Semakin hari, Islam semakin dihimpit. Secara langsung, atau secara tidak disedari. Oleh kuffar atau oleh Muslim sendiri. Sunnah Allah ini sememangnya tidak mampu untuk diubah walau sedikit. Islam dan Muslim senantiasa akan dicabar, diuji dan disaring. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti, siapa yang benar-benar ikhlas dan istiqamah tegar bersama Islam.
Sejak zaman permulaan Islam sehinggalah zaman sekarang, ujian tak akan kesudahan. Tinggal lagi, apakah kita berani mendepani cabaran ataupun lari menyelamatkan diri. Maka, yang lari dan memeberi alasan itu akan tersingkir dari menerima layanan yang baik dari Allah. Kita doakan supaya akibat yang buruk tidak menimpa mereka hasil perbuatang pengecut itu.
SUNNAH PERJUANGAN
Meniti sirah perjuangan Nabi-nabi, para sahabat dan pejuang Islam pada zaman dahulu cukup baik untuk diambil iktibar. Namun, bagi kebanyakkan orang, ianya adalah tugas yang menjemukan. Membelek sejarah yang membosankan.
Ya, bosan andai kita membelek sesuatu yang tak punyai kaitan dengan diri kita. Bosan meneliti sesuatu yang tidak punyai kepentingan dan keuntungan kepada kita. Saya cuba memaami keadaan. Saya juga pernah bosan dengan sejarah. Namun kini, sejarah adalah salah satu kecintaan saya. Sejarah lampau adalah permulaan saya. Mereka pembekal semangat juang dan pembekal jati diri yang tak pernah luput.
Gergaji besi membelah kepala dan seluruh badan. Cangkul panas menggaru isi dan daging belakang tubuh. Kawah panas menjadi sauna yang membunuh. Parit api sebagai tempat bersemadi. Itulah sunnah pejuang Islam. Mereka dijanjikan layanan 1st class di sisi Allah.
Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam pernah dilontar batu sehingga darah memenuhi kasut baginda. Baginda pernah dicurahkan najis dan tanah. Fatimah menangis teresak-esak saat membersihkan debu tanah dari kepala ayahndanya tercinta. Sekatan ekonomi selama beberapa tahun juga telah dilancarkan kepada orang Islam di Mekkah. Racun Khaibar kemudiannya memberi kesan jangka panjang yang menyeksa baginda. Akhirnya, baginda wafat dengan kemuliaan.
Saidina Umar dilantik dan dibai'ahkan sebagai Khalifah Islam kedua selepas Saidina Abu Bakar pada 634M. Tanggal 644M, maut menjadi penutup hayat beliau. Kahlifah kedua Islam mati dibunuh.
Saidina Uthman mengambil alih pemerintahan Islam pada tahun yang sama (644M). Namun, tahun 656M menjadi saksi, Saidina Uthman pula menjadi mangsa pembunuhan. Khalifah ketiga Islam juga syahid.
Pemergian Saidina Umar dibantikan oleh sepupu Baginda Nabi sallallahu'alaihiwasallam, Saidina Ali pada 656M. Namun, baginda Ali juga menemui jalan kematian yang sama pada tanggal 661M.
Melangkaui dekad-dekad kepedihan. Kembali ke zaman tis'iinaat. 90an. Zaman kita. Ini zaman KITA!
Kita pastinya tidak sunyi dari menerima hikayat rampasan kuasa pemerintahan Khilafah Uthmaniyah oleh pakatan jahat munafiq dan Yahudi. Sultan Abd Hamid II, menjadi khalifah terakhir umat Islam. Baginda dibuang negeri pada malam yang sama. Akhirnya baginda wafat, selepas rawatan yang ditunggu tak kunjung tiba. Strategi menyekat ubat-ubatan cukup menyeksa jasad lemah khalifah terakhir itu.
Ketiadaan tempat bergantung harap menjadikan umat Islam semakian berpecah. Tidak ada kekuatan. Lalu, bangkit seorang anak muda berani menyeru umat Muhammad untuk kembali bersatu. Ikhwan Muslimin menjadi platform untuk mereka melancarkan refomasi kesatuan umat Islam. Hassan Al-Banna dan Syed Qutb menjadi nama harum di detik itu. Haruman nama itu menjadi kebencian kuffar dan munafiqin.
Sunnah perjuangan, Al-Banna akhirnya ditembak curi di malam gelap. Para perawat dan doktor tidak dibenarkan untuk merawat dan meneyentuh jasad beliau. Akhirnya, kematian menjemput. Jenazah almarhum hanya diuruskan oleh ayahnya yang lemah.
Syed Qutb pula membenarkan janjinya untuk tegar bersama Islam ditali gantung regim kuffar.
Syeikh Abdul Kadir Audah, pengamal undang-undang yang tegas di Mesir. Beliau bersama Syeikh Hassan Hudhaibi memimpin Ikhwan Muslimin selepas terbunuhnya Hassan Al-Banna. Tali gantung menjadi penyudah hayatnya. Kematian itu menjadi bayaran dek ketegasannya membela Islam dan keadilan.
