Sore ini, saya bersiaran dari ceruk kampung di desa yang sepi dari kalimah jihad mahupun tarbiah. Bertemankan itik serati dan angsa, lembu kambing dan kuda yang buta ukhuwwah, tapi kenal setia. Sebatang pensil tumpul dan sekeping simcard broadband. Hanya kicauan burung dan jeritan unggas yang menjadi irama muzik dalam proses mengasah gergaji. (sharpen the saw).
Pohon rendang telah lama tumbang. Pohon redup pula kini reput. Lelalang berdiri mengalahkan hulubalang. Rumput panjang menunggu untuk diragut. Segalanya telah berubah. Parkir buluh ini juga semakin goyah menunggu rebah tapi masih gagah untuk menampung saya duduk beristirahah.
Izinkan saya sedikit berkongsi.
Kuala Lumpur baru reda dari hiruk piruk yang dicetuskan oleh polis. Pelancong yang datang dari seluruh pelosok negara dirodok kasar. Ada yang terjatuh, tersungkur diepak dan diterajang.
Dalam teori challenge and response, kita perlu sentiasa aktif menyelidik, apakah cabaran semasa sehingga kita mampu mencari, apakah respon terbaik untuk cabaran tersebut.
Cabaran semasa kepada kerajaan Malaysia adalah, rakyatnya yang semakin mengetahui hak mereka selaku rakyat negara berdaulat, Malaysia. Justeru, respon menyekat dan mendoktrin adalah respon yang paling silap. UMNO BN selaku kerajaan harus sedar bahawa era government knows best telah berakhir.

Dalam sejarah gerakan Islam dunia, kedapatan idea-idea yang dilontarkan pada hampir setengah abad yang lalu masih diguna pakai secara teksnya sehingga hari ini tanpa dikaji, apakah teks itu sesuai dengan konteks kita hari ini. Sedangkan secara realiti, idea yang dicetuskan oleh para pendokong Islam dekad lalu mesti dikaji dan dinilai semula, setidaknya ianya perlu menerima nafas baru. Seandainya pemahaman terhadap teks hadith dan al-Quran berubah dengan berubahnya zaman dan cabaran, apatah lagi pandangan dan idea seorang tokoh yang bukan ma'sum.
Sebagai contoh, teks 'Apa Erti Saya Menganut Islam' tulisan Al-Marhum Dr Fathi Yakan mungkin masih relevan pada teks dan idea asalnya, tapi perlu ditambah nilai pada konteks dan pelaksanaan. Era millenium ini, bab -Menyakini Masa Depan Milik Islam- mustahil boleh dihadami dengan hanya beberapa muka surat. Masa yang berlalu telah banyak mengubah sosio budaya masyarakat dan seterusnya mengubah gaya fikir masyarakat, terutamanya generasi muda remaja seperti kita.
Justeru, cukup pelik dan agak jelik bagi mereka yang ingin melurusbendulkan fikrah, siasah mahupun tarbiah dengan cara menyalin teks dari kitab dan menulisnya ke muka peradaban manusiawi tanpa melihat konteks.
Di jendela politik pula, lapangan siasah dan tarbiah pasca 2008 dan pasca muktamar PAS ke-57, bukan lagi lapangan 1951, mahupun lapangan 1965, atau1986 dan 1989. Bukan juga lapangan reformasi 1998. Lapangan ini adalah lapangan PAS ingin memerintah Malaysia. Menggantikan UMNO di Putrajaya jangan dilihat dengan kaca mata simplistik. Pemerintahan sebuah negara abad millenium tidak seringkas zaman permulaan negara Islam Madinah. Zaman government knows best telah lama berakhir. Sulaiman sudah perlu berinteraksi meski dengan makhluq yang tidak ada ahliyyah, Hud-Hud dan Semut untuk menjamin survival dakwah.
Zaman ini, komunikasi perlu diperkasakan ke tahap optimum. Diskusi intelektual perlu dibuka seluas-luasnya untuk mencanang idea baru yang sesuai dengan konteks semasa Malaysia. Ahli PAS perlu berminda kelas pertama. Minda yang boleh mengalahkan minda Tun Dr Mahathir. Mampu juga untuk menumpaskan idea perancang dan pemikir bertopi hitam di belakang PM Malaysia.
