Saya memang suka memasak walaupun tak berapa pandai dan mahir. Tak pelik andai banyak andaian yang saya datangkan berkaitan dengan dunia dapur.
Resipi Nasi Kerabu.
Resipi Nasi Lemak.
Resipi Nasi Minyak.
FALSAFAH RESIPI
"Assalamulaikum Mak, macam mana nak masak cili apa ye.. Hanif nak makan ayam masak cili api la mak..?" Se'pucuk' SMS dikirim ke kampung halaman dengan karakter yang tidak melebihi 160.
Dua minit kemudian, si ibu membalas dengan 480 karakter. Lengkap. Resipi untuk masakan cili api. Menekuni bait-bait yang tertulis di LCD Nokia E97nya menyebabkan Hanif tidak sabar untuk memasak lauk ayam masak cili api. Kecur air liur Hanif. Kalau boleh, HP Nokia N97 itu pun ingin dimakan, hasil 'lazatnya' resipi yang dikirim ibunya dari kampung.
Maka, berasaplah dapur Bayt Cili Api dengan aksi dan resipi Hanif memasak. Segala yang ditulis ibunya melalui SMS tadi diikuti secara 100%. Tanpa tertinggal satu pun.
Masakan terhidang. Ayam masak cili api kini di depan mata. Aromanya sama. Warnanya sama.
Sepinggan nasi dan segelas air tersedia. Suapan pertama diharapkan mampu memadamkan rindu masakan cili api ibunya di kampung.
Namun, Hanif tiba-tiba merasa kecewa. Saat suapan pertama itu hinggap di tengah lidahnya. tiada kelazatan terasa. Keenakan yang dirinduinya tak kunjung tiba. Rasa masakannya tidak seperti lazatnya masakan ibunya. Pedanya lebih. Masinnya entah ke mana, manis tak kunjung tiba. Hanif kecewa, bungkam dan hiba.
Masak untuk diri sendiri masih belum lulus, bagaiman untuk memasak kepada orang lain...?
Itulah bahana resipi hafalan.
Resepi yang dihafal tanpa diketahui falsafah, tujuan dan peranan setiap apa yang dicampakkan ke dalam periuk, tak akan menjanjikan keLAZATan yang optimum.
Berbeza dengan si Hakim. Masakannya biasa sahaja. Telor goreng kicap. Sambal ikan bilis. Nasi goreng bujang. namun, rasanya lebih enak. Zouk lazat meresapi ke 'hati' lidah. Mata terpejam saat menikmati resepi ringkas dari Hakim.
Sebabnya adalah kerana Hakim tahu apaka tujuannya garam, apa kegunaannya gula. Apa gunanya asam dan apa kesannya cuka. Di mana lebihnya telur, di mana kurangnya ikan. Hakim mahir dengan falsafah resepi. Resepi harus di faham, bukan sekadar dihafal.
Begitulah Ilmu.
ILMU HAFALAN DAN ILMU FAHAM
Mengahafal hukum pada setiap perbuatan pastinya teramat sulit dan payah lagi berat. Mungkin juga mustahil. Bayangkan, untuk menghafal, apakah hukum yang akan dikenakan kepada perbuatan kita dari awal pagi saat bangun dari tidur sehingga kembali semula ke katil. Hukum terhenti saat terangkatnya Kalam dari mereka yang telah lena.
Sulit bukan...?
Namun, andai difahami kaedah umum mahupun khusus, tentang tujuan dan matlamat serta falsafah KENAPA Syariat dan hukum diturunkan, maka senanglah kerja kita.
Al-Umur Bi Maqasidiha... Salah satunya.
Menghafal setiap hukum yang jatuh ke atas sesuatu hadith amatlah sulit. Namun, dengan mengetahui matlamat dan falsafah KENAPA ilmu Hadith disusun oleh para Ulama', kesenangan dan keMUDAHan itu datang. KeFAHAMan pula pasti mengiringi.
Kehidupan di seberang laut pastinya menuntut kita lebih terkehadapan dalam proses 'mencabar' diri. Mencabar diri dalam komunikasi. mencabar diri dalam pelajaran. mancabar diri dalam pemikiran dan segenap macam ragam dan jenis cabaran lagi.
Hari-hari yang berlalu di seberang laut menjanjikan pengalaman dan persaan baru yang mesti dikaji dan disimpan sebaiknya di dalam kotak memori dan peti pengalaman. Itulah bayaran kepada kepada ribuan ringgit yang dilaburkan. Andai balik ke tanah air, dengan hati yang kosong tanpa perasaan, minda yang kosong tanpa ilmu, jiwa yang kosong tanpa pengalaman, hinalah di mata tuhan dan insan.
Teringat pesan seorang ustaz yang saya anggap beliau sebagai murabbi,:
"Sewaktu masih ada peluang di sini, belajarlah sebanyak mungkin ilmu..Kautlah sebanyak mungkin pengalaman, kerana nta akan pulang ke Malaysia sebagai seorang yang akan dicontohi dan diikuti oleh masyrakat. Jangan pula bila balik ke Malaysia, nta terpaksa lari dari masyarakat, lantaran ceteknya ilmu di dada, kemaraunya pengalaman di jiwa..."
Pelajarilah ilmu dengan melatakkan FAHAM sebagai matlamat. Kerana Faqih itu bukan penghafal.
Dicatat usai Imtihan Nihaie subjek Ulum Hadith yang diajar oleh Dr. Mustafa Abu Zaid.
Bersedia untuk subjek Sains Ketenteraan esok...
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
.... Resepi harus di faham, bukan sekadar dihafal. Begitulah Ilmu.
BalasPadamILMU HAFALAN DAN ILMU FAHAM
Sampai di situ mula-mula ana ingatkan nta nak bahas pasal orang yang hafal Quran tapi tak faham apatah lagi amal apa yang dihafal. Rupanya pasal hukum.
Ana cadang nta buat juga pasal orang yang hafal Quran berkenaan dengan tajuk yang sama. Ana menunggu, insya Allah. :D
@http://www.hasanhusaini.com/2010/01/resipi-hafalan.html#comment-8383901935402127174
BalasPadamAna ingat skop ana dah berubah dari huffaz ke fuqaha'..rupanya masih ada ruang untuk itu ye...