Rabu, 30 Julai 2008

Sara Hidup Bertambah RM4.70!!

Seorang sahabat saya bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu depan. Alhamdulillah, hasil bait muslim. Bakal zaujahnya memang mujahidah yang sememangnya memahami dunia mujahid seperti beliau. Selepas solat isya', saya berborak sebentar dengan beliau. Berkongsi pengalaman la katakan...(betul ke...?)
Terbayang kegirangan diwajah beliau. Dalam rancak berbincang, dia berseloroh, " Bajet kewangan ana tahun ini bertambah RM 4.70..." saya masih belum dapat menangkap maksud itu...
Setelah diberi oenjelasan, rupanya bermaksud beliau akan menanggung bayaran zakat fitrah bakal zaujahnya nanti yang bernilai RM 4.70 sekepala di Kelantan.
Seorang lagi sahabat bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini, juga hasil bait muslim. Ramai juga sahabat-sahabat saya yang dah ada penjaga.
..............
Saranan ustaz.
Selepas selesai mengimami solat jumaat, ustaz memanggil saya ke bilik imam yang bersebelahan dengan bilik bilal. Saya meneka, apakah yang bakal ditanya kelak...
Beradu di situ, saya yang memulakan bicara. Soal masalah masjid yang kurang penyelenggaraan memang telah lama ingin diluahkan. Hampir 20 minit berbahas, akhinya utaz berbicara.
" nta dah berpunya ke belum?" Soalan yang memang membuatkan saya terkejut.
"kenapa ustaz..?" mengelak dari menjawab soalan.
"nta sekarang ni sibuk, adabaiknya kalau ada orang yang menjaga makan minum nta..." dalam maksudnya. "ada berkenan pada muslimat?" soalnya lagi.
Saya hanya mampu tersenyum. "saya target umur 27 ustaz.." ringkas.
"tapi tak bermasalah kalau awal, kan...?
"nak mengaji lagi ustaz..."
"ada anak murid ana yang berkenan sangat dengan penghafal quran ni...kalau ada sapa-sapa yang nak kahwin awal, bagitau kat ana...boleh ana tolong kirakan..." Persoalan terbongkar.
Macam Khadijah meminang Muhammad.
Teringat sekali, gatalnya muslimat tu. Tapi bila difikirkan kali kedua, bagus juga, dia menggunakan saluran yang betul. Tidak la bergelumang dengan dosa couple.
Apapun, saya tetap menunggu umur 27 untuk ber'bait muslim'. Ustaz yang menaruh harapan agak kecewa.

Ahad, 27 Julai 2008

Konvokesyen DQ.
Dari 25 hingga 27 Julai, berlangsungnya majilis konvokesyen ke-17 Darul Quran. Persediaan selama hampir sebulan perlu dibukitikan kelancarannya pada hari ini. Setiap hari ada mesyuarat yang perlu dihadiri.
Para graduan sibuk menyediakan kostum terbaik untuk dipakai pada hari bersejarah ini.
Saya bertugas sebgai Eksekutif Protokol untuk mengiring Menteri dan KP Jakim serta VIP yang lain.
Sedikit kelainan yang dirasakan. Tak mendalam di hati seperti perasaan ketika mengiringi Seorang umara' yang bertaraf ulama di timur semenanjung. Jauh perbezaannya.
Majlis Konvokesyen berakhir pukul 1.00 p.m. Parsa graduan berarak keluar, bertebaran utnuk merakan kenangan terakhir di bumi barakah ini. Masing-masing dengan senyuman lebar.
Namun ada segelinti yang bersedih pada hari ini. Tidak siapa yang hadir uantuk meraikan kejyaan. hendak berkongsi bersama sahabat, merekea sibuk bersama keluaga. Lalu neyendiri dengan air mata. Saya terfikir, adakah aku nanti juga begini.
Melihat abang-abang yang keriangan menggalas barang untuk meninggalkan DQ, hati saya tersentuh. Ertinya, saya tiada lagi tempat untuk merujuk dan bertanya pandanga. Kami hanya kan sendirian berjalan merempuh onak duri dalam perjuangan.
Saya hanya memerhati dari jauh. Takut untuk mendekati, bimbang air jernih akan mengalir.
Namun begitu, kelangsungan dakwah dan tarbiyah di DQ mesti diteruskan. Tidak istilah berhenti sebelum kejayaan datang bertandang.