Justeru, pengajarannya ialah, setiap idea yang digarap perlu dibentang untuk diperhalusi oleh sekalian intelektual dan aktivis yang ada sikap sudi. Sikap syok dengan idea sendiri, dalam masa yang sama, tidak mahu dan tidak berani didiskusikan secara terbuka untuk dikritik dan di-interrogate akan menjadi faktor utama robohnya institusi mahupun organisasi. Keberanian kita berijtihad perlu dibuktikan dengan berani mempromosikan idea kita bersama dengan jutaan idea di luar bukannya menyembunyikan idea secara ekslusif dan mempertahannya dengan alasan idea tersebut merupakan keputusan ahli mesyuarat dan syura. Kita semestinya masih ingat akan kisah Rasulullah dikritik oleh Khabbab Ibn Munzir dalam kisah Badar. Maka perlu difahami bahawa, interrogate terhadap idea bukanlah satu liabiliti yang mencacatkan mana-mana pemimpin, presiden, amir al-mukminin. Bahkan sepatutnya, management of dissent perlu didalami dan difahami oleh sang khalifah.
Komunikasi adalah salah satu ruang vakum yang agak susah ditembusi oleh aktivis. Masing-masing menaruh skeptik yang mendalam terhadap oposisi. Sikap inilah yang telah membunuh UMNO dan BN di Kelantan. Komunikasi UMNO dan BN di Kelantan hanyalah komunikasi kulit, bukan komunikasi isi. Lantaran itu, dendam kesumat menjadi harta pusaka turun temurun sejak zaman Tun Mahathir sehingga zaman Pak Lah. UMNO yang defensif di Kelantan tidak akan mampu merampas negeri ini selamanya.
WEHDATUL FIKR?
Kepulangan saya kali ini lebih mengenyangkan minda. Berdiskusi rentas fikrah cukup mencabar intelektual dan jiwa muda saya. Teringat perbezaan idea antara Umar dan Abu Bakar radhiayallhu'anhuma, sedangkan mereka masih mempunyai Muhammad Bin Abdullah sebagai Rasulullah Sollallahu'alayhiwasallam.
Kemenangan PAS diharapkan mampu menjadi perintis kepada menangnya Islam beserta dengan nilainya, bukan hanya sekadar bertukar tampuk pimpinan di Putrajaya. Kemenangan ini mesti diisi dengan nilai Islam yang murni. Kerana seandainya kemenangan ini adalah kemenangan yang kosong, maka sudah pasti, kita akan kalah teruk pada pusingan akan datang.
Benteng yang ada pada pendokong Islam perlu dirobohkan supaya slogan Islam for All menjadi realiti. Sikap dan dan ketelusan para 'menteri menunggu' mesti dilihat berbeda dari menteri usang yang masih bertahan di keinet sekarang.
Keperluan manusia kepada Islam bukan hanya sekadar keperluan logistik biasa, tetapi melangkaui keperluan rohani. Tarbiah dan siasah adalah kembar siam yang langsung tidak boleh dipisahkan. Siasah kita untuk menyatukan ummah, bukan siasah pecah belah. PAS sememangnya perlu menjadi teras yang kukuh untuk semua rakyat Malaysia bergantung harap. Maka, di pundak Muslim seperti kitalah, 27 juta rakyat Malaysia akan bernaung teduh mencari rahmat dan rehat.
Saya kira, artikel trouble makers terunggul Malaysia seperti Prof Madya Dr. Mohd Asri, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Dr. Maszlee Malik, Us Hasrizal, Wan Saiful Wan Jan cukup extraordinary dari sudut global dan praktikal pada sudut lokal. Justeru, saya jemput kawan-kawan semua untuk membacanya. Dan, kalau boleh saya sarankan di sini sebagai perkongsian bijak dengan kawan-kawan semua, laman blog mereka 'agak' wajib dibaca untuk menjamin minda kita sentiasa segar dengan view yang sentiasa tuntas untuk melihat mikro mahupun makro.
Selain itu, laman-laman yang mewakili pelbagai latarbelakang fikrah dan idelogi seharusnya menjadi bacaan rutin untuk menajamkan daya analisis. Bahkan ianya adalah teknik terbaik untuk mencabar minda. Teknik pembacaan yang baik adalah dengan berdiskusi dengan bahan, bukan menjadikan teks sebagai guru. Berdiskusi dengan teks akan menjadikan kita kritis dan lebih memahami konteks, bukannya sebagai penyalin teks kitab ke muka peradaban ummat. Akal kita amat canggih untuk menyaring maklumat dan fakta sehingga apa yang menembusi minda kita hanyalah yang benar-benar kita percaya dan yakin. Mulakan dengan kanvas putih, bukan kanvas yang telah diconteng dengan pensil doktrin.
BAHAN MENTAH
Saya mengimbau semula pesanan-pesanan penting yang digenggamkan kemas oleh beberapa guru ke dalam minda saya.
Tiga tahun dahulu, saya hanya suka membaca bahan ilmu yang siap dikaji. Buku sejarah yang ringan, buku pemikiran yang ringan, buku yang maklumatnya telah siap terhidang. Sedang buku-buku berat yang dibeli masih kemas tersimpan di rak.
