"Dan matahari beredar melalui orbit yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”
Sejak seminggu yang lalu, saya bersedia dengan sedikit kelengkapan untuk menyaksikan salah satu tanda kebesaran Allah. Gerhana Matahari.
Melalui maklumat dari Ustaz Muktasyaf dan Ustazah Azma yang berpengalaman dalam bidang falak, saya diberitahu jangkaan berlakunya gerhana matahari di Mu'tah. Lebih kurang jam 8:00 pagi [waktu Jordan].
Sun Eclipse | Jordan | Friday l January 2010
Dengan berbekalkan gajet yang terhad dan beberpa alatan DIY [do it yourself] saya merakamkan ratusan keping gambar dengan selang 30-80 saat. Sedikit masalah timbul apabila gambar yang dirakamkan agak over exposure, namun dengan bantuan gajet Canon EOS 1000D yang mampu merakam imej dalam format RAW, saya berjaya mengatasi masalah tersebut.
Kronologi sepanjang tempoh gerhana
Apa kata Islam tentang Gerhana Matahari? Klik untuk bacaan lanjut.
Terima kasih kepada Us Muktasyaf dan Us Buhairi dari Malaysia atas tunjuk ajar. Juga kepada Ustazah Azma atas perkongsian maklumat dan khidmat pengiraan dan jangkaan. Tidak dilupakan Us Fakhrul Hayyi yang bertungkus-lumus. [tumah]
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
salam abg,
BalasPadamamik gamba tu ke? pakai filter gapo?
boleh x cite detail pasal filter tu.........
Salam, Filter tu ana buat sendiri..pakai cermin tingkap rumah yang warna hitam dan plastik gelap[fail]...
BalasPadamYang penting, ana guna 300mm + 2X tele conveter = 600mm.
Setting :
Apature : f/45 [maximum]
Shutter : 1/4000 [maximum]
iso : 100
Metering : Center weight
Format : RAW
lepastu, sedikit edit dengan digital Photo Profesional untuk kurangkan 'brightnes' dan naikkan sedikit 'contras'...
kreatif2...
BalasPadamguna cermin tingkap dgn plastik???
x pernah dibuat orang..
shot yang cantik...
mabruk!
nice, idea kreatif.....
BalasPadaminovasi yg canggih..