Rabu, 23 Julai 2008

Hanya Terima Kasih..

Terima Kasih.
Hanya itulah kalimat yang mampu saya ungkapkan bila akaun saya terisi dengan sejumlah wang. Mungkin itu hasil dari pertanyaan seorang hamba Allah dalam chatbox,pada 16 Jul 08, 16:28 "-saya-: mcm mana ana nak tolong enta dari segi kewangan? tak bnyk pun. sikit je. ".
Lalu saya pamerkan no.akaun BIMB saya pada blog.
Semoga Allah membalas hamba Allah itu dengan balan yang tidak terkira dan ianya tergolong dalam janji Nabi s.a.w, "dan lelaki yang menginfaqkan hartanya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan".
Firman Allah: Tidak akan diterima sebagai satu kebaikan setiap apa yang kamu belanjakan sehinggalah kamu menafqahkan apa yang kamu sayangi dan hargai...".

Khamis, 17 Julai 2008

Pasti akan berubah

Hari Khamis minggu lepas, saya meluangkan masa untuk berehlah dengan usrah ke Pertak. Tempat peranginan yang masyhur di kalangan pelajar DQ. Dengan persiapan yang ala kadar, kami menuju ke sana dengan van perjuangan, KY Toyota. 20 minit perjalanan membawa kami ke sebatang sungai di bawah jambatan gantung, 30 km dari Fraser Hill. Air yang menderu laju ditafsirkan dengan bunyinya yang kuat. Adik-adik usrah samuanya girang ingin menyelam setelah mendengar cerita menarik saya berusrah di sini setahun yang lepas.

Menuruni tangga yang agak curan itu, kami bertemu dengan seorang pakcik yang sedang menjala ikan bersama anak dan isterinya. Sebaik bertemu mata, pakcik itu menyapa, " Assalamualaikum, wahai pemuda yang hatinya di Kaabah meski jiwanya di air terjun".

Anak usrah saya hanya tersenyum. Mungkin pakcik itu teruja dengan kedatangan pemuda yang berpakaian sopan dan berkopiah dengan bahasa ana nta di tempat perkelahan. Sesuailah dengan nama usrah kami Ghuraba'... Insya' Allah.

Bertukar pakaian, turun ke air sejuk itu. Terasa tenang. Deruan air yang menyapa telinga mengingatkan memori bersama usrah Syaukani yang hampir lemas beberapa bulan yang lalu.

Terasa pelik, tempat yang selalunya dalam kini menjadi amat cetek. Dulu kami boleh tiruk dan lompat guling, kin parsanya hanya sekitar buku lali sahaja. Tempat itu akhirnya saya jadikan tempat untuk mkan. pelik sikit. tapi itu salah satu teknik untuk menjadikan memori hari itu akan diingati lebih lama. Pelik. Unik. Sebotol soya hilang setelah usaha untuk menyejukkan dengan meletakkanya di bawah batu dalam air. Mungkin tekniknya sedikit tidak kena.

Berenang, menyelam, main bola...semuanya indah. Makan atas air. Hanya kerana Allah. Moga-moga dengan usaha yang tak seberapa ini, saya mampu mengikat hati-hati bakal pejuang agama Allah ini.

Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi contoh terbaik kepada adik-adikku ini...

Rabu, 16 Julai 2008

Cerita kereta buruk

Bercuti dari 5 Julai sehingga 13 Julai serasa amat singkat.

