Berkuasa kerana pengaruh, berpengaruh kerana kuasa. Dua prasa yang mudah dibandingkan. Jelas dan terang dibincang. Cuma kesedaran terhadap perbezaan keduanya perlu dicanang.
Untuk lebih jelas, kita rujuk sumber utama syariat. Al Quran dan Hadith.
Sesungguhnya pada Rasulullah itu satu contoh ikutan yang baik…
Seseorang yang bakal diikuti mestilah mempunyai pengaruh. Ada sebab dan alasannya secara logik untuk diterima seluruh manusia, bahawa memang patut si anu itu diikuti dan diteladani.
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji…
Itulah jawapannya. Akhlak yang terpuji. Contoh yang baik kepada para pengikut.
Nabi Muhammad telah mempunyai pengaruh sebelum baginda terlantik sebagai Nabi dan Rasul. Puncanya, akhlak dan attitude yang sempurna membina pengaruh yang besar sehingga baginda menjadi contoh ikutan.
Gelaran Al Ameen diterima sebelum baginda dilantik menjadi Nabi dan Rasul.
Baginda sudah berPENGARUH di Mekkah. Baginda berKUASA dan berPENGARUH di Madinah.
PENGARUH dan KUASA pada Rasulullah terbit dari SIKAP dan AKHLAQ baginda yang terpuji.
APAKAH AKHLAQ YANG BAIK?
Rabbku telah mengajarkan ‘adab’ kepadaku, maka aku adalah orang yang peling baik adab ( akhlaq).
Rasulullah diajar sendiri oleh Allah, bagaimana untuk menjadi manusia yang sempurna akhlaqnya, supaya pengaruh baginda terbina, memudahkan jalan dakwah baginda selepas ini.
ما بعث الله نبيا إلا رعى الغنم
Tidak diutuskan para nabi melainkan mereka pernah memelihara kambing..
Dalam surah ‘Abasa, Allah menegur secara direct kepada Rasulnya.
1. Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
2. Karena Telah datang seorang buta kepadanya[1]
[1] orang buta itu bernama Abdullah bin ummi Maktum. dia datang kepada Rasulullah s.a.w. meminta ajaran-ajaran tentang Islam; lalu Rasulullah s.a.w. bermuka masam dan berpaling daripadanya, Karena beliau sedang menghadapi pembesar Quraisy dengan pengharapan agar pembesar-pembesar tersebut mau masuk Islam. Maka turunlah surat Ini sebagi teguran kepada Rasulullah s.a.w.
BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI MAKARIMAL AKHLAQ...?
Sahabat juga pernah ditanya oleh Rasulullah, apakah Akhlaq yang baik..? Dan baginda sendiri menjawab :
قال : صل من قطعك ، وأعط من حرمك ، واعف عمن ظلمك
Sambung pertalian dengan mereka yang memutuskan silaturrahm dengan mu, beri kepada mereka yang mengharamkan hartanya kepadamu dan maafkan sesiapa yang menzalimimu..
Inilah realiti yang berlaku kepada kita pada hari ini. Kita yang ingin ‘kembali’ kepada Islam akan dijadikan seperti apa yang tersebut dalam hadith di atas.
Silaturahm diputuskan, ramai yang membenci. Ramai pula yang menyekat dari memberi dan akhirnya yang paling menyedihkan, kita akhirnya dizalimi.
Lalu, apakah sikap yang bakal kita ambil..?
Maka hadith di atas mengajar kita lebih awal untuk bersedia, kerana bukan senang untuk menjadi manusia yang mempunyai akhlaq yang terbaik.
Bukan senang untuk menyambung pertalian dengan mereka yang membenci.
Bukan mudah untuk memberi kepada mereka yang kedekut dan memusuhi kita.
Bukan senang untuk memaafkan mereka yang ( sentiasa) menzalimi kita.
Namun itulah yang perlu kita lakukan. Itulah akhlaq yang terbaik . Itulah akhlaq Rasulullah.Itulah yang wajib kita ikut kerana itulah sumber pengaruh.
KENAPA PERLU PENGARUH
ESQ 165 oleh Pak Ary Gynanjar Agustian, menggariskan 5 langkah untuk menjadi pemimpin berkualiti yang mempunyai pengaruh, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah iaitu:
1. Pemimpin yang Dicintai melalui hubungan
2. Pemimpin yang Dipercayai melalui integriti
3. Pemimpin yang Diikuti melalui sifat menolong (pembimbing)
4. Pemimpin yang berkeperibadian
5. Pemimpin abadi
Untuk maklumat lanjut sila lawat http://www.esq.com.my/
Pengaruh tidak dapat dicari. Ia hanya boleh dibina dengan melengkapkan diri dengan ciri-ciri manusia yang baik dan berkualiti.
Dalam dunia dakwah, kita mencari mad’u untk menerima dan mengikuti dakwah yang dibawa.
Ironisnya, dalam dunia yang lain pula, pengikutnya terlalu ramai dan dunia mereka lebih menarik.
Masakan dunia yang jelas Bathil yang berpengaruh mampu menarik perhatian, sedangkan dunia Haqq tidak didedahkan dengan pendekatan (pengaruh) sebegitu.
BAGAIMANA PENGARUH BERFUNGSI
Antara punca pengaruh ialah, bila kita mampu untuk berhubung dengan hati manusia. Membina hubungan dengan hati memerlukan kepada pemahaman bahasa hati. Bahasa hati bukan hanya dapat difahami dalam sehari!
Sebab itulah, dakwah itu beransur-ansur. Makan masa yang lama.
Untuk berbicara dengan hati orang lain, maka hati kita perlu terlebih dahulu bersih. Sumber pembersih, kemabli skali lagi kepad akhlaq yang terpuji.
Maka kesimpulanya adalah Qudwah.
QUDWAH YANG BAIK DAN QUDWAH YANG JAHAT.
Mawi dan Aqil Hayy. Keduanya berpengaruh kerana mempunyai qudwah. Mana yang baik dan akhlaqnya terpuji..?
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan Dr Mahathir, keduanya berpengaruh dan mempunyai qudwah, mana ayang aklaqnya terpuji..?
Fikirkan dan jawab sendiri..
Malulah sendiri andai mengaku mengikut Nabi, namun akhlaqnya keji..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]