Jumaat, 8 Januari 2010

Misi Mencerap Musuh

Artikel ini merupakan artikel dalam -Misi Mengenal Musuh Islam- yang dimuatkan ke dalam Majalah Biro Penerbitan, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, Jordan (PERMATA)

PENGENALAN DAN MUKADIMAH


Dunia hari ini kerap bergegar dengan teriakan menentang musuh yang ingin menghapuskan Islam. Laungan dan teriakan didengari di mana-mana. Namun begitu, saban hari juga, Islam dilihat semakin tersepit dan terhimpit. Ironisnya Islam hari ini baru sahaja diisytiharkan sebagai agama paling besar dengan penganutnya yang mempunyai populasi paling ramai di dunia.

Beberapa har selepas Islam dimartabatkan sebagai agama terbesar, seorang ahli parlimen Eropah menerbitkan filem fitna yang memberikan impak fitnah yang besar terhadap Islam. Sungguh memalukan, kita hanya mampu bertempik-tempik di jalanan lantas mengoyak dan memijak-mijak poster ahli parlimen tersebut dan membakar bendera negara beliau.

Sebelum itu, umat Islam dimalukan dengan pakej seksaan di Guantanamo Bay. Umat Islam dilanyak di Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand dan Filipina. Dua dekad yang lalu di Kemboja melalui tangan Pol Pot. Hampir seabad, umat Islam Palestin masih menunggu bantuan umat Islam yang diisytiharkan paling ramai.

Umat Islam hanya MAMPU berteriak di jalanan, membakar bendera, memboikot dan mengutip derma.

Apa kesudahannya…? Apa kesannya…?

Saya tidak mengkritik mereka yang melakukan sedemikian ( demonstrasi, boikot, kutipan derma dan sebagainya ) kerana saya juga salah seorang pendokongnya. Namun saya merasakan bahawa sudah tiba masanya, kita mengkaji semula strategi kita dalam mendepani provokasi musuh-musuh Islam dengan menyediakan pelan bertindak yang baru.

Maka, langkah pertamanya adalah, KENALI MUSUH.

Kenapa KENALI MUSUH?


Persoalan kenapa perlu kenali musuh cukup rumit untuk dijelaskan. Seringkasnya, supaya kita tidak tersilap menyerang saudara kita yang disangkakan musuh, malah kalau seandainya musuh yang perlu didepani itu banyak kategori dan jenisnya, maka kita tidak tersilap memilih aulawwiyyat (priority) dalam menentukan musuh manakah yang harus diserang terlebih dahulu.

Penentuan musuh mana yang harus diutamakan untuk diserang amat perlu dan penting supaya tidak terjadinya pembaziran tenaga, masa dan harta benda pada sesuatu perkara yang kurang faedahnya.

Penentuan siapa musuh dan siapa saudara pula harus diukur dengan menggunakan neraca Al-Quran dan Hadis serta diambil kira dasar kumpulan, organisasi atau pertubuhan tersebut.

Manakala penentuan Priority pula ditentukan sejauh mana kesan ancaman yang bakal ditimbulkan dan juga dengan menggunakan neraca Present Problem and Real Problem.

Tersilap langkah dalam menentukan faktor-faktor di atas akan menjadikan usaha kita untuk membela Islam bertukar menjadi usaha terancang untuk menghancurkan Islam. Bagai tikus membaiki labu.

Maka, untuk mengenali musuh, saya menyenaraikan beberapa sumber yang penting dalam mencedok fakta dan sumber yang tepat.

1. Al-Quran

2. Hadis

3. Kitab Ulama’ Muktabar

4. Kitab-kitab Sejarah dan Tamadun dunia

5. Kajian terkini dari pakar-pakar seluruh dunia.

6. Internet

Saya juga menyenaraikan beberapa jenis musuh yang penting untuk kita ketahui dan kita kenali. Ia akan menduduki tangga pertama terpenting untuk saya kupas dan kongsikan bersama pembaca sekalian.

1. Yahudi dan proksinya ( Illuminati, Zionist, Freemason dan sebagainya )

2. Nasrani dan proksinya

Saya juga menyediakan beberapa platform dan isme yang diguna pakai oleh kedua musuh di atas dalam merangka strategi terancang untuk menghancurkan Islam. Malah, ada juga umat Islam yang memakai isme-isme tersbut tanpa sedar, yang akhirnya meberi natijah buruk kepada Islam dan Muslim.

Secara ringkasnya seperti senarai di bawah :

1. Sekularisme : Pemisahan hasil fanatik antara Agama dan Sains

2. Orientalisme : Mempersembahkan keburukan Barat dengan gambaran baik

3. Kolonialisme : Penjajahan fizikal untuk menjajah pemikiran dan sistem

4. Liberalisme : Pembebasan individu dari kekangan nilai agama.

5. Kapitalisme : Keuntungan dalam perniagaan sebagai ‘tuhan’.

6. Sosialisme dan Marxisme : Ekonomi rakyat, Hak sama rata. Kuasa Rakyat

7. Komunisme : Hak sama rata dan kuasa rakyat

8. Nasionalisme : Teori menjauhkan manusia dari diidentitikan dengan nilai agama.

9. Hedonisme : Hiburan adalah keperluan manusia

10. Rasionalisme dan Relatifsme : Benar dan salah tidak dihukum dengan nilai agama.

11. Materialisme : Menjadikan ‘benda’ sebagai penutup kepada nilai dosa dan pahala.

12. Humanisme : Manusia adalah tuhan!

13. Feminisme / Emansipasi : Hak sama rata untuk wanita

14. Darwinisme dan Neo- Darwinisme : Teori evolusi. Semua benda adalah makhluk yang berevolusi secara semula jadi.

Mungkin ada persoalan timbul, kenapa saya cuba bincangkan perkara yang secara zahirnya amat jauh perkaitan dengan kita, sedangkan terdapat di sana ancaman secara jelas dari Muktazilah, Qadhiani, Syiah dan golongan ajaran sesat yang lain?

Maka, jawapan saya, kerana saya meletakkan kepentingan (priority) di tempat yang betul. Sesuai dengan firman Allah dalam Al-Baqarah : 120 dan Al-Maaidah : 82. Yahudi dan Nasrani menjadi musuh utama.

Saya berjanji akan komited dengan teknik mendekat bukti yang saya kemukakan dengan contoh yang cukup dekat dengan dunia kita pada hari ini.

Contoh awalnya ialah campur tangan Yahudi dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Abbasiyyah. Campur tangan itu menatijahkan kehancuran Baghdad yang dikenali sebagai menara Ilmu dunia di tangan tentera Moghul yang buta huruf ! Sejarah bersedih di tanggal 1258 Masihi.

Begitu juga campur tangan Yahudi dalam merancang secara sistematik untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyyah di Turki.

Saya juga komited untuk mencuba cara yang paling baik dalam mempersembahkan bahan kajian dan tulisan saya kepada para pembaca. Di samping itu juga, bersedia menerima kritikan, teguran dan penambahbaikan serta cadangan dari para pembaca yang budiman.

Sekian. Bersambung ke siri seterusnya.

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]