Selasa, 29 Disember 2009

Menanti Batu Berbicara

“Israel dan Yahudi pasti akan kalah…” Kata Dr. Amin [bukan nama sebenar], Pegawai tentera yang mengajar mata pelajaran Sains Ketenteraan di Universiti Mu’tah.

“Itu janji nabi yang wajib kita yakini…kita pasti akan mengalahkan Yahudi dan Israel..segala makhluk akan membantu kita, hatta batu dan pokok kayu.”


“Meski bukan kita, pastinya generasi anak cucu kita yang akan menjadi saksi benarnya janji nabi itu..kita hanya perlu bersabar dalam menunggu janji itu terlaksana…”


Saya terkedu seketika. Sudah entah ke berapa kali saya mendengar hadis tersebut. Namun, inilah sudut pandang baru yang saya mampu lihat.

Tidak akan berlaku kiamat sehingga Yahudi akan ditentang habis-habisan, maka Yahudi akan berlindung di sebalik batu, maka berkatalah batu tersebut : “wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakang aku, marilah kamu membunuhnya…”

Beberapa tahun yang lalu, ketika pertama kali saya mendengar hadis tersebut, kesimpulan yang dibekalkan kepada saya adalah supaya berusaha dan bersiap sedia untuk menggempur Yahudi. Bukan menunggu dan menanti batu serta pokok berbicara.


Namun, hari ini saya telah didedahkan dengan sudut pandang itu.

Patutlah kebanyakan Arab Muslim hanya berpeluk tubuh saat Palestine diganyang oleh Yahudi dan Israel. Rupanya mereka sedang tertunggu-tunggu, bilakah batu dan pokok akan berbicara.

Teringat pemandangan indah di pinggiran laut mati. Arab berkelah dengan Berbeque dan hilai tawa, sedangkan di sebelah tebing bertentangan, [West Bank] kerdipan lampu neon yang tergantung di beranda rumah Yahudi-Isreal jelas di pandangan.

Hilang sensitiviti mereka.

Saya cuba berpura-pura jahil dan bertanya seorang pengunjung di situ.

"Seberang sana tu apa ye wahai Muallim...?" saya beradab ketika bertanya. Panggilan Muallim pastinya akan diguna untuk bertanya sesuatu.

" Itu Palestine..Tebing Barat...Tapi, kamu ingat, sekarang tempat itu telah diceroboh dan dijajah oleh Yahudi laknatullah..musuh Allah.." Jawabnya dengan bersungguh-sungguh.

Ya, mereka tahu Palestine dijajah. Mereka tahu Yahudi laknatullah yang menjajah.

Yang mereka tidak ketahui ialah, Yahudi tak akan kalah selagi Muslim tak memulakan langkah. Langkah untuk kembali menggapai kualiti.

Saya terfikir, bukan mereka tak sedar, rupanya mereka sedang menunggu Yahudi dikalahkan dengan automatik. Naif sungguh minda sebegitu.

HADIS KOSTANTINOPEL


1400 tahun dahulu, di kurun yang sama, Rasulullah juga pernah bersabda. Baginda berjanji bahawa kubu paling kukuh di dunia, Kota Kostantinopel bakal ditawan oleh umat Islam.

Nasib baiklah pada waktu itu, para sahabat tidak mengambil tindakan naif lagi primitif untuk terus menunggu dan menanti untuk merayakan hari kemenangan umat Islam ke atas Rom Kostantinopel.

Mujurlah Abu Ayyub Al-Ansari bertindak proaktif. Mujurlah ada Muawiyyah yang progresif. Akhirnya ada pula Muhammad Al-Fateh dan tenteranya yang berkualiti paling baik. Kalau tidak, akal pasti akan mengatakan tidak pada janji ‘angan-angan’ itu.

BAHASA OPTIMIS


Nabi S.a.w sering menggunakan bahasa optimis dalam memacu motivasi dakwah para umatnya. Pelbagai janji dihidangkan untuk mencetus motivasi para pendokong risalah dakwah Islam.

Janji gelang kemegahan Raja Parsi.

Janji Kostantinopel.

Janji kemenangan ke atas Rom.

Janji Kemenangan ke atas Yahudi.

Janji kembalinya Khilafah di atas manhaj kenabian seperti mana pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin.

