Memaparkan catatan dengan label TELADAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TELADAN. Papar semua catatan

Rabu, 25 Jun 2008

Ini Kerja Tidak Ikhlas

Berzzz, Berzzz : Balance 0132002074 RM 0.03, valid until 21/07/2008, Tariff plan UOX.

Kredit RM 75 habis dalam masa tak sampai sebulan. Saya hanya sempat menghubungi emak sebanyak dua kali. Itupun dalam masa kuarantin, saya tidak menggunakan HP. Kertas nipis sebesar 3x4 cm tu pulak amat mahal, paling murah pun RM 5 sekeping…

Dari Kelantan, nak balik ke DQ, nak kena pakai duit lagi. Minta dengan mak ? Malu. Saya anak sulung tua. Sepatutnya sudah menyumbang untuk si ibu itu. Cukuplah adik sahaja yang dibiayanya setiap minggu.

Sesampai di DQ, banyak makanan yang perlu saya elak dan berpantang. Perlukan duit lagi untuk membeli makanan yang halalan toyyiba. Program-program pula berjalan, mesti ada sumbangan yang disalurkan oleh seorang YDP.

Sebagai pimpinan yang bakal menjadi perhatian ramai, penampilan sedikit sebanyak perlu dijaga. Jubah rasmi bernilai RM 100, kopiah Hj Idris pula naik harganya. Kasut yang terkopek tapaknya mungkin perlu diganti. Tapi caranya entah bagaimana…atau tampal sahaja dengan gam gajah.

Dalam kesibukan, appointment dengan HKKB sahaja yang free, tapi ongkos untuk ke sana memerlukan RM14 pergi balik kerana kenaikan harga tambang private car setelah naiknya harga minyak.

Program anjuran Persatuan pula beratur panjang untuk diselesaikan. Setiap gerak-geri memerlukan duit untuk dilaksanakan. Berhubung dengan mereka yang berjawatan besar perlu, sudah semestinya SMS tidak berguna saat itu.

Kerja kami juga amat banyak di luar. Justeru banyaklah jabatan yang perlu kami kunjungi seperti ROS dan sebagainya. Dan pengangkutan hanyalah komuter kerana kenderaan lain ‘haram’. Oleh kerana tidak semua komuter dan LRT menghantar kami ke pintu pagar bangunan terbabit, susahlah jadinya. Acap kalilah kami terlewat balik dan lantas diberi ‘nasihat’ supaya balik awal. Hem, nasib badan.

Bakti Huffaz yang kian tiba, menekan komitinya supaya banyak berkorban. Kenderaan perjuangan, Toyota KY tidak sempat tidur lena. Ada saja ajakan untuk dibantu dengan keringat emasnya yang bernilai RM2.70 seliter. Perjalanan sejauh 480KM memerlukan hampir 70 liter, bayangkan sahaja kosnya. Makan minum sepanjang di sana perlu dikorek dari poket sendiri. Kami tidak pernah disediakan dengan kenderaan jabatan mahupun kad kredit @ baucer khas untuk petrol.

Teringat pula kawan-kawan dari MPM ( Majlis Perwakilan Mahasiswa ) di Universiti @ kolej lain, mereka mendapat bajet khusus setiap tahun, semuanya tidak kurang dari RM 40000. Setiap program, tidak perlu pening kepala untuk mencari sumber pendapatan. Setiap penggal diberikan persalinan khusus yang mahal-mahal untuk mereka. Yuran kolej juga free. Makcik-makcik kafeteria pula ingin berbaik dengan mereka, jadi, makan minumnya juga free.

Mesyuarat persatuan kami belum pernah dipecahkan tradisinya dengan jamuan makan atau minum walau hanya dengan sedikit santapan. Berbeza dengan mesyuarat pentadbiran yang pasti dihidangkan dengan santapan lazat. Kalau adapun, santapan rohani dari tazkirah yang diberi.

Dalam kesibukan begini, kami hanya seperti sahabat-sahabat yang lain, 24 jam sehari dan RM 50 sebulan. Pengurusannya kekadang tersasar sedikit dari jadual sebenar. Justeru, kami dihambur dengan pelbagai ‘ucapan’ ringkas.

Segala masalah pelajar dan juga yang berkaitan pelajar bakal dipersoalkan ke atas kami. Masa 24 jam kekadang amat singkat untuk memikirkan semua itu.

Saya rasa, tidak perlu untuk menulis panjang, nanti orang kata, nak mengada-ngada pula.Walhal untuk kerja yang tidak ikhlas sahaja.

Isnin, 23 Jun 2008

Semuanya kerana Duit...

Di hadapan Rumah Datuk Seri Dr Zahid Hamidi

Bersama Atuk Hamidi



21 Jun 2008. Bersama 3 orang sahabat, Firdaus Kadir, Syaukani dan Amir Hafizi, kami bertolak ke Bagan Datoh untuk mengikuti sesi perbincangan dengan penduduk Kampung untuk membincangkan gerak kerja program Bakti Huffaz disitu. Tempat ini dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi. Mungkin keran itu adalah kampong asal beliau.

Perjalanan sela 3 jam merentasi hampir 220KM, kami tiba di sebuah rumah biru muda yang agak besar. Disambut oleh seorang tua yang agak uzur, bertongkat untuk membuka pagar besar rumah beliau. Orang tua itu ialah Atok Hamidi. Orang gajinya bercuti.

Bersalaman, kemas barang, berborak dan bertanya khabar sebentar, terus keluar untuk meninjau kawasan sekitar kampong yang bakal dijadikan tempat program. Berkunjung ke Jeti Bagan Datoh, kami tercari-cari tempat untuk mengisi perut. Santapan terakhir pukul 8 pagi, sekarang pukul 4 petang. Singgah di gerai, makan sambil bertanyakan tetang sejarah dan tempat menarik untuk dilawati. Saya menduga-duga gaya dan budaya masyarakat disitu.

Balik. Singgah di sekolah-sekolah yang bakal dijadikan tempat riadah dan motivasi. Rata-rata sekolah agak kurang dari sudut prasarana, mungkin kerana kawasan yang agak pendalaman walaupun banyak sumber ekonomi disini. Dekat dengan kawasan pantai dan muara, tanah delta yang subur, kawasan kebun kelapa dan sawit yang luas. Semuanya boleh buat duit.

Sampai di rumah, berbincang dengan muslimat tentang tempat yang kami lawati tadi, adakah sesuai untuk muslimat atau panggilan sebenar di DQ, banat. Sedikit persediaan untuk perbincangan pada malam ini.

Solat Maghrib dan ‘Isya’ jamak. Makan malam yang agak mewah bagi saya, 5 mata lauk yang boleh dipilih. Tapi, dek kerana sakit belum sembuh sepenuhnya, saya terpaksa menahan keinginan itu.

Mesyuarat Jawatankuasa BH 08


Perbincangan bermula. Saya tidak banyak bercakap. Mendengar, menduga dan menafsirkan ayat yang dituturkan dan memek muka yang dipamerkan. Ada yang serasi dan ada yang berlawanan. Perbincangan berkaitan dengan perasmi penutup menjadi hangat kerana ‘ketua kampung’ menjadi pilihan kami. Sikap yang tidak professional menjadi halangan. Tema kami, “satu tekad, satu harapan, satu impian” tidak tercapai. Masalah perbezaan politik menjadi perbincangan besar. Saya memang telah menduga perkara itu akan berlaku.

Saya menduga, “kalau kita panggil keduanya, boleh tak?”.
“isy, tak booleeh, ni kawasan Datuk..bahaya, susah nak kerjasama…” jawab seorang pakcik.
Hem, baru saya tahu, kenapa mereka banyak berpesan tentang tatatertib dan syarat-syarat program.

Wakil penduduk berkeras hati, enggan menjemput ketua kampung kerana KK baru berparti PAS. Saya tanya kenapa? Seorang pakcik memberi jawapan, “ Setelah bertukar kerajaan di Perak, ketua-ketua kampung mogok letak jawatan, jadi kerajaan negeri lantik KK baru dari parti mereka”. Jawapan yang diberi hanya menyatakan ‘kesalahan’ kerajaan baru Negeri Perak. Atok Hamidi hanya memerhati.

Betullah, isu yang sebenar tidak disebut akhbar nasional semasa kes itu panas dahulu. Kes yang sebenarnya berlainan dari yang menjadi berita.

Sebelum tamat, wakil penduduk bertanya tentang belanjawan program, tujuan sebenarnya telah saya baca dari awal. Pasti inginkan kepastian tentang imbuhan yang bakal diterima. Saya lekas memintas bertanya tentang program yang lepas. Ternyata, mereka tidak berpuas hati kerana ‘bayaran sewa rumah’ yang diterima dari anak angkat murah. Persetujuan secara ringkas membuahkan natijah RM 200 untuk satu keluarga. Alasan yang kami terima, ‘minyak mahal’, ‘barang naik’ dan yang paling menarik, “kalau homestay, kena bayar RM 50 sehari”. Hahaha, saya tergelak sendirian. Kawan-kawan yang bersama saya berusaha menyembunyikan air muka kecewa dan terkejut masing-masing.

