al-Quran. Tiada lebihnya kuanti 294 orang huffaz kalu sekiranya apabila keluar kea lam sebenar, membisu serbu bahasa, berdiam dari mengatakan kebenaran. Dibisukan dengan pangkat dan harta.

Menjadi tradisi setiap tahun, huffaz yang lahir adalah huffaz yang ‘sejuk’, mandom, tenggelam dengan dunia sendiri. Tak mampu mendekati masyarakat, apatah lagi berdakwah kepada masyrakat. Harapan saya, graduan huffaz kali ini mampu membuktikan kualiti mereka setanding dengan kuantiti mereka.

Rabu, 23 Januari 2008

Buat Sahabatku di Penjara Menara Gading



Buat sahabatku yang kini di penjara,

Salam Islam ku utuskan khusus buat kalian. Ucapan kasih sayang ku lontarkan ke dalam. Namun mungkin tersangkut di palang-palang sel besi yang semakin berkarat.


Sahabatku yang dicintai,

Daku di sini hanya mampu melihat kalian dari jauh, di sebalik jeriji lutsinar akta zalim, pagar emas akujanji yang menyeksakan. Di sebalik aliran air mata yang berjujuran merembes pipi, mendoakan kesejahteraan kalian agar thabat dan tabah dalam perjuangan.


Sahabat seperjuanganku,

Jeriji itu benar-benar mengurung kalian. Akta itu benar-benar menyeksa kalian. AUKU menjadikan kalian seolah-olah OKU. Idea dan pemikiran kritis kalian dianggap tidak lojik. Sahabat, percayalah, semua itu disebabkan kegerunan mereka terhadap kegagahan sebenar kalian. Mereka takut kalian menjadi lebih pandai dari mereka. Justeru banyaklah kesalahan mereka yang kalian dedahkan.

Sahabatku,

Aku tahu makananmu adalah maki hamun dan kejian. Sarapanmu adalah ugutan dan ancaman. Semuanya menjadi makanan ruji kalian saban hari. Yakinlah, itu bakal menguatkan kalian untuk berdepan dengan mereka tika kalian bebas dari akta zalim itu. Diri kalian bakal menjadi kebal dari tusukan dakwaan palsu, tembakan peluru tabur fitnah dan gosip liar.

Sahabatku yang dikasihi,

Pernah ku lihat sahabatmu dahulu mendekam di sebalik jeriji itu, namun dia tak pernah mengalah, masih teguh berjuang menegakkan apa yang menjadi hak. Hingga akhirnya beliau di tembak dengan fitnah dan di bom dengan tohmah. Tapi beliau makin hebat dan hebat hingga kini menjadi ikon kepada kita.


Sahabatku,

Mungkin itu juga jalan yang bakal kau lalui. Jalan yang penuh ranjau duri, mehnah dan tribulasi. Namun ku yakin, kalian mempunyai strategi untuk mendepaninya. Mereka takkan selamanya mampu memenjarakan kalin. Jeriji itu takkan ampuh selamnya menahan kobaran semangat waja mahasiswa muda mujahid agama. Ia pasti akan runtuh ditelan zaman. Yang pasti, ada jiwa yang merobeknya sedikit demi sedikit saban hari.

Sahabatku,

Teman-teman kalian pernah disuap dengan akidah palsu yang beracun, protokol yang berisi serbuk berbisa, biasiswa dan jaminan kolej yang membutakan mata, yang ditakuti, jaminan keselamatan dan pangkat kekayaan yang membunuh. Syukurlah kalian mampu menenmpuhinya dengan selamat. Meski hati sedikit terguris melihat sahabat yang gugur ‘syahid’ di medan tatanegara.

Sahabatku,

Perjuangan kalian adalah perjuangan aqidah. Jalan kalian adalah jalan berdarah. Pengorbanan kalian adalah korban nyawa yang mempertaruhkan hidup mati masa depan kalian. Wawasan kalian bukan untuk 2020, melangkaui jangkauan lojik manusia. Matlama kalian adalah syurga. Ayuhlah berjuang. Kelak kalian akan dibayar oleh Yang Esa.

