Rabu, 17 Disember 2008

Salsilah Keturun Ke-2. Ulama'.

Mohd Ihsan Fadhli bin Noraini binti Abdul Wahab bin Muhammad bin Nik Wook binti Nik Idris bin Nik Abdul Wahab.

Nik Abdul Wahab merupakan Perdana Menteri kepada Sultan Muhammad Mulut Merah (Sultan Muhammad ke-IV). Nama beliau masih ada tertulis di Tugu Istana Batu, Kota Bharu. Beliau juga merupakan hulubalang kanan kepada baginda dan ditugaskan untuk menghantar Ufti ( Bunga emas ) kepada Raja Siam.

Untuk menghantar ufti, Nik Abdul Wahab terpaksa berjalan sejauh 3 batu di atas bara api. Oleh kerana itu, sebelum meninggal, beliau berwasiat supaya anak keturunannya selepas ini tidak lagi diletakkan gelaran, samada Nik @ Wan, cukup sekadar Muhammad @ Ahmad.

Anak beliau, Nik Idris merupakan Ulama’ tersohor semenanjung Tanah Melayu. Beliau merupakan penulis al-quran yang tersohor. Sepanjang hayatnya, beliau berjaya menulis sebanyak tujuh buah Al-Quran dengan tulisan tangan beliau sendiri.

Nik Idris lahir di Pengkalan Setol, Bachok, Kelantan Darul Naim. Nama beliau juga tersenarai dalam buku Ulama Semenanjung Melayu. Beliau pernah menuntut dengan Tok Kenali dan belajar di Tanah Suci Makkah selama beberapa tahun.

Cucu Nik Abdul Wahab, Nik Wook merupakan anak perempuan tunggal kepada Nik Idris. Nik Wook  dikahwinkan dengan Che Man dari Kuala Terengganu. Che Man merupakan anak keturunan Mandiling yang berasal dari Sumatera. Keturunan Mandiling sekarang ini biasanya dikenali sebagai Nasution.

Nik Wook dikurniakan beberapa orang anak. Muhamad adalah anak sulung kepada pasangan Nik Wook dan Che Man. Sejak kecil, Muhammad diasuh dengan ajaran agama yang teguh. Muhammad akhirnya dijodohkan dengan Halimah yang berasal dari Besut, Terengganu. Melalui Halimah, Muhammad dikurniakan lima orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Abdul Wahab, anak sulung kepada pasangan Muhamad dan Halimah ini juga diasuh dengan didikan agam sejak kecil. Abdul Wahab dihantar untuk belajar di beberapa pondok dan kemudiannya ke Jamek Merbau Al-Ismaili. Beliau berulang alik dari Kota Bharu ke Besut sebulan sekali dengan bekal sara hidup sebanyak 25 sen.

Di Jamek Merbau, Abdul Wahab sempat berguru dengan beberapa ulama' masyhur seperti Tuan Guru Ahmad Maher dan Tuan Guru Haji Mohd Noor Ibrahim.

Selepas tamat pengajian, Abdul Wahab dikahwinkan dengan seorang perempuan pilihan keluarga. Namun perkahwinan itu tidak dapat bertahan lama. Akhirnya Abdul Wahab diemukan jodoh dengan seorang wanita dari kelantan, Meriam Binti Hamat. Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan, Noraini dan Norhayati Ruhi.

Noraini berkahwin dengan seorang pemuda dari Kubang Kerian bernama Yunus @ Che Min yang merupakan seorang guru di Madrasah Tarbiyyah Mardziah, Panchor. Noraini dan Che Min dikurniakan juga dengan sepasang anak lelaki dan perempuan. Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min.

Salsilah keturunan kedua.

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]