Di hadapan Rumah Datuk Seri Dr Zahid Hamidi
Bersama Atuk Hamidi
21 Jun 2008. Bersama 3 orang sahabat, Firdaus Kadir, Syaukani dan Amir Hafizi, kami bertolak ke Bagan Datoh untuk mengikuti sesi perbincangan dengan penduduk Kampung untuk membincangkan gerak kerja program Bakti Huffaz disitu. Tempat ini dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi. Mungkin keran itu adalah kampong asal beliau.
Perjalanan sela 3 jam merentasi hampir 220KM, kami tiba di sebuah rumah biru muda yang agak besar. Disambut oleh seorang tua yang agak uzur, bertongkat untuk membuka pagar besar rumah beliau. Orang tua itu ialah Atok Hamidi. Orang gajinya bercuti.
Bersalaman, kemas barang, berborak dan bertanya khabar sebentar, terus keluar untuk meninjau kawasan sekitar kampong yang bakal dijadikan tempat program. Berkunjung ke Jeti Bagan Datoh, kami tercari-cari tempat untuk mengisi perut. Santapan terakhir pukul 8 pagi, sekarang pukul 4 petang. Singgah di gerai, makan sambil bertanyakan tetang sejarah dan tempat menarik untuk dilawati. Saya menduga-duga gaya dan budaya masyarakat disitu.
Balik. Singgah di sekolah-sekolah yang bakal dijadikan tempat riadah dan motivasi. Rata-rata sekolah agak kurang dari sudut prasarana, mungkin kerana kawasan yang agak pendalaman walaupun banyak sumber ekonomi disini. Dekat dengan kawasan pantai dan muara, tanah delta yang subur, kawasan kebun kelapa dan sawit yang luas. Semuanya boleh buat duit.
Sampai di rumah, berbincang dengan muslimat tentang tempat yang kami lawati tadi, adakah sesuai untuk muslimat atau panggilan sebenar di DQ, banat. Sedikit persediaan untuk perbincangan pada malam ini.
Solat Maghrib dan ‘Isya’ jamak. Makan malam yang agak mewah bagi saya, 5 mata lauk yang boleh dipilih. Tapi, dek kerana sakit belum sembuh sepenuhnya, saya terpaksa menahan keinginan itu.
Mesyuarat Jawatankuasa BH 08
Perbincangan bermula. Saya tidak banyak bercakap. Mendengar, menduga dan menafsirkan ayat yang dituturkan dan memek muka yang dipamerkan. Ada yang serasi dan ada yang berlawanan. Perbincangan berkaitan dengan perasmi penutup menjadi hangat kerana ‘ketua kampung’ menjadi pilihan kami. Sikap yang tidak professional menjadi halangan. Tema kami, “satu tekad, satu harapan, satu impian” tidak tercapai. Masalah perbezaan politik menjadi perbincangan besar. Saya memang telah menduga perkara itu akan berlaku.
Saya menduga, “kalau kita panggil keduanya, boleh tak?”.
“isy, tak booleeh, ni kawasan Datuk..bahaya, susah nak kerjasama…” jawab seorang pakcik.
Hem, baru saya tahu, kenapa mereka banyak berpesan tentang tatatertib dan syarat-syarat program.
Wakil penduduk berkeras hati, enggan menjemput ketua kampung kerana KK baru berparti PAS. Saya tanya kenapa? Seorang pakcik memberi jawapan, “ Setelah bertukar kerajaan di Perak, ketua-ketua kampung mogok letak jawatan, jadi kerajaan negeri lantik KK baru dari parti mereka”. Jawapan yang diberi hanya menyatakan ‘kesalahan’ kerajaan baru Negeri Perak. Atok Hamidi hanya memerhati.
Betullah, isu yang sebenar tidak disebut akhbar nasional semasa kes itu panas dahulu. Kes yang sebenarnya berlainan dari yang menjadi berita.
Sebelum tamat, wakil penduduk bertanya tentang belanjawan program, tujuan sebenarnya telah saya baca dari awal. Pasti inginkan kepastian tentang imbuhan yang bakal diterima. Saya lekas memintas bertanya tentang program yang lepas. Ternyata, mereka tidak berpuas hati kerana ‘bayaran sewa rumah’ yang diterima dari anak angkat murah. Persetujuan secara ringkas membuahkan natijah RM 200 untuk satu keluarga. Alasan yang kami terima, ‘minyak mahal’, ‘barang naik’ dan yang paling menarik, “kalau homestay, kena bayar RM 50 sehari”. Hahaha, saya tergelak sendirian. Kawan-kawan yang bersama saya berusaha menyembunyikan air muka kecewa dan terkejut masing-masing.
Keesokkannya, kami berkunjung ke tempat pembuatan minyak kelapa dara ( Virgin massage oil ). Rumah Che Rose, ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Melihat proses yang begitu teliti dan amat bersih. Seterusnya sebelum balik, kami ditunjukkan sarang lebah. Kenangan bersama lebah di Lebah Madu Besut terungkit di sini.
Bisa sengatan Lebah
Seekor lebah sempat memberi kucupan selamat tinggal sebgai kenangan untuk dibawa ke DQ. Tapi, tak mengapa, mengikut apa yang saya pelajari, sengat lebah mempunyai khasiat yang amat besar.
Salam perjuagan..btul tu,ana setuju...da la ngntuk n penat mase perbincangan ..nasib boleh gak la nak fokus..tapi mata mmg tak ley nak fokus..telinga jer sggp fokus...tak pela...mgkin tersirat seribu hikmah di sebalik apa yang berlaku..sama2 usahakan bakti huffaz lepas ni lagi baik ye..program belum mula lagi..nmpknyer kne cari tempat yang lebih menarik la lepas ni..Ape2 pun bukan keseronokan semata2 kita cari..yg plg pntg mesej dakwah yg igin kita sampaikan..tu yg plaiang penting ..siiru a'la barakatillah..tahniah dan takziah di atas taklifat yang telah dibeban kan di ats bhu nta..bitaufiqq wan najah..ila liqa'..
BalasPadamsyukra atas kprihatinan yg diberi..doakan supya dapt tabah dalm pjuangan...
BalasPadam