Keesokkannya, kami berkunjung ke tempat pembuatan minyak kelapa dara ( Virgin massage oil ). Rumah Che Rose, ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Melihat proses yang begitu teliti dan amat bersih. Seterusnya sebelum balik, kami ditunjukkan sarang lebah. Kenangan bersama lebah di Lebah Madu Besut terungkit di sini.

Bisa sengatan Lebah


Seekor lebah sempat memberi kucupan selamat tinggal sebgai kenangan untuk dibawa ke DQ. Tapi, tak mengapa, mengikut apa yang saya pelajari, sengat lebah mempunyai khasiat yang amat besar.

Rabu, 16 April 2008

Bila kemenyan Dibakar lagi

Panggilan telefon tak terjawab sebanyak 17 kali nombor yang sama. Saya membalas. Ayahsu (Ust Helmi) ditalian. Sejurus panggilan disahut mulut saya mengucap innalillah. Ayahanda telah kembali ke rahmatullah.
Kelas pengajian Al Quran dibatalkan. Saya berkemas seadanya.
Sepanjang perjalanan, wajah sugul menahan larian air mata. Namun marathon juga akhirnya bila melihat kereta jenazah Masjid Telipot diparkir diperkarangan rumah 2 tingkat itu.
Saya melangkag laju, masuk ke ruang utama rumah. Ruang yang kami selalu berlabuh andai berkunjung kesini. Namun, kunjungan kali ini amat jauh berbeza. Tidak ada kuntuman senyuman yang hinggap du raut wajah hadirin.
Saya menyelak kain ihram putih yang menutupi arwah, wajahnya kepong, tidak berisi. Mungkin nutrien dirompak kerana makanan tidak menziarahi ususnya sejak seminggu lalu. Sekuntumkucupan hinggap didahi sejuk itu.
Sepanjang hidupnya, arwah merupakan seorang pejuang yang tidak pernah mengenal erti penat lelah. Berjuang untuk jemaah islam, kebajikan masyarakat, pngajian islam dan sebagainya.
Arwah kini mempunyai sebuah tempat pemulihan akhlak di Sg Sam, sebuah Maahad Tahfiz dan menaja beberapa pelajar di luar negara.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan Muqarrabin. Saya tak mampu untuk mengulas panjang tentang kisah ini. Sebak di dada tak mampu untuk ditahan. Mengenang kisah pahit manis seorang hamba sebaik manusia.

Ahad, 6 April 2008

Sudah Lama tak terhidu bau ni..>

Melangkah masuk ke bilik 447 Hospital Pakar Perdana Kota Bharu, ter hidu aroma yang menyempitkan dada. Aroma yang menginsafkan jiwa keras. Aroma kelemahan, kelesuan, keletihan dan aroma KEMATIAN. Melihat ayahanda yang terkujur dengan mata terpejam, sedikit kaget untuk melangkah. Ku gagahi, duduk di sisi. Ibu yang dari tadi terlelap tidak perasan akan kehadiran anak sulungnya ini. Barangkali. Dahi ayah yang sedikit berpeluh itu, saya lapkan dengan helaian tisu dari kotak yang berjenama KPJ health. Anak syarikat yang beranaung di bawah Johor CORP, Tan Sri Ali Hashim sebagai Pengurus Besarnya. Dadanya yang terpasang beberapa urat wayar pelbagai warna itu kelihatan berombak.
Seminggu lepas, dia masih bersemangat. Masih gagah. Masih Mampu hilai ketawa bersama, apabila lawak spontannya diajukan. Namun kini, 'lawaknya' bertukar sedih untuk kami. Namun, kami tidak menangis bersama.
Sudah sekian lama tidak bermalam di 'rumah batu' ini. Terasa canggung. Kebiasaanya, sebulan sekali, pasti 'rumah batu' ini saya lawati. Mungkin takdirnya pada hari ini untuk melenturkan hati yang mungkin telah dihinggap karat mazmumah dek kerana lama tidak dibasuh denagn air mata keinsafan.
Ya Allah, seandainya hidup itu lebih baik untuknya, sihatkanlah ia, panjangkanlah umurnya, namun kiranya mati itu lebih baik untuknya, maka aku serahkan urusan ini padamu yang lebih mengetahui...

.:Setahun Di Alam Perjuangan dan Bebanan:.

Kini genap setahun saya
berkecimpung di alam perjuangan bersama sahabat-sahabat sehati sejiwa. Menempuh
onak duri bersama. Pahit maung menjadi asam garam yang memaniskan kenangan yang tercatit.
Helaian demi helaian yang tercoret menyimpan seribu satu kenangan suka
dan duka yang sebenarnya telah banyak mendewasakan kami. Mengajar erti kehidupan sebenar serang hamba.
Penuh dengan paksaan dan tanggungjawab.
Berat?
Memang berat dan memenatkan...
SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN KEPADA SEMUA

Rabu, 20 Februari 2008

Bila Melayu tak lepas standard

Berpagi lagi kami bersiap untuk menempuh perjalan jauh ini. Berehat 4 jam di rumah sahabat di Subang sedikit sebanyak menghilangkan lenguh sengal badan. Demem saya sedikit kebah. Destinasi pertama, Pusat Imegresen di Terminal Dua Subang. Buat Pasport Antarabangsa.

Pusat imegresen dirasakan berada di Beijing lantaran hanya kami sahaja pengunjung MELAYU. Selainnya merupakan ‘rakyat china’. Mungkin mereka ingin memperbaharui passport untuk melancong ke luar Negara sempena raya masih berbaki. Beli borang RM1, Isi borang, tandatangan, cop jari, RM 300 melayang. Fuh. Nasib baik lambaian Madinah menenangkan hati.
Selesai di Subang, kami menuju ke wilayah pusat pentadbiran Negara, Putrajaya. Isi minyak van RM50, minyak pemandu dan penumpang RM10, 100plus dan Mineral 2 botol. Menuju ke Putrajaya, menempuhi beberapa tol yang sering meminta duit. Duit lagi.

Tapi bukan isu duit yang ingin diceritakan di sini. Tapi alangkah bagusnya kalau tak perlu bayar tol. Lagi bagus kalau harga petrol kembali murah. Bagusnya kalau sedikit dari kekayaan negara dijadikan bantuan kepada rakyat. Tapi bagaimana ye...? Apa cara dia haa....?
Masakan semuanya berbayar. Dahla passport RM 300, nak ambil borang pon kena bayar gak.
Sesampai di Putrajaya yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia termasuk saya, sebabnya, saya pasti duit saya termasuk dalam kos pembinaan itu. semua mata terlopong kecuali saya. Al maklumlah kali pertama sampai. Saya kali ketiga selepas Terawih pada 2004/2005.
Nak cari KPT, Kementerian Pengajian Tinggi satu masalah. Tidak ada signboard yang menunjuk arah tersebut. Pusing punya pusing hingga ke Alamanda.

Selesai.

Van Mazda 1600 cc itu dipecut menuju ke masjid Putra untuk sembahyang jama’ taqdim walaupun saya mencadangkan jama’ ta’khir kerana bimbang pejabat tutup. Saya kenal sangat dengan sahabat-sahabat saya. Pantang dapat benda baru, pasti nak tenung, nak belek dan sebagainya.

Kebetulan bersama kami beberapa buah bas persiaran membawa pelancong dari Turki. Ramailah yang berbaris menanti giliran memakai jubah pink yang disediakan kepada mereka yang ingin melawat masjid, tapi pakaian mereka tak cukup kain. Kebanyakan yang berbaris adalah pelancong luar Negara.

Selesai sembahyang 4 rakaat untuk 2 waktu, saya keluar. Berjalan seiring saya seorang wanita yang memakai jubah pink itu. Laju langkahnya. Namun lagi laju langkah lelaki saya. Sangka saya, mungkin pelancong ini bergegas kerana bimbang ditinggal bas. Namun saya terperanjat besar apabila yang memakai jubah itu ialah perempuan melayu yang islam. Terkejut bukan kepalang. Masakan melayu islam pun kena pakai jubah untuk memasuki kawasan masjid..? saya menyoal sendiri.
Gambar Hiasan
Segalanya terjawab apabila beliau menanggalkan jubah. Pakaiannya serasakan lebih teruk dari pelancong cina. Saya yang sepetutnya tidak kena-mengena merasa malu. Umat islam tak lepas standard ditempat sendiri. Seolah-olah pegawai JPJ disaman oleh polis. Boleh bayangkan tak?

Saya teringat kepada sebuah klip video, seorang wanita memberi komen tentang tudung dan pakaian menutup aurat, “asalkan hati bersih”.

Bila saya tenung dan renung sedalamnya, rupanya inilah konflik besar yang berlaku di Malaysia. Disaman hak sendiri. Lihat bagaimana Pegawai BPR didakwa menerima rasuah. Pegawai polis didakwa melakukan jenayah. Pegawai keselamatan dah tak selamat lagi. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Mungkin bersempena PRU ini, menjadi peluang bagi saya untuk mengajak kita sama-sama menukar pagar dengan menggantikan kesemuanya dengan pagar baru. Pastikan pagar kita pada kali ini sekada pagar yang berbentuk material semata-mata, bahkan juga berbentuk spiritual. Mari kita tukar angin. Menyahut seruan bekas Menteri Pelajaran merangkap Ketua Pemuda Umno kepada rakyat Kelantan, “mari kita cuba angin baru. Cukup la 18 tahun terhimpit dan tersempit”

Saya jawab, “jom kita pakat tukar angin. Memang tak patut kita dihimpit dan kita ditipu selama 50 tahun, ambillah Kelantan kepada Umno, beri 13 negeri lain kepada BA, baru adil. Semua dapat tukar angin”.

