2001
"Aku tak ada duit lagi la untuk bayar baki ni..nanti hujung bulan aku bayar le...boleh ke..?" saya cuba meminta simpati.
" Tak apa, tak ada masalah...petang nanti potong rambut aku percuma ye...", Hafizul Husna membalas dengan senyuman. sedikit ketawa menghiasi hujung selorohnya.
Selepas siap kepala beliau dibotakkan, bahu saya ditepuk.
"Hutang tu, aku halalkan je la ye...terima kasih botakkan kepala aku.."
Perkenalan saya dan Hafizul tak lama. Roomate itu hanya sempat dua bulan bersama saya mengabadikan kenangan di B13. Asrama lagenda Maahad Tahfiz Darul Quran Repek.
2010INFO TERKINI : Seorang Pelajar Maut Di Hayyu Zohor
Pandangan saya berubah. Hati bermonolog. Kerap benar pelajar Malaysia Kaherah meninggal.
Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin kini dijemput mengadap Ilahi. Membaca catatan sahabat baik beliau di Mesir benar-benar merenggut tangkai hati. Susuk muda itu terkenal dengan kerajinan dan kejuhudannya menggali ilmu. Kesibukan mengejar talaqqi bersama syeikh tidak menjadikan beliau tersingkir dari bermasyarakat dan berorganisasi. Malah terlibat dalam proses memberi dengan mengepalai beberapa kelas. MasyaAllah.
Pemergian demi pemergian. Ini yang keempat dalam separuh masa pertama 2010. Giliran saya akan tiba pastinya.
Roomatemu mendoakan kebaikan untuk mu sahabatku Hafizul Husna...
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
Al-Fatihah...moga rohnya tenang dicucuri rahmat Ilahi.
BalasPadamp/s:saya pernah mengalami kisah seumpama ini,walaupun bukan roomate namun sentiasa terkenang-kenang