Malcolm X, (1925-1965) anak seorang paderi yang akhirnya menjadi pembela Islam selepas mendapat cahaya kebenaran dari hikmah ibadat haji di Mekkah. Khutbah dan ucapannya menjadi perhatian ramai. Dakwah kontemporarinya yang moderat menjadi tumpuan ramai. Gelombang Islamisai melanda Amerika. Namun akhirnya, puluhan das tembakan hinggap di badan beliau pada 21 Feb 1965.
Memenuhi senarai pejuang keadilan adalah Dr. Abdullah Azzam. Figur yang telah mewakafkan dirinya untuk membela Islam dan Muslim serta Paletin tanah kecintaannya. Seluruh hidupnya diabadikan demi Islam. Sikap sebegini pastinya tidak menyenangkan musuh Islam yang senantiasa hasad dengan tegarnya beliau menjulang agama. Maka, tanggal Jumaat, 24 November 1989 menjadi saksi, jasad beliau hancur dihentam bom. Beliau gugur bersama anaknya Ibrahim dan Muhammad.
Pejuang bumi Israa' bukan seorang. Syeikh Ahmad Yassin juga melalui jalan juang yang sama. Pengasas HAMAS dan penggerak utama Intifadhah itu menjadi sasaran Apache Israel. 3 biji peluru berpandu disasarkan untuk menamatkan riwayat susuk tua yang lemah dan buta itu. 22 Mac 2004 menjadi tarikh keramat umat Islam. Mati seorang Ahmad Yassin, akan lahirnya 1000 orang Ahmad Yassin yang baharu.
Dr. Abd Aziz Rantisi, pembantu setia Ahmad Yassin juga begitu. Skrip kehidupan pejuang tak banyak berbeza. Beliau lebih rela memilih untuk mati di'tangan' Apache berbanding mati ditilam empuk. Hasratnya menjadi kenyataan. Beliau telah membuktika janji itu kepada Allah. 17 April 2004, keretanya ditabrak oleh peluru berpandu Apache Israel.
Di negara 'saya' juga tidak sunyi dari ujian dan cabaran. Pejuang Islam dan kebenaran pastinya menjadi sasaran. Samada hasad dengki atau dendam, ianya pasti adalah cabaran yang dijanjikan tuhan. Nama-nama Dato' Maharajalela, Dato' Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Sagor, Dol Said, Rosli Dhobi, Tok Gajah, Dr. Zulkifli Muhammad dan Ustaz Ibrahim Mahmud tidak akan lekang dari sejarah.
Penderitaan anak Serambi Mekah dek sekatan Ekonomi Kerajaan Persekutuan menjadi saksi kukuh. Saya juga turut merasa perit merasainya. ( Rujuk Sidang Dun Kelantan : 20 November 2007) Youtube.
Teringat kata-kata Syeikh Said Hawwa :
RENUNGANPenderitaan anak Serambi Mekah dek sekatan Ekonomi Kerajaan Persekutuan menjadi saksi kukuh. Saya juga turut merasa perit merasainya. ( Rujuk Sidang Dun Kelantan : 20 November 2007) Youtube.
Teringat kata-kata Syeikh Said Hawwa :
"Strategi melaparkan muslim samada dengan sekatan ekonomi dan apa cara sekalipun adalah teknik yang diwarisi oleh musuh Islam sejak berabad lamanya".
Akan berakhirkah episod ujian, kezaliman dan kekejaman ini...?
Ya, sabarlah saudara-saudaraku, kita telah dijanjikan Allah untuk berehat di sana.
HASANHUSAINI,Ya, sabarlah saudara-saudaraku, kita telah dijanjikan Allah untuk berehat di sana.
Apakah kamu berkira-kira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan dan ujian) sebagaimana orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.Tribute ini juga ditujukan kepada Saudaraku, Afifi Syazwan. Moga cepat sembuh dan terus bangkit. Dikau adalah inspirasi KAMI. Dikaulah PERMATA anak Melayu di Dataran Syuhada'. Sesungguhnya, Para Syuhada' Mu'tah bersaksi akan pengorbanan yang telah dikau persembahkan. Mereka menyaksikan kezaliman menimpamu. Maka ketahuilah sahabatku, DOAmu amat dirindui Sang Pencipta.
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
Perjuangan islam tak akan pernah sunyi daripada ujian dan halangan...
BalasPadam~rehat di syurga~
....begitu indah perjuangan ini,jasad dan nyawa menjadi galang ganti demi melihat Islam dijulang,andai terbunuh syahid di dunia,di syurga pasti berbahagia..istiqomah dan bersabarlah duhai pencinta kebenaran,,di dunia ini hanya seketika,,andai kesempitan masa utk rehat di dunia,,nntikan istirehat yg indah di syurga..
BalasPadam