Rabu, 1 Mei 2013

PRU13, pintu usaha yang tidak berpenghujung

PRU 13 menyaksikan UMNO BN berhabisan menyerang dan membuli Pakatan Rakyat. semua saluran televison, radio, akhbar perdana, jabatan kerajaan, intitusi pendidikan dan pelbagai instrumen awam digunakan untuk membelasah lawan politiknya, Pakatan Rakyat.

Namun kita dapati, kesan kempen UMNO BN tidak berbayar dengan modal besar yang dilabur leburnya itu.

Peluru yang disasarkan kepada PR melencong kembali bak bomerang kepada kubu mereka. Bom jangka yang dipasang pula meletup di karung sendiri. Periuk api yang ditanam diinjak oleh panglima perang UMNO BN sendiri. Usaha mereka selama 55 tahun tepadam dengan kejahatan dan pengkhianatan segelintir taiko UMNO BN yang tamak haloba.

Kita juga melihat sokongan kepada PR datang dari pelbagai sudut yang tidak dijangka.

Bermula dengan letusan ABU, dan TOLAK yang dipelopori anak muda. Seterusnya kepada trend menolak UMNO BN di media alternatif, dan laman sosial seperti FB, Youtube dan Twitter.

Selepas itu, kita melihat gelombang hijrah artis-artis dan bekas pegawai tinggi kerajaan, pakar-pakar serta intelektual kepada PR. UMNO BN kontang cerdik pandai dan hal ini diakui sendiri oleh Tun Mahathir. Seterusnya, muncul pula titah DYMM Raja Nazrin Shah yang memuji PR dan menegur BN. Ia memberi saham yang besar kepad PR dan pukulan yang mencederakan jantung BN.

Kemudian muncul lagi ratusan trend tolak BN lain timbul dari pelbagai arah, disamping tindakan UMNO BN sendiri yang menyebabkan populariti mereka jatuh terutamanya di kalangan pengundi baharu. Menyokong hal itu, pelbagai pendedahan tentang kelemahan UMNO BN menjadi gelombang menimbus budi yang telah mereka taburkan sejak 55 tahun. Kelemahan UMNO BN dan siri pengkhianatan mereka diabadikan dalam dokumentasi rasmi dan dipermudahkan pemahamannya melalui infografik dan poster malah filem pendek.

Setelah parlimen dibubar, timbul pula cetusan semangat kempen pulang mengundi. Warga Malaysia sejauh Russia, US, UK, Mesir, Jordan, Jepun membuat tindakan tepat untuk pulang mengundi di PRU13. Puluhan video dan gambar dikirimkan ke media sosial dan dikongsi oleh ribuan pengguna.

Manakala selepas itu, trend sokongan dan dokongn kepada Al-Fateh Malaysia, Datuk Paduka Husam Musa di Putrajaya menjadi satu fenomena yang sangat inspiratif kepada petugas PR di seluruh negara.

Berita duka bagaikan menimpa PR seketika tatkala DAP berdepan dengan masalah pendaftaran ROS. Ia cepat dirawat oleh DAP tatkala Lim Kit Siang mengumumkan DAP akan menggunakan logo PAS di semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak. Setelah itu, satu lagi gelombang besar timbul, lambang PAS kini bukan sahaja dijulang oleh pemuda berkopiah, bahkan diarak oleh masyarakat cina pelbagai usia bahkan sami budha.

Tidak kurang dari itu, datang pula sokongan moral dari pengerusi Kesatuan Ulama' Islam se-dunia, Syeikh Qaradhawi kepada PR. Setelah itu, timbul pula hasil kajian dari UMCEDEL yang menyatakan natijah sokongan majoriti kepada PR dan Anwar Ibrahim.

Mengakhiri senarai saya, hari ini pertubuhan IKRAM melalui presidennya menyatakan oendirian mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih baik dan mamou membawa inspirasi rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Selain yang saya senaraikan, masih banyak siri sokongan kepada PR yang berlaku di medium dunia sebenar mahupun di medan media sosial.