Menilik dan meneliti hadith tersebut menyebabkan kesedaran saya seamkin membara untuk meraih semula kualiti muslim sepertimana generasi Salafus Soleh. Seperti Umar Al-Khattab, Al-Ayyubi, Al-Fateh,  Al-Ghazali, Al-Zenki dan lain-lain. Hanya dengan kualitilah mereka mampu menjulang Islam.


Hari ini, ada segelintir kita tertunggu-tunggu batu dan pokok berbicara, memberitahu mukmin bahawa Yahudi sedang menyorok di sebalik mereka. Ada juga yang tertunggu-tunggu siaran berita dari CNN atau Buletin Utama TV3 yang bakal mengumumkan kembalinya Khilafah Islam sepertimana khilafah Khulafa' Al-Rasyidin 1400 tahun yang lalu.

Andai kita juga mengambil peranan tersebut (wait and see) saat mendengar janji itu dari Rasulullah, maka bilakah lagi kebenaran akan menjadi kebenaran.

Apabila yang alim diam tanpa bicara, manakal yang jahil pula terus dengan kejahilannya,...Maka bilakah kebenaran akan tertegak...? [Imam Ahmad Ibn Hanbal]
TEGURAN

Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi pernah menegur segelintir peminat teks hadith dan Al-Quran agar tidak tersilap menafsirkan bahasa Optimis dalam teks tersebut. Juga supaya tidak hanya mengambil sikap meriba tangan, tunggu dan lihat. Bahkan, sewajibnya, kita mesti menaruh pengharapan yang tinggi untuk menjadi salah seorang yang pelakon yang melakonkan skrip janji optimis dari Rasulullah.


5 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Inna lillah! Boleh jadi pandangan sebahagian masyarakat Arab yang salah itulah yang menyebabkan mereka hanya menanti batu dan pokok berbicara. Sedangkan kaum Yahudi terus menanam pokok gharqad demi mendengar dan yakin pada hadis Nabi tersebut (ana pernah dengar macam tu). Wallahu ta'ala a'lam.

    Wassalamualaikum.

    BalasPadam
  2. Memang ada benarnya berlaku sedemikian..Yahudi cukup KENAL Nabi Muhammad sallahualaihi wasallam seperti mereka kenal anak mereka..mereka bersedia dengan menanam pkok tersebut di Palestine..Mereka membina tembok ( Min wara' judur...?) mereka merancang ekonomi..mereka mengatur politik..mereka menguasai makanan umat islam...

    Yahudi lebih faham makna sebenar hadith2 Rasulullah.s.a.w...Nauzubullah...

    BalasPadam
  3. Kini menjadi tanggungjawab ke atas kita umat Islam untuk mewujudkan janji Allah di dalam surah al-Nur: 55.

    Hanya satu cara untuk mewujudkan janji Allah itu. Berusaha menjadi generasi yang dijanjikan itu ataupun melahirkan generasi yang lebih baik dari yang ada sekarang.

    Wallahu ta'ala a'lam.

    BalasPadam
  4. "Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Kemudian batu dan pohon berkata, 'Hai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia!' Kecuali pohon gharqad, karena itu adalah pohonnya orang Yahudi." (H.R.Bukhari IV/51, Muslim VII/188, Lu'lu' wa al-Marjan III/308, Ahmad I/11&219)

    Di bawah ini adalah link yang memberitakan tentang usaha Yahudi untuk menanm pokok gharqad.

    http://eramuslim.com/berita/tahukah-anda/zionis-yahudi-berlomba-tanami-pohon-ghorqod-di-tanah-palestina.htm

    .....

    Janji gelang kemegahan Raja Parsi, telah terjadi. Janji Kostantinopel, telah terbukti.

    Janji kemenangan ke atas Rom (Fath al-Rumiyyah, hadis dari Abu Qubail dari Abdullah bin Amru bi al-'As, dikeluarkan oleh ahmad dalam al-Mustadrak II/276, disahihkan oleh al-Hakim, disepakati olej al-Zahabi dan al-Albani) dan janji Kemenangan ke atas Yahudi (hadis di atas), kita menanti atau mempersiapkan?

    Allah telah berfirman: Wa a'iddu ... (al-Anfal: 60). Allah juga berjanji: ... layastakhlifannahum fi al-ardh ... (al-Nur: 55)

    Wallahu ta'ala a'lam.

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]