Isnin, 4 Januari 2010

[Update] UBAH : Optimumkan Dakwah

Kurang sebulan yang lalu, saya menerima e mail dari pengirim yang tidak dikenali. Niatnya ikhlas, menegur saya dengan beberapa nasihat dan tunjuk ajar. Alhamdulillah. Segalanya saya terima dengan baik. Terutamanya, kelemahan yang cukup signifikan dengan diri saya, bahasa Inggeris.

Namun, perenggan sebelum terakhir mengungkapkan ayat yang saya rasa perlu diperbaiki.
Saya berpandangan, ustaz perlu bermuhasabah. Jangan pula tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah. Ustaz mengeji yahudi, memerangi mereka, Namun, dalam masa yang sama, ustaz telah membantu Yahudi. Saya cukup mendapat kesedaran dari tulisan ustaz tentang keperluan untuk menentang yahudi. Namun, ia segera terpadam setelah melihat link ustaz kepada profile ustaz di Facebook!..Ustaz juga bersekongkol dengan Yahudi!
Saya sokong Yahudi...?

Kurang seminggu saya tiba di Jordan, saya membina akaun di laman sosial, Facebook. Persoalan KENAPA saya ber'facebook' telah saya selesaikan selepas melihat perilaku kebanyakan arab di pesisir Laut Mati tempoh hari.

Dulu, saya pernah bersekutu sebagai ahli Friendster, namun, oleh kerana saya tak terlayan dengan 'kebudak-budakan' terlampau aplikasi srta minda pengguna Friendster, saya pedulikan akaun tersebut. Tumpuan saya berikan sepenuhnya terhadap blog. Say sudah agak tua untuk Friendster.

Namun, pandangan saya kini berubah. 'Turun' ke medan sosial seperti Facebook adalah keperluan yang amat mendesak. Beberapa faktor telah saya ambil kira. Yahudinya pemilik Facebook. Sosialnya pengguna laman tersebut. Hedonismenya matlamat penubuhan Facebook. Semua sudut telah saya pandang beserta sedikit pengkajian dan penelitian.

Lalu, saya terjun ke medan Facebook untuk membawa gelombang dakwah. Gelombang MENGUBAH. bukan gelombang MEMBENCI.

Membenci mungkar tidak akan membawa manfaat yang optimum dalam dakwah. Bahkan ia kebanyakannya datang dari emosi yang mencetuskan reaksi. Bukan dari perancangan dan strategi. Benci hanya berkesan untuk menyelamatkan diri sendiri.  Benci juga hanya berkesan untuk jangka masa yang pendek. Membenci pula melambangkan sikap kita yang defensif dan pasif. Sikap defensif dibuktikan sejara sebagai sikap manusia yag lemah. Sikap yang pernah menjadi faktor jatuhnya Islam beserta Muslimnya.

Berbeza dengan UBAH. Akal dan pengalaman  akan menjadi watak utama dalam siri serangan UBAH. Mempergunakan racun untuk dijadikan ubat. Mengubah akan memberi manfaat kepada orang ramai. Menggunakan proksi Yahudi untuk menyerang Yahudi. Bukankah itu lebih bijak lagi strategis...? Bukankah itu lebih progresif lagi proaktif...?

Bandingkan perbezaan benci dan ubah...

Sabda Rasulullah sallallahualaihiwasallam  :
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]
Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam dalam konteks kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas dan respon kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.

Andai Saya Hanya MEMBENCI

Saya tahu, ramai di kalangan sahabat saya yang mengharamkan diri mereka dari menziarahi 'rumah Yahudi' (Facebook). Alhamdulillah. Kalian mempunyai sensitiviti yang cukup ampuh dlam menjaga diri dari dicucuk jarum Yahudi. Alhamdulillah. Syukur padaNya.

Namun ia tidak memadai untuk saya. Saya melihat, ramai yang sudah hanyut ditelan gelombang hedonisme di sana. Maka, siapa yang akan menyelamatkan mereka yang merupakan sahabat handai kita...? Maka, saya cuba menghulurkan tangan, membantu dan cuba untuk MENGUBAH keadaan di sana...Salahkah saya...?

Juga perlu untuk difahami, entry ini bukan mengajak untuk menyertai Facebook secara beramai-ramai. Bahkan ianya dilahirkan untuk memperbetulkan cara kita melihat dakwah, serta ruang dan peluang untuk beraksi.

Bertaqwalah wahai pengguna Facebook, jangan pula anda terpedaya dengan tipudaya Yahudi dalam menyesatkan kalian secara halus.

Sesiapa yang mengaku beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata dengan perkataan yang baik atau lebih baik diam sahaja...[hadith]
Gerakkan dakwah di Facebook atau sign out sahaja...?

Baca juga blog sahabat saya yang sedang berkembang pesat [Khairi : Daie Volkswagon vs Mad'u PS3]

Baca juga (wajib) Us Zaharuddin : Facebook

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Baru tadi ana baca 'Bila Mad'u Pasca Playstation bertemu Da'ie Pasca VolksWagon' kat blog akh Khairi.

    Tadi ana dapat sesuatu yang baru tentang hadis 'mengubah perkara munkar dengan 3 langkah' kat sana. Sekarang dapat tambahan yang hampir serupa kat sini. Memang ada 'heart connection' adik-adik ni. :)

    Wassalamualaikum.

    BalasPadam
  2. Walaikumsalam.

    Ana pon dah baca beberapa hari lepas...hu, mungkin agak berbeza pada matlamat...namun, sasaran kami berbeza...apaun, itulah instinct adik beradik...kan..? sama juga dengan Abg Rais..

    BalasPadam
  3. assalamaulaikum...

    rentak pemikiran ana banyak sama dengan a.ihsan dalam sesetengah perkara..

    ihdiNA SIRAT Al-mustaqim..
    tunjukkan KAMI, SATU jalan yang benar.. =)

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]