Jumaat, 3 Mei 2013

Munajat Anak Muda Jordan Untuk PAKATAN RAKYAT

Petugas, penyokong dan pendokong PAKATAN RAKYAT sedang melakukan pecutan akhir sebelum PRU13. Usaha ditingkatkan ke tahap maksimum.
Anak muda di Jordan tidak terlepas dari turut mengambil tempat untuk menjadi sebahagian dari sejarah agung di Malaysia.
Suara munajat yang bergema di langit Malaysia disahut dengan gemaan munajat dari bumi Isra', Mu'tah, Jordan. Himpunan Munajat dan Pidato PRU13 : Anak Muda Menyokong PAKATAN RAKYAT berlangsung selepas solat Isya' di bumbung dua bangunan kediaman pelajar Malaysia. Satu bumbung dipenuhi mahasiswa dan bumbung kedua diisi mahasiswi.
Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi, saudara Rahim Ali diikuti dengan pidato pemanas dari saudara Aiman dan saudara Amsyar dan saudara Putra. Selepas itu, saudara Nasiruddin mengepalai solat hajat dan munajat memohon kemenangan PAKATAN RAKYAT.
Sesi pidato diteruskan selepas itu dengan menampilkan saudara Abd Rahim, anak muda tegar dari Terengganu. Pidato seterusnya disambung oleh mahasiswi yang membariskan tiga pemidato tajam, antaranya saudari Zianah dan saudari Ain.
Pidato semakin panas tatkala pemimpin muda mahasiswa tampil menyusun kata. Pidato dari saudara Muiz itu dilengkapkan oleh pidato saudara Ihsan yang seterusnya mengepalai doa yang menggetar jiwa. Tembakan munajat malam ini bersahut-sahutan, menunggu masa untuk dimakbulkan.
Sepanjang himpunan, peserta yang berjumlah lebih seratus orang itu tidak lekang dengan selingan luangan keramat, 'Rakyat Bangkit', 'Anak Muda Tolak UMNO', 'Runtuh Kezaliman', dan gemaan takbir.
Majlis berakhir dengan jumlah kutipan mencecah JOD60, bersamaan dengan RM300. Meski miskin harta, anak muda tidak miskin jiwa. Jumlah kutipan ini dianggap sangat besar memandangkan kos sara hidup di Jordan semakin meningkat lantaran kenaikan harga bahan bakar Jordan. Sumbangan itu disampaikan oleh saudara Ihsan secara terus kepada wakil PAKATAN RAKYAT melalui pindahan akaun internet banking.
DEKLARASI ANAK MUDA JORDAN
Bagi mencapai cita-cita Malaysia sebagai negara contoh di rantau Asia dan menjadi model negara Islam yang maju lagi berkebajikan, mahasiswa dengan ini mengambil pendirian untuk mendokong aspirasi politik bijaksana lagi telus yang dipraktikkan oleh PAKATAN RAKYAT. Mahasiswa Jordan dengan ini menolak politik perkauman BN dan mendokong PAKATAN RAKYAT untuk PRU13.
Manakala bancian yang dibuat berdasarkan 25% dari keseluruhan mahasiswa Jordan menatijahkan dapatan seperti di carta berikut. Hasil dapatan mengambil kira tapisan bancian berulang dan bancian rosak.

Penganjur,
Himpunan Munajat dan Pidato PRU13 : Anak Muda Menyokong PAKATAN RAKYAT

 

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]