Isnin, 14 Mac 2011

Sahabat, Maafkan Daku


Saya mempunyai seorang teman, kawan, sahabat yang amat rapat. Kami berkenalan sejak beberapa tahun dahulu. Perkenalan kami tidak dirancang. Hanya dengan sedikit perkongsian kisah suka dan duka, kami menjadi rapat. Saya pernah menangis kerananya. Malah beliau juga pernah menangis kerana saya.

Ukhuwwah kami semakin bertaut rapat, serapat adik beradik kandung. Tidak ada harta yang kami berkira. Kami juga saling sayang menyayangi, mungkin bak Abu Bakar menyayangi Muhammad S.A.W.

Selasa, 1 Mac 2011

Kata PM, Ubah Cara Hidup!


"Saufi, jom makan Quick Burger Syimali." Hamdi mengajak kawannya mengisi perut di selang masa kosong antara dua kuliah pengajian.

"Eh, tak apalah, ana dah tapau sandwich falafil dari Mat'am Sya'bi tadi." Saufi menolak pelawaan rakan baiknya. Duit poketnya harus ditapis sebaik mugkin. Masuknya jarang-jarang, maka keluarnya perlu kadang-kadang sahaja. Sandwich Falafil paling sesuai untuk yang punyai bajet kewangan setinggan seperti kebanyakan pelajar persendirian di luar negara.

"Awalnya kamu ke kelas?", Tanya Subhi. Hairan melihat teman serumahnya bergegas-gegas untuk ke Universiti. Jam baru pukul 7 pagi, sedangkan kuliah bermula jam 9 pagi.