Saya baru empat bulan di bumi Jordan. Masih mentah dan muda dalam menilai dan mengkritik. Apatah lagi untuk mengutarakan pandangan dalam sebuah majlis rasmi, persidangan tahunan mahasiswa Malaysia Mu'tah.
Namun, seminggu yang lalu, saya menerima kejutan itu. Surat jemputan sebagai ahli panel forum sempena "Festival Of Islamic Scholars Conference 2009".
Digandingkan bersama Timbalan Exco Biro Penerbitan dan Publisiti PERMATA, Us Afifah Azzam dan juga orang lama yang bakal graduasi sebulan sahaja lagi, Us Ifwat yang juga merupakan tenaga pengajar kelas bantuan akademik untuk pelajar Malaysia di Mu'tah. Beliau juga mantan Timbalan Presiden MPPMJ dan meupakan naqib saya.
Terasa kurang ajar benar untuk berganding dengan orang lama sehebat mereka di pentas forum mahasiswa. Namun, dengan semangat dan dorongan dari kekanda Us Ridzuan Khalin, say cuba menggagahkan kaki melangkah.
Kecelaruan Identiti Mahasiswa Masa Kini
Us Afifah, Us Ridzuan (Moderator) dan Us Ifwat di kiri saya
Forum berlangsung selama 2 jam, diselangi dengan tanyangan filem pendek. Perbincangan tentang kekeliruan identiti mahasiswa Islam masakini. Kupasan yang cukup menarik dari rakan pane lain mampu mengurangkan kelemahan forum berpunca dari panel sedhaif saya.
Alhamdulillah, tukang masak a.k.a moderator, kekanda Us Ridzuan amat mahir menguruskan forum. Banyak benar pengalaman sahabat baik Us hasrizal yang kini mengembara mencari mutiara ilmu di bumi Syam ini.
Forum berakhir dengan kesimpulan bahawa mahasiswa Islam bukan hanya dipandang dengan pandangan zahir, bahkan lebih penting, mereka bakal dinilai dengan pandangan batin.
Sesungguhnya kita amat diperlukan di pasaran dakwah.
Sesungguhnya kita amat diperlukan di pasaran dakwah.
Nilaian ilmu, softskill, akhlak (taqwa), gaya pemikiran, sensitiviti cukup penting untuk dititik beratkan.
Mencari jalan yang terbaik adalah identiti mereka yang mengaku beriman. Mafhum dari ayat kedua surah Al-Mulk.
Identiti anda melambangkan jatidiri, integriti dan kualiti anda.
Persoalkan identiti kita sebelum integriti dan kualiti kita dipersoalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]