Jumaat, 30 April 2010

Moga Dikau Suraqah Kedua

Hari ini bergegar berita di Facebok berkaitan dengan seorang pemuda yang ingin membunuh Tuan guru Nik Abdul Aziz. Rela dihukum bunuh semula andai berjaya menamatkan hayat susuk lemah yang sedang menerajui pemerintahan di Kelantan.

Saya tak mengenali beliau sebagai seorang Mursyidul Am PAS. Saya mengenali beliau sebagai seorang Menteri Besar sejak saya berumur  tahun. Saya mengenali Tuan Guru selaku guru yang paling mursyid di Negeri Serambi Mekah. Negeri saya berteduh.

Dan, saya amat marah andai ada orang yang ingin apa-apakan guru saya. Saya amat marah. 

Saya juga marah andai ada yang ingin mengapa-apakan jasad Muslim. Apatah lagi jasad pemimpin negeri umat Islam yang Muslim. Jahiliahlah sesiapa yang membunuh pemimpin. Saya amat marah.

Namun, saya cuba memendam marah. Ya. Memendam marah. Maka saya hanya mampu berdoa dari Dataran Shuhada' Mu'tah supaya pemuda muda sehari dari umur saya itu bakal menerima hidayah dari Allah. Tidak mustahil. Ia pernah berlaku pada Suraqah Bin Ja'sham yang memecut kuda pada waktu pagi ingin membunuh Nabi Muhammad, namun kembali ke Mekah sebagai pembela Rasulullah s.a.w yang setia.

Moga dikau bakal menjadi Suraqah kedua, kawanku....

Berita lanjut, klik :  Herman Samsudeen

HASANHUSAINI, Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

5 ulasan:

  1. insya allah mudah2an

    BalasPadam
  2. Anta memang hebat syeikh... Moga menjadi kenyataan di mana dia akan menjadi orang yang hebat (faqihu fiddin) insyaAllah Amin...

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]