“ Kita (umat islam) adalah kaum yang yang malas bekerja. Bila kita kerja, tidak ada komited dan itqan. Kita hanya menjadi pengguna tanpa pernah terlintas untuk menjadi Pembina. Malah lebih memalukan, kajian mengatakan bahawa kita hanya berkerja selama 27 minit sehari. Berbanding jepun,10 jam sehari.” Begitu bunyi kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam siri ceramah beliau.
Betul pun kata-kata itu. Kita adalah kaum yang pemalas. Kita hanya tahu mengguna peralatan orang lain tanpa kita berfikir dan mengkaji bagaimana untuk membina.
Saya pernah mengagumi Malaysia apabila membuat keputusan untuk membeli MV Agusta, syarikat Pembina motosikal di Itali. Namun akhirnya, syarikat itu dijual semula. Sedangkan nilai kepakaran dan teknologi serta kretiviti MV Agusta diiktiraf di seluruh dunia.
Lihat bagaimana MV Agusta Brutale menjadi mesen Ferarri dua roda. Belum disebut bagaimana MV Agusta Mamba dikomen dengan baik oleh peminat-peminat motor antarabangsa sebagai model yang paling canggih. Semuanya dengan buatan tangan.
Kita hanya berbangga dengan MODENAS yang hanya pandai membuat kulit motor.
LARI DARI KEPOMPONG
Saya cuba lari dari sikap kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya meLAYU. Saya cuba untuk menjadi MUSLIM sepenuhnya. Insan yang mampu memberi manfaat yang terbanyak kepada insan lain.
“ Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat kepada manusia”. Begitu bunyi sebuah riwayat.
PERBANYAKKAN KEPAKARAN
Kepakaran dan kemahiran. Dua kalimah yang mudah ditafsirkan secara akademik, sukar secara praktikal. Berapa ramai yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang mereka ceburi. Seorang sahabat lulusan kolej dalam bidang IT tidak mampu untuk mengulas lanjut tentang apakah itu komputer bila ditanya. Seorang ustaz terpaksa membelek kembali kitab kuningnya bila ditanyakan tentang persoalan fiqh, sedangkan beliau mempunyai ijazah sarjana muda syariah!!
Itu pertanyaan dalam kepakaran. Bukan dari sudut kepakaran yang lain. Bukan dari sepsis mukjizat @ softskill yang sudah pastinya lebih kantoi. Cuba cari, berapa ramai ustaz @ agamawan yang mampu menguasai bidang tenologi maklumat pada zaman IT ini.
Kita berikrar mengikuti junjungan Rasulullah. Betul ke..?
Rasulullah adalah seorang penembala kambing yang Berjaya. Seorang bisnesman yang berjaya. Seorang pakar strategi perang yang kreatif. Seorang pemimpin Negara yang berintegriti. Seorang imam, ustaz, ayah, suami yang mithali. Pelbagai kemahiran yang baginda miliki. Bukan seperti kita.
Tambahan pula, baginda dibantu oleh Allah dengan wahyu Al Quran yang mempunyai gaya bahasa yang menarik minat sasaran baginda untuk pergi lebih dekat. Itu sunnah pesuruh Allah. Nabi Musa dengan tongkat ularnya. Sesuai dengan umatnya yang gila sihir. Mukjizat yang kena dengan minat mad’u masing-masing.
Dunia IT hari ini menyaksikan manusia amat ‘meminati’ teknologi. Maka, tak silap rasanya kalau saya berpandangan bahawa teknologi maklumat adalah ‘mukjizat’ kepada para pendakwah.
DARI KECIL
Saya cuba untuk mengikuti jejak tersebut. Mencari sebanyak mungkin kemahiran. Sebagai senjata dakwah dan juga sebagai bekal hidup, supaya tidak terlalu banyak bergantung kepada tenaga-tenaga dan produk orang lain. Juga untuk menyahut seruan Syeikh Yusuf Al Qaradhawi.