Isnin, 18 Februari 2008

“Ayah aku hebat”..."ayah aku lagi hebat"



“Ayah aku hebat”
“Ayah aku lagi hebat”
“Mana ada, ayah aku lagi hebat”

Begitulah gelagat dua anak kecil yang baru berusia 5 tahun. Bertelagah mengatakan ayah masing-masing adalah terhebat tanpa mempedulikan apakah sebab dan punca kehebatan ayah mereka berdua. Adakah ayah mereka benar-benar hebat atau sebaliknya.

Ayah budak pertama, Hisham, seorang hartawan di kampong. Rumahnya banglo mewah tiga tingkat. Sama besarnya dengan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara di sebuah pekan. Garaj keretanya berkipas. Tandas rumahnya sama bilangannya dengan bilik tidur rumah rakannya tadi, Solah. Adik-beradiknya seramai 6 orang berpelajaran tinggi. Bergaji besar.

Kereta ayahnya 3 buah. Semuanya import. Platnya dibida dengan harga puluhan ribu ringgit. Harga lampu pintu pagar utama rumah Hisham sama harganya dengan pintu pagar rumah Solah. Hisham ke sekolah menaiki BENZ S320 Avantgrade. Solah hanya berbasikal usang.

Baju sekolah Hisham yang berjenama mahal itu bergosok setiap hari. Solah hanya memakai baju warisan dari abangnya yang terdahulu. Hisham berjalan berlagak di kalangan rakan-rakan kayanya.

Ayah Solah, seorang petani menanam padi. Ibunya menoreh getah. Rumah Soleh diubahsuai kepada rumah batu selepas ayahnya mendapat pampasan tanah yang dibayar oleh kerajaan untuk projek meluaskan jalanraya. Biaya anak-anaknya untuk belajar hanya melalui duit tani dan duit getah sahaja. Bantuan tak pernah datang bersinggah menziarahi keluarga Soleh. Hidup mereka hanya berdikari sendiri.

Duit sekolah Solah hanya sekadar RM 1.00 sehari, berbanding Hisham yang dibekalkan oleh ayahnya dengan not merah setiap hari.

Pun begitu, keluarga Solah bahagia. Abangya yang kini di menara gading sedang belajar dengan duit getah ibunya. Langsung tidak menggunakan duit PTPTN. Kakak dan abang Hisham yang belajar oversea mendapat tajaan syarikat besar atau kerajaan. Yang kaya tetap kaya, yang miskin terus merana.

Di kampung, Soleh adalah keluarga yang ber‘pendidikan’. Walaupun pada zahirnya keluarga Hisham lebih ber‘pelajaran’.

Saban petang, tika Hisham leka dengan PS3 barunya, Solah mengadap muqaddam. Malamnya, tika Hisham leka menonton movie dari saluran HBO, Solah hanya mampu mendengar radio.

Tika cuti, keluarga Hisham sibuk berbekal untuk berkelah di pusat peranginan. Solah berbekal untuk turun bersama ayahnya di pusat peranginan, sawah padi yang luas terbentang. Tika Hisham seronok menyelam di swimming pool, baju Solah basah terpalit lumpur, memikul anak semaian padi muda, menggalas baja dan sebagainya.

18 tahun berlalu.

Hisham kini berada di Syarikat besar di sebuah Bandar. Pejabat indahnya itu diwarisi dari ayahnya setalah ayahnya kembali ke Rahmatullah. Ibunya kini berada di sebuah pusat jagaan warga emas lantaran tiada siapa yang sanggup menjaganya.

Solah kini sebagai Pengusaha Daging halal. Kerja sembilannya sebagai penceramah dan pendakwah. Di samping itu dia mempunyai sebuah pusat asuhan kanak-kanak dan tadika serta sebuah kedai runcit. Kehidupannya sederhana di desa. Ibubapanya bergilir dijaga oleh adik-beradiknya.

Nilailah wahai teman ku sekalian. Siapakah yang hebat sebenarnya. Material tidak mampu mendidik manusia. Hanya iman yang kental dalam jiwa yang mampu mengtur kehidupan seorang hamba.

Solah mampu hidup berdikari mencapai kesenangan dalam hidupnya. Tanpa mengabaikan tuntutan agama.
Hisham hanya pandai menghabiskan harta keluarga. Menerima kesenangan melalui warisan sahaja. Tanpa mampu meningkatkan taraf hidupnya, masakan untuk membinanya sendiri.

Bila ustaz menghancurkan jamaah...



Ustaz, istilah yang digunakan untuk memanggil seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Panggilan yang semahal ini menjadi murah pada hari ini bila ianya digunakan untuk memanggil mereka yang masih belum layak digelar ustaz.

Al-maklum, bila disebut ustaz, seolahnya semua perkara hukum dalam dadanya. Walhal si ustaz ini baru sahaja tamat sijil menengah, belum lagi mengenal kitab hakiki. Apa yang dipelajarinya selama ini hanyalah ‘kitab’ yang diceduk oleh penyusun melalui silibus yang dirangka.

Maka, apabila digelar ustaz, maka mancunglah hidung kawan itu. Segala soalan yang diaju cuba dijawabnya walau belum pernah mendengar tentang perkara berikut, apatah lagi nak mendalaminya. Justeru jawapan itu sudah tentu jauh dari ketetapan hukum asal. Berpeganglah si penanya tadi.

Itu satu hal yang berlaku.

Satu perkara lagi. Ustaz yang sememangnya mahir dalam bidang hukum, namun tak pernah sekalipun menjerumuskan diri dalam bermasyarakat dan berpersatuan. Lalu bila pulang ke kampung halaman, diangkat menjadi ketua. Maka mengetuailah oleh ustaz itu akan satu organisasi dalam masyarakat. Oleh kerana tugasnya sebagai ketua, maka ustaz pun mengatur strategi untuk menggerakkan persatuannya itu. Pelbagai pembaharuan yang di bawanya. Teguran dan nasihat dari orang bawah yang agak berpengalaman tidak diendahnya, maklumla anak buahnya itu agak jahil dalam beragama.

Maka akhirnya pertubuhan itu semakin tidak disukai ramai. Perpecahan berlaku dan akhirnya, punahlah segala yang terbina sekian lama. Hanya kerana ustaz yang memimpin.

Bukan niat saya untuk merendahkan martabat ustaz, bahkan untuk mengembalikan ustaz ke tahapnya yang sebenar. Panggilan semahal ustaz tidak semudah itu untuk digelarkan pada yang bukan ahlinya. Perhatikan kes pertama, lantaran gelaran ustaz diberikan pada yang bukan ustaz, padah jawabnya.

Moral yang kedua. Meski kita seorang ustaz yang agak alim dalam hukum beragama, belum tentu kita mahir dalam bermasyarakat. Rasulullah pernah menyerahkan urusan ‘mengahwinkan’ debunga tamar kepada para sahabatnya yang ternyata lebih arif dalam hal itu. Justeru, pesanan saya kepada rakan-rakan ‘ustaz’ yang berada di luar sana, fahamilah mad’u kalian sebelum kalian menjalankan gerak kerja dakwah. Sememangnya sifat islam itu, waqi’iyyah. Kena dengan realiti setempat.

Mungkin tulisan ini telah memanaskan telinga dan hati para ustaz dan ustazah kalian. Namun itulah hakikat yang berlaku. Dan hakikat itulah yang terpaksa kami hadapi untuk terjun dalam masyarakat kelak.
Itu masih belum disentuh tentang 'ustaz' yang merogol merompak dan sebagainya. Memang kita boleh katakan, "itu bukan ustaz". Tapi nilaian mata masyakat, itu adalah ustaz. Maka bagaimanakah tugas kita untuk mengembalikan maruah ustaz.

Zaman ini secara priority tidak lagi memerlukan ustaz yang hanya mahir dalam bidang agama semata-mata, bahkan mahir dalam bidang sosial, politik, ekonomi, teknologi dan pelbagai ilmu profesional yang lain. Semuanya berpunca dari mad’u mereka yang bersifat sedemikian. Pada awal tahun lepas, saya terbaca artikel tulisan seorang penulis muda yang amat kritis dan membuka minda bertajuk “ayam dai’e, itik mad’u”. Satu ulasan yang amat menarik perhatian saya.

“berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut”

Fikir-fikrkanlah.

Sabtu, 9 Februari 2008

Seronoknya beraya Bersama



Tentu ramai yang tertanya-tanya, kenapa saya menulis tajuk hari raya pada musim Pilihanraya yang langsung tidak ada kaitan dengan sambutan hari raya. Cuba baca..


Hari Raya pasti meriah. Melihat siaran sambutan Tahun Baru Cina mengingatkan saya kepada 'Aidaini. Dua Hari Agnung Islam. Melihat berbilang kaum turut meraikan bersama, hati terasa begitu manis. Alangkah seronoknya beraya bersama.