Nak balik satu cerita. Dalam poket hanya ada beberapa keping kertas biru. Nasib baik Paksu menerima lamaran untuk menemaninya di tangga bas Ekspres Darul Naim. Bagaimana cara nak kembali ke DQ malas difikirkan. Di rumah, seperti biasa, dengan rutin dan duti yang padat. Kereta terpaksa dipantangkan kerana harga petrol semakin naik. Ayah tidak lagi dihantar dengan kereta, bahkan hanya berbasikal balik ke Kedai Mulong. Berusaha membaik pulih motor pusaka datuk. Moga-moga efektif untuk perjalan dekat dan menjimatkan petrol. Mungkin Pak Lah tak pernah baiki motor sendiri.

Lusanya tarikh kuliah bermula. Hari ini aku terfikir, bagaimana akan ke kolej nanti..? Pusing-pusing sekeliling rumah. Akhirnya teringat sisa logam dan tembaga dari motor-motor mesin basuh lama yang tidak dapat dibaiki, rotor water pump dan gear box yang rosak. Kumpul punya kumpul, akhirnya berpuas hati untuk dihantar ke pusat pengumpulan besi buruk.

Datsun120y berkhidmat. Kereta itu diparkir di atas penimbang. 1679 kg. Maknanya hampir 120 kg barang burukku.

Juru timbang berceloteh, "Sekali ngan kereta ke...?" 

Gurauan itu mungkin biasa. Tapi, ibu yang berada di sisi sedikit terkesima. Saya kaget. Ibu yang sekian lama mengimpikan kereta baru yang akhirnya hancur bila gajinya hanya untuk 2007 sahaja pasti terguris. 

RM 150 menjadi milik saya. Alhamdulillah. Isi minyak kereta RM 40 untuk 14 liter.

RM30 untuk tiket bas terpaksa dihanguskan untuk yuran bas adik. Memang rezeki hanya untuk duduk di tangga.

Apapun, syukur, 14 Julai 2008, saya selamat bertasmik dengan Us baru di DQ.

Isnin, 7 Julai 2008

Protes 2008, Stadium PJ, Kelana Jaya

Seawal jam 9 pagi, orang ramai kelihatan berpusu-pusu ke perkarangan stadium. Majlis bermula pukul 11.00 dengan ucapan beberapa pimpinan PROTES. Lautan MERAH membakar semangat. Tarian singa menghiburkan penonton dengan aksi menarik mereka. Pemuzik jalanan memainkan lagu 'minyak naik'. Sasterawan bersajak menyindir. Semuanya mengikut kehendak rakyat.
Pelabagai kaum berkurung, bersatu dibawah satu bumbung untuk meminta kerajaan mendengar dan mengambil berat masalah dan keluhan mereka.
"Turunkan minyak untuk rakyat atau rakyat yang naik minyak". Slogan itu dilaungkan di mana-mana. Legaran Helikopter menjadi hiburan mereka.
Menjelang malam, rakyat berduyun-duyun memenuhi ruang stadium. Kehadiran setiap pimpinan tertinggi parti disambut dengan paluan kompang. Ketibaan sang Rajawali Malaya, gelaran yang diberi oleh pengerusi majlis kepada DSAI mendapat perhatian ramai. Ucapan yang memukau ratusan ribu rakyat. Reformasi....
Toleransi antara kaum dan agama begitu intim. Remaja cina memekik supaya 'show' dihentikan untuk menghormati azan yang berkumandang. Sungguh terharu. AMK dan unit Amal bekerjasama membela rakyat setelah pihak berkuasa kerajaan hanya bertindak membela kerajaan.
Tahniah untuk semua.
Mari kita berevolusi meniggalkan politik perkauman. Unite for Islam. Islam for All.

Ahad, 6 Julai 2008

Jom Protes !!!

Poster PROTES



"Jangan membaca untuk menafikan,mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"



"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik dan memPROTES hanya untuk menyalurkan perasaan terbuku dan menegur..."