Sahabatku,

Di sebalik jeriji auku ku melihat, masih ramai yang sepertimu. Sefikrah denganmu. Memperjuangkan nasib diri untuk kepentingan agama. Di ebalik jeriji itu juga ku melihat, sudah ada sedikit karat yang memakan jeriji itu. Sudah ada sedikit renggang pada engsel kukuhnya. Jeriji itu walau semakin tinggi menjulang, tapaknya sudah mula merekah. Tidak tahan dengan asakan padu kalian.

Sahabatku,

Cogan kita cogan perkasa,
Allah matlamat kita,
Rasul ikutan kita,
Al-Quran perlembagaan kita,
Jihad jalan kita,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kita,

Sahabatku,

Meski kalian dikurung, mendekam di sebalik jeriji itu. Namun fikrah kalian luas tersebar di luar. Gemaan suara kalian terngiang-ngian di telinga 'warden-warden' penjara auku. Laungan perjuangan kalian kini tersebar di seluruh ceruk pendalaman. Hanya tunggu masa untuk meletuskan perubahan besar. Seperti yang menimpa Bapak di seberang.


Sahabatku,

Yakinlah janji tuhan, Pertolongan bakal menziarahi kalian.



Yang benar,


Sahabat Seperjuangan mu.

Isnin, 21 Januari 2008

Bagus Faizal Tahir...Tahniah!




Apa nak jadi dengan Faizal Tahir yang menanggalkan pakaiannya semasa sedang menyanyi di atas pentas 8TV di Central Park Avenue, Bandar Utama pada 13 Januari baru-baru ini.Tindakan naib juara pertandingan realiti TV, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir yang juga bekas ahli kumpulan nasyid Mirwana ini benar-benar memburukkan imej golongan artis negara ini.Perlakuan yang tidak senonoh yang diambil dari pengaruh artis barat tidak sewajarnya dilakukan oleh artis Malaysia walau dalam apa keadaan sekali pun. Sebelum ini Faizal Tahir mencetuskan aksi sliding semasa separuh akhir Juara Lagu 07 di TV3 masih boleh diterima mungkin kerana excited sangat. Takkan kali ini memberi alasan excited juga kot? Dulu nyanyi nasyid kan bagus boleh kawal diri.

Menurut laporan Harian Metro, 14 Januari 2007;

Faizal yang tampil lengkap berpakaian secara tiba-tiba tidak dapat mengawal diri dengan menanggalkan pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, singlet dan seterusnya tali pinggang yang dipakainya dan melemparnya kepada penonton.

Bintang OIAM musim pertama yang digelar Superman Malaysia itu melakukan perbuatan berkenaan di hadapan lebih 8,000 penonton yang menyaksikan persembahannya secara langsung yang disiarkan menerusi saluran 8TV itu.




PELIK DAN PELIK




Memang pelik, faizal baru saja buka baju sedikit, dah kecoh. Tak bermoral dan sebagainya.Baru dedah sedikit aurat. Lebih elok kalu nak dibandingkan dengan artis-artis laing yang lebih ter'buka'.


Seolah-olah mentaliti kita rakyat Malaysia didoktrinkan dengan satu pemikiran yang sangat pelik dan jumud.
siapa yang lebih teruk sebenarnya...?
Mungkin menjadi satu kepelikan sekiranya saya mengucapkan tahniah kepada Faizal, namun itulah yang saya yakini betul. Faizal berjaya membuka mata rakyat, bahawa kepincangan amat teruk berlaku dalam bidang artis dan hiburan. Bahkan juga bidang kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang terutamanya undang-undang islam.

Isnin, 14 Januari 2008

Di mana Sharlinie...?






Remaja hilang lagi.... Saya pasti, sebagai seorang manusia, anda pasti akan terasa sedih sekiranya yang hilang itu ada kaitan dengan anda. Prihatinlah terhadap semua. Pasti semua bakal prihatin kepada anda. Jangan biarkan peristiwa pahit adik Nurin berulang.


Gandakan usaha, doa dan pintalah pada CCTV agung yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Khamis, 10 Januari 2008

Tok Guru @ Cucu Tok Guru ?