Hari raya menjelma. Pasti seronok. Anak kecil menari riang bersama teman-teman. Muda remaja berhilai tawa bersam keluarga. Seronoknya beraya bersama. Tapi itu baru satu keluarga yang kecil. Bagaimana kalau satu keluarga besar yang bilangan ahli keluarganya mencecah seratus orang, beraya bersama, pasti bertambah meriahnya. Seronoknya terbayang sedemikian.
Tahun ini di Malaysia, semua negeri merayakan hari raya pada tarikh yang sama. Anak-pinak dan saudara-mara yang berada jauh di kota pulang ke desa. Beraya bersama. Cuba bayangkan sekiranya tarih hari raya tak sama.

Begitulah juga halnya dunia islam. Kita masih lagi dipagari dengan tembok langit yang sebenarnya tidak pernah wujud dalam kamus tauhid. Kita umat islam adalah sama. Tidak ada perbezaan. Pasti lagi meriah dan lebih gembira jika seluruh dunia islam merayakan hari raya pada tarikh yang sama. Kalau satu Negara Malaysia merayakan hari raya bersama sudah dirasakan meriah, pasti lagi meriah jika seluruh dunia merayakan hari raya pada tarikh yang sama.



Namun ini semua hanya tinggal harapan dan angan-angan kosong seandainya dunia islam masih berpecah. Pipisahkan dengan sempadan yang sengaja dibina. Uammat islam tidak bersatu di bawah satu pemerintahan. Tidak wujud daulah islam. Umt islam tidak berada di bawah sistem khilafah. Tengoklah pada zaman Rasulullah, umat islam berada di bawah satu kahlifah yang memimpin. Umat islam terjamin. Pada hampir seratus tahun yang lalu, umat islam masih lagi berada dibawah sistem khalifah. Umat islam masih terbela. Namun kini, Sistem khalifah terakhir umat islam di Turki di hancurkan oleh Mustafa Kamal Atartuk sehingga menyabakan dunia islam berpecah. Umat islam lebih suka mengamalkan nasionalisme dari kesatuan aqidah. Lebih suka membela bangsa dari membela agama.



Menjadi kewajipan kita, golongan yang inginkan kebahagiaan untuk mengembalikan islam dibawah Pemerintahan Khilafah. Ayuh berjuang menegakkan kebenaran, menetang kemungkaran, menuju kebahagiaan. Tegakkan Khilafah, moga kita akan beraya bersama dalam satu keluarga Aqidah yang amat besar di bawah payungan Khilafah Islamiyyah. Takbir.

Khamis, 31 Januari 2008

Perginya seorang Pejuang

Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan sekarang ini menjadi pendakwah bebas. Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar , berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manung, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak.

Pendidikan Awal

Dato Haji Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

PERJUANGANNYA

Pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan Pertandingan ratu cantik hingga menyababkan beliau terpecat jawatan sebagai Mufti kerajaan. juga pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan BOTOX. Seorang yang amat berani mengatakan yang hak. Berpendirian tegas.

Akhir hayatnya

Pada 30 Januari 2008, Dato' Haji Ishak, 80 tahun, telah meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada jam 2.50 ptg di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pagi semalam selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah.

Moga-moga pemergian beliau adalah pemergian yang dirahmati dan perjuangan suci beliau disediakan pengganti oleh ALLAH S.W.T. Ameen.

Ahad, 6 Januari 2008

Betul ke sayang..?

Seperti biasa, selepas solat maghrib dan sunnat ba’diahnya, saya akan berbual-bual dengan beberapa orang makmum yang datang bersolat di masjid As-Syakirin, tepi rumah saya, bukan kat KLCC. Bagi saya, berbual-bual dengan pakcik-pakcik ni, lebih afdhal dari solat awwabin, kerana saya boleh menyebarkan dakwah secara tidak sengaja kepada mereka. Saya boleh mencucuk jarum-jarum islam tanpa mereka sedari. Dan yang penting , mereka boleh menerimanya.
Seorang pakcik menceritakan perihal anaknya yang sama umur dengan saya. Kami pernah bersama ketika sekolah rendah.
“ anak jantan ambo kerja dia ‘jaga bandar’, balik lewat sokmo. Pukul 3@4 pagi baru sampai di rumah” kata sorang pakcik.
“dia gi mano”? Tanya saya.
“berderak (siar-siar) dengan kawan-kawan dia la, naik motor pulak tu, bimbang ambo”
“bimbang bakpo (kenapa)?
“takut orang sekat, ambil motor. Motor tu baru beli lagi. Ada sekali tu, kawan dia datang ambil dengan kereta, takpo la”
Kening saya berkerut, tanda kehairanan. Motor lebih di sayangi dari keselamatan anak. Lebih-lebih lagi keselamatan akhlak dan aqidah anak-anak.
Seorang pakcik lagi menceritakan kebimbangan tentang anak perempuannya yang selalu keluar berseorangan pada waktu malam. Dia bimbang akan keselamatan barang kemas yang selalu dipakai oleh anaknya.
“malam selalu keluar ke tempat kerja berseorangan. Kalau dulu, kawan lelaki dia selalu ambil, takpo la”. Rungut beliau.
Memang nilai keibubapaan semakin terhakis. Ibubapa sekarang tidak pandai menilai, yang manakah lebih penting utnuk dijaga pada seorang anak. Mereka lebih mementingkan nilai kebendaan yang ada pada anak-anak mereka. Bukan nilai dalaman seperti akhlak dan aqidah. Itulah sebebnya anak-anak muda sekarang menjadi sampah masyarakat.
Sayang ibubapa terhadap anak mereka adalah sayang tidak bertempat. Mereka sanggup membeli handphone dan motosikal kepada anak mereka yang bersekolah dengan alasan untuk memudahkan mereka pergi ke sekolah, sedangkan rumah mereka hanya ditepi pagar sekolah. Ibubapa lebih suka memenuhi kehendak anak-anak dari memenuhi keperluan mereka.
Anak-anak zaman ini memerlukan didikan yang membolehkan mereka mengenal dan menilai baik buruknya dunia sekeliling mereka. Mereka memerlukan didikan agama untuk keselamatan mereka. Kehendak anak-anak adalah kemusnahan, kerana mereka hanya pandai menuruti kehendak hawa nafsu mereka.
Ibubapa seharusnya pandai menilai baik buruk kehendak setap anak. Bukannya memenuhi kehendak mereka kerana beranggapan itu adalah keperluan hidup mereka. Kalau di dunia ini, ibubapa bimbangkan keselamatan anak-anak mereka, maka seharusnya mereka lebih bimbangkan keselamatan anak mereka di akhirat. Kecelakaan di dunia hanya sementara, bahkan kecelakaan akhirat adalah berkekalan. Didiklah anak-anak mengenal Allah. Ajarlah mereka dengan ajaran islam. Sekiranya anak-anak memahami islam, maka dengan automatik, mereka akan mengenal dunia. Percayalah.

Rabu, 2 Januari 2008

Mana Maruah Pemimpin Kita? Mana maruah Kita?



Terkejut mendengar pengakuan ikon kesihatan Negara, merangkap menteri Kabinet Malaysia yang memegang jawatan tertinggi dalam bidang kesihatan yang membuat kenyataan media bahawa beliaulah orang yang dimaksudkan dalam DVD kontroversi aksi seks seorang menteri.

Berita ini menerima pelbagai respon dari ahli akademik dan beberapa cerdik pandai Negara, antaranya Prof Dato’ Dr Khoo Kay Kim yang menyifatkan perkara itu tidak patut berlaku. Memang berita ini amat memalukan Negara. Kalau rakyat barat, -Amerika- yang sering disifatkan tidak bermoral boleh ‘menghumbankan’ Presiden Clinton kerana terbabit dengan skandal seks Monica, maka pertanyaan saya, mana maruah rakyat Malaysia yang digambarkan penuh dengan nilai positif ketimuran? Mana maruah pimpinan parti yang cerdik pandai? Kenapa masih membela ‘pengkhianat’ etika , moral bangsa dan Negara itu ?

Patutlah kementeriannya pada suatu ketika telah mencadangkan agar diberi jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih.

Ketika ditanya wartawan, beliau menjawab, “saya anggota masyarakat yang bertanggungjawab.” Jawapan yang langsung tidak boleh diterima akal. Melakukan perbuatan yang tidak bermoral, sedangkan sendiri memegang jawatan penting, menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat, adakah itu bertanggungjawab? Mana tanggungjawab terhadap tugas, janji dan etika seorang menteri, nilai sebuah bangsa bermaruah dan janji kepada negara?

Mungkin kesalahan itu tidak dipandang berat oleh beliau, namun seharusnya beliau berfikiran jauh, memandang dan memikirkan apakah kesan dan akibat dari perbutannya itu kepada rakyat dan maruah Negara.




Lebih pelik lagi, polis membuat kenyataan untuk menggempur pengedar DVD tersebut, menangkap dan menghukum mereka. Katanya, golongan ini telah melakukan kesalahan kerana mengganggu ketenteraman awam dan mengganggu peribadi. Pertanyaan saya, kalau bukan mereka yang mendedahkan, sampai bila rakyat akan duduk dan tunduk dibawah pemerintahan pemimpin yang tidak bermoral itu? Bagi saya, orang yang patut digempur ialah pesalah yang telah membuktikan kesalahannya dengan membuat pengakuan yang disaksikan jutaan rakyat Malaysia. Mana tindakan ? Mana Ketua Turus Islam Hadhari? Mana TPM yang pernah lantang? Mana Pegawai tatatertib parti? Mana penguatkuasa undang-undang? Mana? MANA?




