Rabu, 22 Jun 2011

My Constitution

"Ustaz, apa hukum solat?" tanya seorang penonton slot rancangan Tanyalah Ustaz.

"Wajib. Kita wajib solat 5 waktu sehari" Jawab ustaz sambil matanya digantung ke mata sang penyoal.

"Dalilnya apa ye ustaz?" tanya penonton yang lain pula.

Pak Ustaz terpinga-pinga. Ayat Al-Quran yang menyatakan solat wajib tidak pernah dihafalnya.

Situasi ini adalah situasi rekaan semata-mata. Namun, intipati dan isinya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Pengurus Agama, namanya Ulama' dan perlembagaannya adalah Al-Quran.

Pengurus Persatuan, namanya Presiden dan perlembagaannya adalah perlembagaan persatuan yang digubal dalam mesyuarat agung.
Pengurus Negeri, namanya Menteri Besar dan perlembagaannya adalah perlembagaan negeri atau undang-undang tubuh negeri.
Pengurus Negara, namanya Perdana Menteri dan perlembagaannya adalah perlembagaan persetukutan.

Perlembagaan Islam bersifat tetap pada teksnya dan mungkin berubah pada penafsirannya. Manakala perlembagaan lain mungkin boleh diubah teksnya dengan persetujuan orang tertentu dengan jumlah tertentu.

Pengurus Muslim yang mengurus persatuan, negeri atau negara yang  perlu mendalami dua perlembagaan, iaitu perlembagaan Islam dan perlembagaan pertubuhan tersebut.

Malu benar anda ada tindakan yang kita lakukan, namun tidak tahu di mana sumber 'nas'nya, meski tindakan itu sudah tepat. Lebih memalukan andai melakukan sesuatu yang menyalahi perlembagaan.

Kerajaan telah menghalang BERSIH, Bantah ISA dan BERSIH 2.0. Tindakan ini sebenarnya berlawanan dengan perlembagaan.
10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
      (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) —
           (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
           (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
           (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Kerajaan yang dipimpin oleh seorang Melayu Muslim, Perdana Menteri juga telah melaksanakan ISA yang tidak patuh syariat Islam. Perlembagaan Islam tidak membenarkan kezaliman berlaku. Orang yang dituduh berhak mempertahankan diri. Hukum tidak dibenarkan untuk dijatuhkan melainkan apabila sang tertuduh telah pun membela diri. ISA membenarkan tertuduh ditahan tanpa membela diri selamat maksimum 2 tahun.

Di Kelantan pula, kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang sama juga telah menafikan hak royalti petrolium, sedangkan hak itu telah dicatatkan dalam dokumen khas sejak tahun 70'an lagi. Tidak menunaikan janji adalah kelakuan yang menyalahi fitrah kemanusiaan dan juga menyalahi perlembagaan syariat Islam.

Bermusuh dengan perlembagaan bermakna anda bermusuh dengan majoriti kemanusiaan.

Anda sokong ISA?
Anda sokong penafian hak royalti?
Anda bantah BERSIH 2.0?

Saya bermusuh dengan kezaliman yang ada dalam diri anda.

p/s : Perlembagaan Persekutuan boleh dimuat turun dari http://www.perlembagaanku.com/

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]