Sekeping potret, apabila ia mula berbicara, pasti tewas segala untaian kata, mahupun cerca nista atau puji puja. Ialah tulisan, ialah kata, ialah bisikan, ialah bicara. Itulah 'mukjizat' teknologi hari ini, FOTOGRAFI. Seorang Presiden boleh dijatuhkan hanya dengan penyaksian sekeping potret. Seorang Perdana Menteri, boleh dimasyhurkan hanya dengan bicara sekeping potret.
Potret mampu mengukir senyuman dibibir gersang. Potret juga mampu menimba air mata dari telaga jiwa.
Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mempunyai seorang fotografer peribadi yang ditugaskan untuk merakam setiap detik kehidupan sehariannya. Detik itu kemudiannya akan ditapis berdasarkan emosi dunia. Seolah Obama empati dengan seluruh penduduk bumi. Obama tersenyum dengan berita gembira. Obama serius malah sedih dengan keganasan. Obama ceria Oval Office. Mcmahan menerima upah lumayan untuk tugasan ini. Maka, Obama masyhur ke dalam hati seluruh penduduk bumi.
Cuba anda cari gambar asli Obama terlelap. Ataupun gambar Obama memandang siling sewaktu mesyuarat. Atau potret yang mulutnya herot ketika berpidato, atau mungkin yang matanya sedikit terbelalak. Pasti sulit untuk menjumpainya.
Dari sini jugalah, Rumah Putih akan memilih potret yang terbaik untuk disiarkan ke mata dunia melalui lidah rasmi mereka di kaca tv, internet mahupun media cetak. The White House's photostream
MALAYSIA
Perkembangan internet cukup pesat membangung di Malaysia. Statistik meningkat dengan cukup mendadak. Era millenium menjadi saksi perkembangan positif ini. Namun, tak ramai yang ingin mengambil kesempatan ke atas kebaikan yang maha besar ini.
2007, saya pernah menulis tentang 'mukjizat' teknologi. Tulisan saya ketika itu masih tawar. Kurang tajam. Tak lulus untuk berada di mana-mana akhbar. Berkat jawatan yang disandang, maka ianya dicetak ke dalam buletin kecil persatuan. Mungkin dibaca, atau mungkin dijadikan alas nasi kerabu.
Realitinya, sains ini masih belum dititik beratkan oleh banyak pihak. Cukup mudah untuk kita temui potret tokoh yang terbelalak, dirakam ketika berucap. Potret pemimpin yang matanya terjegil merah, miskin senyuman. Potret yang membawa nilai negatif yang cukup merugikan.
Tanya sahaja Haji Google, pasti ribuan gambar memalukan dihidang kepada anda.
Lihatlah bagaimana kejatuhan Tun Abdullah cukup berkait rapat dengan teknologi fotografi. Sebaran potret lena beliau cukup memberi tamparan yang maha besar. Merobek dan menghancurkan kredibiliti beliau selaku PM Malaysia.
Dalam masa yang sama, aura Tuan Guru Nik Aziz melambung tinggi. Buku kecil yang memuatkan potret beliau yang tersenyum manis, tekun berfikir dan ramah menyapa disebarkan kepada umum. Potret-potret itu juga disebarkan melalui blog dan laman web. Paling menyentuh hati, potret air mata Tuan Guru yang sedang bermunajat. Munajatnya tidak berbunyi saat potret ditatapi, tapi ia berbicara, terus ke dalam lubuk hati.
Potret tulin mempunyai rohnya tersendiri. Tidak seperti potret diubahsuai yang kebiasaanya akan menimbulkan emosi sebaliknya.
Kalaulah ada seorang fotografer berkhidmat untuk Tuan Guru Presiden dan para pejuang Islam. Ganjarannya pasti sama hebat dengan penasihat politik mereka!
Hasanhusaini,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan

nak apply jadi fotografer Presiden PAS ke?hehehe
BalasPadamkasukira : TGNA xdop org jadi nfotog rasmi...tp, banyak pic yg bgus..so, TGHH pon blh dihalakan lensa ke arah beliau..promosi Presiden...
BalasPadam