Yang ada hanya si pembela yang masih "kebingungan" membela pesalah yang sudah siap sedia mengaku. Satu kerja yang patut dibanggakan. Kerjasama yang erat. Mungkin juga bersekongkol. Masih lagi menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, berdisiplin dan beretika, mana semua itu ketika ini? Inikah lambang seorang yang beretika? Bak kata orang tua-tua, kalau terkantoi sekali, maksudnya, sudah seratus kali yang tak kantoi.




Sekali lagi saya tegaskan, kalaulah rakyat Amerika pernah 'membuang, Presiden yang tidak bermoral, saya cabar rakyat Malaysia, buktikan anda semua rakyat yang mempunyai maruah. Jangan menjilat ludah kembali. Janganlah kata-kata kita yang pernah mengutuk Presiden Clinton kembali semula kepada kita.

Dayuslah andainya masih ada yang membela insan ini? Kesalahannya tidak patut dimaafkan. Menjatuhkan maruah Negara timur yang mengamalkan prinsip murni islam Hadhari. Bahkan menjadi ikon dan contoh kepada Negara islam lain.

Namun bila saya termenung sejenak, rupanya telah lama Negara kita kehilangan maruah. Peristiwa demi peristiwa tergambar di mata saya.

- Pengasas Islam Hadhari yang kini telah menjadi Pendekatan Islam Hadhari terkantoi
mengusap bahu artis dan model tersohor dalam satu majlis.
Beristerikan wanita tak bertudung.
- Orang yang bertanggungjawab menjaga keselamtan Negara dikaitkan dengan pembunuhan
kejam warga Mongolia.
- Pengarah Badan Pencegah Rasuah didakwa merasuah.
- Ketua Unit Siasatan Jenayah didakwa melakukan jenayah.
- Pengamal undang-undang berkomplot dalam membuat perancangan melantik hakim-hakim.
Mencalar kredibiliti dan maruah badan kehakiman Negara. Menteri yang dikaitkan dengan
rasuah jutaan ringgit.




Kalau dulu, semasa pemarintahan Tun, agenda penerapan nilai murni dihancurkan dengan pelbagai peristiwa,(yang mungkin dilupakan meLAYU). Maka saya rasa, telah cukup bukti untuk mengatakan bahawa agenda politik, Islam Hadhari juga telah gagal. Pimpinan parti pemerintah gagal mengawal anak buah dari melanggar prinsip mereka sendiri. Jelaslah apa yang mereka canangkan hanya untuk kepentingan peribadi semta-mata. Tiada sekelumit pun untuk melihat Malaysia utuh mapan dimata dunia dengan tidak mengenepikan moral ketimuran. Moral Islam.




Ayuh, wahai rakan-rakan semua. Medan perjuangan makin hampir. Pilihlah yang sebenarnya ingin melihat negara kita maju. Cukuplah setakat ini negara kita di perintah oleh mereka.
Mereka telah mengkhianati negara sendiri dan negara kita. Mereka menconteng arang ke muka ,aruah negara kita. Cukuplah. Buktikanlah.

Rabu, 26 Disember 2007

Bila Ustaz Merokok

Ustaz merokok? Biasa la. Saya pernah tengok ustaz kat kampong isap rokok daun. Tok guru kampong pn ikut hisap sekali. Tapi bila melihat ustaz professional yang bertaraf pensyarah kolej, HAFIZ QURAN, berpendidikan tinggi merokok, saya menjadi hilang kepercayaan kepada mereka. Thiqah untuk wala’ hilang seratus peratus. Dalam kuliah, dia berdegar-degar menekankan tetang disiplin dan adab-adab seorang hamalatul quran.
Dalam islam mengajar konsep dakwah bil hal. Kata pepatah inggeris, Action speak louder than speech, : perbuatan lebih lantang bersuara dari kata-kata kita. Mana hilangnya konsep itu pada pendakwah ini?
Kalau ustaz tua di kampung, saya masih boleh memaafkan mereka. Mereka tak tahu akan kebahayaan kretek, mereka tak hisap ciggarret, mereka tak tolong yahudi. Tapi, bila ustaz muda yang berpendidikan tinggi, pandai dalm banyak bidang, petah berkata-kata dan menghalang orang lain merokok, menentang kejahatan yahudi dan US, saya terus menjadi marah. Tambahan pula dia merupakan golongan kaum kerabat saya, Al-Hafiz. Hafaz Al-Quran 30 juz. Mana dia nak letak maruah seorang hamalatul quran.
Firman Allah, “adakah patut kamu menyuruh orang lain membuat kebaikan sedangkan kamu melupakan diri sendiri dan kamu merupakan pembaca kitab(Al-Quran), bukankah kamu orang yang berakal? Ayat ini menjadi ancaman kepada pembaca dan penghafal AL-Quran bermakna mereka yang tahu halal-haram satu perkara dan tahu akan kewajipan seorang manusia serta tahu kewajipan mereka di dunia terhadap Allah, Rasul dan KitabNya. Namun golongan inilah yang banyak menconteng arang kepada islam. Walaupun segelintir, kesannya amat berat.
Di sebuah kolej, seorang pensyarah yang memegang fortfolio dalam disiplin merokok. Saya memang hilang thiqah bila tahu kadaaan sedemikian. Apabila pelajar merokok, berbagai hujjah yang dia gunakan untuk mendakwah plajar tersebut. Namun langsung tidak berkesan. Sehingga kami sebagai pimpinan menjadi pening. Pelbagai usaha telah dibuat, namun jumlah yang merokok makin bertambah.
Teringat satu hadith Nabi Muhammad’ “al-mar’u ‘ala diini mulukihi.” Individu itu mengikut perangai pemimpinnya. Saya bermuhasabah sendirian, adakah perokok dalam saff kepimpinan yang saya pegang sekarang. Tiada. Sahlah, bahawa yang menjadi punca adalah pemimpin yang lebih tinggi. HEP. Bila pegawai HEP merokok, walau bukan dalam kawasan kolej, tetap memberi kesan kepada Akhlak rakan-rakan kami. Allah itu maha melihat. Haram suatu perkara tidak bergantung kepada tempat dan sempadan. Tambahan pula tanggapan masyarakat awam kepada pembawa Al-Quran yang digammbarkan oleh Sayyid Qutb sebagai generasi Al-Quran yang unik.
Apabila pimpinan merokok, jangan takut sekiranya anak buah menagih dadah. Seperti pepatah kata, “guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari”. Bagaimana nak membendung orang bawahan dari merokok, sedangkan orang atasan yang menjadi contoh masih merokok. Bagaimana nak menahan mereka dari merokok, bila mereka beralasan, “HEP PON MEROKOK”.
Ambillah iktibar dari kisah ini. Bukan tujuannya untuk menghina mana-mana pihak, tapi untuk kebaikan bersama. Moga umat ini masih mendapat kekuatan untuk menerima teguran, meski dari hamba Habsyi yang hitam legam.

Seorang Ibu..tiada duanya..

Seorang ibu tunggal muda, punyai dua cahaya mata, tunggal keduanya, sulung lelaki, bongsu perempuan. Harapan menggunung ingin melihat kedua cahaya matanya Berjaya, hebat dimata dunia, hebat di pandangan Pencipta. Mendidik anak bukan kerja mudah. Tambahan anak lelakinya yang sentiasa liar memberontak. Tidak mahu dididik. Terasa terkongkong andai bersama keluarga.
Namun hasrat si ibu masih menggunung ingin melihat anaknya menjadi anak soleh. Berbagai pengorbanan dilakukan. Pelbagai teknik dan cara telah dipraktik, dari selembut bicara hingga sekeras rotan kayu ara. Si anak tetap berdegil. Ingin hidup dalam dunia sendiri.
Akhirnya, bila tamat persekolahan di peringkat rendah, si ibu merancang untuk menghantar anak kesayangannya di taman syurga, Maahad Tahfiz. Si anak yang mulanya memberontak, akur setelah menerima pujukan dan rayuan dari kaum kerabat.
Namun dunia kepuraan tidak tahan lama. Walaupun saat awal terpisah, airmata membuak-buak. Si anak tetap memberontak meski dalam diri sendiri. Berada di Maahad Tahfiz, si anak semakin liar dek kerana gerak-gerinya terlindung dari mata bonda. Peraturan dilanggar sesuka hati. Amanat untuk belajar dipandang sepi. Asyik sendiri dalam dunia remajanya.
Saban minggu, si ibu pasti datang bersama kereta buruknya membawa makanan kegemaran anak lelaki kesayanganya. Menatap wajah anak, kekadang airmata kasihnya tertumpah. Perasaan kasih terhadap anaknya membuak. Inginnya suatu masa melihat jantung hatinya menjadi insan berguna. Namun si anak masih berdegil. Duit poket diselupkan ke dalam poket baju si anak setiap kali mahu pulang. Dahi si anak dikucup sedalam-dalamnya.
..............................

Dalam dakapan malam pada satu dinihari, tika sejuk mengigit badan, kepala bagai ditekan-tekan si anak teringat si ibu tercinta. Di gapai tangan rakan sebiliknya. Demam menjadi-jadi. Si ibu dipanggil saat tengah malam. Tanpa sebarang alasan, si ibu tiba sejam kemudian. Di hantar ke klinik. Kasihnya ibu tanpa sempadan.