Selaku seorang ahli masyarakat yang bertanggungjawab, saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dan menulis sedikit pandangan tentang dua tokoh pimpinan di Negara kita. Pun begitu, saya tidak memaksa anda semua untuk menerima pandangan dan pendapat saya, hanya sekadar untuk renungan bersama.
Saya dalah anak jati Kelantan dan juga merangkap anak jati Malaysia. Kedua pemimpin yang terpilih untuk saya ‘ulas’ ini adalah pemimpin saya. Namun menjadi tradisi, tidak semua pemimpin mampu menjadi yang terbaik.
Menjelang pilihan raya ke-sebelas, Negara kita digembar-gemburkan dengan satu istilah, Islam Hadhari. Tidak dinafikan dari segi pendekatan dan konsep yang agak bagus, namun sehingga ke hari ini, (saya menulis) boleh dikatakan masih belum tercapai agenda tersebut walau satu prinsip (semuanya 10), melainkan kemenangan besar parti kerajaan dalam PRU ke-11. Saya pelik, hanya dengan penggunaan istilah, kita boleh terkeliru dengan cucu tok guru ini. Sedangkan seorang lagi pemimpin, tok guru telah menjalankan ISLAM serta Hadharahnya sejak 17 tahun yang lalu dan terbukti berkesan walaupun masih ada pihak yang cuba menafikan.
Dalam manifesto PRUnya, cucu tok guru berjanji untuk memerangi rasuah dalam kerajaan pemerintahan beliau, membawa pendekatan islam. Namun setelah sepenggal berlalu, ternyata rasuah semakin berleluasa. Monopoli bermaharajalela. Arak, dadah dan berbagai gejala maksiat merebak pantas.
Di negeri tok guru, rasuah telah lama dihapuskan dalam pemerintahan beliau. Satu perbezaan yang amat ketara. Semasa awal pemerintahan tok guru, tidak ada manifesto menarik yang dijanjikan, hanyalah untuk mengembalikan kegemilangan islam, memerintah ikut cara islam, Membangun Bersama Islam. Terbukti apabila kerajaan tok guru tidak ketinggalan dalam menjaga kebajikan rakyat jelata. Berbagai skim bantuan diberikan walaupun dianaktirikan oleh kerajaan pusat. (pengakuan oleh ADUN Air Lanas dalam sidang Dun).
Sebut pasal sidang Dun, teringat gelagat seorang anak buah cucu tok guru yang kehilangan adab, moral dan etika, terutamanya sebagai seorang wakil rakyat, khususnya sebagai seorang islam memekik-mekik dalam Dewan Undangan Negeri yang mulia, dihadapan Dato’ Speaker dan tidak mengormati peraturan dewan. Lebih memalukan, Adun tersebut bangun dan berjalan melangkaui beberapa kerusi menyerang seorang Adun yang merupakan anak didik tok guru. Itulah akhlak dan gaya orang-orang cucu tok guru.

Segalanya terbukti. Segalanya membuktikan kejayaan Tok Guru. Menafikan cucu tok guru.

Tapi saya masih bersedih, kerana masih ada segelintir dari orang-orang cucu tok guru yang sanggup menyebar fitnah memburukkan tok guru, memfitnah kerajaan tok guru. Fitnah ini di hadapkan kepada rakyat-rakyat di kampung yang kebanyakannya tidak tahu menahu tentang perkara pentadbiran, bahkan kewangan atau ekonomi kerajaan. Apa yang mereka tahu hanya untuk menjaga keluarga mereka supaya dapat hidup selesa. Memelihara lembu supaya gemuk dan dapat dijual dengan harga mahal.
Fitnah yang dibawa oleh orang besar cucu tok guru dibuat di sebuah bangunan untuk orang miskin, pada 3 Januari 2008. Poster dan buku kecil diedarkan kepada rakyat umum termasuk golongan terdesak yang baru dinaikkan gaji, GURU KAFA. Dalam poster itu tertulis, arus perubahan kerajaan tok guru. Fitnah mengatakan bahawa hutang kerajaan tok guru mencecah RM 1 Billion. Negeri tok guru sebagai negeri termiskin. Jenayah paling tinggi dan sebagainya.

