Isnin, 7 Mei 2012

Respon Fatwa BERSIH 3.0



Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi, senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.

Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.

Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab ('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam. 

Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.

Saya agak keliru, apakah sumber Majlis Fatwa yang mengatakan niat BERSIH 3.0 ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan? Sedangkan web rasmi BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil. Tuntutan pilihanraya bersih dan adil adalah wajib. Manakala menang dan 'menumbangkan kerajaan' melalui pilihanraya adil dan bersih adalah sah di sisi syarak. Maka, sebab pertama adalah secara rasmi tertolak.

Manakala tuduhan yang mengatakan BERSIH berniat untuk merusuh pula agak keterlaluan. Saya menjadi pemerhati BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Hemat saya mudah, majoriti peserta BERSIH datang dengan tenang dan aman. Namun, provokasi melampau dari pihak keselamatan menyebabkan sedikit huru-hara berlaku. Huru-hara ini tidak harus ditafsrikan sebagai huru-hara rusuhan kerana ia hanyalah respon kegerunan orang ramai kepada pedihnya gas pemedih mata dan gatalnya air kuning dari meriam air.

Satu perkara yang harus difikirkan sejenak, ketika mana peserta BERSIH datang dengan botol susu anak dan botol mineral serta sebungkus popia, pihak keselamatan telah bersiap siaga dengan peluru gas, meriam air, gari plastik, malah peluru hidup. Siapa yang bersedia untuk mengganas?

Dan satu soalan cepu emas, sejak bila Majlis Fatwa Kebangsaan pandai membaca niat orang? Kalian bedah dada mereka? (Asyaqaqta Qalbah? : Hadith)

Manakala untuk kes BERSIH 3.0, saya fikir, Majlis Fatwa tidak cermat apabila terus menghukum BERSIH haram dek kerana sebilangan kecil perusuh yang masih belum dikenal pasti siapa mereka, dan kenapa mereka bertindak sedemikian. Alangkah baiknya, kalau selepas mengambil sumber dari pihak polis dan agensi kerajaan, Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu pula dengan pihak penganjur BERSIH 3.0. Bukankah mendengar dari kedua-dua pihak itu wajib  dan dituntut sebelum memberi hukum? 

Cadangan saya untuk Majlis Fatwa Kebangsaan demi menjamin kredibiliti Majlis yang dinaungi Majlis Raja-Raja :

1. Mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai, termasuk sumber yang kontra. Dalam hal BERSIH, sumber dari penganjur dan peserta BERSIH sangat penting.

2. Benar-benar bertindak sebagai badan bebas yang menjaga kesucian agama Islam dan menonjolkan imej tersebut. Sedangkan sekarang, majlis fatwa kebangsaan hanya dilihat memberi fatwa secara selektif dan dianggap sebagai lidah pembela kerajaan Malaysia.

3. Saya tertanya-tanya, apa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap  :
  • Penyebaran video dan gambar lucah
  • Tuduhan tanpa bukti dan saksi
  • Pembaziran dan penyalahgunaan wang negara
  • Penyalahgunaan wang zakat
  • Kerajaan menggunakan kekerasan kepada rakyat awam
  • Hukum menipu dalam pilihanraya
  • Hukum menafikan hak royalti Kelantan

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

4 ulasan:

  1. apa la yg bengong dan bodoh org skrg ini..belajar tinggi sampai pucuk ubi tp bengong..apa yg tak kena lg dgn negara kita ni..apa yg kurang lg..perhimpunan itu haram sbb da sah perhimpunan haram namanya dannnnn..yg paling utama...di pelopori oleh seorg pemimpin yg menentang agama islam iaitu ambeega...aduiiiiiii..tlg la fhm..

    BalasPadam
  2. Sayang Majlis Fatwa yang sangatku segani dan hormati kembali menjatuhkan integritinya sendiri.

    Ia kembali seperti zaman Dato' Dr Ismail Ibrahim menerajuinya. Tak pelik Pengerusi Majlis Fatwa boleh jadi pelakon dalam debat olok-olok PAS-UMNO satu masa dahulu.

    Ya Allah...selamatkanlah agama ini dari ulama-ulama yang khianat kepada Islam dan umatnya.

    BalasPadam
  3. Takkan KERANA HASANHUSAINI orang ni duduk kat Jordan kite perlu percaya segala tuduhan terhadap orang lain? Siapa dia ni…apa sumbangan dia kepada kita semua selain dari dosa adu domba dan menyampaikannya.. Sejauh mana die terlibat dengan penyiasatan apa apa kes yang telah disebutkan tadi sampai begitu yakin menuduh orang lain yang bertungkus lumus memajukan Negara.. Adakah kerana duduk di Jordan kita semua perlu terima bulat bulat apa yang diperkatakan … Siapa dia ni nak pertikai majlis Fatwa yang di terajui oleh 14 orang mufti?

    Saya cukup hairan dalam keadaan kebenaran jelas terbentang depan mata pun masih sukar sebahagian orang kita mengenal pastinya.. Hakikat bahawa tiada mana mana kerajaan didalam dunia Islam yang sempurna dari segi keislamannya, malah diri kita sendiri pun banyak lagi kekurangan.. Penulis seperti HASANHUSAINI ini hanya mempamerkan kelemahan sendiri apabila sengaja menegakkan benang yang basah tentang apa bencana yang telah didatangkan oleh rusuhan jalanan tempohari.. Mufti dengan kebijaksanaannya menjadi pemutus bagi menguraikan pertelingkahan dikalangan ummah hanya mahu segala permasalahan dibicarakan dengan penuh adab Islamiah.. Adakah dengan terjerit jerit dijalanan dengan maki hamun itu cukup indah suasananya sama cantik dengan ahklak mulia yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah? Sukar sangat kah kita membezakannya? Apakah lebihnya yang mendabik diri mengaku lebih Islamik dari orang lain sekiranya perlakuan penuh biadab tetapi mengharap orang lain menerima kehendaknya? Tergamak menggambarkan Islam sehingga menjadi begitu asing sampai tidak mampu mengenal yang mana satu keindahan dan ketenangan Islam dan yang mana satu kejelekkan nafsu amarah syaitan. Jika niat itu ikhlas berjuang untuk Islam, tidak ada itu kekotoran maki hamun…tidak ada itu kebiadapan kekerasan.. tidak ada itu kejelekkan fitnah menipu undi tak sudah sudah.. pada akhirnya apa yang diperjuangkan hanyalah kebencian dari perkara yang direka reka… sampai kesudah bukti langsung tak mampu dibawa.. hanya sekadar persepsi lemah, sangkaan dan agak agak semata…

    Pendek kata .. kalau nak betulkan orang lain cermilah diri sendiri tu dulu…

    BalasPadam
  4. Tulisan ini adakah usaha menegur kesilapan2 pemimpin yg x maksum lebih2 tidak bpegang kpd alquran Dan sun ah.majlis fatwa juga x lepas dr mlakukan ksilapan. slap mereka kerana tidak mnfatwakn haram kpd tindkn2 pmimpin yg melangr hukum2 syarak.rakyat yg buta mata dn bodo mcm cow aje yg tertipu selama2nya. tahniah Akhi. Pedulikan cemuhan org2 yg x mlihat dgn mata hati.

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]