PERANCANGAN TUHAN

Dalam satu cuti panjang sempena Pilihanraya ke-9, si anak terjumpa satu buku catatan kelas kafa. Buku buruk itu menarik perhatiannya. Tidak tahu kenapa. Mungkin naluri kuniaan ilahi. Catatan tangan berdakwat jingga menarik perhatiannya.

..............................

15 Januari 1999.
Hari ni aku check gaji fardhu ‘ain, tak masuk lagi. Lepas ni nak pergi melawat anak kesayangn aku. Tapi duit yang tinggal hanya untuk bayar duit bas adik. Berhutang duit kutu RM50. Beli milo dan biskut, minyak kereta, duit poket. Habis.
Gajiku setiap bulan hanya RM250.
Yuran Maahad Tahfiz - RM 130
Minyak kerata - RM 40
Duit poket - RM 40
Makanan tambahan - RM 30
Baki untukku hanya RM 10. Semuanya kucurahkan untuk anak lelaki ku tercinta. Pernah aku ditegur oleh kawan-kawan,

"kenapa terlalu kerap menjenguk anak…?"
"Kalau tak boleh terpisah, bawak balik sekolah kat rumah, lagipon sekolah pondok, nak kerja apa bila besar..?"
"macammana nak tanggung ibubapa dan anak bini…?"
Mungkin mereka tidak tahu keadaanku, ini anak lelaki kesayanganku. Harapan terbesarku bukan hanya untuk menumpang kesenangan dunia, bahkan akhirat kelak. Aku melawatnya setiap minggu bukan untuk memenuhi tuntutan rinduku. Tapi aku takut anakku akan merindukanku sehingga tumpuannya untuk belajar terganggu. Aku rela berabis duit untuk pelaburan demi kebahagiaan anak-anakku.”


Tanpa disedari, air mata si anak tumpah laju. Terkenang sikapnya terhada bondanya. Disaat itu, dia memasang tekad untuk tidak lagi mengecewakan ibunya tercinta. Kejayaan demi kejayaan di gapainya. Hingga dia mencapai gelaran Al-Hafiz dua tahun kemudian. Pelajar terbaik SMU 2004, pelajar terbaik SPM pusat DC 304 2005. Dia Berjaya membuatkan ibunya menitis airmata kegembiraan. Ibunya tidak lagi hina di mata masyarakat. Bahkan menjadi sanjungan, Berjaya mendidik anak menjadi insan soleh. Terima kasih ibu. Jasamu akan ku ingat hingga hujung nyawa. Itulah ibuku. Ibu contoh yang menjadi inspirasi hidup.

Sahabat dan rakan yang dikasihi, sayangilah ibumu..dia amat menyayangimu.
Hebat kita di mata rakan tidak semestinya kita hebat di mata TUHAN. Namun hebat kita di mata ibu, mengundang redha tuhan yang menjadi resipi utama kejayaan insan.

Pulanglah di Hari Raya. Ibumu menanti nun di desa.

Sabtu, 22 Disember 2007

Rutin Hidup Saya Berubah..?

Cuti kali ini tak seperti biasa, segalanya berubah. Rutin harian saya tidak seperti dulu. Kini saya terpaksa memenuhi jadual dengan memenuhi jemputan dan undangan di samping menjaga empat ekor lembu. Teringat masa kecil, saya pernah memelihara seekor beruk. Beruk betina yang dibelai oleh arwah datuk secara kebetulan dari seorang tukang urut. Beruk itu memang jinak. Setiap hari kena jaga beruk. Mandikan, bagi makanan. Sekali sekala, bawa ke sungai untuk berenang, katanya untuk merenggangkan tulang dan menghilangkan lenguh memanjat kelapa.





Setiap petang atau hujung minggu, saya akan ambil upah memanjat kelapa. Upah sekadar 5 sen sebiji. Agak menyeronokkan. Tapi beruk tu kena bagi makan secukupnya untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya. Bawa bekal dan makanan yang secukupnya. Paling penting, bawa tali panjang. Naik kelapa bunyinya mudah, tapi tak semua pokok kelapa bolh dinaikki. Kalau yang ada kerengga, memang beruk tu tak nak naik. Walau dicucuh ‘karak’ sekalipun.


Pernah sekali, pada satu petang sewaktu balik dari ambil upah, saya mengheret beruk dengan -tali panjang. Tiba-tiba ada lori datang dengan lajunya. Dek kerana terkejut, beruk tu melompat dan mendakap badan saya. Saya yang juga terkejut beruk takut kena gigit lekas-lekas menolak kepala beruk tu.. tup-tup jari masuk dalam mulut dia, apalagi, memang kena gigit la... sampai sekarang, kelingking kiri saya masih bengkok dan masih terdapat kesan gigitan taring beruk tu. Pedih-pedih.
Ada juga cerita beruk terlepas. Entah macam mana petang tu, bila nak bagi makan, tengok-tngok beruk dah hilang... sudah!! Mana nak cari. Tiba-tiba dapat panggilan talifon, beruk dok makan roti di dapur jiran. Habis kecoh satu kampung. Saya gak kenamarah sebab tak reti jaga beruk.
Hai, memang malang nasib diri. Jaga itik, itik masuk dalam petak padi semaian orang, kena marah. Jaga kambing, kambing terlepas, makan pokok terung jiran, kena marah. Pantau lembu, kena tanduk kat pinggul sampai biru, sakit. Kopek kelapa, tertusuk kat leher, sampai sekarang masih berparut. Semuanya berlaku semasa saya masih kecil. Terimbau kenangan itu ketika memberi lembu-lembu makan. Tak lama lagi 3 ekor kena sembelih. Tinggal la sekor. Ringan sikit beban ayah naka jaga lembu.
Bila terkenang kisah lama, teringat arwah datuk dan nenek. Terbayang wajah arwah ayah tercinta. Rawan hati, sebak dalam jiwa. Mereka telah lama pergi. Dan kita? Pasti bakal menyusul. Apakah bekal yang kita ada untuk hidup disana. Tidak ada matawang lain untuk berurusan di barzakh dan mahsyar, kecuali matawang yang bernama pahala. Pahala hany boleh diperolehi jika kita menjunjung perintah ALLAH dan meinggalkan larangannya. Perintah, suruhan dan larangan Allah hanya terdapat dala Al-Quran dan Hadith. Oleh itu, berpeganglah kepada keduanya, jangan sedikitpun amalan kita yang tersasar dari keduanya.
Rutin saya rupanya masih seperti dulu, hamba Allah selaku Khalifah di muka buminya. Cuma kerja yang saya perlu lakukan agak berbeza. Sesuai dengan berbezanya saiz badan dan umur saya. Paling penting, sesuai dengan tanggungjawab yang saya pikul sekarang. Tiada lagi hobi yang memenuhi ruang masa kosong. Semuanya dipenuhi kewajipan dan tugas yang tak habis-habis. Selagi jasad memikul roh kurniaan Ilahi.

Malaysia Berdarah lagi, saya gembira...

Malaysia berdarah lagi. Seluruh muslimin merayakan hari pengorabanan terbesar. Hari ini juga di Tanah Haram, umta islam berhimpun secara aman berdemontrasi memerangi kejahatan syaitan. Mereka melontar batu beramai-ramai ke pusat Jamrah. Menelusuri kisah Nabi Ibrahim merejam Syaitan.
Seperti biasa, setiap kali perayaan, pasti malamnya kami sekeluarga tidak tidur. Berjaga untuk menyediakan makanan dan persiapan sepatutnya untuk menerima tetamu pada keesokan hari. Masing-masing mempunyai portfolio sendiri. Saya membersih dewan solat Surau As-Syakirin, menghias rumah dan istimewa di ‘Idul Adha, mengasah pisau-pisau untuk digunakan keesokannya. Sebelum tidur, semak teks khutbah dan meng’editnya’ ikut keperluan semasa.
Solat sunat berlangsung tepat 8.15 pagi, khutbah hari ini agak panas dengan isu perhimpunan ‘bersih’, analogi yang saya bawakan dari ibadah haji di Tanah Suci. Masing-masing terlopong mendengar kenyataan saya, “demontrasi, rukun islam ke-5”. Namun, dengan hujjah-hujah dan contoh yang saya bawa, kerut dahi mereka semakin hilang. Baru terbuka mata.
Seusai sahaja khutbah, para jemaah akan sama-sama menyantap sedikit makanan di rumah saya. Tradisi yang berlangsung hampir 20 tahun. Makanan sama sejak 5 tahun lepas, lontong. Mungkin bukan makanan tradisi, tapi ia membuat orang yang memakannya tersenyum puas.

………

Lembu-lembu yang tertambat masih mangunyah rumput perlahan-lahan. Tenang seolah-olah tiada apa yang bakal berlaku. Orang ramai kian membanjiri tempat sembelihan dan mengangkat jual beli bersama ayah baruku. Sedikit adat mencelahi.
Saya seperti biasa, menjadi pembantu setia, menjerat lembu dan kekadang turut ‘mengorbankan’ mereka dengan pisau khas yang di tempa sejak berada di Repek lagi. Melihat kesatuan orang-orang kampong bergotong-royong melapah dan mengupas lembu sembelihan, hati terasa tenang. Masih ada nilai perpaduan dalam masyarakatku. Tiada perbezaan pendapat. Kekadang diselangi deraian ketawa riang dek lawak spontan hadirin.