Saya teramat sedih. Mereka mepergunakan rakyat jahil untuk menyebar fitnah demi kepentingan politik. Saya yang mengikuti sedikit sebanyak perkembangan kerajaan pimpinan tok guru merasa terpanggil, ingin membela kepimpinan kerajaan yang membela agama ALLAH ini. Terasa bersalah sekiranya saya yang sedikit sebanyak mengetahui duduknya perkara sebenar diam membisu.

Menjawab balik.

Soal kemiskinan. Negeri tok guru terletak pada tangga keenam termiskinan. Tapi negeri Hadhari yang Bestari, jiran kami, lebih miskin dari negeri tok guru. Bagi saya, kalau negeri tok guru betul-betul miskin pun, memang patut. Kerajaan Pusat yang menganaktirikan kerajaan tok guru. Pelbagai bantuan dan kemudahan disekat. Kerajaan tok guru hanya berdikari sendirian selama 17 tahun tanpa apa-apa bantuan dari kerajaan pusat.

Hutang kerajaan tok guru adalah paling rendah, hanya tinggal RM 8 juta. Pernyataan Dato' Husam Musa dalam Sidang Dun, menjawab soalan Adun Kok Lanas. Berbanding negeri warisan kerajaan cucu tok guru yang berjiran dengan Negara kaya, mempunyai pelabuhan sendiri, mendapat bantuan wilayah pambangunan ekonomi pertama, tapi masih mempunyai hutang RM 900 juta lebih. Negeri yang paling kecil di semenanjung, yang rakyatnya hanya 300 000 orang berhutang RM 200 juta lebih.

Jenayah. Negeri tok guru adalah yang terendah. Dibandingkan dengan sebuah negari cucu tok guru yang paling pesat membangun dan mempunyai kadar nisbah polis dan rakyat yang baik, mempunyai kemudahan teknologi seperti kamera CCTV untuk mencegah jenayah, masih menduduki tangga teratas kadar jenayah Negara.


Bayangkanlah wahai orang yang mempunyai akal fikiran yang waras.


Dari segi skim dan pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan tok guru pula, ramai anak buah cucu tok guru yang ikut, skim kifaalah, skim armalah, cuti bersalin dan sebagainya.


Siapa yang lebih bagus sebenarnya?

AWAS, CCTV 'MELIHAT' ANDA!!




Selasa.Berita hari ini memaparkan kenyataan PM untuk mengikuti jejak langkah Negara-negara maju lain seperti United Kingdome dan United State dalam memasang kamera cctv di setiap Bandar besar dan kawasan yang berisiko untuk berlaku jenayah. Dalam satu sudut,berita ini melambangkan kemajuan Malaysia dalam bidang teknologi dan kesediaan kerajaan dalam membanteras jenayah yang semakin teruk.
Namun, di sudut yang lain, saya melihat bahawa Negara kita semakin mundur dalam sudut akhlak dan etika sebagai seorang manusia dan rakyat. Manakala pihak keselamatan pula semakin buntu dalam mencegah jenayah dari berlaku sehingga terpaksa bergantung kepada alat-alat bantuan. Ya, tidak salah untuk menggunakan kemudahan teknologi.
Namun, cuba kita lihat kebelakang sejenak, supaya kita boleh memecut laju kehadapan. 20 tahun yang lepas, sebelum pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan, sebelum nilai murni diterapkan, rakyat hidup aman damai. Berita jenayah menjadi tajuk besar dan bualan semua rakyat jarang berlaku, mati terbunuh lagi jarang berlaku. Ianya akan menjadi buah perbualan seluruh rakyat. Anak-anak dibiar berjalan kesekolah tanpa pengawasan. Rumah tak perlu dututp rapat untuk ke kebun. Tiada yang perlu dibimbangkan. Jenayah amat jarang berlaku. Jika ada, ianya pasti nun di bandaraya, jauh dari desa. Tapi itu dulu, tidak pada hari ini.

Hari ini, segalanya dibimbangi. Perasaan takut menyelubungi meski berada di rumah sendiri. Setiap tempat terasa tidak selamat.