Kini, saya cuba untuk berhijrah dari comfort zone ini untuk cuba mengunyah buku-buku berat dengan lebih acap. Mencabar diri. Ternyata, comfort zone tiga tahun tang lalu itu sebenarnya cukup menyeksa jiwa dan raga saya. Danger Zone.
Membaca buku ringan tanpa menjenguk buku-buku mentah dan berat akan menjadikan kita mudah ditipu. Kita akan mudah terikut-ikut dengan ideologi dan pemetaan pemikiran penulis. Dengan kata lain, terdoktrin.
Baca buku tulisan pengikut salafi, maka terus menjadi salafi. Baca buku pengikut khalafi, terus menjadi khalafi, Baca buku pengikut Al-Attas, terus mendefinisikan diri Attasian. Baca buku pengikut IM, terus melabelkan diri sendiri IM tanpa mengetahui The Big Picture fahaman yang dibaca. Lalu, kebiasaan yang berlaku adalah, pengikut menjadi lebih sudu dari kuah yang diikut.
Ultra salafi, Ultra khalafi ultra itu dan ultra ini.
Saya teringat tatkala saya masih bingung dengan khalafi dan salafi beberapa tahun dahulu. Bingung saya bermula apabila membaca tulisan pengikut fahaman-fahaman tersebut. Lantas, penyelesaian yang terbaik adalah apabila saya merujuk kepada bahan mentah fahaman tersebut. Menyelesaikan persoalan tohmahan kepada Ibn Taimiyah dengan membelek kitab Ubudiyyah karangan Ibn Taimiyah. Selesai.
Begitu juga sewaktu bersama dengan teman-teman ABIM dan JIM. Ada dikalangan mereka, apabila bernaung di bawah payung ABIM, terus membenci JIM. Bila berada dibawah payung PAS, terus menyembelih UMNO dan ISMA. Saya fikir, ilmu apa yang mengajar kita bermusuh sesama Islam..? Saya tidak suka untuk mengenali PAS dengan membaca akhbar UMNO, begitu juga sebaliknya. Begitu juga situasinya, apabila ada rakan-rakan yang meremehkan ISMA dan JIM. Saya tidak pedulikan kata mereka, bahkan saya akan mencari bahan bacaan yang boleh memberi maklumat yang tepat tentang perkara tersebut.
Pernah satu ketika, ada rakan saya mencemuh perjuangan ABIM. Seminggu kemudian, saya melawat kolej Darul Hikmah dan mendengar syarahan Dato' Dr Siqqiq Fadzil. Alhamdulillah. Selesai.
Teringat satu frasa :
Mangasah gigi, menguyah padi.
Mengasah minda untuk mengunyah bacaan berat.
Bersedia juga untuk menelan bahan mentah di tahun ketiga Mu'tah University.
Teringat juga para pensyarah yang datang dari pelbagai latar belakang. Mereka cukup istimewa dan merupakan aset istimewa kepada saya. Dr Syuesh, Dr. Faris, Dr. Ali Zuqaili, Dr. Muhammad Hawwa, Dr. Mustafa Abu Zaid dan Dr Ro'ud bakal menjadi murabbi saya untuk sesi seterusnya.
"Nta min baas...?" soal Dr. Mustafa Abu Zaid.
"Thab'an ya Duktuur," jawab saya. Tersenyum.
BAHAN MENTAH
Saya mengimbau semula pesanan-pesanan penting yang digenggamkan kemas oleh beberapa guru ke dalam minda saya.
Teruskan perjuangan, Gagahlah seperti Syuhada', Galilah bahan mentah, kerana itulah bekalan dakwah.

" Kita tidak diajar untuk mengenali hak melalui individu, tetapi kita diajar untuk mengenali individu dengan hak, membenci Yahudi bukan kerana mereka Yahudi, tapi kerana mereka zalim. Menyanjungi Zulqarnain bukan kerana baginda seorang raja, tapi dek keadilannya. Ingatlah, Allah pernah mengiakan kata-kata musyrikat (Ratu Saba') kerana ianya BENAR.Sharpen The Saw
Mangasah gigi, menguyah padi.
Mengasah minda untuk mengunyah bacaan berat.
Bersedia juga untuk menelan bahan mentah di tahun ketiga Mu'tah University.
Teringat juga para pensyarah yang datang dari pelbagai latar belakang. Mereka cukup istimewa dan merupakan aset istimewa kepada saya. Dr Syuesh, Dr. Faris, Dr. Ali Zuqaili, Dr. Muhammad Hawwa, Dr. Mustafa Abu Zaid dan Dr Ro'ud bakal menjadi murabbi saya untuk sesi seterusnya.
"Nta min baas...?" soal Dr. Mustafa Abu Zaid.
"Thab'an ya Duktuur," jawab saya. Tersenyum.
HASANHUSAINI,
Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, Kelantan.
"Nta min baas...?"
BalasPadamhahaha.. sghonok betul muktah ye