"Acapnya kamu balik, banyak sangat ke duit kamu?"
"Eh, dah habis belajarkah?"
Dialog ini cukup susah untuk saya terangkan. Jawapannya juga cukup sulit untuk diberi. Ibu pun agak gelisah sehingga merelakan saya tidak pulang bercuti untuk tahun 2012.
Ada orang balik kerana banyak duti. Jangan dilupakan juga, ada yang terpaksa balik sebab tak ada duit. Lupakan soal duit. Saya penuntut ilmu, pencari pengalaman, bukan pencari duit, menuntut emas perak.
KLINIKAL SYARIAH
Saya mempunyai ramai kawan yang belajar dalam bidang selain bidang agama (Islamic Study). Paling menarik perhatian saya, pelajar dalam bidang perubatan. Mereka pandai, sibuk, rajin dan baik. Kadang-kadang, atitude mereka mengalahkan pelajar agama. Lebih mengujakan, ilmu mereka melebihi ilmu segelintir pelajar syariah! Itu hakikat yang saya perlu terima.
Dalam proses untuk bergelar seorang doktor yang akan mengubati pesakit fizikal, para bakal doktor di Jordan khususnya akan menempuh pengajian selama 6 tahun. 3 tahun teori dalam bilik kuliah dan makmal, 3 tahun klinikal, bertugas di mana-mana hospital dan klinik dengan bimbingan.
Justeru, jarang kita dengar doktor mengalah dari mengubati pesakit dengan alasan, saya tak biasa dan tidak ada pengalaman! (Seperti segelintir pelajar Syariah)
Maka, saya termenung sendirian selepas menghabiskan semester pertama di Jordan, awal 2010. Kebetulan, sempat berkongsi dengan beberapa figur dakwah yang dekat di hati anak muda seperti saya, Us Hasrizal dan Dr. Maszlee Malik sempena PERTAMA 2010.
Maka, saya nekad untuk mewujudkan KLINIKAL SYARIAH untuk diri saya sendiri. Memperuntukkan sejumlah wang setiap tahun untuk kembali ke tanah air bagi mengukur jarak dan jurang apa yang saya belajar dengan apa yang ummat Malaysia perlukan.
Saya turun ke sekolah, melawat pondok. Melawat kampus IPT tempatan. Menjenguk perbicaraan di mahkamah. Kolaborasi dakwah. Berkhidmat dan berkongsi ilmu di masjid dan surau. Menjamah diskusi kritikal dan kadang-kadang turun berusrah di kawasan. Saya tidak akan menghampakan jemputan untuk berdiskusi. Juga jemputan untuk berkongsi.
Saya berteleku di riba Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, saya belajar juga dari Zainah Anwar. Saya berdamping dengan Ketua Pembangkang, saya berkawan juga dengan Timbalan Menteri. Menapak di tangga Yayasan Islam Kelantan dan memanjat lif di Persint 5, Putrajaya.
Bersama mereka yang pelbagai warna dan latarbelakang, saya menguji kemampuan saya. Kadang-kadang anak mata saya bersinar, kadangkala berair, merah dan tumpah. Yang penting, saya sedia untuk diAJAR.
Saya sedar, sepertimana berdosanya seorang doktor andai tersilap memberi ubat, maka lebih besar dosanya saya apabila tersilap meriwayatkan syariat!
Dengan satu kesimpulan, saya pulang semula ke Mu'tah untuk meneruskan sesi teori saya. Dan kesimpulan itu adalah, BACALAH. Bacalah dengan nama tuhanMu yang menciptakan.
Anak panah, andai hanya terperap di kantung kulit, nilanya tidak seberapa. Selagi ia tidak melompat keluar bertenggek di busar, selagi itu ia cacat meski sempurna. Namun, andai hanya bertenggek di busar, tak menerjang kencang ke sasaran, tinggallah ia sebagai batang kayu yang menunggu reput.
Peluru akan menjadi keluli berjasa apabila ia berlari meninggalkan kartus.
Selepas 9 bulan, saya tinggalkan rahim ibu mencari susu.
Selepas 5 tahun, saya tinggalkan rumah untuk ke sekolah.
Selepas 12 tahun, saya tinggalkan kampung, memondok di MTDQ Repek, Pasir Mas.
Selepas 19 tahun, saya tinggalkan negeri untuk ke Darul Quran Kuala Kubu Baru.
Selepas 23 tahun, saya tinggalkan Malaysia untuk bertamu di Dataran Syuhada', Mu'tah, Jordan.
Larilah. Lompatlah. Maka majulah, cemerlanglah.
Melompat keluar dari kepompong, bebaskan minda dari terkongkong.
Melompat keluar dari kepompong, bebaskan minda dari terkongkong.
Menapak maju dari biasa ke luar biasa.
Menduga pelbagai manusia, belajar dari ragam mereka.
Menyelam tujuh lautan. Kembara tujuh benua. Memanjat tujuh langit.
Menyantun buku yang berbeza, agar minda makin perkasa.
Jangan takut untuk berhijrah.
Hilang Mekkah diganti Madinah.
Hilang Khadijah diganti Aisyah.
Tinggalkan sudut beku, lihatlah dengan hati dan kalbu.
Simpan resah, tabungkan indah, ianya bekal untuk jalan yang gelap menjadi cerah.
Hijrahmu mungkin sunyi, kembaramu mungkin sepi.
Jangan bersedih, akan ada Abu Bakar yang menemani.
Bacalah. Hijrahlah.
HASANHUSAINI,Menyantun buku yang berbeza, agar minda makin perkasa.
Jangan takut untuk berhijrah.
Hilang Mekkah diganti Madinah.
Hilang Khadijah diganti Aisyah.
Tinggalkan sudut beku, lihatlah dengan hati dan kalbu.
Simpan resah, tabungkan indah, ianya bekal untuk jalan yang gelap menjadi cerah.
Hijrahmu mungkin sunyi, kembaramu mungkin sepi.
Jangan bersedih, akan ada Abu Bakar yang menemani.
Bacalah. Hijrahlah.
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
Terima kasih kerana mengulang pesan yang ini. Saya cuba menaqal kembali pesan-pesan ini di laman Suarafata - tapi bimbang tersalah riwayat. Aduh.
BalasPadamJazaakallah Sifu . . .
Allahuakbar..moga Allah redha usaha ustaz..
BalasPadamMa ajmala nnasihahh...
BalasPadammohon kongsi buat pedoman diri..
~saya, si pemalas membaca..MEMBACALAH~