Bermula dengan kehidupan sebagai guru, sehingga menjadi figur dakwah yang terkemuka. Jalannya sudah pasti bukan senang. Namun yang lebih susah, bagaimana pemikiran kita untuk mengambil pengajaran dari kisah yang dihidangkan itu.
Lihatlah bagaimana beliau menghabiskan masa muda dengan baik, mentaati ibu, menuntut ilmu dan yang penting beramal dengan ilmu. Memulakan dakwah dengan hal yang dekat, menegur dengan hikmah, tidak lokek dengan senyuman, akhlak yang baik. Semuanya menyebabkan mad’unya tidak mampu menangkis yang ajaran serta saranannya adalah yang terbaik.
Pandangan yang tajam tentang aulawiyyat menjadi kepakaran beliau. Hikmah dalam berbicara menjadi keutamaan. Qudwah sudah tentu tidak ditinggalkan. Pembacaan menjadi amalan.
Pernikahan beliau dilewat usia, menunjukkan kesungguhan beliau menyumbang dalam bidang dakwah. Daya pemikiran beliau senantiasa diperah untuk memikirkan cara yang terbaik untuk mendekati mad’u.
Tamsilan yang diberi mendekatkan kefahaman mad’u kepada objektif yang dikehendaki, meski arahan awal itu amat jauh destinasinya.
Manis muka yang senantiasa ditonjolkan dihadapan manusia. Seolah beliau bebas dari segala belenggu masalah, meyakinkan mad’u untuk berkongsi dengan beliau. Pengecaman yang tajam sehingga beliau mampu mengingati seseorang walau hanya dalam pertemuan yang seketika. Skill yang jarang sekali terdapat pada mad’u zaman ini.
Kesibukan dalam dakwah tidak menyebabkan keluarga terabai. Ini fator penting yang perlu dititik berat oleh para pendakwah pada hari ini. Lihat bagaimana beliau masih sempat membancuh minuman untuk keluarga.
Itu di Indonesia. Bagaimana kita di Malaysia? Apakah kita ketandusan tokoh seperti itu..? sudah pasti tidak sekali. Kita kaya dengan tokokh sebegitu. Namun kita tak mampu mengenengahkan tokoh itu di kalangan masyarakat untuk dijadikan ibrah dan pengajaran.
Ustaz Fadzil Mohd Noor bukan figur yang sepi di mata masyarakat. Namun kita kekurangan kepakaran untuk menonjolkan peribadi ulung Ust Fadzil sebagai tokoh yang hebat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi juga bukan tokoh yang sembarangan. Di mana kepakaran kita untuk memacu mereka ke puncak alam demi menampakkan bahawa inilah tokoh pemimpin yang baik.
Kita hanya mampu bersyukur dengan dokumentari yang dikeluarkan untuk memperingati Ust Fadzil yang hanya menayangkan gambar pegun dan temuramah beberapa tokoh tentang beliau. Bagus. Cuma masih perlukan penambahbaikan yang lebih jitu.
Islam for all perlu dijawab dengan aksi. Bukan hanya teori. Dalam islam terkandung segalanya. Jangan hanya tertumpu kepada suatu pihak. Lihat bagaimana Turki dan Indonesia yang menjadi perintis, kita perlu mengambil pengajaran dengan segera. Pengamalan islam itu sewajibnya secara syumul yang praktikal. Syumul yang betul-betul bombastik, bukan retorik.
Bagaimana pertubuhan yang berimejkan islam mampu menarik perhatian produser filem, artis dan mad’u bahkan pendokong dari pelbagai profesion yang berbeza untuk membuktikan islam for all.
Zaman kebangkitan islam ini harus dipergunakan sebaik mungkin. Peluang yang ada perlu dihargai dengan segera.
Sekular itu bukan hanya memisahkan urusan dunia dari agama, bahkan juga sebaliknya. Profesional perlu mahir dalam agama, ulama juga perlu profesional. Itu satu check and balance yang perlu diperincikan dengan baik.
Lihat bagaimana para Rasul dibantu dengan mukjizat. Kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh para daie, demi menarik minat mad’u. Apa penting Tongkat Musa untuk baginda selain dari digunakan untuk menhalau kambing...? Tapi, oleh kerana masyarakat Nabi Musa yang tergila-gilakan sihir, maka kepakaran itu perlu bagi baginda. Bukankan itu satu pengajaran yang bagus untuk diperhatikanoleh para pendakwah diluar sana..?
Hari ini, media dan teknologi maklumat menjadi senjata utama. Samada untuk menyerang, bahkan untuk bertahan. Pergunakan ia wahai para pendakwah.
Mungkin tidak keterlaluan jika saya memetik kata-kata Bill Gates : “Sesiapa yang mengusasai IT, dia akan dapat menguasai dunia...”.
Saya bersyukur, sejak kebelakangan ini, para pendakwah sudah semakin terbuka. Tidak ada lagi penafsiran zuhud yang melencong. Moga ianya mampu memacu islam ke kemuncaknya pada suatu hari nanti.
Terbuka jangan hanyut, berprinsip jangan jumud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]