Selasa, 23 September 2008

Biodata


Nama : Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min

Nama Pena : Hasanhusaini

Merupakan anak sulung kepada pasangan Che Min @ Yunus Bin Yaacob dan Noraini Binti Abdul Wahab. Namun ditakdirkan menjadi yatim setelah berumur 4 tahun. Dididik oleh datuknya,  Haji Abdul Wahab Bin Mohamad yang merupakan guru ugama yang masyhur di Nilam Puri. Mendapat Syahadah (sijil) Tahfiz Al-Quran dari Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, (MTDQ) Repek, Pasir Mas, Kelantan dan memiliki Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dari Darul Quran, dalam proses menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah ( Fiqh dan Usul ) di Universiti Mu'tah, Karak, Jordan.

KELAYAKAN AKADEMIK

1992 - 1998 -
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Sek Keb Perol, 16010 Kota Bharu, Kelantan.

1998 - 2005 -
Sijil Menengah Ugama (SMU) Pangkat Mumtaz (Cemerlang)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat Repek, Pasir Mas, Kelantan.

2006 -
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
SMU (A) Taqaddum Al-Maarif Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.

2006 - 2009 -
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (Jayyid Jiddan)
Darul Quran JAKIM, Jalan Hamzah, Ampang Pecah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

2009 - 2013 -
Sarjana Muda Syariah, pengkhususan Fiqh dan Usul Fiqh, Mu'tah University, Karak, Jordan. - Present

2014 - 2017 -
Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh

2018 - 2020 -
Phd a.k.a DR MOHD IHSAN FADHLI


Membina pengalaman dengan menjawat beberapa jawatan dan tanggungjawab :

IMAM TARAWIH :

2000 : Surau Kg. Biah, Kota Bharu Kelantan
2001 : Surau Intitut Kemahiran Mara, Pasir Mas Kelantan
2002 : Masjid Mukim Bunut Susu Pasir Mas Kelantan.
2003 : Masjid Al-Syakirin, Kg Perol, Kota Bharu Kelantan.
2004 : Surau Al Mujahidin, Desa Surada, Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor.
2005 : Masjid Mukim Pendek, Kota Bharu, Kelantan.
2006 : Masjid Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
2007 : Masjid Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor, Masjid UKM.
2008 : Masjid Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

MENGAJAR
:

Kelas Bimbingan Fardhu 'Ain, Al-Quran & Qiraati, Masjid Al-Syakirin, Kg Perol, Kota Bharu, Kelantan
Sek Men Teknik Kuantan, Pahang ( Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan )

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI :

Setiausaha, Lajnah Hal Ehwal Siswa PERKEMAT DQ Sesi 06-07
Timbalan Pengerusi, Semester AQRAB, PERKEMAT DQ Sesi 2007
Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Sesi 07-08 (PERKEMAT DQ)
Ketua, Unit Pengisian Biro Dakwah, Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) - Present
Ketua, Unit Dakwah dan Pembinaan Insan Mahasiswa Tahun 1, Generasi 2009 - Present

Cukup berminat untuk menambah pengalaman dalam pelbagai bidang. Meminati bidang fotografi, Teknikal, IT, Sejarah dan Ketamadunan, Falsafah, dan cukup suka memasak dan membaiki barangan yang rosak. Barang dan juga orang.

Sedang meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah ( Fiqh dan Usul Fiqh ) di Mu'tah University, Jordan.

Penyumbang artikel dan penulis jemputan kepada beberapa Jurnal, Majalah, Makalah, Blog dan Web.

Bertindak sebagai Administrator dan Moderator  kepada laman web Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) dan web Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah Jordan (PERMATA)

Boleh dihubungi melalui :

Email  : hasanhusaini@yahoo.com
Blog   : http://www.hasanhusaini.com
Flickr : Flickr
Facebook : hasanhusaini

Alamat : Lot 64, Kg Perol 16010 Kota Bharu Kelantan.

AKAUN BANK

Maybank Islamic :
156012155212

BIMB Mudharabah :
08068020481658

BSN I-GIRO :
1011641000015536

Jumaat, 19 September 2008

Anak Burung Sulung

Setahun lepas,

Seekor anak burung menciak nyaring,
Entah apa bala yang menimpa,
Aku cuba menyelidiki,
budak nakal kelihatan tawaf di situ,
Sambil di tanganya menggenggam lastik dari tanduk,
Persis remaja intifada,
Di dahinya terlilit satu lagi lastik kayu,
Anak burung itu masih nyaring,
Mengepak-ngepakkan sayap yang masih botak,
paruhnya menganga luas,
suaranya kian parau,
ternyata jeritan dan lagaknya
tidak menggerunkan budak nakal itu,
seekor demi seekor adik beradiknya dilastik mati,
seperti ibu dan bapanya di sore lepas,
aku tampil menyelamatkan burung sulung itu,
di dalam genggamanku dia mebisu,
budak nakal mendengus dendam,
tangisannya tehenti seketika,
di dalam ISA buluh itu,
nyawanya aku selamatkan dari ancaman budak nakal
makan minumnya siap terhidang saban waktu,
belum pernah ia kebuluran,

