Jumaat, 22 Januari 2010

Sebelum Kata Hilang Rasa

" Baju-baju ni tak bawa..?" tanya ibu sambil melihat ke arah selonggok pakaian saya.

Saya tersengih, "Tak bawak la kot..dah lebih kilo ni.."

"Makanan-makanan..?" Tanya Ibu lagi.

"Bawak sikit je kot..", sebungkus serunding saya masukkan dicelah kitab-kitab saya. Buku.

"Orang nak ke luar negeri, bawa bekal rempah ratus..kita bawak buku..tu pergi Jordan nak makan roti arab sahaja la tu...Baju pun bawa tiga empat helai..." panjang sedikit komen ibu.

Mungkin kebingungan dengan persoalan, kenapa perlu saya bawa buku, sedang saya akan pergi ke 'kilang buku dan kitab'. Lebih 3/4 barang kargo saya adalah kertas!

Saya tak tahu bila saya mula membaca. Akhirnya bila saya sedari, sudah banyak koleksi kitab dan buku yang saya milik.

Sebelum ke Jordan, saya merujuk kepada beberap senior tentang iklim ilmu di sana. Bagaimana budaya, suasana dan biahnya. Dengan gambaran ringkas yang diberi, saya merancang-rancang plan tindakan saya. Antaranya ialah dengan membawa bekal buku.

Selain buku berbentuk hardcopy, ratusan e-book berbentuk softcopy juga telah saya himpunkan dalam cakera keras laptop saya.

MEDAN JIHAD

Andai medan jihad yang ingin disertai adalah jihad fizikal dan jihad qital, pastinya bekalan saya adalah Raifal M-16 dengan peluru 23 kaliber.

Namun medan saya adalah medan ilmu. Maka sumber ilmu adalah kitab dan buku. Setelah lebih 40kg buku yang saya punggah menyeberangi semenanjung Malaysia ke Dataran Syam, saya masih kesal.

Kalaulah aku bawa lebih banyak buku yang masih tersusun di rak buku usang nun jauh di kampung.

Membaca kitab-kitab arab agak meletihkan untuk saya yang baru bertatih melangkah. Namun, dengan e-miftah, beban itu agak berkurangan. Jilid pertama Qasas Al-Quran telah dikhatamkan. Namun, terlapau lama merangkak dengan bahasa arab, saya perlu mengasah pemikiran dan ingatan terhadap fakta.

Tanpa buku dan baca, saya mudah kebosanan. Tanpa baca dan tenung, saya mudah termenung. Mujurlah ada internet yang baik di Jordan. Banyak blog-blog yang mampu menyegarkan semula minda saya. Saifulislam.com dan Zaharuddin.net adalh senarai wajib lawatan saya.

BACA DAN TULIS

Selepas membaca, biasanya saya akan menulis. Samada untuk dipaparkan ke blog, mahupun untuk simpanan sebagai nota. Nota kebiasaannya berbentuk kaku tanpa rasa, hanya nombor dan fakta. Untuk paparan blog, saya perlu meletakkan sedikit rasa supaya sedap dibaca.

BACA DAN KESANNYA

Membaca banyak kebaikannya. Teramat banyak. Namun harus diingati. Adalkalanya, membaca juga boleh membawa bahaya.

Ya, membaca juga ada bahayanya. Acap juga amaran Allah untuk kaum yang membaca.
Adakah patut kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Apakah kami tak berfikir..? [Al Baqarah : 44]

Yang lebih menggerunkan apabila Allah datangkan frasa ' tidaklah kamu berpecah-belah melainkan selepas datangnya Al-Kitab'.

Dengan bukti yang jelas dan nyata di depan mata, jelas sejelasnya. Terang benderang, namun hati tetap tidak mahu menerima. Baca dengan hati tuhan, bukan dengan jiwa hamba.

Ilmu yang tiba adalah ilmu aku betul dan kena, mereka salah dan silap. Ilmu yang memecahkan sesama manusia,  bukan ilmu membuka dada mengejar RedhaNya.


AKHIRAN INI

"Siapa yang ajar kamu hisap rokok haah..!?" marah si ayah pada anaknya yang menghisap rokok daun di rumah atuknya sambil bermain dengan sepupu-sepupu yang lain.

Saya tak nampak masalah pada anak yang merokok, kerana yang terlebih perlu untuk dianggap masalah adalah anak itu kehilangan contoh yang baik untuk tidak merokok. Ayahnya merokok, atukya merokokm cikgu di sekolahnya pon sama.

Sebulan dua kebelakangan, banyak isu yang dikedepankan. Banyak juga ijtihad yang dikeluarkan. Banyaklah kata dari mereka yang mengaku tahu. Katanya tiga, empat dan lima, bukan satu. Akhirnya, umat yang keliru. Entah mana yang harus dipilih.

Yang tahu pula masing-masing keras dan tegas. Tidak ada kompromi dalam pandangan dan pendapat.

Tahu A berfatwa di kaca telivisyen. Tahu B di dada Akhbar. Tahu C pula dalam Akhbar Online. Tahu C pula di Blog peribadinya. Masing-masing berpadangan bahawa, pandangan sayalah yang satu-satunya benar dan tepat.

Ada juga yang sedikit tahunya menyebarkan tahu yang sedikitnya di laman sosial yang rata-rata penghuninya adalah anak muda yang masih leka dengan kuiz loghat daerah dan ramalan tarikh lahir.

Saya tak anggap masalah yang ditimbulkan sebagai masalah, kerana masalah sebenar adalah apabila masyarakat keliru tentang jalan keluar kepada masalah!

AMARAN ALLAH

Hasil dari tahu-tahu yang tak sepadu dalam pengetahuan dan tak sekata dalam kata, akhirnya timbullah perpecahan dan pelabelan.

Aku *.*.*.* ISME.

Aku pula *****SIAN.

Saya menghormati Al-Banna. Saya menghormati Syed Qutb. Saya menghormati Ibn Taimiah. Saya menghormati Syed Al-Attas, saya mengagumi Ulama'-ulama' dunia dan nusantara. Mereka semua adalah ulama' Ummah.

Namun, dengan menjadikan manhaj, pemikiran dan pendapat mereka sebagai punca perpecahan adalah satu tindakan yang amat dibenci. Mereka berjuang untuk menyatukan umat. Kita berjuang untuk membelah umat.

Ingatlah amaran Allah :  
Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah dalam urusan membangunkan agama [as-Syuura : 13]

Bimbang dengan perkembangan labelisasi semasa...melabel diri sendiri atau melabelkan orang lain selain dari label [AKU MUSLIM] Maka saya mengajak untuk sama mentadabur ayat ke-13 surah Al-Syuura...


Maaf andai tulisan ini agak kurang 'rasanya'....Semoga ada manfaat untuk diambil.

Sedang cuba untuk meringankan catatan tentang hadith 'tersebarnya qalam'...

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

3 ulasan:

  1. hmm, kata2 akh ada kbnrannya... bnyk perkara2 agama da dipolitikkan n lebih teruk lg bile kit ambil mklumat drpd sumber yg salah.. na'udzubillah.. May Allah preserve us..

    BalasPadam
  2. artikel yg tidak berat dan baik.senang difahami..bgus tulisan saudara.teruskan menulis mengasah minda.

    BalasPadam
  3. perkongsian menarik ni..santai2 ringan musim cuti,, agr hati x mati,,jadi bekalan andai hidup lama lagi,, mnjdi saham akhrt sdh pasti..

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]