Tajuk muka depan akhbar menjawab persoalan yang timbul. Cadangan PM untuk menambah jumlah CCTV menjawab, kenapa kadar jenayah di Negara Islam meningkat, membuktikan kelemahan pihak berkuasa sekarang. Bagi saya yang berada di negeri ISLAM pimpinan ulama’, kenyataan PM itu seolah olah membelakangi dan meninggalkan pergantungan kepada ALLAH dan membelakangi kaedah islam itu sendiri. Menggunakan fikiran logik untuk menghukum dan menjalankan tindakan atau mencegah jenayah dengan mengenepikan cara dan teknik islam adalah bertentangan dengan ajaran islam.

Kelemahan dalam beragama dan mengahayati nilai agama menyebabkan rakyat semakin hilang nilai keimanan mereka kepada tuhan. KEIMANAN itulah yang mampu merasakan adanya tuhan pencipta yang sentiasa menjadi ‘CCTV’ agung. Memerhati setiap gerak geri insan dalam kehidupan seharian. Dalam islam, setiap manusia dan individu disediakan dua ‘CCTV’. Berjenama Raqib dan 'Atid. CCTV yang merakam setiap perbuatan baik dan buruk.
Pandangan saya, kenyataan PM untuk mengikuti cara US dan UK dalam mencegah jenayah itu melambangkan dan membuktikan bahawa beliau sebenarnya membenci islam dan lebih sukakan sekularisme, liberalisme dan kapitalisme. Membelakangkan terma islam yang lebih menekankan soal keimanan dan tauhid. Agenda Islam Hadhari hanyalah permainan politik semata-mata. Imej Islamic yang ditonjolkan hanyalah untuk menarik undi. Title cucu tok guru disebarkan untuk membersih maruah yang kian tercalar.
Berbeza dengan sebuah negeri di pantai timur yang mana kerajaannya menekankan soal keimanan dan konsep dosa pahala, syurga neraka. Terbukti jenayah mampu dikurangkan kerana ianya berbetulan dengan kehendak islam. Meskipun hukum islam tidak mampu dilaksanakan sepenuhnya kerana halangan pihak tertentu.
Kesimpulannya, islam dalah penyelesaian untuk semua perkara. Al-Quran dan hadith adalah panduan Operasi Manual untuk menguruskan manusia.
Cara ,metod dan kaedah islam mesti didahulukan sebelum mencuba kaedah barat. Buktikan bahawa agenda islam hadhari bukan hanya agenda politik, bahkan ianya benar-benar realiti dan mampu diaplikasikan dalam masyarakat dan pentadbiran Negara juga dalam bidang perundangan. Pasti kadar jenayah berjurangan. Jangan jadi pemimpin yang retorik.

MAAL HIJRAH 1429

Selamat Tahun Baru Hijrah ke 1429, semoga sentiasa berada di bawah payungan dan rahmat ALLAH. Teruskan perjuangan untuk menegakkan kalimah ALLAH di bumi ini.

Ahad, 6 Januari 2008

Betul ke sayang..?