Dalam keriuhan melapah belulang lembu ke-2, hanphone Nokia 6233 bergetar. Adik bongsu Gegar ditalian, Azan.
“salam. Se dok mano tu..?
“dok dighumoh la”
“ze dok depe ghumoh se ni…, tapi kheto takdok..”
“ada”
Saya berlari pantas ke bahagian depa rumah. Azan memang disitu. Terfikir dihati, kenapa dia datang pada pagi hari raya ini..?
“ mari mano..?
“alah nok gi ghumoh tok di Pasir Mas, tapi bila lalu kok ni, rasa bersalah pulok kalau tak singgah di rumoh abang ze sorey ni…”
Saya tenung mata ‘adik bongsu’ku itu dalam-dalam. Jawapan yang diberi tadi sedikit sebanyak meruntun hati ini.. perasaan kasih sayang islam yang diikat dengan tali tauhid. Kukuhnya ibarat Uhud yang masih utuh walau dilanda perang gergasi. Berjalan ke kereta, berjumpa mata dengan ibu, ayah dan abang-abangnya. Sekali lagi hati tersentuh mendengar kata-kata mereka..
“Sayang sangat Azan kat kawan dia, bersungguh-sungguh mintak nak singgah..” kata ibunya..
“bukan kawan la mama, Abang…” balas Azan.
Dalam kereta, Im yang saya kenal terlopong.
“haa abang, lupa pulak” Balas ibunya lagi.
Andai saya dapat membuatkan semua orang terasa seperti yang saya rasakan sekarang, sudah tentu dunia ini aman. Tidak ada lagi perselisihan faham. Semuanya boleh bertolak ansur. Indah sungguh Ukhuwah fillah. Sukar untuk menjelaskan atomnya, payah untuk menfsirkan nukleusnya. Yang pasti, sel-sel tauhid yang mengikat kami. Semuanya kerana DIA.

………

Kembali ke tapak sembelihan bersama adik beradik tiri, hilai tawa berderai apabila ada mulut yang spontan memberi respon, menafsirkan kejadian secara selamber. Riang di mata bersama mereka, namun hati ini masih teringat ukhuwah kukuh GEGAR, seorang demi seorang wajah ahli GEGAR dan sahabat seperjuangan meniti melintasi ruang fikiran. Indanhya jika semua bersamaku tika ini.

DEMONTRASI: rukun Islam ke-5

Demontrasi, kalimah yang amat menggerunkan. Terutama bagi mereka yang mempunyai kesalahan dan kepantingan serta kekuasaan. Namun itulah yang diajar oleh islam. Sehinggakan islam menjadi penganjur demontrasi yang paling besar di dunia, ibadah haji di Makkah.
Setiap tahun, pada tanggal 10 zulhijjah, berpusu-pusu umat islam akan menuju ke Tanah haram untuk ber‘demonstrasi’ (berhaji) dengan kemuncaknya mengadakan satu perhimpunan raksasa yang langsung tidak memerlukan permit dan keizinan dan tidak mendatangkan apa-apa kerosakan kepada bumi AL-Haram itu.
Rukun islam yang ke-5, adalah contoh tunjuk perasaan yang diajar oleh islam. Demo untuk menentang kebathilan, menentang tahghut, berkorban demi agama, menuntut hak yang menjaminkan pahala yang amat besar sehingga ada riwayat mengatakan, “tidak ada ganjaran bagi haji mabrur melainkan syurga”.
Namun, di negara kita, perkataan demontrasi, tunjuk perasaan dan perhimpunan awam merupakan istilah yang amat dibenci oleh ramai pihak. Mereka memandangnya sebagai salah satu cabang keganasan. Demo digambarkan sebagai ekstremis. Adakah islam menganjurkan umatnya untuk berlaku ganas..? Adakah islam mengajar umatnya menjadi golongan pelampau..? Sekiranya kita tidak bersetuju dengan kenyataan Amerika yang mengatakan islam sebagai agama terrorist., mengapa kita boleh mengatakan demonstrasi sebagai pengganas? Pelampau? Mengapa kita boleh bersetuju dengan orang yang mengatakan mereka ‘beruk-beruk’ jalanan…? Sedangkan mereka menuntut hak mereka yang sepatutnya menjadi milik mereka, mereka menentang kemungkara dan ketidakadilan yang berlaku.
Melalui sejarah islam dan intipati dari sejarah ibadah haji, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ibadat haji yang dikerjakan saban tahun adalah demonstrasi agung yang paling besar. Himpunan agung yang mengumpulkan semua manusia dari segenap pelosok alam tanpa ada perbezaan kasta dan pangkat, tiada perbezaan bangsa dan warna kulit untuk berhimpun menuntut hak keredhaan dari Allah, menentnag kemungkaran syaitan, menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat semata kepada Allah.
Bagaimana sa’ei sempena mengingati kisah Siti Hajar mencari air untuk anaknya mengajar kita berkorban. Mengajar pemimpin untuk bersusah payah demi kesenangan rakyat jelata. Bukannya bersenang-lenang denga harta kekayaan yang di’rompak’ dari duit rakya.
Wuquf di Arafah yang panas membara menggambarkan suasana Mahsyar, mengajar kita bersatu hati, meninggalkan pangkat, kekayaan, protokol dan kepentingan untuk sama-sama berada dalam satu perhimpunan agung tanpa membawa apa-apa kepentingan duniawi dengan pakaian seragam putih tak berjahit. Raja menanggalkan mahkota kedaulatan dan keagungannya, Presiden memecat kot mahalnya, PM meninggalkan istana mewah dan kereta canitk, Panglima meniggalkan bintang-bintangnya penghormatanya berwuquf bersama faqir miskin tanpa sebarang hijab. Perjuangan hak asasi manusia.
Melontar Jamrah mengingatkan kepada kisah Nabi Ibrahim melontar batu mengahalau syaitan, memberi pengajaran kepada umat islam supaya menentang syaitan dan thaghut yang menjadi penghalang baginda dari menunaikan sururhan Allah, mendirikan syariat islam secara syumul. Namun perlu ditegaskan bahawa syaitan itu dari dua jenis, ada yang berasal dari jin dan ada yang berupa manusia.
Tawaf mengajar semua manusia berkiblatkan satu matlamat, seperti sembahyang. Bermatlamatkan keredhaan ALLAH semata-mata. Tidak menjadi masalah dalam perbezaan cara dan strategi. Mengenepikan beneffit yang bakal diperolehi semata-mata kerana menjunjung kalimah Allah.
Inilah ajaran islam, mengajar umatnya ‘menunjuk perasaan’. Namun ada prasyarat yang dikemukakan. Seperti mana para penunai haji dilarang dari melakukan kekasaran dan kekerasan. Meskipun dengan hanya mencabut anak pokok yang kecil atau hanya mematahkan dedahannya. Betapa tulus dan adilnya islam. Melengkapi dari segenap penjuru kehidupan manusia dari sebesar-besar agenda pemerintahan sehingga sekecil-kecil adab masuk tandas. Perfect dan lengkap dari segenap segi.
Namun masih ada yang menentang islam semata-mata kepentingan agenda peribadi. Lebih sayangkan perut sendiri dari menyumbangkan kudrat dan tenaga kepada rakyat. Berbeza dengan cara pemimpin ulung dunia yang diiktiraf sebagai pemimpin yang paling hebat dan berpengaruh, Nabi Muhammad S.A.W.
>merupakan juga isi khutbah Masjid As-Syakirinn.puri.

