Selasa, 26 Januari 2010

Sudi Bantu Saya..?

"Ustaz, tolong gantikan ana ceramah minggu ni ye.." , Ketua Bidang Kemanusian Sek Teknik Kuantan meminta saya, guru Sejarah dan Pendidikan Jasmani menggantikan beliau memberi tazkirah di sebuah surau.

" Boleh ke ana ni ustazah..? tu kuliah untuk ibu-ibu tu..saya tak pernah jadi ayah lagi.." , Saya cuba berdalih.

"Ustazkan dari Darul Quran, mestilah boleh...!" ringkas dan padu jawapannya. Ayat umum untuk menjerat graduan Darul Quran.

Hujung minggu itu, saya berkuliah di Surau  Taman Beserah bersama lebih 30 ibu-ibu yang tekun mencari redha Allah.

"Kami tak ada fotografer ni, nta tolong cover sepanjang kursus kita ni..boleh..?", pinta seorang kawan baik saya yang merupakan ajk sebuah program.

"Ana nak minta nta tolong bagi pengisian untuk pelajar IKBN malam ni, tajuknya, Ashabul Ukhdud.." Seorang lagi kawan memohon syafaat.

YAKIN

Kebiasaannya, saya jarang menolak tawaran. Jarang lari dari pelawaan. Tak sekali berpaling dari cabaran. Apa yang dihulurkan kepada saya, kebanyakannya saya terima.

Namun ada juga hujungnya. Tiba-tiba lemah menyelubungi. Cemburu dengan rakan-rakan di Malaysia menyelimuti.

Pada artikel lepas, saya mengadu tanpa sedar. Makanan minda saya di sini masih belum mencukupi. Himpunan kertas yang saya punggah dari Malaysia itu masih belum mencukupi. Kini, minda saya kelaparan lagi. Ada menu kegemarannya tak mampu saya hidangkan.

Seminggu ini, dalam mengelamun menunggu 'tetamu' dari Jepun, saya tercari-cari satu sumber penting untuk merungkai satu persoalan. Adik usrah saya, Marwan telah menulis sedikit tentang itu. Namun, semestinya masih belum mencukupi. Bekalan E-book dalam jaringan internet tidak ditemui. Haji Google mengangkat bendera putih tanda kalah. (atau tak mampu untuk memahami soalan saya)

Usai peperiksaan terakhir tempoh hari, saya singgah sebentar di Maktabah Jami'ah. Menjenguk-jenguk kalau ada bacaan yang bahasanya sedikit ringan untuk saya kunyah. Semua rak yang menempatkan  buku dengan plat pendaftaran  no.300-399 dan 800-999 saya geledah. Tak ada yang sesuai. Semuanya english berat. Arab pekat. Bukan senang untuk saya kunyah dengan gigi melayu dan lidah hulu Kelantan bercampur Siam.


Di samping koleksi buku sejarah dan Tamadun dunia di Maktabah Jami'ah Mu'tah

Seorang demi seorang teman-teman yang saya hubungi, semua hampa tanpa perkembangan yang memberangsangkan. Email kepada Dr. Hafizi Md Noor masih belum terjawab. Dr. Kamaruzzaman Yusuf masih terlampau sibuk untuk saya rompak sedikit masanya.

Himpunan kitab di Dar Al-Muttaqin semakin bertambah koleksinya. Empat rak semakin padat. Kelmarin, rak besi telah selamat diimport dari Mafraq. Namun, jawapan kepada persoalan saya tidak akan diketemukan di situ.

Laman forum yang disertai masih belum dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Akhirnya saya bungkam.

Aku masih jahil...masih bodoh...masih mentah...masih leceh....

Patutlah Syeikh Said Hawa selalu meleku kepala saya dengan ayat Jundullahnya.

Layaklah Syeikh Qaradhawi menampar saya dengan kalam Thaqafah Al-Daieyahnya.

Padanlah Imam Al-Banna selalu mencubit saya dengan coretan Al-Dakwah wa Al-Daieyahnya.

Persoalan apakah faktornya, Umat Islam mampu bangkit dalam tempoh tidak sampai 50 tahun selepas kejatuhan pemerintahan Khilafah Abbasiyyah pada 1258 ? Sedangkan selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyah pada 1924, umat Islam masih tak mampu bangkit sehingga ke hari ini. Persoalan ini masih belum terjawab.

Jelaslah, saya masih lemah. Akhirnya saya sedar bahawa saya tak akan mampu sendirian.  Bagaimana mungkin saya kukuh tanpa kalian.

Siapa yang sudi membantu saya..?

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

3 ulasan:

  1. apa yang boleh eden bantu. kurang-kurang mampu gak hadam jundullah, thaqafah da'iyah dan dakwah wadda'iyah. bila la ana nak boleh faham arab macam nta kan. doakan la ana cepat untuk kuasai bahsa...:(

    BalasPadam
  2. ana pun gtu jgk..nk paham arb mcm abg yg sorg ni..sbnrnya dh tau jwpnnya;usha kena lebih sket,,tapi......

    bimbinglah kami ya...('',)

    BalasPadam
  3. jwpn yg menarik drpd Dr Kayu: sebenarnya kebangkitan setelah kejatuhan uthmaniyyah lebih cepat.. iaitu kira-kira 4 tahun selepas kejatuhan pada 1924 menerusi pimpinan Imam hasan al Banna (1928).. cuma kebangkitan ini dalam wajah yg lain..
    dulu, umat Islam mampu bangkit antaranya disebabkan ada beberapa kerajaan kecil seperti kerajaan mamluk/fathimiyyah hingga umat Islam menang 2 tahun selepas 1258 iaitu pada 1260 di ain jalut (menerusi pimpinan Sultan Qutuz dgn kerjasama beberapa pimpinan yg lain)..

    lagi 1, setelah 1924, terlalu banyak musuh yg makin agresif seperti zionisme/freemason dan ajaran2 sesat yg lain termasuk islam liberal..

    utk jawapan yg lebih tuntas, Dr Roslan (dr um) ajak ana diskusi dgn dia jumaat ni, tapi ana pula tak boleh. terpaksa cari tarikh lain..

    drpd hamba faqir

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]