Jumaat, 1 Januari 2010

Mesej Dagang Di Pagi Hari

"Ghuraba'lah yang menjadi inpirasi ana membina aspirasi diri ini..Ana dah banyak berubah ke arah yang lebih baik..namun ana harap biarlah ianya kekal..Bukanlah hanya bergetar dan bersemangat saat bersama Abg Ihsan, Abg Din dan adik beradik usrah yang lain, malah ana mampu beristiqamah sehingga akhir hayat..." : As'ad.


"Sepanjang kita berusrah, ana dapat merasakan bahawa pemikiran ana dah berubah semakin kritis..bukan kritis semata-mata, bahkan bersedia menyediakan alternatif. Bantulah ana memanjat langit, meski berkaki ayam untuk menikam matahari.." : Marwan Bukhari


"Abang Ihsan jangan lupakan kami di sini...keep calling ye..moga video ni bakal menjadi ubat rindu Abg Ihsan kepada kami..." : Fakhri

Usrah adalah nukleus yang sentiasa bergerak, istiqamah untuk dakwah...bukan tempat menimba ilmu semata-mata...Supaya usrah sentiasa menjadi hobi ana...: Khairi

"Ana beruntung mengenali naqib ana..naqib yang paling mengenali ana...melebihi orang lain yang dekat dengan ana..didiklah kami..." : Amirul

 Inilah nilai kasih sayang yang hakiki...ana baru sahaja merasainya....ana tak mahu melupakannya...terima kasih semua..pastikan ntum semua menziarahi ana di Sarawak nanti, kita akan berusrah di Sarawak pula..: Abu Hurairah.

Nta doakan ana jadi kurus ye...kurus kerana berdakwah..Insyaallah...Fauzan





Di antara rutin saya selain menghubungi ibu di Malaysia, saya akan menatap gambar-gambar, video serta sms yang masih tersimpan di HP saya.


Mata saya berkaca. Video-video pendek dan SMS-SMS itu sentiasa saya tatapi.


Mereka kini dipenghujung usia di Darul Quran. Hebat-hebat belaka mencorakkan suasana di sana. Terasa rindu benar untuk meng'gertak' mereka. Terasa rindu benar untuk mengusik-usik mereka. Suka benar melihat mereka terlentok-lentok di kerusi Komuter Rawang-Kuala Kubu Bharu.



Teringat benar kisah ke Ipoh dengan poket ringan. Kisah orang merajuk diprovok. Kisah selepas basuh kereta di Kuala Selangor. Kisah di Gunung Krian. Kisah abang Rahman di Beserah. Itulah kisah-kisah Ghuraba'.

Kebiasaannya, selepas menatapi mesej dan video tersebut, saya akan berusrah dengan ahli rumah saya. Bercerita, berkongsi dan pastinya, makan.

Namun kali ini berbeza. Mesej yang tiba di awal pagi tadi mengusik saya untuk menulis.
Kami minta maaf..kami tak setegar abang untuk memikul tugasan ini..kami kerap rebah..kami kerap lemah..kami kerap resah..maafkan kami yang masih mentah dalam dakwah, maafkan kami yang sering membawa salah. Maafkan kami yang banyak gagal memikul amanah...maafkan kami yang sentiasa rindukan sentuhan dan provokasi dari abang..naqib yang telah menSATUkan hati kami yang tak pernah bertemu..: Adik Usrah mu..
Ketahuilah, aku juga merindui kalian..Istiqamahlah dalam perjuangan...

Dengarilah provokasiku dari video pusaka Ghuraba', hayatilah falsafahnya...



Berjuanglah...

Hasanhusaini,
Irbid, Jordan.

1 ulasan:

  1. teruskan untuk mencari redha Allah dibumi yang asing di sisimu, kenangan itu mematangkan, kepayahan membawa ketabahan. insya Allah kami menyusur di belakang di dalam satu titi merentas lembah yang hampir sama

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]