Pesanan Untuk HAJI DAN HAJJAH

Melihat siaran langsung ibadah wukuf di Padang Arafah dari saluran TV yang agak islamik, TV9 dekat dihati. Teruja melihat betapa utuh dan gahnya umat islam. Memakai seragam putih BERSIH berhimpun dalam perhimpunan agung terbesar di dunia. Lautan putih itu melambangkan betapa raminya unmat islam yang mempunyai kesedaran untuk ‘kembali’ kepada penciptanya. Seperti mana gambaran Padang Mahsyar. Mendengar lalungan talbiyyah, “labbaikallaahumma labbaiik,labbaika la syarika labbaik, inal hamd, wanni’mata laka walmulk, la syarika lak” Gemaan itu di sahut pula dengan laungan takbir yang bergema, Allahuakbar kabiira, wal hamdu lillahi kathira, wa subhaanallahi bukaratan wa asiila, la ilaaha illallahu wahdah, sodaqo wa’dah, wa nasoro ‘abadah, wa ‘azza junadahu wahazamal ahzaaba wahdah"
Meremang bulu roma saya mendengar betapa semangatnya ‘haji-haji’ dan ‘hajjah-hajjah’ melaungkan lafaz ikrar dan janji di Tanah Haram. Janji dan ikrar itu menjadi zikir harian mereka sepanjang berada di sana. Sedarkah mereka bahawa lafaz yang merea laungkan itu bererti,
“kami menyahut seruanmu ya allah, seruan untuk tidak menyekutukan mu, segala pujian dan nikmat bagimu. Dan juga kerajaan (langit dan bumi) adalah milikmu, tiada sekutu bagimu”.
“Allah, tuhan yang maha besar,pujian sebanyaknya untuk Allah, maha suci Allah pdai pagi dan petang, tiada tuhan selain Allah, tuhan yang esa, tuhan yang benar janjiNya, tuhan yang menolong hambaNya, tuhan yang meng’izzah’kan tenteraNya, tuhan yang mengahpuskan AHZAB, (parti komponen) secara berseorangan, tiada tuhan selain Allah dan kami tidak mengabdikan diri selain kepadaNya, tulus suci kerana agama (deen), meski dibenci oleh orang kafir, walau dibenci oleh sang munafiq, walau di benci oleh musyrikin”.
Janji mereka untuk taat setia beragamakan Deen Islam dan mengikuti perintah Allah tanpa mengira waktu dan tempat, beriltizam dengan berpegang kepada Al-Quran dan Hadith sebagai panduan kehidupan.
Saya yakin dan pasti, semua pengunjung Tanah Suci terutamanya dari Malaysia pasti melafazkan ikrar tersebut. Mereka menghafalnya semenjak berbulan lamanya melalui kursus dan bengkel bakal haji. Namun masih ada yang sekembalinya ke tanah air masing-masing, mereka juga kembali kepada perangai lama. Menentang ajaran Al-Quran dan ajakan Hadith, melanggar hukum yang ditetapkan Allah. Sedangkan janji mereka untuk hanya berabdi kepada tuhan yang Esa, tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu itu masih panas. Butiran pasir Arafah yang melekat di tapak kaki masih belum tertanggal. Aroma padang pasir masih semerbak. Tanda-tanda HAJI masih jelas. Kepala yang di botakkan setelah selesai tahallul, masih belum ditumbuhi rambut. Namun memang melayu mudah lupa. Janjinya untuk taat setia pada islam sebaga cara hidup juga dilupainya.
Mereka membazirkan duit puluhan ribu untuk pergi menipu, berlakon di Tanah Suci Makkah. Menipu di Tanah yang paling ‘dekat’ dengan Allah. Tiada perasaan bersalah. Mereka tidak berjaya untuk mengambil pengajaran dari pengalaman mereka mengerjakan haji. Pasti haji mereka tidak diterima, jauh sekali untuk mendapat haji mabrur.
Menjadi satu perkara yang pelik, mereka bersusah payah mengumpul duit, berhabis harta sehingga ada yang bergadai semata-mata untuk mengerjakan ibadah yang hanya sekali di wajibkan seumur hidup. Tapi mereka tidak merasa rugi walaupun tidak dapat menyempurnakan tuntutan ibadah ‘mahal’ mereka. Seolah-olah ibadah mereka hanya untuk mendapat title HAJI untuk dibanggakan di kalangan kawan sekerja.
Namun, bila difikirkan kembali, memang mereka seudah lali dalam hal berbohong dan melanggar janji, barangkali. Mereka juga berjanji setia untuk melakukan segalanya aktiviti dalam hidup mereka kerana Allah dalam Iftitah solat mereka.
Oleh itu, saya berpesan kepada mereka yang sentiasa bersolat lima waktu sehari dan secara khususnya kepada pak haji dan mak haji yang akan kembali ke tanah air masing-masing,

“Tunaikanlah janji-janji anda kepada Allah. Jangan lagi menjadi pak haji dan mak haji yang penipu. Jadikanlah Islam sebagai cara hidup anda, ikutilah perintah Allah dan Rasulnya serta jauhilah larangan keduanya. Ingatlah, janji anda adalah kepada Allah, bukan kepada makhluk. Tepuk dada, Tanya iman, jangan Tanya selera, kerana selera itu nafsu, nafsu sentiasa condong kepada kesalahan. Titipkanlah niat murni untuk bertuhankan Allah yang Esa, berpandukan Al-Quran dan Hadith. Ingtlah matawang yang hanya akan laku di DUNIA AKHIRAT adalah PAHALA. Pahala yang di perolehi dari mengkut suruhan dan meninggalkan laranganNya”.

SEKIAN NASIHAT DARI INSAN DHAIF UNTUK SAUDARA SEAGAMANYA.

Isnin, 19 November 2007

Kerja dan kerja

Terasa hilang beban yang terpikul selama ini bila menlabuhkan punggung di kerusi empuk unutk bergambar setelah selesai majlis perasmian penutup tiga program serentak.
Otak mengimbau.
Bulan ini dianggap sebagai bulan paling sibuk bagi saya. Maklumlah, tiga program berjalan serentak. Pada awalnya, saya memegang dalam setiap program, tapi setelah mendapat persetujuan dari pimpinan melalui sebab tertentu, taklifat saya di kurangi hanya kepada stu tugas sahaja. Programmer Sihat DQ. Saya yang belum pernah berpengalam menjadi programmer ditugaskan untuk memprogramkan sebuah program yang belum pernah bijalankan di DQ.
Terasa diri tidak berkelayakan untuk menjawat taklifat tersebut. Namun ,memang fitrah taklifat, membebankan. Saya akhirnya akur untuk meneruskan tugasan. Pun begitu hati masih meronta untuk menggalas beban itu.
Motivasi diri merudum. Saya bagai seorang yang tidak terurus. Beberapa kali mesyuarat tidak saya hadiri walaupun sekadar sedikit alasan yang tidak sepatutnya.
Dalam kepala, fikiran beramain, berlari kesana dan kemari. Mencari jalan keluar yang memang tidak ada dalam kotak pengalaman. Namun setelah mendapat nasihat dan tunjuk ajar yang diberi oleh senior ( sepatutnya diminta), saya mengatur langkah untuk maju menggalas taklifat tersebut. Diri tiba-tiba menjadi yakin. Tambahan nasihat dan dorongan dari sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak jemu memberi semangat. Terima kasih semua.
Program bermula. Segala yang dirancang berjalan seperti sepatutnya. Saya bersyukur dalam ketakutan menanti hari kemuncak program dan merupakan hari penutup ketiga-tiga program terbesar dan terakhir PERKEMAT DQ. Ianya bakal meninggalkan imej dan kesan samada baik atau buruk, bergantung kepada bagaimana kami-kami mengurusnya.
Malam kejadian, saya tidak dapat tidur. Paginya, awal-awal lagi kami bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh YDP, Zool Amali. Perancangan prog kena mantap.
Selesai mesyuarat, saya menjadi seram sejuk. Bagaimana sambutan terhadap ekspo kami nanti. Tapi rahmat tuhan menetukan segalanya. Terasa penat lelah yang dialami hilang melihat kian ramai tetamu yang berbondon-bondon mengunjungi Dewan Muktamar. Segala perancangan berjalan selancarnya. Alhamdulillah.
Namun kesedihan menjenguk hati bila mendapat tahu masalah yang dihadapi oleh prog sahabat. Melihat kesuraman hati adik-beradik tercinta, hati menjadi sayu. Terasa diri ini mahu memikul segala kesedihan mereka. Namun apakan daya. Sekadar doa yang mampu ku pohonkan. “Ya ALLAH, permudahkan urusan mereka.
Menjelang tengah hari, sambutan makin rancak. Kegembiran bertambah bila prog sahabat juga telah berjaya dijalankan. Sujudku semasa solat Zohor di Surau pentadiran agak panjang. Terasa manis nikmat pertolongan Rabbi. Hanya itu tanda syukurku.
Seharian keletihan tak terasa.
Akhirnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dan berpenat lelah membanting tulan untuk menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa memberi semangat, nasihat serta dorongan kepada saya. Maaf dipohon sekiranya terdapat kelemahan di sepanjang saya menguruskan kalian. Jasa kalian akan saya ingati selamanya.....khusus untuk naqib, A.Idris, A.Wan dan adik beradik usrah gegar dan gegar junior.Tidak lupa kepada A.solihin dan pimpinan lain yang turut membantu.


Unite for islam.

IKTIBAR KEHIDUPAN 2 - Alam Menengah

Untuk memenuhi nazar yang dilafazkan, aku dirancang untuk dihantar ke pusat pengajian tahfiz di MTAQ Pulai Chondong. Namum disebabkan result UPSR ku hanya sekadar 3A 2b sahaja, permohonanku ditolak. Lantas tempat ku bertapak adalah di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas.

Tanggal 6 November 1998, aku denga rasminya bergelar budak pondok. Di sinilah setan macam aku diprogramkan untuk menjadi insan yang berguna dan di sini juga aku dipaksa menelan Al-Quran. Masakan niatku asalnya untuk ke MRSM memandangkan aku amat meminati bidang sains dan teknikal. Namun, atas dasar taat, ku turut jua perintah ibu tercinta.

Berada di sini, aku terpaksa menerima apa jua jenis tindakan atau balasan. Rotan dan sebatan menjadi juadah harian. Kekadang hati meronta dan memberontak. Namun percayalah, tiada murabbi yang menginginkan anak didiknya rosak, punah jahanam. Bahkan semuanya kerana inginkan kebaikan. Pernah aku dirotan 10 sebatan atas kesalahan membaca ayat tak cukup ‘semuka’ dalam sembahyang. Namun aku redha menerimanya. Inilah jalan tarbiyyah yang berjaya mengubah setan sepertiku menjadi seorang manusia akhirnya.