Sedari kecil, saya diajar dan dididik untuk berdikari. Cuba untuk bepijak dengan kaki sendiri. Teringat bagaimana pertama kali menampal tiub basikal yang pancit seawal darjah satu. Menunggang motor ketika darjah 3. Membaiki sendiri kerosakan motor pusaka itu bila dia meragam.
Sedari kecil, saya diajar dan dididik untuk berdikari. Cuba untuk bepijak dengan kaki sendiri. Teringat bagaimana pertama kali menampal tiub basikal yang pancit seawal darjah satu. Menunggang motor ketika darjah 3. Membaiki sendiri kerosakan motor pusaka itu bila dia meragam.
Rumah saya yang hanya mempunyai 3 kipas, satu di ruang tamu lelaki, satu di ruang tamu perempuan, satu lagi dalam bilik ibu. Saya kepanasan, maka dengan daya kreativiti yang diasah sejak kecil, saya mencipta sebiji kipas dari motor mesin basuh yang rosak. Canggih dan tahan lama. Sudah sepuluh tahun dia bekhidmat.
Ibu pada awalnya sedikit bimbang dan kurang yakin dengan kemampuan anak lelakinya ini. Namun kini, tidak ada mekanik dan tukang baiki yang kenal dengan alamat LOT 64, kerana tidak pernah terlapor kerosakan dari situ. Semuanya dibaikpulih sendiri.
Saya belajar dan diajar untuk meng‘islah’kan barang rosak, dari sekecil suis lampu hingga menegakkan tiang seri rumah usang pusaka itu. Hasilnya, kni saya terasa terpanggil untuk meng‘islahkan’ masyarakat yang kini kurang terurus.
Di pondok, saya belajar mengenal pemikiran ulama’ terdahulu. Kitab kuning yangtertadah di hadapan lutut guru. Talaqqi. Juga mengenali sedikit sebanyak dunia akademik melalui SPM.
Saya belajar bagaimana untuk hidup dengan diri sendiri. Berbekalkan mesin rambut rosak, saya baiki dan saya mampu mendapatkan lebih RM300 dengan mesin buruk itu. Saya menjadi tukang gunting. Keuntungan itu, saya belikan sebuah mesin berjanam WHAL yang original. Sudah lebih sepuluh tahun juga ia berkhidmat dan masih bertahan hingga kini.
Hujung minggu, saya ‘berniaga’ burger dan roti canai yang dibuat sendiri. Diuli dalam bilik. Kadang-kadang, mendapat tempahan dari makcik-makcik yang bekerja disitu.
Keluar dari intitusi pengajian pondok, saya sedikit buta dalam bidang teknologi. Akhirnya saya cuba memelihara sebuah laptop. Mungkin dengan memiliki benda tersebut, saya akan mengenali dan mahir untuk menggunakannya. Dan terbukti, saya mampu menguasai makhluk itu tidak sampai setengah tahun.
Setahun yang lalu, saya membina laman blog untuk menguasai dunia internet, tidak sampai setahun saya sudah tidak lagi malu untuk mempamerkan rumah maya saya di kalangan teman-teman.
Awal Julai, saya mempunyai rezeki, lantas memiliki sebiji kamera digital tahap ‘semi pro’. Cuba mendalami dunia fotografi untuk mensyukuri nikmat Ilahi ini. Mentor saya, Us Muktasyaf menunjuk jalan, bagaimana foto itu mampu menjadi medan dakwah. Teruja melihat bagaimana komen dan nota-nota positif yang ditinggalkan pelawat. Bahkan dari ‘mat saleh’ sendiri.
Lihatlah bagaimana islam itu indah. Dakwah itu pula luas.
خير النس أنفعهم لالناس
“ sebaik manusia adalah manusia yang banyak member manfaat”
“ sebaik manusia adalah manusia yang banyak member manfaat”
"فاقر الشيء لا يعطى"
“ orang yang tidak ada sesuatu, tak akan dapat memberi sesuatu”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]