Seperti biasa, selepas solat maghrib dan sunnat ba’diahnya, saya akan berbual-bual dengan beberapa orang makmum yang datang bersolat di masjid As-Syakirin, tepi rumah saya, bukan kat KLCC. Bagi saya, berbual-bual dengan pakcik-pakcik ni, lebih afdhal dari solat awwabin, kerana saya boleh menyebarkan dakwah secara tidak sengaja kepada mereka. Saya boleh mencucuk jarum-jarum islam tanpa mereka sedari. Dan yang penting , mereka boleh menerimanya.
Seorang pakcik menceritakan perihal anaknya yang sama umur dengan saya. Kami pernah bersama ketika sekolah rendah.
“ anak jantan ambo kerja dia ‘jaga bandar’, balik lewat sokmo. Pukul 3@4 pagi baru sampai di rumah” kata sorang pakcik.
“dia gi mano”? Tanya saya.
“berderak (siar-siar) dengan kawan-kawan dia la, naik motor pulak tu, bimbang ambo”
“bimbang bakpo (kenapa)?
“takut orang sekat, ambil motor. Motor tu baru beli lagi. Ada sekali tu, kawan dia datang ambil dengan kereta, takpo la”
Kening saya berkerut, tanda kehairanan. Motor lebih di sayangi dari keselamatan anak. Lebih-lebih lagi keselamatan akhlak dan aqidah anak-anak.
Seorang pakcik lagi menceritakan kebimbangan tentang anak perempuannya yang selalu keluar berseorangan pada waktu malam. Dia bimbang akan keselamatan barang kemas yang selalu dipakai oleh anaknya.
“malam selalu keluar ke tempat kerja berseorangan. Kalau dulu, kawan lelaki dia selalu ambil, takpo la”. Rungut beliau.
Memang nilai keibubapaan semakin terhakis. Ibubapa sekarang tidak pandai menilai, yang manakah lebih penting utnuk dijaga pada seorang anak. Mereka lebih mementingkan nilai kebendaan yang ada pada anak-anak mereka. Bukan nilai dalaman seperti akhlak dan aqidah. Itulah sebebnya anak-anak muda sekarang menjadi sampah masyarakat.
Sayang ibubapa terhadap anak mereka adalah sayang tidak bertempat. Mereka sanggup membeli handphone dan motosikal kepada anak mereka yang bersekolah dengan alasan untuk memudahkan mereka pergi ke sekolah, sedangkan rumah mereka hanya ditepi pagar sekolah. Ibubapa lebih suka memenuhi kehendak anak-anak dari memenuhi keperluan mereka.
Anak-anak zaman ini memerlukan didikan yang membolehkan mereka mengenal dan menilai baik buruknya dunia sekeliling mereka. Mereka memerlukan didikan agama untuk keselamatan mereka. Kehendak anak-anak adalah kemusnahan, kerana mereka hanya pandai menuruti kehendak hawa nafsu mereka.
Ibubapa seharusnya pandai menilai baik buruk kehendak setap anak. Bukannya memenuhi kehendak mereka kerana beranggapan itu adalah keperluan hidup mereka. Kalau di dunia ini, ibubapa bimbangkan keselamatan anak-anak mereka, maka seharusnya mereka lebih bimbangkan keselamatan anak mereka di akhirat. Kecelakaan di dunia hanya sementara, bahkan kecelakaan akhirat adalah berkekalan. Didiklah anak-anak mengenal Allah. Ajarlah mereka dengan ajaran islam. Sekiranya anak-anak memahami islam, maka dengan automatik, mereka akan mengenal dunia. Percayalah.

Rabu, 2 Januari 2008

Mana Maruah Pemimpin Kita? Mana maruah Kita?



Terkejut mendengar pengakuan ikon kesihatan Negara, merangkap menteri Kabinet Malaysia yang memegang jawatan tertinggi dalam bidang kesihatan yang membuat kenyataan media bahawa beliaulah orang yang dimaksudkan dalam DVD kontroversi aksi seks seorang menteri.

Berita ini menerima pelbagai respon dari ahli akademik dan beberapa cerdik pandai Negara, antaranya Prof Dato’ Dr Khoo Kay Kim yang menyifatkan perkara itu tidak patut berlaku. Memang berita ini amat memalukan Negara. Kalau rakyat barat, -Amerika- yang sering disifatkan tidak bermoral boleh ‘menghumbankan’ Presiden Clinton kerana terbabit dengan skandal seks Monica, maka pertanyaan saya, mana maruah rakyat Malaysia yang digambarkan penuh dengan nilai positif ketimuran? Mana maruah pimpinan parti yang cerdik pandai? Kenapa masih membela ‘pengkhianat’ etika , moral bangsa dan Negara itu ?

Patutlah kementeriannya pada suatu ketika telah mencadangkan agar diberi jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih.

Ketika ditanya wartawan, beliau menjawab, “saya anggota masyarakat yang bertanggungjawab.” Jawapan yang langsung tidak boleh diterima akal. Melakukan perbuatan yang tidak bermoral, sedangkan sendiri memegang jawatan penting, menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat, adakah itu bertanggungjawab? Mana tanggungjawab terhadap tugas, janji dan etika seorang menteri, nilai sebuah bangsa bermaruah dan janji kepada negara?