setahun tangisannya terhenti,
tapi kini, teriakannya kembali,
dari pagi hingga ke pagi,
makanan dan minuman tak pernah betangguh,
mengapa dia menangis lagi..?
kawan-kawannya juga sentiasa menjenguk,
kekadang menumpang makanan lazat itu,
rakannya sentiasa memuji,
beruntung makan bersuap minum terhidang,
mendengar pujian itu,
kicauan riangnya makin menyaring,
aku menafsirkan, ia gembira,
sentiasa diziarahi, sentiasa dipuji…

tafsiran aku jauh lari, telahan aku menyimpang pergi..
burung yang aku lihat riang itu bersedih,
ibubapanya, adik beradiknya,
ditembak batu budak nakal,
rakan-rakannya hanya mengambil kesempatan,
sahabat baiknya datang berteman,
sedang dia kesunyian,
sepi dalam sangkar kehidupan yang aku anugerahkan...

aku lantas melepaskan ia pergi,
harapan menggunung, agar ia bahagia..

terbang tanpa sempat menoleh selamat tinggal,
deras di awanan mengejar kehidupan,
kibasan sayapnya sedikit senget,
hayunan kepaknya tidak gah seperti yang lain,
hinggap di dahan,
dia berkicau nyaring memanggil teman,
tak seorang menyahut,
sayapnya cuba dijongketkan untuk menarik perhatian,
tak siapa berpaling,
tabung perutnya kian kosong,
dia cuba berburu,
hampa tanpa pulangan,
lalu dia cuba menyingkap kenangan,
kembali ke kampung halaman,
mahligai tempat bereduhnya semasa kecil masih utuh,
namun kini dihuni orang…

dia mendongak kepala ke langit biru,
kicauan yang paling nyaring dilaungkan..
hatiku berkata, gembiranya dia..
sedang dia sedang bericara dengan tuhan,
mengapa malang senantiasa menimpa…

lalu dia cuba kembali ke rumahku,
hinggap di jendela kamar, berkicau lagi,
ingin merujuk, kembali kembali ke sangkar buluh..

itulah kisah seekor anak burung sulung..

nukilan :
burung abang tua,
kuala kubu bharu

Maaf, mungkin post ini tidak sesuai untuk semua orang.

Selamat Tinggal ACER

Selamat tingal Acer Aspire 2920, pergilah dikau bersama tuan baru mu...
Sedih juga hai nak melepaskan laptop yang banyak menyumbang itu, namun lebih sedih bila mengingatkan Abg Idris yang hilang laptop perjuangannya. Apapun redha.
Sahabat-sahabat semuanya terkejut bila saya menjual laptop, "mustahil nta dapat hidup tanpa laptop..." Namun apakan daya, ada maslahat lain yang perlu saya utamakan. Kalau di fikirkan, memang tak patut laptop itu dijual degan harga semurah itu, tambahan pula, sedikit masa lagi kesibukan menyediakan thesis pasti menggigit waktu.Tapi, itulah takdirnya.
Itulah alasan kukuh kenapa blog ini lama terbengkalai tnpa diselia, tanpa post dan karangan baru. Lagipun, exam semester lima amat hampir, program bertindih dan jadual rawatan memang ketat membelenggu tengkuk ini.
Apapun hari ini, sempat juga saya menjenguk sebentar teratak ini dengan menggnakan laptop anak usrah, Cucu usrah Abg Idris, Marwan Bukhari... terima kasih Marwan.

Isnin, 1 September 2008

Malaysia di usia 51 tahun

Hari ini kita menyambut Hari Merdeka yang ke-51. Sudah matang umur ‘merdeka’ Negara kita. Namun, betulkah Negara kita merdeka? Kalau betul, merdekakah rakyat kita..? Kalau rakyat kita juga telah merdeka, matangkah kemerdekaan mereka…? Tinggalkan persoalan itu.

Wahai pimpinanku, anggaplah Negara kita telah merdeka, walau hanya separuh.

Semuanya berkat pejuangan orang-orang tua kita dahulu. Mereka berjuang bermati-matian untuk menyelamatkan Negara tanah air yang mereka dan kita sayangi ini. Bukan sahaja peluh, bahkan darah mereka juga menjadi saksi perjuangan mereka. Kita hanya merasa nikmat merdeka itu tanpa mampu menghayatinya.