Ia bagaikan menjadi petanda bahawa UMNO BN sememangnya akan berkubur pada PRU13.

Namun, apakah kita sudah boleh berehat? Selesa dan tidur? Patutkah kita hanya meriba tangan sambil menghirup teh panas di balkoni sementara mendengar pengumuman kemenangan PR pada tengah malam 5 Mei 2013?

Lihatlah Sejarah

Di medan Uhud, ada beberapa pengajaran penting untuk kita renungi.

Selepas kemenangan besar tentera Islam di 'PRU12' Badar pada tahun kedua hijrah, kekuatan moral umat Islam meningkat mendadak. Mereka yang sebelum ini takut-takut dan tidak yakin dengan Islam, semakin yakin dan percaya diri. Masakan 300 tentera yang tidak lengkap logistiknya boleh mengalahkan tentera moden Quraish yang bilangan mereka mencecah 1000.

UHUD. Syawal Tahun Ketiga Hijrah

Setahun kemudian, Quraish menghantar tentera bagi menuntut bela kekalahan 'PRU12' di Badar. Abu Sufyan Bin Harb lebih teliti mengatur strategi. Kepakaran Khalid al-Walid dan Ikrimah Bin Abu Jahal dimanfaatkan sepenuhnya.

Umat Islam mara. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam sendiri bersama mereka selaku penglima tertinggi. Baginda mengatur strategi paling ampuh untuk berhadapan dengan 2000 tentera pimpinan Abu Sufyan Bin Harb. Pelbagai jenis taktik peperangan dipraktikkan.

Tenterai Islam berjaya menguasai beberapa kawasan strategik. 50 pasukan elit pemanah diketuai oelh Abdullah Bin Jubair radhiallah 'anhu ditempatkan di Jabal Rummat yang sedikit tinggi dari gelanggang tempur Uhud. Selain itu, tentera Islam juga lengkap dengan 50 pasukan berkuda dan 100 tentera perisai.

Tentera Quraish yang dipimpin Abu Sufyan Bin Harb porak peranda. Ramai di kalangan mereka terkorban. Sebahagiannya lari lintang pungkang meninggalkan kelengkapan perang dan kuda-kuda yang gagah.

Melihat keadaan itu, tentera Islam merasa selesa. Kemenangan seakan-akan pasti berpihak kepada mereka. Pesan Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam agar mereka tidak turun dari Jabal Rummat sekalipun kemenangan sedang diraikan.

Sejumlah pemanah turun dari medan, mengutip barang tinggalan tentera Qurasih. Hanya sepuluh berbaki di puncak Jabal Rummat.

Khalid Al-Walid memecut kuda menggempur pemanah yang berbaki dan menguasai kawasan strategik itu. Hasilnya, Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam tercedera, darah baginda mengalir. Manakala singa Allah Hamzah bin Abdul Muttalib syahid bersama hampir 70 sahabat yang lain.

Tentera Islam mengalami kekalahan. Emosi mereka terganggu dengan kecederaan Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam dan kematian ramai sahabat terutamanya Saidina Hamzah radhiallah 'anhu.

Petugas PR di PRU13, teruskan berusaha. Meski kemenangan seakan pasti menyebelahi kita. Pengundi yang tinggal di luar mesti pulang untuk mendokong kemenangan. tidak ada selesa untuk PR meski di Kelantan. Kerana senang itu tidak datang selepas susah, tapi ia datang bersama susah payah usaha kita.

"Oleh itu, yakinlah bahawa sesungguhnya bersama kesusahan itu, terdapat kesenangan. Dan (sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya bersama kesusahan itu, terdapat kesenangan. [Al-Insyirah 5-6]"

Hasanhusaini
Darul Muttaqin, Mu'tah Jordan
www.hasanhusaini.com

 

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]