Khamis, 25 Disember 2008

Perasankah Mesej Perasaan Dari Hati Orang?

KISAH PERTAMA

“Assalamualaikum.. .” Ibu di talian.

“Waalaikumussalam..ada apa ma..?”

"Takdok apa-apa..nak Tanya ayat ni jah..baca macam mana..panjang atau pendek…?"

Ibu bukan selalu menghubungi saya kerana dia tahu, setiap hujung minggu, saya akan menghubungi beliau. Tapi kini, sudah lebih 8 hari saya tidak menghubungi. Saya tahu, bukan tujuan utama untuk bertanya tentang ayat, quran, tapi hanya melepaskan rindu untuk mendengar suara anaknya.

Maafkan anakmu ini ibuku.. bukan sengaja tidak menguhubungi ibu, tapi segala keadaan tidak memberi ruang kepadaku. Ruang masa yang begitu sempit meski selepas bergelar mantan. Kewangan yang semakin sempit meski ‘elaun’ telah dinaikkan.


KISAH KEDUA

“Salam, katne..? ana nak amek buku.” SMS dari junior.

“ Ana kt bilik, jom la ke blk ana…” dengan ayat sms juga saya me’reply’.

Setiap hari, dia akan datang pinjam dan pulangkan buku. Kadang-kadang, buku yang sama, jarang-jarang, ditukar tajuk yang lain.

Saya faham dengan ‘hati’ beliau. Bukan buku yang menjadi tujuan. Tapi saya yang dimaksudkan. Peluang datang ke bilik saya akan beliau gunakan sepenuhnya untuk berkongsi ‘pengalaman’ hidup. Jiwa bersih dan jernih dari segala kekotoran itu sentiasa mendorongnya untuk menjadi lebih baik. Saya menjadi jambatan ke arah itu.

KISAH KETIGA

“ Abang, ana nak tanya pendapat abang tentang diri ana” Tanya seorang sahabat.

“ Pendapat tentang apa..?” saya bertanya sambil menyelami.

Saya tahu, jawapan yang bakal diberi tidak menepati keseluruhan apa yang saya perlu untuk memberi pandangan. Justeru, dengan memandang mata, ahati dan ‘mata hati’nya, saya mungkin boleh memberi pandangan dan pendapat yang tepat.

“ Kenapa pendapat dan arahan ana selalu ditolak dan tidak diendahkan..? beliau meneruskan perkongsian.

“ Itu satu persoalan yang amat subjektif.. perlu diselidiki dari dalam diri sendiri sehingga ke dalam diri orang lain” saya cuba memberi penjelasan.

“ Tapi, ana tengok abang senang je bagi pendapat..orang boleh terima pulak tu..” provokasi cuba ditimbulkan.

“ Dalam 7 habits, kita kena faham orang lain sebelum kita difahami..kita cuba patuhi orang lain sebelum kita dipatuhi..dan mungkin , orang lain itu bukan orang..” skop persoalan cuba saya kekalkan.

“ Kalau bukan orang, siapa?” soalnya.

“ Tuhan !” saya menegaskan. Perbualan terhenti.


KITA ADALAH MANUSIA

Manusia tetap manusia. Meski dia sudah berusia. Manusia tetap manusia, meski dia masih muda remaja. Insan tetap insan, pasti ada kekurangan. Insan tetap insan, punyai hati dan perasaan. Hati dan perasaan itu, bukan hanya sekadar untuk ditafsirkan, tapi untuk dihargai, kerana hati dan perasaan merupakan maruah serta harga diri seorang insan.

Seorang Presiden MPP tetap manusia, yang mempunyai hati dan perasaan. Bahkan mesti mengargainya. Sesibuk mana ia dengan tugasnya, kewajipan menjaga hati dan perasaan ibu masih terpikul di bahunya.

Sehebat mana kita di mata teman-teman, kita belum hebat di mata tuhan. Andai tidak ada taat pada ibu yang melahirkan. Itulah hubungan hati dan perasaan.

PERASAAN DAN PERASAN

Kita pernah perasan dengan perasaan orang lain melalui bahasa air mukanya, namun kita sentiasa menganggap perasaannya itu hanya perasan semata-mata.

Lantas kita tidak ambil kisah. Tidak cakna, sedangkan cakna merupakan salah satu sifat yang wajib dimiliki pendakwah. Cakna melambangkan kita hikmah. Cakna melahirkan kekuatan mujahadah untuk terus memikirkan jalan yang terbaik yang akan dibentang kepada mad’u. Cakna utu lambang itqan dalam kerja. Lambang kecemerlangan.


PRINSIP - FITRAH ATAU FITNAH.

Prinsip sentiasa bermain apabila ditegur tentang menjaga hati dan perasaan.

“ Isy, ana ni jenis syadid..memang prinsip ana, tegas..ana tak reti nak berlemah lembut..” kata seorang yang mengaku ‘murabbi’ bila ditegur tentang hati dan perasaan.

Membentuk Sikap

Membentuk sikap, bukan senang. Mungkin hasilnya tidak pada setahun, tapi setelah 5 tahun. Jangan terkejut, kerana dakwah itu sendiri bersifat ansur-ansur. Untuk menukar karekter lebih payah dari membunuh karekter, dan memasukkan karekter baru yang ‘hipokrit’.

Karekter yang hipokrit hanya akan berfungsi secara cemerlang bila berada dalam program. Mantain bila di depan orang. Hancur bila berdepan dengan TUHAN. Maka, akhirnya, lahirlah ‘pejuang-pejuang’ yang tidur. Terus menerus dengan ritual dalam segala kerja. Samada tugas harian sehinggalah kepada ibadatnya kepada tuhan.

Bagaimana untuk membentuk sikap? Jawapnya dengan menyentuh hati dan perasaan. Bukan mempermainkannya. Teriakan tidak perlu (sepanjang masa) dalam program. Tangisan dan air mata jangan ditimba dari peserta.( Dalam program ).

USRAH

Anak usrah saya datang dari pelbagai latarbelakang. Berbaga corak pemikiran. Doktrinisasi bukan jalan yang baik untuk digunakan. Marah, tengking..? jauh sekali. Apa yang saya buat..? bina hubungan hati dan perasaan. Menjiwai dalam diri. Cuba untuk ‘berkhutbah mengikut kadar kemampuan mad’u’. Maka akhirnya, kepercayaan dan pengharapan akan timbul melalui qudwah yang ditonjolkan. Kesedaran tidak boleh digali, ia akan timbul sendiri.

DAKWAH ITU BERANSUR-ANSUR

Janganlah ada dikalangan para pendakwah yang ingin cepat melihat hasil. Lalu percambahan idea yang dibuat ialah dengan mencipta jalan pintas. Lebih buruk lagi, hasil yang dimaksudkan hanyalah air mata peserta dalam program terbabit.

Manakala dalam usrah pula, kenali hati budi bukan mengambil masa sebulan, tapi mungkin setahun dan mungkin sahaja lebih. Pembinaan karekter yang sempurna sudah tentu memakan masa yang lebih panjang. Janganlah menganggap perubahan angin pemikiran anak usrah (kepada membangkang kerajaan ) merupakan satu kejayaan, sedangkan tujuan tarbiah itu unuk meminpin, bukan untuk membangkang. Taklifat yang terpikul dibahu kita adalah tugas khalifah yang diwarisi dari Adam a.s, bukannya sifat ego dan bodoh sombong dari Syaitan dan Iblis.

Dalam alam sebenar di tengah masyarakat..? Persiapkan dirimu wahai Dua't...

Sekian, Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]