Demontrasi, kalimah yang amat menggerunkan. Terutama bagi mereka yang mempunyai kesalahan dan kepantingan serta kekuasaan. Namun itulah yang diajar oleh islam. Sehinggakan islam menjadi penganjur demontrasi yang paling besar di dunia, ibadah haji di Makkah.
Setiap tahun, pada tanggal 10 zulhijjah, berpusu-pusu umat islam akan menuju ke Tanah haram untuk ber‘demonstrasi’ (berhaji) dengan kemuncaknya mengadakan satu perhimpunan raksasa yang langsung tidak memerlukan permit dan keizinan dan tidak mendatangkan apa-apa kerosakan kepada bumi AL-Haram itu.
Rukun islam yang ke-5, adalah contoh tunjuk perasaan yang diajar oleh islam. Demo untuk menentang kebathilan, menentang tahghut, berkorban demi agama, menuntut hak yang menjaminkan pahala yang amat besar sehingga ada riwayat mengatakan, “tidak ada ganjaran bagi haji mabrur melainkan syurga”.
Namun, di negara kita, perkataan demontrasi, tunjuk perasaan dan perhimpunan awam merupakan istilah yang amat dibenci oleh ramai pihak. Mereka memandangnya sebagai salah satu cabang keganasan. Demo digambarkan sebagai ekstremis. Adakah islam menganjurkan umatnya untuk berlaku ganas..? Adakah islam mengajar umatnya menjadi golongan pelampau..? Sekiranya kita tidak bersetuju dengan kenyataan Amerika yang mengatakan islam sebagai agama terrorist., mengapa kita boleh mengatakan demonstrasi sebagai pengganas? Pelampau? Mengapa kita boleh bersetuju dengan orang yang mengatakan mereka ‘beruk-beruk’ jalanan…? Sedangkan mereka menuntut hak mereka yang sepatutnya menjadi milik mereka, mereka menentang kemungkara dan ketidakadilan yang berlaku.
Melalui sejarah islam dan intipati dari sejarah ibadah haji, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ibadat haji yang dikerjakan saban tahun adalah demonstrasi agung yang paling besar. Himpunan agung yang mengumpulkan semua manusia dari segenap pelosok alam tanpa ada perbezaan kasta dan pangkat, tiada perbezaan bangsa dan warna kulit untuk berhimpun menuntut hak keredhaan dari Allah, menentnag kemungkaran syaitan, menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat semata kepada Allah.
Bagaimana sa’ei sempena mengingati kisah Siti Hajar mencari air untuk anaknya mengajar kita berkorban. Mengajar pemimpin untuk bersusah payah demi kesenangan rakyat jelata. Bukannya bersenang-lenang denga harta kekayaan yang di’rompak’ dari duit rakya.
Wuquf di Arafah yang panas membara menggambarkan suasana Mahsyar, mengajar kita bersatu hati, meninggalkan pangkat, kekayaan, protokol dan kepentingan untuk sama-sama berada dalam satu perhimpunan agung tanpa membawa apa-apa kepentingan duniawi dengan pakaian seragam putih tak berjahit. Raja menanggalkan mahkota kedaulatan dan keagungannya, Presiden memecat kot mahalnya, PM meninggalkan istana mewah dan kereta canitk, Panglima meniggalkan bintang-bintangnya penghormatanya berwuquf bersama faqir miskin tanpa sebarang hijab. Perjuangan hak asasi manusia.
Melontar Jamrah mengingatkan kepada kisah Nabi Ibrahim melontar batu mengahalau syaitan, memberi pengajaran kepada umat islam supaya menentang syaitan dan thaghut yang menjadi penghalang baginda dari menunaikan sururhan Allah, mendirikan syariat islam secara syumul. Namun perlu ditegaskan bahawa syaitan itu dari dua jenis, ada yang berasal dari jin dan ada yang berupa manusia.
Tawaf mengajar semua manusia berkiblatkan satu matlamat, seperti sembahyang. Bermatlamatkan keredhaan ALLAH semata-mata. Tidak menjadi masalah dalam perbezaan cara dan strategi. Mengenepikan beneffit yang bakal diperolehi semata-mata kerana menjunjung kalimah Allah.
Inilah ajaran islam, mengajar umatnya ‘menunjuk perasaan’. Namun ada prasyarat yang dikemukakan. Seperti mana para penunai haji dilarang dari melakukan kekasaran dan kekerasan. Meskipun dengan hanya mencabut anak pokok yang kecil atau hanya mematahkan dedahannya. Betapa tulus dan adilnya islam. Melengkapi dari segenap penjuru kehidupan manusia dari sebesar-besar agenda pemerintahan sehingga sekecil-kecil adab masuk tandas. Perfect dan lengkap dari segenap segi.
Namun masih ada yang menentang islam semata-mata kepentingan agenda peribadi. Lebih sayangkan perut sendiri dari menyumbangkan kudrat dan tenaga kepada rakyat. Berbeza dengan cara pemimpin ulung dunia yang diiktiraf sebagai pemimpin yang paling hebat dan berpengaruh, Nabi Muhammad S.A.W.

>merupakan juga isi khutbah Masjid As-Syakirinn.puri.
Perkongsian yang menarik, cuma sebaiknya jangan di samakan bulat2 kerana di sana ada perbezaannya antara hukum syarak dan hukum 'aradhi. Menunaikan haji jelas merupakan tuntutan daripada syarak dan termasuk dalam hukum syarak (taklifi). Sedangkan Demonstrasi itu bersifat aradhi (mendatang) di sebabkan keperluan2 terhdap tuntutan semasa. Ia perlu di lihat dari sudut pertimbangan syarak ke atasnya berdasarkan maqasidnya dan cara pelaksanaannya. Pada ana, cara pelaksanaan keduanya juga berbeza... niat yang baik tetap tidak menghalalkan cara...
BalasPadam