Mungkin kesalahan itu tidak dipandang berat oleh beliau, namun seharusnya beliau berfikiran jauh, memandang dan memikirkan apakah kesan dan akibat dari perbutannya itu kepada rakyat dan maruah Negara.




Lebih pelik lagi, polis membuat kenyataan untuk menggempur pengedar DVD tersebut, menangkap dan menghukum mereka. Katanya, golongan ini telah melakukan kesalahan kerana mengganggu ketenteraman awam dan mengganggu peribadi. Pertanyaan saya, kalau bukan mereka yang mendedahkan, sampai bila rakyat akan duduk dan tunduk dibawah pemerintahan pemimpin yang tidak bermoral itu? Bagi saya, orang yang patut digempur ialah pesalah yang telah membuktikan kesalahannya dengan membuat pengakuan yang disaksikan jutaan rakyat Malaysia. Mana tindakan ? Mana Ketua Turus Islam Hadhari? Mana TPM yang pernah lantang? Mana Pegawai tatatertib parti? Mana penguatkuasa undang-undang? Mana? MANA?




Yang ada hanya si pembela yang masih "kebingungan" membela pesalah yang sudah siap sedia mengaku. Satu kerja yang patut dibanggakan. Kerjasama yang erat. Mungkin juga bersekongkol. Masih lagi menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, berdisiplin dan beretika, mana semua itu ketika ini? Inikah lambang seorang yang beretika? Bak kata orang tua-tua, kalau terkantoi sekali, maksudnya, sudah seratus kali yang tak kantoi.




Sekali lagi saya tegaskan, kalaulah rakyat Amerika pernah 'membuang, Presiden yang tidak bermoral, saya cabar rakyat Malaysia, buktikan anda semua rakyat yang mempunyai maruah. Jangan menjilat ludah kembali. Janganlah kata-kata kita yang pernah mengutuk Presiden Clinton kembali semula kepada kita.

Dayuslah andainya masih ada yang membela insan ini? Kesalahannya tidak patut dimaafkan. Menjatuhkan maruah Negara timur yang mengamalkan prinsip murni islam Hadhari. Bahkan menjadi ikon dan contoh kepada Negara islam lain.

Namun bila saya termenung sejenak, rupanya telah lama Negara kita kehilangan maruah. Peristiwa demi peristiwa tergambar di mata saya.

- Pengasas Islam Hadhari yang kini telah menjadi Pendekatan Islam Hadhari terkantoi
mengusap bahu artis dan model tersohor dalam satu majlis.
Beristerikan wanita tak bertudung.
- Orang yang bertanggungjawab menjaga keselamtan Negara dikaitkan dengan pembunuhan
kejam warga Mongolia.
- Pengarah Badan Pencegah Rasuah didakwa merasuah.
- Ketua Unit Siasatan Jenayah didakwa melakukan jenayah.
- Pengamal undang-undang berkomplot dalam membuat perancangan melantik hakim-hakim.
Mencalar kredibiliti dan maruah badan kehakiman Negara. Menteri yang dikaitkan dengan
rasuah jutaan ringgit.




Kalau dulu, semasa pemarintahan Tun, agenda penerapan nilai murni dihancurkan dengan pelbagai peristiwa,(yang mungkin dilupakan meLAYU). Maka saya rasa, telah cukup bukti untuk mengatakan bahawa agenda politik, Islam Hadhari juga telah gagal. Pimpinan parti pemerintah gagal mengawal anak buah dari melanggar prinsip mereka sendiri. Jelaslah apa yang mereka canangkan hanya untuk kepentingan peribadi semta-mata. Tiada sekelumit pun untuk melihat Malaysia utuh mapan dimata dunia dengan tidak mengenepikan moral ketimuran. Moral Islam.




Ayuh, wahai rakan-rakan semua. Medan perjuangan makin hampir. Pilihlah yang sebenarnya ingin melihat negara kita maju. Cukuplah setakat ini negara kita di perintah oleh mereka.
Mereka telah mengkhianati negara sendiri dan negara kita. Mereka menconteng arang ke muka ,aruah negara kita. Cukuplah. Buktikanlah.