Ramai antara kita yang sedia tahu, bagaimana Dato’ Bahaman berjuang menentang British? Bagaimana Mat Kilau menentang meski diugut bunuh. Bagaimana Tok Janggut berjuang menentang penjajah yang akhirnya digantung seperti bagai ikan masin? Jasad melayu islam dihina sebegitu rupa.

Dalam buku sejarah, kita dihidang dengan sejarah perjuangan UMNO yang inginkan kebebasan melayu di Tanah Melayu. Tunku dan dan rakan-rakan menjadi tokoh mereka.

Terselit dicelah lipatan itu, Perjuangan ulama menginginkan Melayu dan islam kembali menjadi rujukan. Syeikh Ahmad Fathani dan Syeikh Daud yang memegang jawatan secara langsung dengan Khilafa Uthmanniah Turki, Tuang guru Abd Rahman Limbong, Dr Burhanudin Helmi dan teman-temanya menjadi sebutan.

Ketuanan melayu dan ketuanan islam menjadi agenda utama.

Mereka berjuang.

Samada betul atau tidak mereka berjuang, selesai atau tidak perjuangan mereka, jangan dipersoalakan, yang penting, mereka telah menyumbang ke arah Malaysia merdeka. ( atau separuh merdeka)

Justeru, hari ini kita menikmati manisnya merdeka, kerana Melayu sudah menjadi tuan kepada Malaysia. Meski islam masih belum kembali menjadi perlembagaan utama dalam pemerintahan Negara. Maka, Umno menganggap perjuangan mereka sudah selesai. Namun golongan ulama masih berjuang untuk akhirnya ‘merdeka’ sebenar dapat diresapi dalam pemerintahan. Mereka terus berjuang.
Berterima Kasih

Maka, pada hari ini, kita rakyat Malaysia ingin berterima kasih dengan generasi yang berkorban untuk kita. Kita merayakan Sambutan Ambang Merdeka. Ada yang menyembah Tugu Negara meski difatwa haram. Maka pada hari ini, UMNO yang berterima kasih kepada generasi pejuang MELAYU mereka terdahulu dengan mengembalikan penjajah ke Negara sempena memperingati 51 tahun merdeka.

Artis barat, yang bukan MELAYU, sudah semestinya bukan ISLAM, tidak beriman dengan AL QURAN yang bernama AVRIL LAVIGNE dijemput untuk meraikan merdeka bersama kita. Alangkah sedihnya TUnku Abd Rahman, sedihnya Dato’ Bahaman, berdukanya Tok Jangggut melihat generasi mereka kembali membenarkan tanah air mereka terjajah sebelum perjuangan menuntut kemerdekaan sebenar belum selesai.

Patutlah timbul pelbagai cadangan pelik timbul sempena merdeka ini. Patutlah sambutan pada tahun ini serasakan hambar, tidak semerdeka dahulu.

Deretan kereta yang beratur panjang di pinggiran tol-tol, boleh dihitung dengan jari, berapa buah yang menayangkan jalur gemilang itu.

Saya terkenang dengan malam sambutan ambang kemerdekaan pada tahun lepas. Sambutan kemerdekaan Malaysia menjadi pesta UMNO dan BN. Tidak ada seorang pun yang mempunyai identiti oposisi yang dibenarkan masuk. Bahkan dihalau keluar dari malam keraian itu oleh polis yang berlagak sedang menjaga keamanan Negara. Like Police State, kata Tun Dr Mahathir.

Itu belum dikira apa yang berlaku di sebalik perayaan malam itu. Bagaimana dengan generasi muda yang dijajah dan menjadi penjajah besar.

Saya yang turut bersama dalam operasi ‘I love u’ diherdik oleh seorang remaja MELAYU dan ISLAM berambut landak dan bertindik hidung bila saya tegur, “ lawa rambut, bang…”.

Ingin juga saya sarankan, kibarkan sahaja bendera BN dan UMNO sebagai lambang merdeka, andai rakyat Malaysia yang bukan UMNO dan BN tidak boleh meraikan merdeka bersama rakyat Malaysia yang lain.

Betullah meLAYU kita makin LAYU dan MalaySIA makin SIA-SIA.

Aku menulis bukan untuk menentang kerajaan,
Aku menulis bukan untuk bersetuju dengan pembangkang,
Aku menulis mengenangkan budi mereka yang telah berjuang,
Aku menulis demi melihat malaya gemilang,
Aku menulis, menegur melayu temberang,
Maka, doaku moga Malaysia akan gemilang..